15 Dis 2015

PAS Guna Takfiri, UMNO Guna Perkauman Anti-DAP....

PAS menggunakan isu "takfiri" untuk menghentam parti AMANAH manakala UMNO pula memainkan isu perkauman untuk menakut-nakutkan rakyat terhadap Pakatan Harapan (PH), demikian dinyatakan oleh Presiden AMANAH Negara, Sdra Mohammad Sabu di dalam majlis pelancaran Graha Amanah Melaka semalam.

PAS sebelum ini telah menggelar mereka yang meninggal parti itu sebagai "pengkhianat" malah ada pemimpin PAS yang menuduh mereka yang menubuhkan parti baharu sebagai terkeluar dari Islam yang layak dibunuh.


"Islam digambarkan agama yang ganas, suka kepada peperangan dan mudah membunuh orang menyebabkan calon Presiden Amerika, DonaldTrump menyatakan jika beliau menang beliau tidak akan izinkan orang Islam masuk Amerika," ujarnya.

Mohd Sabu meminta supaya fahaman takfiri tersebut tidak diizinkan bertapak dan menular di dalam negara ini kerana ia bertentangan dengan Islam sebagai rahmat sekalian alam.

Manakala UMNO pula memainkan isu perkauman dimana rakyat diugut untuk memilih samada UMNO BN atau Pakatan Harapan yang menurut Najib, didominasikan oleh "DAP yang anti-Islam".

"Isu perkauman dan isu agama akan dipergunakan habis-habisan di dalam menghadapi pilihanraya akan datang oleh UMNO untuk menyelamat diri mereka," katanya.

Justeru itu Mohd Sabu meminta semua pimpinan Amanah dan Pakatan Harapan supaya bekerja kuat dan bersungguh-sungguh untuk melawan hujjah Najib yang telah meletakkan racun perkauman yang amat dasyat kepada rakyat Malaysia.

Mohd Sabu turut Mohamad juga menyelar ucapan perwakilan Pulau Pinang pada perhimpunan Agung Umno 2015 yang berlangsung baru-baru ini.

"Dalam perhimpunan agung katanya jangan tanya mana presiden dapat duit, dari mana jangan tanya siapa yang beri, yang penting kita dapat duit untuk bergerak. Asalkan boleh bantu Melayu," kata Mohamad yang membidas kenyataan perwakilan Umno mempertahankan derma RM2.6 bilion dimasukkan akaun peribadi perdana menteri.

"Ini ucapan racun, fahaman Asabiyah ialah fahaman yang paling celaka. Pemikiran itu dimunculkan semula," tambahnya.

Apa yang disampaikan oleh perwakilan UMNO itu jelas bertentangan dengan hadith:

“Laisa minna man da’a ila ‘assobiyyah, walaisa minna man qotala ‘ala ‘assobiyyah, walaisa minna man mata ‘ala ‘assobiyyah” ‘Bukan dari kalangan kami (ummat Nabi SAW) mereka yang menyeru di atas dasar assabiyah (perkauman), bukan dari kalangan kami mereka yangt berjuang di atas dasar assabiyah dan, bukan dari kalangan kami orang yang mati di atas dasar assabiyah’,

lalu para sahabat bertanya: “mal ‘assobiyatu ya Rasulallah?”‘Apakah dia assobiyah itu wahai Rasulullah?’ Nabi menjawab: “Al-‘assobiyatu an tu’ina qaumaka ‘ala zulmi”‘Assobiyah itu ialah kamu menolong kaum kamu di atas dasar kezaliman.’

Hadith Rawahul Bukhari & Muslim. (Mutttafaqun ‘alaih).

Di dalam majlis berkenaan, Mohd Sabu diberikan penghormatan oleh Amanah Melaka untuk menerima sumbangan-sumbangan berbentuk barangan dari Amanah kawasan parlimen dan cawangan bagi kegunaan Amanah Negeri di pejabat Graha Amanah.

Walaupun hujan turun dengan lebat, namun orangramai tidak berganjak untuk mendengar ucapan Mohd Sabu dari khemah dan dari kakilima bangunan yang menempatkan Graha Amanah Melaka.

Majlis perasmian turut diserikan dengan paluan kompang dan pertunjukan silat disamping lagu AMANAH dikumandangkan.

