27 Feb 2009

Mujahid: Nizar Masih Menteri Besar Perak

Ahli Parlimen Parit Buntar, YB Mujahid Yusof Rawa menegaskan bahawa Datuk Seri Ir Mohd Nizar Jamaluddin masih seorang Menteri Besar Perak.

Di dalam penjelasannya di Dewan Rakyat semalam beliau menyatakan hanya ada 3 cara untuk melucutkan seseorang menteri besar iaitu

1) Bubar dewan undangan negeri
2) Undi tidak percaya
3) Menteri Besar itu meletak jawatan

Ketiga-tiga hal diatas tidak berlaku, justeru itu perlantikan Zambry sebagai Menteri Besar tidak boleh diterima kerana Menteri Besar masih ada dan tidak berlaku pun perlucutan jawatan Menteri Besar yang ada berdasarkan Artikel 16 yang perlu dibaca dengan kurungan 6.

Di dalam satu kenyataannya lain beliau menyelar tindakan rasuah RM20 juta untuk dua orang ADUN Perak untuk isytiharkan bebas atau melompat masuk UMNO sebagai satu tindakan yang terdesak, terkutuk, keji dan jelek.

Mereka yang membuat laporan di pejabat SPRM di Ipoh ialah Adun Malim Nawar, Keshvinder Singh daripada DAP dan Adun Kuala Kurau Abdul Yunus Jamsari daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR).

"Yang bagusnya kedua-dua ADUN ini berani tampil ke hadapan untuk membuat laporan dan kalau boleh kita minta mereka dedahkan siapakah orang tengah yang menjadi agen-agen (perasuah) dan kita pasti di dalam krisis di Perak ini, sudah tentu UMNO - BN dalam hal ini mempunyai kepentingan di dalam jual-beli ADUN Pakatan Rakyat," katanya.

Beliau menganggap bahawa krisis di Perak amat merugikan rakyat Perak.

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Saya kecewa. Di saat bangsa lain henyak maruah MELAYU. Di saat bangsa lain memperbodohkan MELAYU. Menghumbankan darjat MELAYU dan Merendahkan maruah MELAYU, masih ada bangsa MELAYU sendiri yang mendewa-dewakan bangsa asing. Ada bangsa MELAYU lain yang bertepuk tangan melihat bangsanya sendiri dipermainkan. Bangkitlah MELAYU. Bersatulah MELAYU. Darah kita serupa. Agama kita sama. Lupakan sengketa politik. MELAYU mesti tetap membela MELAYU. MELAYU sendiri mengagungkan SINGH kenapa? Dia tidak kata BN celaka. Dia kata MELAYU celaka. Dia kata bapak kita celaka. Dia kata mak kita celaka...! Sebarkan... Takbir!

Tanpa Nama berkata...

Melayu UMNO adalah Melayu murtad.

Tanpa Nama berkata...

Anonymous 12:09 AM,

Anda bercerita tentang "melayu" yang mana satu...? Aku bangsa melayu, tak terlibat pun dalam kes seperti yang anda sebutkan itu.

Aku tidak pernah mendewakan sesiapa tetapi aku mendewakan tuhanku yang ujud dalam agama islam ku.

Melayu mana yang anda ingin katakan..? Didalam PAS ada melayu, dalam PKR ada melayu dan dalam DAP juga ada melayu. Dalam UMNO ada melayu kah...?

Apakah anda mahu supaya semua melayu Pakatan Rakyat menyokong melayu UMNO membelasah OKU Karpal Singh diatas kerusi rodanya...?