14 Dis 2015

Mat Sabu Tak Tarik Balik Dakwaannya PAS Diresapi Fahaman ISIS,

PAS diresapi fahaman Isis: Mat Sabu tak akan tarik balik kenyataan

Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) Mohamed Sabu hari ini berkata beliau tidak akan sesekali menarik balik kenyataannya berhubung dakwaan "PAS diresapi fahaman militan Negara Islam (Isis) atau pengganas Daesh".

Beliau yang lebih dikenali dengan gelaran Mat Sabu berkata tiada keperluan baginya untuk menarik balik kenyataannya walaupun PAS tampil membuat laporan polis berhubung perkara tersebut.


"Mahu tarik apa? Apa punya laporan polis pun saya tak tahu. Saya tak pernah baca apa-apa pun mengenai laporan polis dibuat PAS terhadap saya," katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran Amanah peringkat negeri di Kepala Batas, hari ini.

Mat Sabu berkata kritikan kepimpinan PAS terhadapnya adalah hanya melalui tafsiran mereka sendiri dan beliau enggan mengulas lanjut mengenai hal tersebut.

"Lebih baik kamu pergi tanya PAS mengenainya dan kenapa mereka kemukakan kenyataan berkenaan.

"Paling utama, kamu lihat sendiri berapa ramai yang hadir di majlis petang ini. Ini membuktikan kerjaya politik saya masih relevan dan tidak seperti digambarkan kepimpinan PAS," katanya.

Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz sebelum ini menyifatkan tuduhan Mat Sabu itu adalah langkah terdesak bagi mengembalikan karier politiknya yang kini ibarat telur di hujung tanduk.

Nik Mohamad Abduh berkata tuduhan Mat Sabu itu disebabkan beliau sudah tidak ada modal untuk menjatuhkan PAS sejak beliau keluar daripada parti itu dan membentuk Amanah.

PAS Pulau Pinang turut membuat laporan polis ke atas Naib Presiden Amanah Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa ekoran kenyataannya yang dikatakan mendakwa PAS mempunyai hubungan dengan militan Daesh dan Al-Maunah. – Bernama

ULASAN GB

GB setuju dengan pendirian Presiden AMANAH, MohSabu untuk TIDAK mennarik balik kenyataannya berkenaan PAS yang kini mirip ke fahaman militan ISIS.

Sudah banyak laporan polis mengenai keganasan yang dicetuskan oleh PAS terhadap orang lain terutama pimpinan AMANAH seperti yang dilaporkan berlaku di Terengganu dimana Pengerusi Amanah Parlimen Marang, Ust Miqdad Zakaria diserang oleh seorang ustaz PAS. Banyak lagi laporan polis mengenai keganasan yang dilakukan oleh pahli-ahli PAS sebermula dari tindakan memukul Aduka Taruna di Marang lagi.

Biarlah hukum kebenaran dan keadilan berjalan dengan sendiri. PAS akan tetap menerima hukumannya dari Allah swt.

6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

GB tak payah la layan PAS lagi.. mcm anak dara tua gemok dan gedik tak ketahuan hala dah PAS la ni..

Sumer mcm org gila nak jadi wakil tuhan. Itu haram ini haram.. perut sendiri buncit mentekendarah elaun halam ketidakhadiran ke parlimen saban tahun sudah cukup bagi kita pikiaq halatuju parti biol mamat kampung ni..

Lagi lama lagi sakit hati yengok gedik PAS ni.. kot area aku Baling ni.. geng buat kerja sumer cabut masuk Amanah dah.. tinggai geng kuda kepang beserban ja sibuk nak jadi wakil tuhan membodohkan org ramai..

Org kenai sapa buat kerja.. sapa dok cakap saja jadi wakil tuhan..

omar daud berkata...

Salam:

Selamat berjuang bang Mat sabu dan Amanah:


Takjkirah/Taqlim (Mengambil iktibar/pengajaran dari ulamak2 kita-utk diri keluaraga untuk amalkan dan sampaikan.)

Allah menjadikan kita daripada Tanah,ciri-ciri manusiapun lebih-kurang macam tanah.Jika tanah pada asalnya subur,bila curahan hujan rahmat Allah turun menyiraminya,pelbagai tumbuhan akan tumbuh,bunga2,buah-buahan dan pelbagai lagi.Jika asalnya tanah tadi subur mengahasilkan padi,jika senantiasa disusahakan,hasil padi tadi akan dapat menafaat manusia.Jika tanah tidak diusahakan,tunggu sebulan sahaja,lalang akan tumbuh,jika setahun tidak diusahkan mungkin semak samun akan menguasai tanah tersebut,jika bertahun-tahun tidak diusahakan,mungkin menjadi hutan-belantara,maka tanah ini dgn sendirinya menjemput pelbagai binatang buas mendiaminya,termasuk kalijenking,ular,harimau,dan pelbagai lagi binatang buas.Binatang2 ini tak payah diternak,ianya datang dgn sendirnya ini adalah fitrah yg allah tetapkan.Begitu juga manusia bila Amalan2 Nabi saw tidak di amalkan,lama-kelamaan Amalan-amalan haiwan akan terjadi.

Berikut ialah kisah berlaku di daerah negeri bersempadan dgn negara2 arab, ada saorang ulamak terkenal bernama sheikh abd Aziz.Beliau selalu ka pasar membeli barang hariannya.Di suatu tempat beliau singgah dikedai sireh.
Si penjual sireh:sangat menghormati ulamak ini,selepas urusan jual beli sireh,sipenjual sireh memintakan ulama ini,ya tuan,Tolong doakan kesejahteraan untuk saya.Tuan sheikh insyallah, dan terus beritahunya" Semoga kamu menjadi manusia".minggu berikutnya, sipenjual sireh meminta didoakan lagi,tuan shekh pun respond padanya, "Semoga kamu menjadi manusia".Bila tiap-tiap minggu jawapan yg sama diterima oleh sipenjual sireh itu,ia kehairannan, dan inggin bertanya pada tuan sheihk,mula-mula segan,tapi ia memberanikan diri bertanya.Ya tuan sheik,kenapa setiap minggu jawapan yg sama bila saya meminta tuan mendoakan saya,lalu tuan shekh memberikan selindangnya pada sipenjual sireh tadi,alangkah terkejutnya sipenjual sireh tadi apabila selindang tadi diletak dikepalanya,ia nampak orang-orang yg lalu lalang di depanya tadi,ada seperti kajengking/buaya/tikus/harimau/ular danmacam2 haiwan.Lantas itu dia bertanya pada tuan shekh tadi saya ini macammana??dan tuan sheik menyuruh nya memegang selendang itu,dan didapati dirinya seprti haiwan juga.Sekarang barulah dia memahami keadaannya kenapa saorang yg alim itu berkata "semoga dia jadi manusia". Sebab dia sudah lama tak mengamalkan amalan2 nabi saw,walaupun pada ketika dulu beliau adalah saorang yg warak,tidak penah melakukan kejahatan.

Wallah'ualam.

Timnajib Jomfikir berkata...

Selalunya yang menyalak, buat laporan ahli bawahan. jenis tak tahu hujung pangkal. Main Allahukhbar sahaja.

Kalau betullah, Apa yang Mat Sabu katakan itu salah. Dah lama pemimpin tertiggi yang akan buat laporan.tapi, kenapa pemimpin tertinggi sendiri tak buat laporan? Sebab, depa tahu..Mat Sabu cakap, mesti ada bukti.

Abg Mat, i follow u..

Tanpa Nama berkata...



Jika PAS nak buktikan Mat Sabu salah, PAS kena di terima baik oleh MCA kerana kemenangan UMNO bererti juga kemenangan BN. Apabila Najib mengaitkan DAP, pandangan MCA adalah di tuntut samada menerima PAS atau tidak kerana bukan UMNO yang bertanding di PRU nanti.

PAS tidak boleh mengubah matlamat perjuangan parti dari negara Islam kepada parti ( UMNO) Islam !

Hanya MCA dapat membuktikan PAS tidak sama dengan IS.

Yang patut di islamkan ialah Hj Hadi. Yang mengislamkan Hj Hadi ialah Najib! Sebab Najib sebagai pemimpin Islam berjiwa besar sanggup berdamai dengan Muhyiddin.








Mohd Lutfi Mat Saad berkata...

"We have sent you as a mercy for all the nation." [21:107]

Those who seek to please God will be guided by Him to "the paths of peace". [16:5]

Patience is set above all other Islamic virtues with exceptional promise of reward beyond measure.
[39:10]

Violent activities breed hatred in society, non-violent activities elicit love. Violence is the way of destruction, non-violence is the way of construction. Violent is death, non-violent is life.

Jihad with the Quran means an ideological struggle to conquer peoples' hearts and minds.

The truly desirable revolution is that which permits gradual and beneficial changes. This can be achieve only on the basia of non-violence.

Had the Prophet and his companions adopted the path of confrontation instead of peaceful migration, the history of Islam might have been buried shortly after its inception.

There is no aggressive or offensive war in Islam. Islam allows only a defensive war and that too, only when there is no other option.

Believers do not have the right to wage wars against their enemies. Their duty is to peacefully convey to them the message of Islam.

Muslims can rewrite the history of Islam provided they make timely use of opportunities.

Only under a normal relationship between the da'i and the mad'u, can the message of Islam be conveyed in a propitious atmosphere.

A dakwah mission cannot afford wars and violent confrontations.

Dakwah proves Islam's ideological superiority. And without doubt nothing is greater than this. [10:32]

Through dakwah even the direst enemy turns into one's dearest friedi.[41:34]

The Muslims have been unable to join the mainstream in modern times, it is because they are so easily provoked and so ready to resort to violence.

If you behave properly with those holding divergent views from you, then you deserve to be credited with having an excellent character.

Let Muslims once renounce violence and they will be welcomed, as brothers into the mainstream. In all institutions ranging from the social to the educational, the equality of their partnership will be assured.

"Requite evil with good..." [23:96]

-the true jihad
-non-violence and Islam
-maulana wahiduddin khan

Tanpa Nama berkata...

IF U PAS TAK NAK ORG LABEL U MCM ISIS, THEN DO WAT AJARAN AHLI SUNNAH WAL JAMAAH BUAT. NOW ALL THING U DO DAH TAK JAUH BEZANYA DGN SYIAH LAKNATULLAH YG SENGAJA DICIPTA OLH AHLI FREEMASON. WHY I SAID SYIAH DICIPTA OLH AHLI FREEMASON, LU TANYA DGN TGHA TUAN PRESIDEN SBB DIA PERNAH BUAT CERAMAH FREEMASON TIME ZAMAN 80AN, I NAK TANYA KPD TGHA, U TAK RASAKAH, APA U BUAT SKG ADALAH SAMA DGN GOLONGAN FREEMASON BUAT. WALLAUHALLAHUALAM LU FIKIRLAH SENDIRI.