Wakil rakyat Bukit Katil, YB Shamsul Iskandar Mohd Akin dan beberapa orang pimpinan Keadilan negeri Melaka turut hadir menyertai upacara perasmian berkenaan manakala pimpinan DAP tidak dapat hadir kerana terlibat di dalam pemilihan di konvensyen DAP negeri.

Pada sebelah malamnya, pidato umum telah berlansung di Taman Seri Telok Mas yang membariskan beberapa pimpinan AMANAH nasional iaitu Mohd Sabu sendiri, Timbalan presiden, Haji Salahuddin Ayub, Naib-naib Presiden, Tn Hj Hasanuddin Mohd Yunus dan Dr Hassan Baharom, Ketua Pemuda Amanah, Mohd Sany Hamzan, Pengerusi AMANAH Negeri, Tn Hj Adly zahari dan Pengerusi AMANAH Parlimen Kota Melaka, Sdra Harun Muhammad.


19 ulasan:

Abdul Said berkata...

Fitnah pada akhir zaman datang dari para ulamak. Tak kiralah mereka yang berjubah ke atau berserban ke atau bersongkok ke ataupun kepala togel!! Kita sebagai orang awam boleh fikirlah sendiri siapa yang membawa fitnah. Tidak payah tuduh sesiapa. Sendiri dengar, sendiri baca, sendiri tengok dan sendiri fikir. Bila sudah tahu jauhkan diri dari mereka seperti kita menjauhkan diri dari api dunia dan jangan bagi tau orang!!

Tanpa Nama berkata...

Politik yang merugikan ummah......satu jari menunjuk buruk orang 4 jari tunjuk diri sendiri

Tanpa Nama berkata...

kegegaran mulai dirasai oleh rakyaat Malaysia,dari 2012 hingga sekarang bertapok-tapok bala melanda Malaysia.Mengapa boleh terjadi malapetaka semua ini?.Inilah kezalima yang dilakuan oleh manusia itu sendiri.Marilah kita mencari puncanya.

Timnajib Jomfikir berkata...

Selagi para mufti-mufti(kecuali Dr Maza) tokoh2 agama(pemenang tokoh maal hijrah) para ilmuan. Takut dan tidak berani mengajar pemimpin yang terang-terangan melakuan kezaliman dan penyelewengan..Allah swt akan terus menimpakan kacau bilau dan bala.

Benbrahem berkata...

Mulut mufti dan ulamak2 Umno dan Pas dah digam dengan RM , jawatan dan pangkat tentulah tidak boleh bersuara. Mereka bukanlah dari class para imam mazhab dan sarjana2 silam yang berani dan tegae menegakkan yang hak walaupun dipenjara dan disiksa.

mustapa m said berkata...

Agaknya, mufti2 yg diketuai oleh Mufti Perak menegur dan menasihatkan PM dn orang2nya secara senyap2, tapi tak berkesan. Lebih2 sangat menegur jangan harap mereka berani..... Cari makan dah!!!

Itulah antara sebabnya mengapa Hadi (Pas) pula akan menjadi penasihat kpd PM dan Umno. Mungkin org2 Umno akan dengar dan pakai nasihat Hadi (Pas).

Harap2 jangan jadi seperti ketam mengajar anaknya berjalan lurus dan betul.

Tanpa Nama berkata...

Pas jadi macam tu sbb pemimpin dia yg gilakan kuasa, jawatan dan elaun ceo. Pemimpin pas yang sudah tua bangka makin kabur mata dgn jawatan dan kuasa hingga perjuangan asal membela rakyat diabaikan.

Tanpa Nama berkata...

betuike gaji penasihat kera jaan lebih tinggi dr gaji pm? agaknya sbb itu kot hadi mengofferkan diri jadi penasihat...

Tanpa Nama berkata...



Sebenci-benci Trump pada Islam, Trump cuma tidak benarkan orang Islam masuk US.

Sebaik-sebaik Hj Hadi pada saudara-saudara Islam nya, orang Islam yang tidak sependapat dengan nya di hukum mati.

Undi lah Trump sebagai Presiden. Jangan sesekali undi Hj Hadi sebagai Presiden US atau mana-mana Presiden.

Tanpa Nama berkata...



Apabila pemimpin berpolitik menguna isu agama dan kaum, maju bagaimana sekali pun negara ini dalam sektor pembangunan, kita tidak boleh lebih maju dari negara lain. Negara lain akan sentiasa mendahalui negara kita. Rakyat negara ini umpama robot yang menguna control bukan robot yang menguna komputer.

