Unit Amal PAS dihalau keluar pusat pemindahan, silaturahim Umno ‘omong kosong’
Usaha membantu mangsa banjir di Meru, Klang tergendala semalam apabila Umno Bahagian Kapar, Selangor didakwa menghalau Unit Amal PAS yang membantu mangsa banjir ditempatkan di sebuah sekolah di sana.
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Meru Dr Rani Othman meminta unit itu agar meninggalkan kawasan itu kerana jika mereka tidak berpindah, pusat pemindahan mangsa banjir itu akan ditutup.
Katanya, arahan supaya unit itu keluar dibuat Ketua Umno Bahagian Kapar Datuk Faizal Abdullah kepadanya kira-kira jam 2 petang semalam dengan alasan ia arahan "pihak atasan".
"Mula-mula datuk pegawai daerah, yang dipertua Majlis Perbandaran Klang, pegawai bomba dan exco terkejut dan tidak bersetuju dengan keputusan saya supaya kita berkemas petang semalam atas desakan Umno itu.
"Ada yang hampir menangis dengan keputusan saya itu. Namun selepas itu, masing-masing nampak impak keputusan itu, atau 'the big picture' yang cuba saya ketengahkan," kata Dr Rani.
Pusat pemindahan mangsa banjir itu dibuka di sebuah sekolah yang ditadbir kerajaan persekutuan manakala Unit Amal ialah badan sukarela bawah PAS.
Sejak banjir melanda Selangor kelmarin, unit itu dengan kerjasama Dr Rani menjadi badan pertama yang menyediakan kemudahan untuk membantu mangsa banjir.
Sebanyak 52 keluarga mangsa dari Persiaran Hamzah Alang, Taman Sri Puteri, Taman Saujana, Taman Meru Utama, Taman Berkat dan Taman Bayu dipindahkan ke sekolah berkenaan.
Unit tersebut menyediakan khemah di dalam dewan sekolah itu bagi membolehkan mangsa banjir tinggal di situ dengan selesa dan menyediakan makanan untuk mereka 3 kali sehari.
Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang melawat mangsa banjir itu semalam dikatakan melahirkan perasaan bangga dengan kemudahan disediakan untuk mangsa, menyatakan ia setaraf dengan apa dibuat di negara maju.
Ketua Kampung Meru Thaifor Noor berkata insiden diarahkan keluar itu berlaku ketika mereka menunggu ketibaan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kasim yang sepatutnya tiba ke pusat perpindahan itu jam 1 tengah hari semalam.
"Namun menteri tidak tiba sehingga jam 2 petang. Selepas itulah kami diberitahu mereka marah kerana kami seolah-olah menjaga pusat pemindahan itu," katanya kepada The Malaysian Insider.
Sementara itu, Pengarah Unit Amal Nazree Mohd Aris yang kesal dengan kejadian itu berkata, kejadian itu membuktikan cakap-cakap Umno akan bekerjasama dengan PAS hanya omong kosong.
"Tindakan ini juga menjawab persoalan tentang PAS akan bergabung dengan Umno," kata Nazree dalam satu kenyataan, mengulas kejadian itu dan mengaitkannya dengan ucapan Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak pada Perhimpunan Agung Umno minggu lepas.
"Kalau benar hendak bergabung, mana mungkin kami dari Unit Amal Malaysia dihalau seperti anjing kurap.
"Saya harap pihak yang menyalak PAS dan Umno akan bergabung akan dapat menilai sendiri bukti jelas dan nyata ini," kata Nazree.
Beliau kesal dengan tindakan Umno Kapar yang didakwanya mempergunakan kuasa mereka di peringkat persekutuan untuk mengusir anggota Unit Amal yang berhari-hari membantu mangsa banjir di sekolah di Meru itu.
"Kerana mahu mengejar nama dan 'political mileage', apa saja halal bagi Umno. Tidak adakah perasaan malu menumpang populariti atas usaha orang lain?
"Namun ini tidak menjadi suatu yang luar biasa kerana kebobrokan Umno sudah lama kita ketahui," katanya.
ULASAN GB
Kasihan PAS. Tatkala Presidennya berpakaian sedondon dengan Najib seperti bunga-bunga ke arah silatur-rahim PAS-UMNO bagai semakin hampir, tiba-tiba Unit Amal PAS dihalau bagai anjing kurap di Klang.
