22 Dis 2015

[VIDEO] Edisi Kantoi: Penafian Takiyuddin Ditolak...

TMI siarkan transkrip kenyataan SU Agung PAS, tolak dakwaan fitnah

Transkrip wawancara yang dikeluarkan oleh wartawan portal online The Malaysian Insider dan video yang disiarkan oleh Sinar Online jelas menunjukkan bahawa Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyudin Hassan berkata, PAS sedia untuk memaaf dan melupakan kesilapan Umno sebelum ini.


[VIDEO & BERGAMBAR] Mujahid Jawab Dakwaan "Pengkhianat" ...

Naib Presiden AMANAH, YB Datuk Dr Mujahid Yusof mempertahankan tindakannya turut bersama dengan rakan-rakannya yang lain menubuhkan AMANAH dan memberi jawapan terhadap sesetengah pihak yang menuduhnya sebagai pengkhianat.

Di dalam satu ceramah penerangannya di Sebatu, Melaka Mujahid dengan tegas menyatakan bahawa beliau dan rakan-rakannya yang menubuhkan AMANAH dianggap khianat kepada perjuangan parti kerana parti asalnya telah khianat kepada perjuangan rakyat.

21 Dis 2015

Bagi PAS, Perkasa Pun Perkasalah....

Ibrahim Ali ramal perbezaan ideologi penghalang kerjasama Umno-PAS

Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali meramalkan kerjasama politik di antara Umno dan PAS mustahil akan berlaku kerana perbezaan ideologi.

Ibrahim berkata, ini kerana Umno merupakan sebuah parti nasionalis manakala PAS adalah parti Islam.

"Kalau Umno dan PAS bersatu lebih baik, tetapi saya tidak fikir wujud kerjasama politik antara Umno dan PAS sebelum Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

"Umno nasionalis, PAS parti Islam. PAS tidak mudah untuk pimpinannya membawa kepada kerjasama. Realitinya ada halangan," katanya yang pernah bertanding di atas tiket PAS pada 2008.

UMNO-PAS, Alang-alang Bekerjasama, Biar Terus Bersatu...

PAS, pergilah bersatu dengan Umno – Riesya H

Alhamdulillah, sudah terang lagi bersuluh. Resolusi sudah dibuat. Resolusi bukan daripada sebarang resolusi. Bukan daripada rakyat marhaen. Ini resolusi dari sekalian barisan mufti, kadi, hakim dan pemimpin.

Hakim dan pemimpin bukan sebarang pemimpin. Ini pemimpin keluaran Universiti Al Azhar, Mesir yang tersohor itu. Resolusi menyeru Umno dan PAS untuk bersatu.

20 Dis 2015

Moga 'Perkahwinan' Umno & PAS Kali Ini Kekal...

Bekas pemimpin Umno berharap, 'perkahwinan' yang bakal berlaku antara PAS dengan Umno akan kekal kali ini selepas melihat kecenderungan itu akan berlaku selepas Multaqa Serantau Alumni Al-Azhar Malaysia.

Tamrin Tun Ghafar yang merupakan mantan ahli Umno selama kira-kira 40 tahun itu berkata, perpaduan tersebut diharapkan berpanjangan dengan kemungkinan tawaran jawatan kabinet kepada Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan pengikut-pengikutnya.

19 Dis 2015

Misi Hassan Ali & Nasha Berjaya, Tentangan TITM & Iskandar Tidak Relevan Lagi..

Alumni Al-Azhar tubuh jawatankuasa temukan pemimpin PAS-Umno

Alumni Al-Azhar bersetuju mewujudkan satu jawatankuasa yang akan menjadi pihak ketiga menyediakan platform penyatuan pemimpin Umno dan PAS dalam satu pentas yang sama.

Presiden Rabitah Antarabangsa Alumni Al-Azhar Malaysia (WAAGM), Prof Madya Datuk Dr Mohd Fakhrudin Abdul Mukti menyatakan persetujuan itu ketika cadangan dilontarkan Pengerusi Panel Perundingan dan Pencegahan Rasuah, Tan Sri Johan Jaaffar yang menjadi moderator forum Perpaduan Ummah Merentasi Ideologi bersempena Multaqa Serantau Alumni Al-Azhar Malaysia 2015, di Kuala Lumpur, malam tadi.

18 Dis 2015

Tatkala Najib-Hadi Sepentas, Unit Amal Dihalau Bagai Anjing Kurap...

Unit Amal PAS dihalau keluar pusat pemindahan, silaturahim Umno ‘omong kosong’

Usaha membantu mangsa banjir di Meru, Klang tergendala semalam apabila Umno Bahagian Kapar, Selangor didakwa menghalau Unit Amal PAS yang membantu mangsa banjir ditempatkan di sebuah sekolah di sana.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Meru Dr Rani Othman meminta unit itu agar meninggalkan kawasan itu kerana jika mereka tidak berpindah, pusat pemindahan mangsa banjir itu akan ditutup.

