21 Dis 2015

UMNO-PAS, Alang-alang Bekerjasama, Biar Terus Bersatu...

PAS, pergilah bersatu dengan Umno – Riesya H

Alhamdulillah, sudah terang lagi bersuluh. Resolusi sudah dibuat. Resolusi bukan daripada sebarang resolusi. Bukan daripada rakyat marhaen. Ini resolusi dari sekalian barisan mufti, kadi, hakim dan pemimpin.

Hakim dan pemimpin bukan sebarang pemimpin. Ini pemimpin keluaran Universiti Al Azhar, Mesir yang tersohor itu. Resolusi menyeru Umno dan PAS untuk bersatu.


PAS, pergilah bersatu

Jangan diremehkan resolusi dari orang besar, berjubah besar dan berserban besar sebegini. Jangan pula dihina presiden PAS. Bukan sebarang presiden, tetapi presiden bertaraf naib ketua ulama antarabangsa.

Jangan juga dihina perdana menteri yang sudah mencemar duli turun berbaju sedondon meraikan martabat presiden PAS.

PAS, pergilah bersatu

Kawan di sana sudah lama menunggu. Tidak manis membuat orang menunggu. Bak kata pepatah orang tua, jangan ditunggu lama-lama, nanti berputih mata.

PAS, pergilah bersatu

Demi nama Melayu. Demi nama Islam. Demi nama Bumiputera.

Usah dihiraukan bab RM2.6 bilion. Usah dirisaukan bab 1Malaysia Development Berhad (1MDB). Usah dirisaukan bab rang undang-undang. Usah dirisaukan bab Akta Pencegahan Keganasan (Pota).

Usah dirisaukan bab negara yang bakal bankrap. Atau rakyat hidup merana macam kucing kurap. Mencari rezeki dengan getah sekerap. Sekadar rezeki agar anak tidak merempat.

Usah dirisaukan bab rakyat Kelantan yang belum ada rumah, dek hanyut dibawa banjir. Usah dihiraukan banjir bakal melanda lagi.

Usah dihiraukan keluhan graduan yang masih menanam anggur, menjual burger untuk hidup. Atau terbeban berfikir membayar hutang pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Negara (PTPTN).

Usah dihiraukan rakyat yang terseksa. Angkara kos hidup yang tak kenal siapa. Demi nama Melayu, usah dihiraukan itu semua.

Janji Melayu di sana diselamatkan. Ingatlah, mereka di sana sedang nazak. PAS, pergilah bersatu. Umpama hulubalang penyelamat yang membawa talian hayat.

PAS, pergilah bersatu

Bersama parti Melayu bersekutu. Mana tahu, untung sabut, PAS jadi laku. Dapat sebarang 2 atau 3 jawatan menteri besar. Atau pun 5 atau 6 jawatan menteri dan timbalan menteri. Atau 5 atau 6 duta. Atau menjadi pengarah jabatan agama.

Apalah yang nak disayangkan dengan jawatan beberapa Exco di Selangor, atau penasihat agama di agensi kerajaan negeri. Setakat gaji RM28,000, kawan sana mampu memberi lebih dari itu. Bukan setakat sebiji, hendakkan 3 biji BMW pun bisa diatur.

PAS, pergilah bersatu

Usah dirisaukan pengikut yang beberapa kerat itu. Pandai-pandailah mereka nak hidup atau membawa diri.

Yang pasti, ada wala’un-wala’un yang sanggup terjun kelautan api. Demi arahan pimpinan yang suci. Pimpinan yang sering bermimpi berjumpa Nabi. Mana boleh diingkari sesuka hati ataupun pemimpin yang berjubah berserban. Mana bisa di biarkan berseorangan. Yang pasti, akan ada yang sehidup semati.

PAS, pergilah bersatu

Buat apa lagi bersama Pakatan Harapan. Belum tentu boleh jadi Timbalan Perdana Menteri. Jauh sekali Perdana Menteri.

Di sini asyik dibuli. Hudud menjadi duri. Kawan di sana sudah bersedia. Menangis air mata demi hudud.

