2 Mei 2009

7 Mei - Speaker PR vs Speaker UMNO BN

Sesuatu yang menarik pasti berlaku dalam Mesyuarat DUN Perak pada 7 Mei nanti. Tambah menarik hari ini apabila Setiausaha Badan Perhubungan MIC Perak, Datuk R. Ganesan memaklumkan yang namanya telah dicalonkan untuk menggantikan Speaker DUN Perak yang sah, V. Sivakumar daripada Pakatan Rakyat bagi mengemudikan perjalanan mesyuarat DUN pada Khamis ini.

Bekas ADUN Sungkai itu menjelaskan, beliau telah memberi persetujuan untuk dilantik ke jawatan tersebut.

"Saya telah menandatangani surat persetujuan dilantik ke jawatan Speaker dua hari lalu, 29 April," kata beliau ketika dihubungi Star Online sebentar tadi. Ganesan, 57, lulusan undang-undang memberitahu, beliau bersedia untuk memikul tanggungjawab tersebut jika diberikan kepercayaan oleh parti.

Apa yang bakal berlaku pada 7 Mei ini? Lazimnya perjalanan Mesyuarat DUN dimulai dengan membaca doa, diikuti dengan jawapan lisan bagi soalan-soalan yang dikemukakan oleh Ahli-Ahli Yang Berhormat dan seterusnya perbincangan usul. Memandangkan hingga saat ini V. Sivakumar masih menjawat jawatan Speaker, pasti beliau akan terus mengemudikan mesyuarat mengikut aturan biasa pada Khamis ini. Apa yang akan terjadi jika Sivakumar enggan membenarkan usul menggantikan beliau oleh R. Ganesan dibincangkan dalam Mesyuarat DUN?

Ini yang menariknya sidang DUN Perak kali ini. Menarik dan pasti akan tercatat dalam segmen Hari Ini Dalam Sejarah negara apabila seorang Speaker cuba digantikan secara kekerasan oleh parti sama yang sebelum ini pernah menjatuhkan sebuah kerajaan sah yang dipilih oleh rakyat -pendikargunungkeriang

Tiada ulasan: