2 Mei 2009

ULAMAK PAS YANG DAH MASUK UMNO

Kalau tak beribu, agaknya beratus Ayatullah dan Hujjatul Islam di Iran. Ayatullah dan Hujjatatul Islam di Iran lebih tinggi kedudukannya dari ulamak di Malaysia atau secara khususnya dalam Pas. Jika tidak, mungkin sama taraf antara Ayatullah Iran dengan ulamak Malaysia kot. Ha ha.

Tetapi mengapa Ahmadenejad yang di pilih sebagai Presiden Iran. Konsep kepimpinan Ulama di Iran lagi hebat dari konsep kepimpinan Ulamak dalam Pas. Malah Pas memang meniru konsep dan semangat kepimpinan ulamak dari Iran itu. Tak ada Ayatullah atau Hujjatul Islamkah yang lebih layak menjadi Presiden Iran sehingga rakyat rakyat Iran terpaksa memilih Ahmadenajad yang tidak bertaraf ulama itu.

Ya, rakyat Iran yakin dengan Ahmadenejad seorang mempunyai peribadi yang berpegang teguh dengan prinsip Islam, yang hidup sederhana, yang tegas dengan Amerika, yang prihatin dengan rakyat bawahan dan telah terbukti menjadi Datuk Bandar Tehran yang berjaya.

Para Ayatullah di Iran pun melihat Ahmadenejad sebagai orang yang mampu melaksankan visi dan misi Islam di Iran, dan mereka tak nampak calun Ulamak atau Ayatullah pada masa kini untuk melaksanakannya.

Maka apabila massa Pas merasai bahawa ada calun bukan Ulamak lebih berkemampuan sebagai Timbalan Presiden Pas, apa yang Ketua Dewan Ulamak Pas dan Harun Din risau sangat. Massa Pas tak nampak calun ulamak masa kini yang ampuh dan mempunyai kualiti untuk dipertaruhkan untuk menjayakan perjuangan politik semasa Pas.

Janganlah berbangga sangat dengan nama ulamak kerana ramai sudah ulamak Pas yang gugur dalam perjuangan. Berikut ialah nama ulama Pas yang masuk Umno:

* Hj Ahmad Fuad - Yang DiPertua Pas yang pertama
* Hasan Adli - Timbalan Yang di Pertua Pas - digelar panglima jihad
* Othman Abdullah - Naib Presiden Pas
* Mustafa Taib - pada satu ketika kuliahnya lagi hebat dari TG Nik Aziz di Kelantan.
* Nakhaei Hj Ahmad - Naib Presiden Pas - penulis buku "Kemasukan Anuar Ibrahim Dalam Dalam Umno Tak Syaraei"

* Hj Ghazali Losong, Terengganu - Dewan Ulamak Terengganu.
* Datuk Mohd Nasir - tubuh Berjasa, masuk BN
* Datuk Asri - tubuh Hamim, masuk BN

Maka, janganlah menambah syarat hanya ulamak sahaja yang layak jadi Presien dan Timbalan Presiden Pas wahai Ustaz Daud Iraqi dan Dr Harun Din - belum ada jaminan bahawa ulamak Pas tak masuk Umno.

Jika soal hukum, Majlis Syura kata pemutusnya bukan JK Pas Pusat. Perkukuhkan Majlis Syura Ulamak. Isu-isu Islam dan hukum, Dewan Ulamak kena lebih peka dan pantas menanganinya. -sokongpr

7 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Tahu sebab apa presiden Iran boleh bukan ulama? Sebab Ulama/Ayatullah dalam Syiah ni ada status maksum, wajib dengar dan seperti suara dari langit.

Kalau Husam jadi Presiden dan Tok Guru Hj Hadi jadi Mursyidul Am, kemudian Tok Guru cadangkan Unity Government, hangpa ingat Husam nak taat?

Sekadar contoh yang reak...

C.C.GAN berkata...

MAsuk UMNO untuk kepentingan diri saja tu

Tanpa Nama berkata...

saya sokong c.cgan

Hasbullah Pit berkata...

Kenapa pula Husam tak boleh taat?

burhanlong berkata...

cakap2 unity gomen ni bila umno lemah jer, masa umno kuat takder pulak. naper yer?

blong

Pak Brahim berkata...

Pilihlah mereka yang bertaqwa dan istiqomah.

Hal-hal lain adalah diluar bidang kita.

Berserah kepada ketentuan Allah swt.

abdrahim kassim berkata...

Othman Abdullah -"kalau saya masuk UMNO, tembak saya"......masuk dah.