2 Mei 2009

Cubaan Bunuh ADUN Kurau : Kerana Tak Lompat Ke UMNO BN?

YB Kuala Kurau, Yunus Jamsari telah di serang.

Sekumpulan penyerang dalam tiga buah kereta telah menyerang kereta YB Yunus dan dilaporkan Pembantu Khas YB Yunus yang dikenali sebagai Pak Nan telah cedera parah di tangan.

YB Yunus memaklumkan bahawa beliau selamat dari serangan tersebut kerana belum sampai ke pejabat waktu itu.

Menurut YB Yunus, serangan berlaku kira-kira jam 8.40 malam tadi dimana sekumpulan hampir 20 orang lelaki Melayu telah menyerang Pak Nan yang pada waktu itu sedang minum disebuah warung berdekatan pejabat Pusat Khidmat DUN Kuala Kurau.

Sementara itu, seorang pemimpin PKR Perak memaklumkan bahawa semua ADUN telah diminta untuk menjaga keselamatan masing-masing berikutan ancaman dan ugutan ganas yang akan dilakukan terhadap mereka menjelang 7hb Mei ini.

Apakah ini bersangkutan dengan berita di bawah ini.

ADUN KUALA KURAU MEMBERI KETERANGAN PADA SPRM

IPOH:-Satu laporan rasuah telah dilakukan oleh ADUN Kuala Kurau,YB.Yunus Jamahri kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia(SPRM) atas usaha pimpinan BN merasuah beliau dengan wang dan jawatan.

Hadir bersama beliau ialah ADUN Pakatan Rakyat, YB. Drs.Khalil Idham Lim(Titi Serong), YB.Chan Ming Kai(Simpang Pulai), YB.Chang Lih Kang (Teja), YB.Leong Mee Meng (Jalong), YB Sum Cheok Leng (Bercham), YB. Sivasubramaniam(Buntong) dan YB. Ramli Tusin (Gunung Semanggol).

Dalam sidang akhbar sebentar tadi, ADUN Kuala Kurau mendedahkan usaha membeli beliau supaya melompat kepada BN bermula sejak minggu PR menang di Perak sehinggalah sebelum BN merampas kuasa di Perak.

Beliau juga mendedahkan tawaran yang diberikan antaranya dengan sogokan wang dari RM3juta hingga RM8 juta. Disamping dengan tawaran kompatmen balak dan jawatan Exco Perak.


3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Kalau berita ini benar...saya harap janganlah sampai nak bunuh membunuh, kerana 7hb ini hendak diadakan persidangan adun, kan kita ini orang islam ingan padah allah apa yang kita nak buat,fikir panjang2....saya berharap semua adun PR buat repot polis untuk keselamatan diri masing2 umno sekarang ini dah jadi gila kuasa.

Tanpa Nama berkata...

Saya tabit springg pada adun batu kurau kerana beliau tahu rasuah satu benda haram kalau diambil apa lagi nak bagi makan anak dan isteri, harap pehak yang berkenaan buatlah sesuatu sebelum menjadi parah, kan dah jadi baru nak gelabah ....jalankan tugas dengan amanah, jangan berpihak sebelah sahaja.

Tanpa Nama berkata...

Allah SWT is watching
the rakyat are watching
the world is watching
If you do not give a damn about the Rakyat and the world, BN, I hope you remember God