Di sini asyik dibuli. Berebut kerusi pun macam kuli. Dapat kerusi pun, yang menang setakat minoriti. Kalau di sini, terpaksa beratur di belakang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Lim Guan Eng.

PAS, pergilah bersatu

Mana tahu, di sana kerusinya diberi lebih. Menang kalah usah dikira. Untung sabut, kerusi diberi, duit diberi berkilo-kilo. Tidak perlu bersusah-susah dengan derma tin milo.

PAS, pergilah bersatu

Tunggu apa lagi. Bagai pucuk cita, ulam mendatang. Jangan dibiarkan tangan bertepuk sebelah. Jangan dibiarkan orang sana berpeluk bantal keseorangan.

Alang-alang sudah lama menjalin kasih cinta 3 segi.

PAS, cepatlah pergi....


Perpaduan kabilah Najib dan Hadi; ingin tutup dosa kabilah 1MDB? – Zasyaf Ishak

Kita ucap tahniah di atas kejayaan penganjuran Multaqa Al-Azhar walaupun di atas apa sahaja niat pelaksanaannya. Cerita dan cereka perpaduan pun menjadi dasar kepada multaqa tersebut, yang tidak lebih kepada usaha 'public relation' untuk kepentingan individu tertentu.

Datuk Seri Najib Razak semalam bercakap dia mewakili kabilahnya, sementara Datuk Seri Hadi Awang juga mewakili satu kabilah yang lain. Maka digunakanlah keperluan bertemu dengan 'tali perpaduan' dan mula berfikir tentang masalah ummah.

Yang sebenarnya, wajah perpaduan macamana yang kabilah Najib mahukan? Cuba berterus terang dan tidak terus beretorik dan berangan kosong. Apakah darjah perpaduan yang Najib impikan? PAS mengumumkan mereka masuk Barisan Nasional?

Apakah ini bermakna tidak akan ada pertembungan 'satu-lawan-satu' di antara UMNO dan PAS dalam PRU akan datang? Apakah Najib boleh jamin, kabilahnya akan menyokong penuh cadangan ini? Apakah tidak ada di kalangan ketua kecil kabilah yang merajuk dan kecewa kerana tidak menjadi wakil rakyat?

Kabilah Najib tidak boleh menganggap cerita perpaduan ini boleh mengenepikan sama sekali kabilah korporat 1MDB yang terus membuat onar di dalam negara ini. Pendedahan terbaru Wall Street Journal, bahawa adanya interaksi perniagaan di antara 1MDB dan syarikat ciptaan di luar negara ini bukan cerita kosong.

Janji kabilah Najib untuk menyaman WSJ sudah berlalu sekian lama. Saman tidak pernah berlaku, yang ada hanyalah jawapan kabilah 1MDB yang berpusing-pusing seperti gasing.

Sudah-sudahlah kabilah Najib mempertahan ketua yang tidak konsisten dan sudah berada di sempadan perbuatan jenayah.

Kabilah Najib bukanlah kabilah yang kuat. Malah ianya satu kabilah yang semakin tempang dan buta masa depan. Kabilah Najib hanyalah hebat di media perdana sedangkan mereka sedang merangkak mencari kekuatan politik. Tiba-tiba, kabilah Hadi mahu dirapati. Ini tidak lebih sebagai jalan untuk menutup segala macam nanah pentadbiran yang dilakukan oleh Kabilah 1MDB.

Ya, 1MDB sudah menjadi kabilah tersendiri, kerana ini adalah sebuah kabilah yang kaya raya dan banyak harta. Walaupun tidak ramai pendokong, kabilah 1MDB ini ada kuasa ekonomi yang tinggi. PAS jangan terpedaya dengan salam cengkok yang minta nyawa seperti ini. PAS tidak perlu terpalit dengan politik padam dan benam segala dosa 1MDB yang sedang membusuk.

Jika cerita perpaduan semalam adalah berasaskan Piagam Madinah, maka sudah perlu niat menolak kemungkaran didahulukan dan diterima semua pihak. Kabilah 1MDB yang kaya raya tidak perlu ditutup dengan tali agama. Malah, sudah menjadi kewajipan buat PAS memastikan kepimpinan yang korup dibiarkan sendirian menjaga perbendaharaan negara yang semakin merosot.

