Tidakkah situasi ini memeningkan. Rakyat di bawah lebih bercelaru lagi apabila mengikuti perkembangan kes di Perak sekarang.
Apakah babak-babak kartun sudah mulai meresap ke dalam politik Malaysia.
Anggota parlimen Pasir Puteh, Mohamad Hussin berkata, krisis politik di Perak tidak akan selesai selagi mandat tidak dikembalikan kepada rakyat.
"Mahkamah bukan jalan terbaik bagi menyelesaikan konflik politik yang berlaku di Perak sekarang. Tengoklah apa yang berlaku hari ini. Semalam Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengesahkan kedudukan Nizar sebagai Menteri Besar.
"Tetapi hari ini Mahkamah Rayuan membenarkan permohonan Zambry untuk menangguhkan keputusan Mahkamah Tinggi. Tidakkah ini seperti kartun yang ditertawakan orang luar," katanya ketika ditemui di sini.
Hari ini Hakim Mahkamah Rayuan, Dato' Ramly Mohd Ali yang mendengar permohonan Zambry menangguhkan keputusan Mahkamah Tinggi semalam.
Peguam Zambry berhujah penangguhan keputusan mahkamah semalam penting untuk menghalang Nizar daripada mendapatkan perkenan Sultan Perak bagi membubarkan Dewan Undangan Negeri.
Semalam Hakim Mahkamah Tinggi, Dato' Abdul Aziz Abdul Rahim mengisytiharkan Nizar sebagai Menteri Besar Perak yang sah.
Mohamad berkata, mahkamah bukan lagi jalan terbaik bagi menyelesaikan isu yang berbangkit di Perak sekarang.
"Ini kerana dari awal lagi krisis di Perak berpunca daripada sikap rakus pemimpin Umno selepas hilang kuasa pada pilihan raya umum lalu," katanya.
Timbalan Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Kelantan, Drs Zainuddin Awang Hamat berkata, BN terlalu takut kehilangan kuasa yang dirampas Febuari lalu apabila segera membuat rayuan bagi menghalang keputusan dibuat Mahkamah Tinggi.
"BN perlu menyedari keangkuhan dan kerakusan akan membawa padah. Sepatutnya mereka lebih profesional sebelum bertindak merampas Perak dahulu," ujarnya.
Menurutnya impak daripada rampasan kuasa tersebut secara jelas menyebabkan suasana di Perak tidak lagi tenteram.
Bagaimanapun kata beliau peluang untuk kembali landasan asal masih ada sekiranya diberi semula kepada rakyat bagi menentukan hak mereka sebagai pemilih. -Zuharman MN
3 ulasan:
Nampak sangat la mereka tu takut dengan bayang bayang......
Kononnya takut MB DSNizar memohon DUN dibubarkan
Apa mereka tak fikir ke DYMM Tuanku Sultan belum memberi kata putus...sama ada boleh atau tak boleh untuk DUN dibubarkan
Oleh kerana fobia sangat...
Rakyat yang sentiasa mendoakan kesejahteraan DYMM Tuanku Sultan pada setiapkali solat Jumaat mohon jasabaik Tuanku memBUBARKAN DUN
.....kenapa nizar dan zambry beria sangat nak jadi MB...?sebab dua² rasa diaorang betul...ingat tak time mula² dulu berlaku sandiwara yang mana kerajaan PR perak amat teruja sekali dengan kemasukan nasarudin dari BN ke PR...seolah² menunjukkan yang PR perak betul² kuat dan ampuh...namun itu cuma drama yang dimainkan BN yang bermula dari itu telah meragut terus pemerintahan PR di perak..andai itu benar² drama mainan BN,maka BN benar² berjaya meproducekan satu drama yang bagus dan two thumbs up..!!bravo kepada para pelakon yang terlibat terutama kepada nasarudin yang berjaya meninggalkan kesan di hati PR perak akibat lakonan beliau..tapi di ulangi andai itu lakonan berdasarkan skrip BN la...jadi seandainya kita lihat situasi sekarang ni pulak...mungkin ini satu lagi drama samarinda BN episod kedua kot...?hari ini mereka memberi babak dimana PR teruja dan gembira kerana perisytiharan nizar sebagai MB...tapi esoknya kegembiraan itu diragut kembali...cuma babak seterusnya belum mampu diagak lagi...malah mungkin lebih teruk lagi...andai itu satu drama la..tapi aku yakin la jugak,rakyat perak taknak lagi sandiwara² lagi ni dan berharap kali ini badan kehakiman negara benar² telus dalam membuat keputusan sama ada zambry atau nizar yang layak...cuma aku rasa rakyat perak yang berpendapatan bawah rm700 sebulan yang ada 8 anak yang 5 masih bersekolah dan 3 masih kecil,akan terfikirkah mereka pasal bende² ni...?doakan keadilan benar² terbukti kali ini...amiiin...--salleh kamil--
biar rakyat yang tentukan.kalau bn rasa rakyat nakkan bn.kita bubar dun.kita tengok....sapa pilihan rakyat
Catat Ulasan