Bangsa Arab bergaduh kerana mahu bangsa nya lebih dari orang Islam yang lain dengan menguna agama sebagai alat ( takfiri )

UMNO dan PAS sangat lemah dari sudut yang lain sehingga kelihatan sangat ketara. Kekuatan yang ada pada UMNO ialah perkauman dan kekuatan yang ada pada PAS ialah agama, itu pun bab menghukum !

DAP mendapat sokongan kuat dari kaum cina. Menuduh DAP mendominasi PH adalah usaha menakutkan orang melayu tetapi apakah sebenar penjelasan yang di berikan oleh Najib kepada MCA dan parti di Sabah? Tak kan orang PAS gelap hati tidak dapat menekan nya. Paling busuk Najib akan kata dia telah berjaya mengubah PAS melalui Hj Hadi.

Dalam PR, DAP boleh duduk semeja dengan PAS. Dan PAS sebagai parti Islam berkesempatan memberi contoh pimpinan Islam yang terbaik ...

Tanpa Nama berkata...

maka jelaslah sekarang PAS boleh bebas berbuat keputusan dan menentukan hala tujunya sendiri.., PAS boleh menolak untuk menerima undangan sesiapa yang 'tidak digemari' juga boleh memilih untuk menghulurkan bantuan kepada sesiapa yang mungkin 'berbaloi' atau ' profitable ' PAS sendiri (bukan survivor - sebab survivor hanya diperlukan oleh mereka yang terdesak/tersepit/tercungap ... dan yang serupa situasi dengannya ) - mungkin akan ada yang menganggap PAS terlalu bongkak/angkuh/ujub/ riak/takabur (jangan salahkan PAS ini adalah pandangan peribadi kami sendiri dan bukan pendirian PAS sendiri) - tapi adakah golongan yang mengatakan gerakan mereka amat kukuh/ampuh/kuat/diterima semua lapisan masyarakat dan sekaligus menjaja bahawa PAS telah LUMPUH di seluruh Negara itu bukan bongkak/angkuh/ujub/riak/takabur ??
Tetapi akan terbukti semua orang akan menyedari PAS bukan golongan yang mempergunakan pihak lain untuk kepentingan sendiri dan pastinya PAS telah mendapat " Valueable Lesson" atas pengalaman lalu... kita memang telah menjangka akan ada suara-suara sumbang dari golongan yang 'tak dapat menerima kenyataan' tapi itu perkara biasa dan sejarah telah membuktikan golongan ini akan semakin terpinggir dan mereka akan terus merapu meraban tak tentu hujung pangkal yang menyebabkan mereka semakin hilang arah tuju...

lelaki dicermin berkata...

Rasanya kalau semua blog2 pro PH keluar artikal mcm ni.. tuang presiden lagi teruk dr trump..tekanan tuan presiden.. rasa pas ni kena psikologi baru dia sedar diri... contohnya dulu siang mlm di dendangkan.. AMANAH pengkhinat...AMANAH bls balik.. mangga harum manis... terus senyap..org2 serban ni.. strategi tak tahu.. main ckp je

Tanpa Nama berkata...

Kami sbgai pengundi2 tak berparti berharap Amanah mengamalkan polotik baru yg budiman. Kami berharap Amanah tidak menumpukan tenaga kepada parti2 lain. Kami harap Amanah dapat jelaskan keutamaan Amanah bila mendapat kuasa nanti. Kami mahu Amanah hiburkan kami dgn nyanyian2 harapan. Kami tak mahu dengar caci maki, tuduh menuduh, merendah2kan parti lain. Kami mahu Amanah terus membuai kami dgn mimpi2 indah dimana kami akan hidup dlm negara yang aman damai. Tiada seteru antara kaum, tiada jenayah, rakyat semua berkemampuan, pengangguran hampir sifar. Kami mahu dengar yang Amanah akn menjadikan pendidikan sbg agenda paling utama utk memerangi maksiat, jenayah, sifat perkauman dll. Kami mahukan pendidikan yang melahirkan insan budiman.

abrarmujahideen berkata...

Dikatakan Ulama' tp melalut...camner Agama Allah nak dipandang mulia.

Tanpa Nama berkata...



Kalau Yg Kafir...LURUS "Ber-Audit"
Mengapa Yg "Islam?"...Songlap Mem-BELIT?
Kalau Yg Kafir...Tak Men CURI Duit
Mengapa Yg "Bersorban?"...BALAK Di Klepet??
Mulut Si Kafir...Tak keluar "Cirit"
Mulut Yg "Islam?"...Ter Cirit "BIRIT"
Oh! Fikirkan lah...Itulah Islam "Kulit"
Islam Di "Kulit"...JIWA Nya Busuk Hangit
Islam Di "Kulit"...AKIDAH Nya Bobrok Sakit
Islam Di "Kulit"...MURTAD Kesumat Syirik Melilit



Wahai Sahabat...AMANAH Budiman
Fahami Lah "ERTI"...Syirik & MURTAD
Ber Tuhankan "HARTA"...AMANAH Di Lacurkan
Tunggang TERBALIK...Rakyat Melarat
Tunggang TERBALIK...Dek Kerana "UMPAN"
Di Umpan Ber JUTA...Gelap Dan Khianat
Tipu dan "KELIRU"...Mengelabui KEZALIMAN
Onar dan FITNAH...Dek Niat yg Bejat



MURTAD Itu...Tunggang TERBALIK
PONTENG U-Turn...Jalan yg BENGKOK
Ber Tuhan kan "HARTA"...Serakah yg Jelik
Ber Tuhan kan "Kuasa"...SYIRIK yg Bobrok
Menipu KLENTONG...Tak Serik-serik
Onar dan FITNAH...Bangkai yg Busok
Rasuah Men CURI...Hina dan Jijik
Ke Martabat "Makhluk"...Yg Ter Sangat Terok!


AMANAH yg Lurus...Tak Akan MURTAD
AMANAH yg Kudus...Tak Tunggang TERBALIK
AMANAH Mem-BERI...Se Indah7 NIKMAT
AMANAH Penyayang...Mulia dan Cantik







Wahai Sahabat...AMANAH Sejati
AMANAH Mem-BERI...Men-SUCI kan Hati
AMANAH Mem-BERI...Indah Ber SERI
AMANAH Mem-BERI...Berganda Di Limpahi
Seperti AMANAH...Langit dan Bumi
Semurni AMANAH...Nabi dan Wali
Saling Mem-BERI...Santun SIMPATI
Tak Wujud ONAR...Fitnah Men CURI
SEFLESS Nya Demi...Cinta Sejati
SELFLESS Hanya lah...Kaseh Mem-BERI
Oh! Alangkah INDAH nya..."FITRAH" Syurgawi..
Bergenang Di Mata...Meruntun Di HATI..

Tanpa Nama berkata...



Kalau Yg Kafir...LURUS "Ber-Audit"
Mengapa Yg "Islam?"...Songlap Mem-BELIT?
Kalau Yg Kafir...Tak Men CURI Duit
Mengapa Yg "Bersorban?"...BALAK Di Klepet??
Mulut Si Kafir...Tak keluar "Cirit"
Mulut Yg "Islam?"...Ter Cirit "BIRIT"
Oh! Fikirkan lah...Itulah Islam "Kulit"
Islam Di "Kulit"...JIWA Nya Busuk Hangit
Islam Di "Kulit"...AKIDAH Nya Bobrok Sakit
Islam Di "Kulit"...MURTAD Kesumat Syirik Melilit



Wahai Sahabat...AMANAH Budiman
Fahami Lah "ERTI"...Syirik & MURTAD
Ber Tuhankan "HARTA"...AMANAH Di Lacurkan
Tunggang TERBALIK...Rakyat Melarat
Tunggang TERBALIK...Dek Kerana "UMPAN"
Di Umpan Ber JUTA...Gelap Dan Khianat
Tipu dan "KELIRU"...Mengelabui KEZALIMAN
Onar dan FITNAH...Dek Niat yg Bejat



MURTAD Itu...Tunggang TERBALIK
PONTENG U-Turn...Jalan yg BENGKOK
Ber Tuhan kan "HARTA"...Serakah yg Jelik
Ber Tuhan kan "Kuasa"...SYIRIK yg Bobrok
Menipu KLENTONG...Tak Serik-serik
Onar dan FITNAH...Bangkai yg Busok
Rasuah Men CURI...Hina dan Jijik
Ke Martabat "Makhluk"...Yg Ter Sangat Terok!






AMANAH yg Lurus...Tak Akan MURTAD
AMANAH yg Kudus...Tak Tunggang TERBALIK
AMANAH Mem-BERI...Se Indah7 NIKMAT
AMANAH Penyayang...Mulia dan Cantik







Wahai Sahabat...AMANAH Sejati
AMANAH Mem-BERI...Men-SUCI kan Hati
AMANAH Mem-BERI...Indah Ber SERI
AMANAH Mem-BERI...Berganda Di Limpahi
Seperti AMANAH...Langit dan Bumi
Semurni AMANAH...Nabi dan Wali
Saling Mem-BERI...Santun SIMPATI
Tak Wujud ONAR...Fitnah Men CURI
SEFLESS Nya Demi...Cinta Sejati
SELFLESS Hanya lah...Kaseh Mem-BERI
Oh! Alangkah INDAH nya..."FITRAH" Syurgawi..
Bergenang Di Mata...Meruntun Di HATI..

Dr.Paridul Adras Ismail berkata...

Pas dan Umno sudah tiada beza dalam merealisasikan demokrasi. Demokrasi sudah mati dalam kedua-dua parti ini. Tidak pernah berlaku berlaku dalam sejarah persidangan Umno, timbalan presiden tidak dibenarkan berucap pada sayap puteri, pemuda dan wanita. Lagi aneh, Muhyidin juga tidak dibenarkan berucap pada sesi penggulungan ucapan dasar presiden. Dalam Pas pun sama, kerana tidak sesiapa pun boleh membuat kenyataan mengenai pelawaan bergabung dengan Umno yang sedang nazak. Dalam Persidangan Agung Umno yang baru berlalu, dengan nada yang seorang pengemis Najib merayu agar Pas bergabung Umno untuk menghadapi PRU 14. Dalam Umno dan Pas hanya ada presiden, dan jawatan-jawatan kuasa tertinggi yang lain hanya setarap dengan ahli-ahli biasa sahaja. Kedua-dua parti ini sudah menjadi parti autoritarian.

Pas yang sudah menjadi parti autoritarian menjadikan Parti Amanah Negara (Amanah) sebagai bahan takfiri mereka. Pas meletakkan diri mereka sebagai "top dog" (hakim) dan Amanah sebagai "under dog" (pesalah). Berbagai label negatif dilemparkan Pas kepada Amanah, sehinggakan kadang-kadang label-label tersebut tidak terjangkau dengan kewarasan pemikiran manusia. Amanah terserpih dari Pas lantaran sikap presiden yang dilihat mahu berbaik-baik dengan musuh tegar Pas, iaitu Umno. Telahan kendiri ahli-ahli Amanah terhadap kerjasama Pas dengan Umno seakan-akan memperlihatkan kebenarannya.

Umno pula menjual perpaduan dan kemajuan Melayu sebagai barang dagangan. Memang betul Umno yang memajukan Melayu, tetapi hanya Melayu Umno yang menjadi kroni pimpinan tertinggi sahaja. Umno sememangnya parti perkauman dengan kemunculan tokoh-tokoh anti Cina menerusi gelagat Datuk Jamal Sekinchan dan dan Ali Tinju. Lantaran tidak lagi menyokong BN, maka dikatakan orang Cina memusuhi Umno. Majoriti Cina adalah penyokong Dap, lantas parti ini dituduh perkauman. Tuduhan ini hanyalah peluru untuk menakut-nakutkan orang-orang tua Melayu kampung yang tidak memahami politik demokrasi. Pada hakikatnya Umno juga layak disamakan dengan peribahasa Melayu, "Memaku dulang, paku yang serpih. Mengata orang sendiri yang lebih".

Apa pun kepada kita yang matang, tuduhan-tuduhan kepada parti lawan adalah satu permainan dalam gelanggang politik. Sampai bilakah kita dapat melihat politik yang bersih. Benarlah kata pujangga "politic is a dirty games" walaupun pemainnya adalah parti yang melebal diri mereka sebagai parti kalis neraka.

Tanpa Nama berkata...

Blog omakkau ramai macai pas + umno bergabung mengutuk Amanah. Meluat dgn komen diaorg...

dol berkata...

yg betul tetap betul

yg salah tetap salah

isu perkauman dan agama ala khawarij memang digunakan oleh umnu dan pasug utk menutup jenayah mereka

tkde kena mengena dgn formula jari tunjuk sapa

'jari' al quran memang dh tunjuk yg benar dn yg salah