12 Mei 2009

Kemelut Nizar Zambry : Pilihanraya Mandatori Perlu Untuk Tamatkannya

Sah UMNO takut menghadapi pilihanraya. UMNO tak mahu mengadakan pilihanraya. UMNO akan halang semua cubaan untuk mengadakan pilihanraya. Sultan dah tolak permohonan perkenan pembubaran DUN pada 5 Februari. SPR tolak perisytiharan kekosongan kerusi Behrang, Changkat Jering dan Jelapang. Terkini sidang mee segera Mahkamah Rayuan meluluskan permohonan Zambry Kader untuk menangguhkan pelaksanaan keputusan Mahkamah Tinggi yang dibuat 22 jam sebelumnya. UMNO betul-betul tak mahu diadakan pilihanraya.

Aku terima satu cadangan daripada seorang pemanggil ke telefon bimbit aku sekejap tadi. Cadangan itu sangat baik. Kita boleh dapatkan pilihanraya secara mandatory. Tanpa perlu perkenan Sultan. Tanpa perlu surat perletakan jawatan. Mahkamah pun tak boleh masuk campur. Bagaimana? ..... empat lima orang ADUN BN (termasuk ADUN bebas) mati!

Kata pemanggil itu "kita dapatkan perkenan Tuhan untuk mengadakan pilihanraya, Tuhan cabut nyawa empat lima ekor wakil rakyat BN, terutamanya yang melompat-lompat tu, apa lagi yang boleh menghalang diadakan pilihanraya?"

Doa orang yang dizalimi akan dimaqbulkan Tuhan. Rakyat Perak telah dizalimi dengan dahsyat sekali. Bahkan sebenarnya seluruh rakyat Malaysia dizalimi oleh UMNO-BN. Mengapa tidak kita manfaatkan tawaran 'maqbul' doa orang yang dizalimi itu?

Apa kata kalau secara serius dan besar-besaran seluruh umat Islam bermunajat dan solat hajat setiap hari secara berterusan memohon secara specific agar Allah cabut nyawa empat lima orang ADUN BN. Orang bukan Islam pun boleh berdoa juga kerana mereka pun sama dizalimi. Majlis munajat dan solat hajat itu diadakan beramai-ramai di masjid, surau dan markaz. Munajat dan solat hajat secara individu juga dilakukan di rumah masing-masing.

Macam mana? Salahkah cara begini? Nabi Muhammad SAW pun berdoa agar musuh Allah yang memeranginya dihancurkan oleh Allah SWT. UMNO sememangnya musuh Tuhan. Mereka memusuhi keadilan yang diwajibkan oleh Allah. Mereka memerangi hak rakyat. Mereka menentang keluhuran perlembagaan dan kedaulatan undang-undang. Mereka anti sistem hidup yang diperintahkan oleh Allah SWT.

Tak bolehkah kita mendoakan supaya musuh-musuh Allah itu dibinasakan? Kalau UMNO tak puas hati kerana mereka dilabelkan sebagai musuh Allah, itu hak mereka. Kalau UMNO tak puas hati kerana kita mendoakan ADUN mereka mati, itu hak mereka. Kalau mereka yakin doa kita itu tak akan dimaqbulkan Tuhan, itu hak mereka. Kalau mereka percaya bahawa mereka bukan musuh Tuhan, itu hak mereka. Kalau mereka nak kata bahawa kitalah yang memusuhi Tuhan, itu hak mereka. Kalau mereka pun nak berdoa supaya kita pula dibinasakan oleh Tuhan, itu hak mereka. Buatlah.

Majoriti besar ulama' tempatan dan ulama' seluruh dunia mengakui UMNO zalim. Kecuali dua tiga kerat ulama' UMNO yang hidup semata-mata nak cari makan. Majoriti cerdik pandai tempatan dan antarabangsa mengesahkan UMNO zalim, jahat, melanggar undang-undang, merosak demokrasi dan rasuah parah. Krisis rampasan kuasa negeri Perak hanya cebisan kecil daripada amalan kesyaitanan UMNO yang maha mega.

Kalau kita (penyokong PR) tak dapat mencari hujah untuk menolak keabsahan dan kewajaran cadangan pemanggil itu, maka eloklah kita gerakkan majlis munajat dan solat hajat bermai-ramai itu secara serius. Setiap individu penyokong PR juga bermunajat dan solat hajat setiap hari di rumah masing-masing. Siang dan malam. Mohon kepada Allah secara khusus. Minta matikan lima orang ADUN BN (termasuk ADUN bebas) supaya pilihanraya kecil dapat diadakan. -cyberboron


6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Mari kita sembahyang hajat ramai2....

Tanpa Nama berkata...

Cadangan baik untuk solat hajat tapi janganlah sebut sampai minta Allah cabut nyawa ADUN BN. Mintalah hajat agar pilihanraya Perak dapat diadakan untuk selesaikan masalah. Moga ALLAH makbulkan doa rakyat Perak. Amin

Tanpa Nama berkata...

Inilah pembangkang yang putar belit.Sekarang minta DUN dibubarkan.Bila pilihanraya diadakan dan kalah,tuduh undi hantu dan macam2 lagi.Menghabiskan duit kerajaan saja pembangkang yang tak guna ini.Buang masa aja layan mereka.

Tanpa Nama berkata...

Parti Ajaran Sesat (PAS)-sembahnyang hajat minta kehancuran.Astafirullah.

Tanpa Nama berkata...

Munajat boleh dilakukan tapi bukan la meminta kematian ADUN2...adalh lebih baik bermunajat meminta mereka sedar dan insaf atas ape yang mereka lakukan...paling buruk pun minta la kerajaan yang mereka tubuhkan secara tidak mengikut perlembagaan tu dihancurkan atau dijatuhkan dgn cara elok....
satu lagi saya nak bagitau sejak bermula krisis ni pada awal Februari dulu...memang MB nizar memohon Sultan membubarkan dun Perak bagi memulangkan kuasa kepada rakyat....tetapi pada masa itu lah zambry mengangkat sumpah tanpa nizar meletak jawatan...dan semalam mahkamah menentukan nizar MB yang sah kerana Sultan tidak boleh memecat MB yang dilantik oleh sultan sendiri...dan tiada undi tak percaya terhadap nizar dan juga nizar tidak pernah meletak jawatan secara sah....

Tanpa Nama berkata...

Kita munajat supaya musuh-musuh Allah hancur. (Adakah cara 'baik' untuk rejim zalim jatuh?)Kita boleh buat secara individu. Kalau buat secara terancang karang, sibuk pulalah polis satu negara menangkap orang yang bermunajat.
Saya memang benci dengan puak-puak yang zalim tapi puak-puak 'apologetic Muslim' ni pun menjengkelkan. Puak-puak yang kata 'kita boleh lawan tapi lawan cara sopan, cara tertib... Keras itu bukan cara Islam.'
Hellooooo.....ada baca sirah tak? Lihatlah berapa kali umat Islam berperang di bawah pimpinan Rasulullah SAW dan khalifah-khalifah. Saidina Abu Bakar pernah mengisytiharkan perang ke atas golongan yang tidak membayar zakat.
Keadilan itu meletakkan sesuatu pada tempatnya. Kita berlembut bila perlu berlembut dan berkeras bila perlu berkeras. Jangan gambarkan orang Islam sebagai golongan yang tak 'berteloq' - sentiasa lembik dan mengalah!