Kemudian mengadulah Sang Pengarah Unit Amal Nazree Mohd Aris, menyatakan Unit Amal telah dihalau bagai anjing kurap.
PAS dah kena main lagi dengan UMNO. Dulu hudud dah kena main kini bab silaturahim, pun kena main juga.
Tetapi yang kelakarnya, tatkala Nazree sendiri mengakui Unit Amal kena halau bagai anjing kurap, dia menuduh orang pula yang "menyalak".
Pelik dan ajabib. Dia yang mengaku anjing dia yang menuduh orang lain menyalak.
Demikianlah berjalannya hukum kebenaran dan keadilan.... dan PAS tak sedar-sedar lagi...
Yang ahli=ahli PAS bawahan mendedahkan ketololannya menyatakan kononnya Amanah cemburu apabila melihat UMNO sudah meminang PAS. Kononnya Amanah tidak ada siapa yang nak pinang.
Mungkin ahli bawahan PAS itu tak perasan rakan-rakannya dah pun dianjing kurapkan oleh UMNO.... atau mereka pun bakal dianjing kurapkan?

Sepentas bersama Najib, Hadi harap Malaysia tak jadi Timur Tengah
Datuk Seri Najib Razak dan Datuk Seri Abdul Hadi Awang hadir berpakaian sedondon ke program Multaqa Serantau Alumni Al-Azhar Malaysia petang ini, memakai baju Melayu merah jambu, seperti membayangkan ikatan silaturahim yang mungkin terjalin antara dua ketua parti orang Melayu itu.
Bagaimanapun, warna itu sebenarnya merupakan tema majlis yang diadakan di sebuah hotel di Kuala Lumpur itu, acara yang julung kali diadakan bagi menghimpunkan bekas pelajar Universiti Al-Azhar, Mesir dari Malaysia dan Indonesia.
Seri yang terpancar dari warna baju presiden Umno dan presiden PAS yang duduk bersebelahan di atas pentas itu seolah-olah memberi harapan kepada kerjasama antara dua parti politik yang selama ini bersaing itu.
Minggu lepas, Najib membuat pelawaan terbuka untuk menjalinkan silaturahim dengan PAS bagi membina negara sempurna mengikut syariat Islam.
Menyampaikan ucaptama di multaqa petang ini, Hadi berkata beliau mengharapkan umat Islam di negara ini tidak menjadi seperti di Timur Tengah yang kini berperang sesama sendiri kerana perbezaan ideologi.
Katanya, meskipun Malaysia tidak dapat lari daripada pelbagai perbezaan ideologi, beliau yakin ia tidak akan sampai ke tahap yang boleh mengakibatkan peperangan.
"Sunni dengan Sunni berperang, Syiah dengan Syiah berperang, kerana perbezaan ideologi. Berperang dengan senjata yang diberi Barat, Timur, sama ada Amerika, Rusia atau China.
"Kita berperang dengan senjata mereka... Kenapa jadi begitu? InsyaAllah Melayu tidak jadi macam Arab. Indonesia tidak jadi macam Arab. Kita berbeza pendapat, kita berbalah, berkelahi, tetapi tidak jadi peperangan proksi," katanya.
Hadi juga dalam ucapannya berkata, kerajaan sewajarnya memanfaatkan kepakaran ulama negara ini, mengatakan ramai ulama lepasan Al-Azhar boleh diketengahkan bagi membantu kerajaan dalam mentadbir negara.
"Zaman penjajah sudah tidak ada lagi di negara ini. Kita sendiri (tadbir negara). Ulama-ulama dan ustaz kita yang belajar agama ramai di negara kita.
"Bila kekuatan secara berkumpulan, ia sukar untuk dilumpuhkan," katanya sambil menambah, ilmu daripada Barat boleh dimanfaatkan tetapi nasihat mereka boleh diketepikan. -TMI -TMI
ULASAN GB
Kasihan PAS. Tatkala Presidennya berpakaian sedondon dengan Najib seperti bunga-bunga ke arah silatur-rahim PAS-UMNO bagai semakin hampir, tiba-tiba Unit Amal PAS dihalau bagai anjing kurap di Klang.
Kemudian mengadulah Sang Pengarah Unit Amal Nazree Mohd Aris, menyatakan Unit Amal telah dihalau bagai anjing kurap.
PAS dah kena main lagi dengan UMNO. Dulu hudud dah kena main kini bab silaturahim, pun kena main juga.
Tetapi yang kelakarnya, tatkala Nazree sendiri mengakui Unit Amal kena halau bagai anjing kurap, dia menuduh orang pula yang "menyalak".
"Kalau benar hendak bergabung, mana mungkin kami dari Unit Amal Malaysia dihalau seperti anjing kurap.
"Saya harap pihak yang menyalak PAS dan Umno akan bergabung akan dapat menilai sendiri bukti jelas dan nyata ini," kata Nazree.
Pelik dan ajabib. Dia yang mengaku anjing dia yang menuduh orang lain menyalak.
Demikianlah berjalannya hukum kebenaran dan keadilan.... dan PAS tak sedar-sedar lagi...
Yang ahli=ahli PAS bawahan mendedahkan ketololannya menyatakan kononnya Amanah cemburu apabila melihat UMNO sudah meminang PAS. Kononnya Amanah tidak ada siapa yang nak pinang.
Mungkin ahli bawahan PAS itu tak perasan rakan-rakannya dah pun dianjing kurapkan oleh UMNO.... atau mereka pun bakal dianjing kurapkan?
17 ulasan:
KATA KATA DARI PENGIKUT SETIA PAS....
PAS TAK AKAN MASUK UMNO.
PAS TAK AKAN LARI DARI DASAR HUDUD NYA.
PAS TAK PERNAH LUPA SEJARAH DGN UMNO.
PAS TETAP PAS..SAMPAI BILA BILA...
KESIAN SUNGGUH AHLI PAS.
BUKAN UMNO MEMPERMAINKAN AHLI PAS TAPI
HADI MEMPERMAINKAN PENGIKUTNYA YG WALAK.
BER MULA DGN PIL KUDA DIMANA SATU STRATIGIK UNTUK JADIKAN ALASAN
MENGAPA HADI LEBIH LAYAK DARI ANUAR UTK CALUN PM KALAU PAKATAN MENANG
DI PRU LALU...INI SEBENARNYA DALAM KEPALA HADI.
BERMACAM MACAM LAGILAH TINDAK TADUK HADI DALAM POLITIK PERSENALNYA.
INI PUN PENGIKUTNYA MASIH DALAM KEBUTAAN DAN KEPEKAKAN YANG NYATA.
KALU MB KELANTAN,TANTAWI,MUSTAPO DAN LAIN LAIN TAK NAMPAK ATAU BUAT
BUAT TAK TAHU..... KAMI
TAK HAIRAN KERANA MEREKA INI BEHAJATKAN KERETA BESAR..RUMAH BESAR..
GAJI BESAR....
BINI BESAR....
TAPI MALANG SEKALI BAGI MEREKA YG DATANG DENGAR CERAMAH DAN KASI DERMA
DGN NIAT PAS BOLEH LAWAN OMNNO...
MALANG TAK TERKATA.
GB BAGI ULASAN PANJANG MENJELA PUN ,.PUAK NI TAK AKAN MASUKK.
BIAR DALAM KEPAPAAN ASALKAN WALAK PEREDENG..
INILAH MELAYU ASLI..
Dalam rakyat ditimpa musibah, masih pilih bulu.
Bila mati nanti, puak UMNO ni dapat tiket khas terus ke syurga kot. Kan di dunia hidup dengan hak istimewa Melayu, mati pun nak juga "keistimewaan" itu. Kalau rakyat masih memilih UMNO-BN, jangan dok salahkan bangsa lain lagi sebab kita yang dok korek lubang untuk diri kita dan terjun sendiri.
Haramjadah. Haramjadah. Haramjadah sungguh puak munafikun ni.
Hello tuan Presiden PAS Hadi Awang! Selesaikanlah dulu masalah kesusahan kehidupan Rakyat dan hutang negara !
Lepas selesai masalah Rakyat dan negara,kamu berdua nak berkahwin ke, nak bergabung ke..ikut suka kamulah!
Hadi Awang, kamu sembang sahaja lebih tentang penyatuan Islam dan melayu dengan Najib. Kamu tahu tak? Diluar sana tu..ada berapa ramai bangsa melayu, Islam yang keadaannya..
kias pagi mkn pagi?????? Kais petang makan petang?????
Awas Hadi Awang! kamu akan diajar oleh Rakyat dan generasi terpelajar!
