12 Mei 2009

KEMENANGAN NIZAR KEMENANGAN RAKYAT

Pemimpin pelbagai lapisan hari ini senada menyifatkan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bersabit kemelut politik Perak sebagai kemenangan untuk rakyat dan kejayaan untuk sistem perundangan negara.

Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan keputusan tersebut merupakan satu kemenangan buat rakyat dan juga sistem demokrasi di negara ini.

"Kami menyeru agar YAB Dato’ Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dengan segera dikembalikan jawatan beliau sebagai Menteri Besar Perak," tulis beliau di dalam blognya.

Kata beliau lagi keputusan hari ini membuktikan bahawa Perlembagaan merupakan undang-undang tertinggi di negara ini. Makanya adalah mustahak bagi semua institusi kerajaan untuk menghormati semangat yang termaktub dalam perlembagaan. Ini termasuklah sistem pengasingan kuasa yang secara jelas menggariskan pengasingan di antara kuasa eksekutif, kehakiman dan juga perundangan. Sejajar dengan itu adalah penting untuk kita mengiktiraf sidang bawah pokok yang berlangsung pada 3hb Mac 2009 serta segala resolusi yang diluluskan pada hari tersebut.

Bagi menyelesaikan kemelut politik di Negeri Perak, Pakatan Rakyat tuntas dengan tuntutan agar Dewan Undangan Negeri dibubarkan serta merta. Ini membolehkan rakyat menentukan kerajaan mana yang memperolehi mandat serta kepercayaan mereka melalui pilihanraya yang bakal diadakan nanti.

"Kami yakin rakyat pasti memilih yang terbaik buat masa depan mereka dan negara ini. Sepanjang kemelut di Perak, Pakatan Rakyat menunjukkan iltizam untuk tetap teguh menjunjung Keluhuran Perlembagaan serta konsisten membawa Perubahan," tambahnya.

Ketua Penerangan PAS Pusat Datuk Mahfuz Omar menyifatkan kemenangan Nizar adalah kemenangan rakyat.

"Ini adalah satu kemenangan rakyat, dan ini juga adalah signal kepada Najib yang kita ketahui menjadi dalang dibelakang rampasana kuasa di perak bahawa rakyat mahukan perlembagaan tertegak," ujar Mahfuz dalam kenyataannya.

Menurut Mahfuz, kemenangan ini memberi gambaran bahawa apa sahaja yang dilakukan Najib dan Menteri Besar BN yang haram, Zambru Abdul Kadir ialah bertentangan kepada perlembagaan dan Undang Tubuh kerajaan Perak.

Dengan keputusan ini juga, menjawab segala fitnah yang dilontarkan BN kepada Pakatan Rakyat, katanya.

Malah dengan kemenangan ini nyata apa yang dilakukan Najib dan Zambry sebelum ini hanyalah mempermainkan undang tubuh kerajaan negeri selain mempersenda Sultan Perak.

Justeru Mahfuz menyeru Najib dan Zambry memohon maaf kepada rakyat Perak dan Pakatan Rakyat atas fitnah besar yang dilakukan ini hingga menyebabkan Perak 'kucar-kacir' selama tiga bulan.

Sementara itu, entah kenapa secara tiba-tiba, Ketua Polis Perak Datuk Zulkifli Abdullah berkata polis akan mengadakan kawalan di sekitar bangunan berkenaan bagi memastikan keadaan keselamatan terkawal.

Mulai 5.30 petang, beberapa unit Unit Simpanan Perkutuan (FRU) tiba di sekitar bangunan itu dan mula mengadakan kawalan.


1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

takutlah kalau SPR cipta undang2 merapu bila nak mgundi nti.. dia nak bg BN menang dia buat undang2 acuan sdiri!!! Pakatan Rakyat tubuhkan satu pasukan Khas bagi mengawal pilihan raya kecil di Penanti nanti.. dari itu SPR xkan nk merapu2 lagi.. pastikan Pyokong PR dikawal dengan pasukan Khas kita.. Biar mreka mcari alasan bodoh lain plak!