Kalau kita lihat dan teliti ucapan Hadi, tidak ada satupun isi ucapan yang mengemukakan pandangan keperluan kerajaan perpaduan. Tak ada. Hadi hanya bercakap tentang survival PAS dan bagaimana parti tersebut perlu terus menjadi cahaya kepada gerakan Islam.

Dengan apa yang berlaku, multaqa semalam adalah sebuah program yang gagal. Jangan percaya dengan Buletin TV3 yang kononnya mahu menggambarkan Najib sebagai ketua kabilah yang Islamik dan terbuka.

Ianya tidak semudah itu untuk menipu rakyat. Dosa kabilah Najib kerana terlalu mendokong kabilah 1MDB tidak mungkin akan pudar. -TMI


ULASAN GB

Dah alang-alang selum pekasam, biarlah ke pangkal lengan! Dah alang-alangmahu kerjasama, biar terus bersatu dengan UMNO. Itu lebih baik bagi PAS dari terus engelirukan rakyat.

PAS masih silu-malu untuk menyambut salam perpaduan yang dihulurkan oleh UMNO. Kerana selama ini PAS paling ke depan mengutuk UMNO. Malah UMNO pun pernah "dikafirkan" melalui Amanat Hadi 2008.


Lantaran Amanat Hadi itulah banyak berlaku kecelaruan di dalam masyarakat Islam. Keluarga berantakan. Ummah berpecah-belah. Malah ada yang "syahid" di Memali mempertahankan Amanat Hadi tersebut.





Sekarang itu semua sudah boleh dilupakan. PAS sudah boleh sepentas dengan UMNO. Kini muncung senjata PAS dihalakan kepada DAP, kepada Amanah kepada Pakatan Harapan... sama seperti UMNO.

Malah keluar pula satu lagi fatwa karut menggantikan Amanat Hadi, pemimpin Amanah adalah pengkhianat yang wajar dihapuskan - kata Hadi.


Begitu mudah fatwa ditukar-tukar untuk memuaskan nafsu sendiri. Yang anehnya, dahulu "berfatwa" tolak malah kutuk dan fitnah PKR, kini berubah dan menjilat semua ludah yang dikeluarkan, mahu teruskan kerjasama dengan PKR sebab tahu jika tolak PKR, maka hanyutlah Selangor, hanyut juga Kelantan yang PAS ada banyak kepentingan di negeri-negeri tersebut.




Dan itupun PAS masih menyatakan dan melaungkan kononnya PAS "istiqamah hingga kemenangan".....

Hukum kebenaran dan keadilan akan terus berjalan, PAS akan pasti tersungkur lebur...




23 ulasan:

Tanpa Nama berkata...


Bukan orang muda saja nak kahwin.

Orang tua, lebai, pak haji, tok imam pun nak kahwin juga.

Orang kahwinlah cari pasangan muda.

Ini dapat pasangan tua.

Ini dinamakan cinta sejati. Nak mati bersama.

Tanpa Nama berkata...

Masuklah cepat Gorge Haddy oii. Pi lah berambos! Aku dah tau lama dah hang adalah petualang sebenar dalam PAS nih!

Lama dah hang sengaja buat kalut supaya PAKATAN tak menang pilihan raya Umum selama ini. Sengaja hang lepaskan kedah dan terengganu. Tak buat post mortern pulak tu.

Hang adalah anak Dajjal yang dipakaikan jubah dan serban. Inilah sejahat2 anak Dajjal atas muka bumi! Bumi sedang mengelupur geram nak himpit hang cukup2 jap saja lagi. Rm 100,000.00 gaji hang sebulan sedang diubah jadi api nak ditabur atas tikar pembaringan dalam kubor hang nanti.

Hang tunggu saja pembalasan Allah Taala!

Tanpa Nama berkata...

saya setuju 20/12/15 9.07pg ini dinamakan cinta sejati yang dua-duanya akan bersama mati- mati 14 namanya.

Tanpa Nama berkata...