Salam:
Kebetulan saya melawat rakan-rakan perjuangan dlm umno dulu-dulu,di mana 5 ketua cawangan membuat press statement "Supaya Najib berundur".Sempat mendapat "feedback" dari mereka tentang kerjasama PAS dan UMNO,rata-rata mereka kata Najib buat kerja bodoh..Di peringkat grass-root umno,memang tidak mengalakkan.Najib mengundang kekalahan PR14 nanti.Salah satu sebab,periuk nasi mereka akan dibahagi 2 dgn PAS.Mereka ambil contoh ezam mat noor dan ust Nasharudin yg diberi jawatan percuma tanpa faedah langsung.
Memang pergolakkan dalam umno cukup teruk,bila-bila masa meletop.Itu sebabnya najib tak sabar-sabar nak meluluskan undang2 baru "MKN",boleh digunakan untuk menangkap pembelot2 pemimpin2 umno tanpa merujuk yg di pertuan agong.Dengan mengunakan issue "keselamatan" mereka boleh buat-buat cerita.
Pada ahli-ahli PAS,usahlah nak perasan dilayan oleh ahli2 umno,sekarang ini ahli2 umno dah lama tak diberi makan oleh tuannya.Mereka2 ini diternak di zaman mahathir dulu diberi makan sekenyang-kenyangnya.
Tok-tok lebai PAS,selalu mendendangkan "TAUBAT",INILAH satu sebabnya Najib percayakan pemimpin PAS,jika dia tak berkuasa nanti,segala kesalahanya boleh di maafkan,mungkin tak payah ka tali gantung.
Tapi realitynya "KERJASAMA" umno/pas, cuma kerjasama Hadi/Najib tak lebih dari itu,diperingkat grass-root tiada respond,cuma balaci-balaci yg mendapat faedah sahaja.
SIAPA MEMPERGUNAKKAN SIAPA???MASA AKAN MENENTUKANNYA.
wallah'ulam
Nak tgk komen cai2 pas kat omakkau dgn tranungkite kesah di anjing kurapkan ni..
Kerjasama lah tu.
UMNO suka buat orang macam anjing.
PAS suka mengelarkan orang anjing.
Bila hudud UMNO boleh berkerjasama dengan PAS tapi bila banjir pulak UMNO tak boleh
Tg haji hadi....tg nik aziz klau ada mesti dia sedih apa yg tok guru lakukn...rata2 90% kbnyk org2 melayu x suka dgabungkn mcm ni...tp dlakukn jgk...so tunggu lah lg kali ini..pas akan terima kesan yg amat dasyyat akibat perbuatanmu...
bukan halau tapi unit amal pergi meraikan persandingan sedondon "wedding end of the year" najib dah menang dari segi politik.
Dua kumpulan bani Melayu huru-hara, anjing juga yang diburukkan. Mengapa tak kaitkan dengan binatang lain yang berkaki empat atau menjalar atau pun menyondol!! Walau dihina pun khidmat anjing tetap diperlukan oleh tentera dan polis!!
Jangan terlampau sangat sebab ada yang kena kawin paksa-rela. Dan jangan tunjuk PAS memang nak kan UMNO.
Ingat selagi ahli-ahli belum terima baju merah-hijau berlambang keris-bulan anggap lah belum ada lagi kerjasama di peringkat bawah.
Lagipun dalam buat kerja baik mungkin tidak ada kerjasama. Itu kena tanya Tuan Presiden setakat mana kerjasama PAS UMNO adakah setakat untuk PRU atau setakat buat kerja menyelamatkan Najib. Dah banyak ya tentang hubungan PAS UMNO masih lagi nafi!
Aku harap tidak ada mana-mana pihak yg cuba halang kerjasama UMNO/PAS ni. biarkan usaha ini menjadi kenyataan demi kebaikkan rakyat utk menjatuhkan pemerintah yang mengabaikan kebajikan rakyat.
Tak nak bergaduh sebab baru lagi lepas bersanding, biarlah PAS jaga mesjid dan surau je. Yang lain-lain bagi UMNO yang uruskan.
Ini nak pesan sikit. UMNO suami yang garang, kejam dan selalu curang. Kena halau kira sikit je. Ramai bini nya yang takut dengan suami kan berUMNO ini.
Ini dah ada alumni Azhar, boleh lah kan usahakan hudud. Tok Guru-Tok Guru Pondok dulu pun pernah kawin dengan UMNO. Tak tahu lah masih isteri yang sah lagi ke tidak.
Guru Pondok dulu setakat mengumpat dan menjaja suami nya baik je. Harap Azhar-Azhar jangan pulak sama macam Guru Pondok. Usahakan supaya UMNO terima hudud.
