12 Mei 2009

Rayuan Zambry : Mahkamah Rayuan Bingkas Setuju Dengar

Mahkamah Rayuan Persekutuan sedang mendengar rayuan Zambry Kadir dari UMNO untuk mendapatan perintah mahkamah bagi melarang Nizar Jamaluddin menjalankan tugas-tugas Menteri Besar Perak.

Panel hakim bingkas bersetuju mendengar permohonan itu sejurus selepas peguam Zambry menfailkan rayuan itu pagi tadi.

Peguam Nizar, Sulaiman Abdullah hanya mengetahui mengenai persetujuan hakim mendengar permohonan itu secara kebetulan apabila beliau berada di mahkamah untuk kes lain.

Adalah difahamkan peguam Zambry menfailkan permohonan itu sebagai “ex-parte” supaya hakim boleh menimbang meluluskan perintah mahkamah berkenaan tanpa kehadiran peguam Nizar.

Semalam Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengisytiharkan Nizar sebagai Menteri Besar perak yang sah, dan bukan Zambry Kadir dari UMNO.

Sehubungan itu, Nizar meyambung semula tugas sebagai Menteri Besar pagi tadi.

Beliau telah memohon untuk menghadap Sultan Perak Sultan Azlan Shah bagi memohon perkenan untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri supaya pilihanraya negeri dapat diadakan. -TVA


8 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

:)) kata mamak zambry tu terima dengn hati yang terbuka tapi buat lak rayuanyer apa lagi mamak ni nak..

Tanpa Nama berkata...

mamak...tak nama pembelit kalau bukan spesis mamak...tambahan pulak mamak durjana haram ni..

Tanpa Nama berkata...

Sudah-sudah la tu....

mahkamah dah buat keputusan nizar masih sah MB perak.
Jadi saya pun berharap semua pihak BN ,PR dan sultan perak dapat menyelesaikan kemelut politik di perak ini dengan bijaksana.

1.Nizar dah Menang-- dia akan mintak pembubaran Adun.

2.Jika rayuan Zamri diterima--Kemelut politik di perak takkan selesai.

3.Jika sultan memperkenan kan permohonan Nizar-- Negeri Perak akan Stabil Kembali.

4.Jika sultan tidak memperkenan permohonan Nizar--Kemelut politik takkan selesai...

Jadi Fikir2 lah wahai manusia bijaksana!!!!

Pak Lubis berkata...

Mungkin kah kemenangan YB Zambri di mahkamah tinggi satu startegi BN kerana kalau mereka kalah di mahkamah tinggi BN ada mahkamah rayuan untuk menyokong untuk memberi kemenangan kepada mereka.

Tanpa Nama berkata...

Jangan salahkan mamak, kerana mamak tu bapa saudara engkau maananya.Yang tak betul tu spesis umno.kalau mamak bukan umno lain gaya dan caranya. Mamak PAS ok, mamak pkr ok,mamak dap pun ok??????????

Tanpa Nama berkata...

Sudahlah tu Zambry,kalau memang engko ni pemimpin rakyat,ko takkan buat lagi krisis ni berlarutan..ini namanya kepentingan diri sendiri...Dah la merampas kuasa pas tu buat poyo je.....

Tanpa Nama berkata...

Tapi tak heran la, najib kan ada, dia leh adjust semua keputusan mahkamah tu...Memang busuk hati orang UMNO ni..mahkamah dah buat keputusan dah le....

Tanpa Nama berkata...

BAGUS LA MAHKAMAH MACAM TU .CEPAT ... NI TAK SEBELUM NI BERTAHUN BARU NAK BUAT KERJA . BETUL LA ... ZAMBRY , YG SUDAH TU SUDAH LA . MALUKAN UMNO AJE , DAH LA UMNO NI ASYIK TANGGUNG MALU AJE DGN BEBERAPA AHLI YG KECEWA . BERTENANG .. HIDUPPPPPPPPPPPPPP UMNO