Btui lah tu.ketua penyamun balak bersatu dengan ketua penyamun rakyat.. Next pru sama2 kita kalahkan penyamun. Dulu2 penyamun berada dlm pr susah nak menang.skrg dah jelas keluarga penyamun bersatu.cuma pkr dok buat perangai bodoh lagi awat nya.nanti sekali hadi cakap "Atas sayalah nk join ph ke tidak" nt malu lagi pkr ni. Pkr dh jadi parti paling hina setakat ni.tidak berprinsip dan berakhlak.bygkan bgimana parti khianat spt pas masih mau di ambil jadi rakan dlm ph padahal sudah jelas dosa2 pas..bygkan lah nt xmustahil pkr juga dr kalangan penyamun2 yg menghalalkan menyamun harta rakyat.undi aku sudah pasti tidak utk pas dan pkr...

Tanpa Nama berkata...

9.18 , apa hak kau nak cakap macam tu ? kau Allah swt ke ? kalau iya pun kau bencikan dia , tak perlu libatkan soal hidup-mati , tanah kubur ini semua. persoalan politik , cukup berkisar pasal politik shj. soal dosa-pahala , balasan sesudah mati , itu bukan kerja kita nk fikirkan. biarlah Allah swt yg menentukan kelak.

fuhrer berkata...

When you need salt, sugar won't do. Pikir2 lah ustaz2 agamawan sekalian

Arnab Jingga berkata...

idah ada agenda disebalik perkahwinan ini. ada duit hantaran berbilyun2 menanti hasil royalti minyak Kelantan yg tertunggak selama ini (spt tertunggaknya duit kakitangan YIK) yg akan dpt dinikmati bersama.

dgn pbyrn royatli ini akan dptlah dikembalikan kegemilangan negeri cek stiee wang kembong dan buncit krn merembat balak dgn projek membogelkan gunung ganang.

dicanangkan slogan MEMBANGUN BERSAMA ISLAM; tapi rupa2nya menipu bersama ularmak dan merembat bersama lebai.

hadi fitnah - sahih - kes pil kuda
ahmad penipu - sahih - kata nak letak jawatan
si amar bodoh - sahih - Kelantan kena byr rm200k dan kalah bbrp saman lain.
harong ding bodek - sahih - tak masuk akal najib masukkan duit dlm akaun peribadi? najib sendiri dah ngaku!

Timnajib Jomfikir berkata...

Pemimpin2 PAS yang lain senyap sunyi..
takut hilang jawatan dan pangkat.
kalau ada pun yang berani bersuara, depa akan buat pusingan U-turn semula.

Apalah nasib PAS dikemudian hari..hanya Allah swt maha mengetahuinya.

PAS oohhhh PAS..hanya tahu menghukum jemaah yang tidak sehaluan sahaja. Memperjuangkan nasib rakyat langsung tidak bersungguh-sungguh.kamu ni bagaimana ya? (Pinjam ayat Dr)

Tanpa Nama berkata...

SAYA TIDAK KELUAR PAS, TAPI BILA UNDI SAYA SAMADA TIDAK.MENGUNDI ATAU KITA PANGKAH PARTI AMANAH. SAYA KECEWA KERANA KEPUTUSAN BERSATU DENGAN UMNO TIDAK ADA DALAM KAMUS PERJUANGAN PAS. TAPI SETELAH NIK AZIZ MENINGGAL..PAS TERUS BERUBAH, JAUH BERUBAH.. KEPADA KAWAN-KAWAN SEMUA, KITA TIDAK.PERLU KELUAR PAS UNTUK PROTES..BIAR PIHAK ATASAN PAS NI TAHU APA PERASAAN KITA.
KITA RELA SUSAH UNTUK HIDUPKAN PAS, KITA SANGGUP SENGSARA UNTUK NAIK KAN PAS, TAPI TANPA KERELAAN KITA, PAS NAMPAKNYA DAH KHIANAT DALAM PERJUANGAN.
DALAM PAS HENDAKLAH WUJUD SATU KUMPULAN YANG BOLEH DIHARAP UTK PERBETULKAN KEADAAN INI.
SAYANGNYA PAS TELAH MENENDANG PEMIMPIN TERDAHULU YG KINI DALAM AMANAH. JIKA MEREKA MAsIH ADA, TIDAK AKAN BERLAKU PERKARA INI.
DTK HUSAM HARUS MENGAMBIL TANGGUJAWAB INI..KAMI SENTIASA MENYOKONG....SAYANG SERIBU KALI SAYANG.

Abdul Said berkata...

Hadi tu memanglah macam orang mereng, fikiran bercelaru. Yang hairannya yang lain tu macam mana? Mereng jugak ke? Atau senyap kerana dah kenyang atau pun takut. Itulah dia ulamak akhir zaman. Jangan kita mudah tertipu dengan jubah, selendang, serban, kopiah dan janggut!! Jangan mudah tertipu dan tergoda bila ada orang yang mengaku ulamak, tuan guru dan sebagainya. Kita boleh lihat dan membuat andaian berdasarkan tindak-tanduk serta ucapan mereka. Kita boleh nilai peribadi mereka dari apa yang mereka katakan terhadap sesuatu isu atau tindakan orang lain. Teringat akan suatu peringatan dari Almarhum bapa saudara ku sambil berlawak katanya kalau boleh nak cari guru ugama biarlah yang kurus-kurus. Yang gemok-gemok tu kuat makan dan kuat tidur. Bila kuat makan dan kuat tidu itu ertinya orang malas.

Tanpa Nama berkata...

Hadi ni bukan mereng tp penyakit bipolar.. Mood nya sentiasa berubah dan ini mengubah keputusan nya serta mengubah segala kerana perubahan emosi.. Elok jumpa dr jiwa... Perlu makan ubat hadi ni.. Ramai org politik mcm...

Tanpa Nama berkata...

Amin Ya RabalA'lamin.

Tanpa Nama berkata...




Jarang lah .. Jarang sangat.. Orang tua kawin lagi dalam beberapa bulan mati. Ada yang hidup sampai 10 tahun lagi.

Tenguk gambar Hj Hadi betul-betul.. Relate kan dengan Haji-haji yang kawin selepas kematian Isteri... Mula sekali dah tak pakai baju kemeja tapi dah mula pakai baju T shirt. Kalau pakai kemeja mesti tuck-in. Baju pun dah bercalour-calour cerah atau terang. Kalau dulu pakai ketayap, sekarang rambut berminyak siap bersikat.

Najib bela betul -betul 'buah hati' sorang ini.. makan ubat yang paling mahal, pagi malam makan pil supplementary imported dan bukan itu sahaja siap dengan urutan dan spa sebulan sekali..

Belum pernah menenguk pengantin senyum tersipu-sipu macam Hj Hadi ini..

Semua salah-sangka kerana menyangkakan majlis tunang Najib Hj Hadi sebagai majlis pernikahan. Jika majlis tunang pun begitu grand, tunggu lah hari pernikahan. Dari subuh ke maghrib Hj Hadi tersenyum ..

Anak-anak masih kecil dan perlukan perhatian pasti di abaikan kerana asyik bermadu kasih .. pendidikan anak -anak, kesihatan anak-anak terabai.. kerana asyik dalam pelukkan manja yang hangat.. Makan minum anak-anak dan pakaian anak-anak tidak di ambil pusing kerana mata tidak putus-putus menatap muka suami.. Anak-anak yang dulu mesra dan rajin bertanya kini memendam rasa bila melihat gelagat pengantin baru dengan suara gemerik usik mengusik di hadapan tv menonton filem Mohabbatin yang kali ke.. entah lah

Point, nak kawin biarlah umur masih muda.
Buruk, kadang tu menyampah bila tenguk umur 60 kawin lagi. Ngalahkan anak muda yang baru berkahwin.



Tanpa Nama berkata...



Ini bermakna dari awal penglibatan nya dia lebihkan utamakan 'apa untuk aku?'.

Saya yakin di hujung umur kita ia itu antara 50 ke atas, akan tersingkap lah ( ulang tayang ) sifat-sifat kita yang lampau.

Taubat lah sebelum umur kita masuk ke 50 tahun. Jika kita buat perangai yang sama macam dulu bereti taubat kita kurang sempurna atau hukum kebenaran dan keadilan sedang berjalan !

Hanya Allah yang Maha Pengampun.

Tanpa Nama berkata...

fahaman akulah hadi ni dah tau
dalam pru14 nanti pas akan bungkus.
tu sebab dia bertindak gila babi.
alang-alang menyeluk pekasam
biar sampai ke pangkal lengan.
sekarang dia nyayok dan mamai la tu
ditelan mati bapak diluah mati mak.
pas dah khianati kepercayaan rakyat.
mereka (pengundi-pengundi pas)
termasuklah aku dan isteri
suruh bersama pr tumbangkan bn/umno.
bukannya bekerjasama dengan umno.
kalau aku tau macam ni baik aku undi bn.
sikit punya laknat maknat ke pas ni.
sekarang sebelah mata pun aku tak boleh
pandang si hadi ni dan haramkan undi pas.
kesian tguru nik aziz kalau dia masih
hidup pasti menangis dan terus menangis.

Tanpa Nama berkata...


Ini ada soalan. Apakah dengan hubungan baik PAS UMNO ini maka sekiranya darurat atau dalam keadaan terpaksa adakah di bolehkan seseorang perempuan Islam melacurkan diri untuk meneruskan kehidupan?

Yang kata boleh Ustazah UMNO ...Terima kasih.

Tanpa Nama berkata...

SEJAHTERA SEMUA,
SEKADAR PENDAPAT.

KONGSEP UNTUK PERKASAKAN MELAYU DAN JUA ISLAM ADALAH BAIK.
CUMA, PADA PANDANGAN SAYA,
KETUA DALAM KEDUA DUA PARTI BESAR INI TAK BOLEH DI PERCAYAI.

YANG PALING TAK BOLEH DI PERCAYAI IALAH HADI .

KENAPA SAYA KATA BEGITU??

HADI ADALAH ORANG YG BERILMU.
TAPI SIFATNYA DAN BAHASANYA TIDAK MENGGAMBARKAN DIA BERILMU.
BERTAHUN DIA MEMPERTAHANKAN AMANATNYA YG AMAT MEMAMAH DIRINYA SEDIRI.

DIA SANGGUP LUDAH TAPI MENJILATNYA KEMBALI DALAM DIAM.

UNTUK DIA MEMOHON MAAF..TIDAK SEKALI.

BEGITU JUA PIL KUDA...

DIA SEMEMANGNYA TAK LAYAK UNTUK JADI PEMIMPIN.

UNTUK NAAJIB MEMANG KITA TELAH TAHU SEMUANYA.

OLEH YANG DEMIKIAN KITA TUNGGU DAN LIHAT UTK KITA BUAT PEMILIHAN YG
LEBIH TEPAT DI PRU AKAN DATANG.

WALAHHUALAM.

Tanpa Nama berkata...



PAS belum bersedia untuk bersatu dalam masa terdekat.

Ahli Parlimen dan Wakil rakyat PAS dalam sedar dan tahu PAS dan UMNO akan bersatu juga akhirnya. Dalam pada masa itu juga mereka saja-saja menerima alasan PAS tidak akan bergabung sedangkan mana-mana orang yang mempunyai fikiran yang waras melihat PAS dan UMNO tidak ada beza nya lagi. Kalau tak bergabung zahir, PAS betgabung secara batin.

Persetan kan lah 1MDB, RM 2.6 billion dan apa Najib buat dan apa UMNO buat, jangan lah pura-pura wahai Wakil Rakyat dan Parlimen.. kerana kamu tidak lagi berfikir dan tidak lagi menguna hukum sedangkan hukum ini adalah untuk orang-orang yang bijak sahaja.

Otak dan Iman kamu hanya berjalan dengan hukum di rotan dan di pancung !

Politik PAS, politik tiga suku.
Ugama PAS, ugama tiga suku.

Tanpa Nama berkata...

Hj hadi prnah berucap"pas bkn nk rebut kuasa dgn bn,pas hnya nk dakwah dn nasihat",agak2 pru 14 ni pas bertanding x?klu brtanding..mknanye ckp x serupa bikin..