Kalau dari sudut PROTOKOL BERPAKAIAN....
HJ HADI IBARAT PAKAIAN TALEBAN.. MUJAHIDDIN AFGHANISTAN KERANA PAKAI KOT DGN BAJU MELAYU.... BERBANDING D.S NAJIB... SUIT LENGKAP MELAYU ISLAM...
SO TOK GURU KENA BERGURU LAGI DGN DS NAJIB DAN SETERUSNYA MENGAMALKAN ADAB BERGURU SESAMA ISLAM...
Pembetulan. Unit amal menipu untuk tutup isu kerjasama dengan guna ayat PAS UMNO bermusuhan. Bukan kena halau tapi dewan itu ada majlis kenduri kahwin.terima kasih.jangan terpedaya dengan tipudaya PAS untuk tutup belang sebenar kerjasama.
Dah agak ini tipu daya PAS.
Belum pernah UMNO nak tutup pusat pemindahan semata-mata kerana PAS. Apa untungnya pada UMNO? Dan UMNO tak sebodoh itu. Yang buat nak percaya bukan apa .. pasal Dr Rani Othman di sebut.
Ahli PAS tersilap pergi majlis kenduri kot? Jemputan dari pasangan pengantin Najib & Hadi tapi pergi ke kenduri orang lain.
SATU HARI NANTI PAS AKAN DIUMPAMA BIAWAK.HIDUP BUAT UMNO...ATAU PALING TIDAK SEBAGAI KAIN.BUSUK APABILA BERLAKU FORMULA TIDAK MENJADI...MULA-MULA UMNO FIKIR BERGABUNG DGN.PAS UNDI BERTAMBAH DAN APABILA BERLAKU SEBALIKNYA...PAS AKAN DILIHAT SEBAGAI PENYEBABNYA..
PAS BOLEH MEMECAH BELAHKAN BN SETELAH MEMECAH NELAHKAN PR..TENGOKLAH NANTI..
KINI SUDAH ADA BISIK BISIK DIBELAKANG KELAMBU KERAGUAN ORANG UMNO TERHADAP KEJUJURAN PAS..
Samada PAS atau pun UMNO, orang Melayu yang mengaku untuk akur pada ajaran Islam harus memahami apa yang Rasulullah SAW pesan sebelum baginda wafat. Tidak kah baginda sudah berpesan sekiranya berlaku perselisihan kefahaman di antara sesame orang Islam hendaklah mereka berpegang teguh pada tali Allah yaitu kembali untuk merujuk kepada Sunnah Baginda dan al Qurannul Karim.
Isu yg jelas berlaku sekarang ini adalah perpecahan di dalam PAS hanya kerana pemimpin tertinggi PAS memutuskan untuk berbaik-baik sesame orang Islam didalam parti UMNO. Tidak mereka membuat sesuatu yang adil wahai para penentang perpaduan PAS? Tidak kah tindakan mereka itu bersesuaian dgn kehendak Rasulullah SAW dan suruhan Allah didalam Al Quran? Tindakan sentimen perasaan dendam didalam hati yang menjadi penghalang utama kepada silaturrahim yang dianjurkan itu?
Kita sebagai hamba Allah seharusnya meletakkan kepentingan ajaran Islam lebih daripada kepentingan didalam politik. Tidakkah kita tahu dan sedar tentang ancaman kepada mereka yang menentang dan memutuskan silaturrahim?
Dari hadis Rasulullah SAW:” Tidak akan masuk surga orang yang memutus hubungan tali silaturahmi.” (HR. Bukhari dan Muslim)
Dari Al Quran surah Muhammad 22-23 “ Maka Apakah kiranya jika kamu berkuasa kamu akan membuat kerusakan di muka bumi dan memutuskan hubungan kekeluargaan? mereka Itulah orang-orang yang dila'nati Allah dan ditulikan-Nya telinga mereka dan dibutakan-Nya penglihatan mereka.”
Fikir-fikirlah anda semua apa kah matlamat sebenar yang kita sedang perjuangkan? Apa kah hadiah besar yang kita sedang dambakan sebenarnya dari perpecehan yang anda semua sedang perjuangkan itu? Atau apakah anda semua berfikir orang UMNO itu solat mereka tidak ada pahala disisi Allah melainkan solat kamu orang PAS sahaja yang betul?
Catat Ulasan