
Dalam sidang medianya sebentar tadi, Mohd Zin berkata kenyataannya berhubung perkara tersebut dibatalkan.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dijadual mengumumkan perkara itu pada sidang akhbar di pejabatnya di Kementerian Kewangan di sini pada pukul 5.30 petang ini.
Semalam, Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi meminta keputusan menaikkan kadar tol itu dikaji semula kerana sekarang bukanlah masa yang sesuai untuk membuat keputusan.
Dari kalangan wakil-wakil rakyat kerajaan juga semalam mempertikaikan tindakan mendadak kementerian tersebut.
Mohd Zin Mohamed pada hari semalam telah mengumumkan kenaikan kadar tol - antara 0.68 sen/km hingga 50 sen - bagi Lebuhraya Utara-Selatan (Plus), Lebuhraya Sistem Penyuraian Trafik Kuala Lumpur Barat (Sprint), Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (Akleh), Lebuhraya Sungai Besi (Besraya) dan Lebuhraya Baru Pantai (NPE).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan