
Ia jelas menunjukkan bahawa rakyat amat berharap sidang DUN itu dapat dilaksanakan secepat mungkin bagi meredakan ketegangan ekoran krisis politik di perak akibat dari rampasan kuasa yang dilakukan oleh UMNO-BN yang didalangi oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Ia dipercayai bagi membincangkan krisis politik di negeri itu sejak awal bulan ini, susulan empat Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pakatan Rakyat meninggalkan gagasan itu dan menyatakan sokongan kepada BN.
Kesemua Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) dibenarkan hadir kecuali mereka yang telah digantung, iaitu Menteri Besar, Zambry Abdul Kadir dan enam anggota exconya.
Tiga wakil rakyat bebas - yang dianggap telah mengosongkan kerusi masing-masing melalui surat peletakan jawatan mereka - juga dilarang menyertai sidang tersebut.
1 ulasan:
wakakaka... yang tak setuju cuma UMNO jer.. Kat TV3 boleh la keluar taring... Kat Dewan DUN keluar pelir....!!!
Catat Ulasan