Cukuplah dengan pindaan Akta Perlembagaan (1983) Perkara 66(5), apabila mana-mana perkara diluluskan di Dewan Rakyat dan Dewan Negara hendaklah ditandatangan oleh Yang Dipertuan Agong dalam tempoh 15 hari. Sekiranya Yang Dipertuan Agong tak menurunkan tanda tangan, dengan sendiri ianya dikira sah!
Kita tak mahu Parlimen atau DUN setaraf dengan pentas wayang bangsawan yang dilengkap dengan segala alat kebesaran, tetapi sekadar berstatus sebuah pementasan untuk tontonan audien.
Tak hairan Allahyarham Tan Sri P Ramlee menggarap filem 'Musang Berjanggut' dengan meletakkan taraf Dato' Nikah Kahwin di dalam kurungan peti untuk dipersembahkan kepada raja. Di kalangan dato'-dato' yang terbabit menceroboh rumah Nila Utama hanya Dato' Nikah Kahwin sahaja yang menuturkan: "Salah tu memang salah, tapi itu undang-undang Dato' yang bikin." Maknanya Dato' Nikah Kahwin menggubal undang-undang mengikut seleranya.
Bukan sahaja 'Musang Berjanggut' (gambar hiasan, aktor Mustarjo melakonkan watak 'Musang Berjanggut'), malah 'Tiga Abdul' juga P. Ramlee menggarap 'demokrasi terpimpin' dengan 'Undang-Undang Siddiq Sigaraga' yang berat sebelah, hingga Abdul Wahab dan Abdul Wahib bole dijual di pasar. Justeru Abdul Wahib tampil memperbetulkan semula 'Undang-Undang Siddiq Sigaraga'.
Kadangkala kerana kebangsatan, kita sekadar menganggap ianya sebuah fiksyen bagi karyawan, dengan tak menyedari membiarkan diri sendiri menjadi bangsat berterusan kerana sudah ditakdirkan untuk hidup dalam kebangsatan!
Mengimbau insiden yang pernah saya alami sekitar awal dekad 1980-an, ialah seorang ilmuan agama dari UKM berkelulusan Phd Usuluddin dari Universiti Azhar, Mesir menganggap rawatan Islam dilakukan sebuah organisasi tempatan sebagai perkara biasa. Kebetulan pula beliau mengalami perasaan berdebar-debar sepanjang waktu, yang sukar dikesan oleh rawatan perubatan di hospital.
Sebaliknya, apabila beliau meramas-ramas rambut, profesor terbabit mengakui sedar apa yang berlaku tetapi tak dapat mengawal dirinya. Justeru PRIMA berharap isu di Perak mampu diselesaikan mengikut prosedur yang dihormati, bukan memaksa orang lain menghormati! - dharmala ns
Tiada ulasan:
Catat Ulasan