27 Feb 2009

Sidang tergempar DUN Perak 3 Mac

Satu sidang tergempar Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak akan diadakan pada 3 Mac (Selasa).

Speaker dewan berkenaan V Sivakumar telah memanggil dewan itu bersidang.

Malaysiakini melaporkan iaa dipercayai bagi membincangkan krisis politik di negeri itu sejak awal bulan ini, susulan tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pakatan Rakyat meninggalkan kerajaan campuran itu dan menyatakan sokongan kepada BN.

Kesemua Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) dibenarkan hadir kecuali mereka yang telah digantung, iaitu Menteri Besar, Datuk Dr Zambry Abdul Kadir dan enam anggota exconya.

Tiga wakil rakyat bebas - yang dianggap telah mengosongkan kerusi masing-masing melalui surat peletakan jawatan mereka - juga dilarang menyertai sidang tersebut.

Sebelum ini kami pernah menyiarkan pandangan beberapa orang peguam dan pakar undang-undang bahawa Speaker mempunyai kuasa mengeluarkan waran tangkap seandainya arahannya tidak dipatuhi oleh mana-mana ADUN.


Tiada ulasan: