28 Jun 2009

MANEK URAI : Kembalikan Royalti Minyak Kelantan

Pemimpin UMNO dan Barisan Nasional (BN) terus berbohong dalam kempen pilihanraya kecil DUN Manek Urai dengan mengatakan tidak wujud minyak dan gas serta industrinya di negeri Kelantan.

Presiden PAS Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mendedahkan beliau sendiri telah pergi ke pelantar cari gali minyak dan gas di perairan Kelantan sebaik sahaja mendapat berita tentang wujudnya ‘emas hitam’ itu di negeri tersebut, sedikit masa dahulu.

”Kebetulan saya dududuk tepi pantai, bersama orang ke laut (nelayan) (saya telah pergi) melawat pelantar minyak, tengok pelantar minyak (dan) pelantar gas disitu,

”dalam kawasan (perairan) Kelantan, bukan dalam perairan Siam dan perairan antarabangsa,”jelasnya ketika berucap dalam majlis perisytiharan calon pilihanraya kecil DUN Manek Urai, di Kampung manek Urai Lama, semalam. (Gambar – Saifudin menunjukkan buku perangkaan kerajaan Malaysia kepada Presiden PAS)

Sehubungan itu, beliau berkata, Petronas wajib membayar royalti minyak sebanyak 5% kepada negeri Kelantan sebagaimana perjanjian diantara syarikat minyak itu dengan kerajaan-kerajaan negeri pada tahun 1975.

Sebelum itu, Pengarah Pilihanraya Parti Keadilan Rakyat (PKR) Saifudin Nasution berkata pengundi Manek Urai mesti menolak UMNO/BN sekiranya mereka bertanding dalam pilihanraya kecil DUN tersebut.

Beliau berkata demikian kerana kerajaan Barisan Nasional (BN) bukan sahaja tidak membayar royalty minyak, malah telah berbohong dan menipu rakyat Kelantan dalam Parlimen mengenai kewujudan minyak di Kelantan.

”Kita kemudian mendapati, bahawa kerajaan Barisan Nasional tidak bercakap benar, dalam bahasa kasar, mereka telah memberikan jawapan bohong dalam Parlimen,

”hasil kajian kita mendapati dalam buku Jabatan Perangkaan Kerajaan Malaysia yang dikeluarkan pada 2007 mukasurat 187, jadual 5.3 menyebutkan dengan jelas negeri-negri pengeluar minyak di Malaysia,”tegas Saifudin yang juga ahli Parlimen Machang.

Katanya UMNO/BN hanya menipu rakyat Manek Urai dengan memasang papan tanda ‘Rakyat di Dahulukan, Manek Urai Di utamakan’, sedangkan mereka tidak membayar royalti minyak yang telah berjumlah RM 1bilion sejak tahun 2002.

Oleh itu katanya rakyat mesti menolak calon UMNO/BN pada pilihanraya kecil Manek Urai pada 14 Julai depan.

”Rakyati di dahulukan, Manek Urai di utamakan? Dia boleh pasang papan tanda banyak-banyak (dalam kempen pilihanraya),
”tetapi bukti ini (telah) menunjukkan bahawa kita (Kelantan) ada minyak, UMNO tak bayar royalty minyak,

”Sebab itu kita mesti tolak calon mereka (UMNO/BN) pada pilihanraya kecil Manek Urai pada 14 haribulan nanti,”katanya. -buletininline





1 ulasan:

sb dehlawi berkata...

Zalim. harta negeri kelantan dirembat sesuka hati? kemanakah perginya royalti minyak kelantan? Kelantan diberikan rezeki oleh Allah SWT sepatutnya kelantan juga berhak menikmati rezeki itu, tetapi oleh kerana ketamakan dan pelahapnya org umno, maka semua hasil minyak kelantan dimasukkan ke dlam perut mereka. Ingat itu adalah harta rakyat. memakan harta rakyat adalah sama juga dengan memakan harta anak yatim.