17 Dis 2015

Rasulullah Sudah Lama Tolak Perkauman

Politik baru tanpa perkauman Oleh A Shukur Harun

Tentu masih ramai yang sangat terkesan akan ucapan pejuang hak asasi manusia Amerika, Marthin Luther King Jr, yang berbunyi:

“Saya ada 4 anak yang sedang membesar. Saya mahu melihat anak saya itu nanti dinilai bukan berdasarkan warna kulit dan keturunannya, tetapi dinilai atas kebolehaannya.”


16 Dis 2015

"Nak Heret Kami Ke Mahkamah, Silakan!" - Hanipa

Amanah tubuh pasukan peguam, sedia jumpa PAS di mahkamah

Parti Amanah Negara (Amanah) sedia berdepan dengan PAS yang mahu mengambil tindakan undang-undang terhadap presiden Amanah Mohamad Sabu yang mendakwa PAS diresapi pemikiran ala kumpulan militan Negara Islam Iraq dan Syria (Isis).

Ketua Biro Undang-undang Amanah Mohamed Hanipa Maidin berkata dalam satu kenyataan hari ini, satu pasukan peguam sudah ditubuhkan bagi mempertahankan Mohamad, lebih dikenali sebagai Mat Sabu, di mahkamah.

MCA Juga Tentang Hudud, Kenapa PAS Diam?

MCA tolak PAS bawa hudud

Ketika Umno menghulurkan tangan perdamaian kepada PAS, Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata parti itu tidak akan campur tangan dalam hal berkenaan.

Bagaimanapun, jika Umno berhasrat membawa PAS masuk menyertai BN, MCA berpendapat ia mesti dibawa ke Majlis Tertinggi BN untuk dibincangkan.

Jika PAS tetap dengan pendiriannya untuk memperjuangkan hudud pula, kata Liow, MCA akan menentang kemasukan berkenaan.



15 Dis 2015

[BERGAMBAR] Alor Gajah Banjir, AMANAH Melaka Kerah Ahli Untuk Bantu Mangsa

Hujan lebat yang turun sejak pagi semalam telah menyebabkan beberapa kawasan di daerah ini ditenggalami air sehingga memaksa 117 buah keluarga berpindah di pusat pemindahan termasuk Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Pengakalan.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Alor Gajah, Leftenan Muda Mohd Fairul Asikin Kadir berkata, setakat jam 11 pagi tadi sebanyak tujuh buah pusat pemindahan telah dibuka.

Menurutnya, antara lokasi yang terjejas ialah kawasan Dun Gadek, Dun Durian Tunggal dan kawasan sekitar kawasan Dun Rembia.

PAS Guna Takfiri, UMNO Guna Perkauman Anti-DAP....

PAS menggunakan isu "takfiri" untuk menghentam parti AMANAH manakala UMNO pula memainkan isu perkauman untuk menakut-nakutkan rakyat terhadap Pakatan Harapan (PH), demikian dinyatakan oleh Presiden AMANAH Negara, Sdra Mohammad Sabu di dalam majlis pelancaran Graha Amanah Melaka semalam.

PAS sebelum ini telah menggelar mereka yang meninggal parti itu sebagai "pengkhianat" malah ada pemimpin PAS yang menuduh mereka yang menubuhkan parti baharu sebagai terkeluar dari Islam yang layak dibunuh.

14 Dis 2015

Mat Sabu Tak Tarik Balik Dakwaannya PAS Diresapi Fahaman ISIS,

PAS diresapi fahaman Isis: Mat Sabu tak akan tarik balik kenyataan

Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) Mohamed Sabu hari ini berkata beliau tidak akan sesekali menarik balik kenyataannya berhubung dakwaan "PAS diresapi fahaman militan Negara Islam (Isis) atau pengganas Daesh".

Beliau yang lebih dikenali dengan gelaran Mat Sabu berkata tiada keperluan baginya untuk menarik balik kenyataannya walaupun PAS tampil membuat laporan polis berhubung perkara tersebut.

13 Dis 2015

Kerjasama PAS UMNO: Hadi & Najib Bertemu Minggu Depan

Hadi, Najib bakal bertemu minggu depan

KUALA LUMPUR: Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak dan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dijangka bertemu minggu depan, yang dilihat sebagai perkembangan positif selepas Presiden UMNO itu menghulurkan ‘tali silaturahim’ kepada PAS.

Anggota Majlis Tertinggi UMNO Datuk Dr Puad Zarkashi ketika ditemu bual BernamaTV pada malam semalam berkata kedua-dua pemimpin itu dijadual bertemu dalam satu majlis anjuran Alumni Al-Azhar.



12 Dis 2015

Majlis Presiden PH Kecam Kenyataan Rasis Najib

Umno main isu perkauman alih skandal politik, kata Pakatan Harapan

Pakatan Harapan mengutuk sekeras-kerasnya ucapan Presiden Umno, Datuk Seri Mohd Najib Razak di Perhimpunan Agung Umno semalam, yang cuba memainkan api perkauman untuk mengalihkan perhatian berkaitan skandal politik yang sedang beliau hadapi.

Satu kenyataan bersama telah dikeluarkan oleh Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu, hari ini.