Tanpa Nama berkata...



Satu ketika dulu, pertentangan dan perkelahian melibatkan samseng-samseng yang cari makan dengan membelasah orang atas dasar kaum. Selepas kejayaan Anwar menubuh PR, isu ini berjaya di anggap sebagai isu yang kecil supaya tidak memberi kesan kepada kita dengan menumpukan kepada ekonomi negara. Dimana hak dan kouta melayu hilang begitu sahaja.

Bagaimanapun perkelahian yang mencetuskan rusuhan tersebut tidak berjaya dan rakyat terus melangkah ke hadapan. Orang melayu, orang cina, India, Sikh semua nya tidak peduli itu semua kerana mereka mahukan negara yang makmur.

Lalu kerja samseng beralih dengan memyerang kaum nya sendiri ia itu melayu. Ini mematikan isu perkauman yang di mainkan selama ini dan rakyat sedar isu sebenar ialah kuasa politik untuk kepentingan sendiri melainkan Anwar dan mereka yang menyokong petjuangannya. Untuk rakyat.

Melihat tindakan mereka menyerang memang betul-betul samseng !

Kerja samseng cari makan dengan kerja pengikut kerana berpegang pada Islam lain tidak betul adalah lebih dahsyat dari samseng cari makan. Mujur kejadian di Memali yang di pertahan dengan bermati-matian adalah orang yang sanggup sama-sama berkorban dengan pengikut nya dan berpegang pada perjuangan nya. Mereka tidak memilih pentas untuk berjuang seperti perjuangan pemimpin sekarang.

Kita berharap semua pihak tahu dan sedar, sekiranya berlaku pergaduhan antara kita, jangan kita kaitkan dengan agama tetapi semata-mata kerana kuasa politik untuk kepentingan pemimpin yang tamak dan tidak berpendirian.

Untuk mengenali pemimpin mana yang benar dan yang mana yang salah hanya memerlukan sedikit ilmu dan tidak sesusah ilmu untuk mngenal Tuhan swt.

Tanpa Nama berkata...


Untuk menyatukan orang melayu bukan dengan mengabungkan parti PAS dan UMNO.

Tetapi membuat atau merancang di mana melayu menjadi keutamaan, bukan untuk dua tiga kerat pemimpin dan anak beranak pemimpin yang kaya semata dari derma wang rakyat.

Apa untung nya melayu dalam hal APCO, 1MDB, NFC, bajet Najib, IPP dan dengan kehadiran Obama?

Demokrasi bukan untuk menyatukan parti untuk menang tetapi untuk saingan. PAS dengan UMNO. Atau PAKATAN HARAPAN dengan BN. Atau Najib dengan Muhyiddin. Atau Hj Hadi dengan Mat Sabu.

Tanpa Nama berkata...

Yak lama lagi perut org pas buncit2 sbb mengandungkan anak2 org umno...bila belah perut bukan ada anak tapi penuh dgn duit2 rasuah.

Dr.Paridul Adras Ismail berkata...

Kerajaan BN dilabel sebagai kerajaan yang paling lemah. Kerajaan BN ternyata menyusahkan rakyat melalui GST, kenaikan tol, kos sara hidup yang meningkat, pendapatan rakyat yang merudum, syarikat beban hutang negara 1MDB, susut nilai mata wang, kejatuhan harga barangan komuditi, pelabur-pelabur memindahkan pelaburan mereka ke negara-negara lain, pengangguran di kalangan graduan yang mencecah 400k, hutang negara yang melebihi RM700b, derma tidak masuk akal RM2.6b dan banyak lagi. Memang tidak dapat disangkal kerajaan BN adalah kerajaan yang gagal mentadbir negara.

Bibit-bibit percantuman Umno dan Pas sudah menjadi semakin hampir. Tidak ada apa-apa halangan Umno sebagai parti kebangsaan (assabiyah) dan Pas yang Islamik untuk bersatu. Mereka akan berpadu dalam satu nafas kononnya demi perpaduan Melayu dan Islam. Politik adalah sesuatu yang serba mungkin. Memang penyatuan kedua-dua parti ini dilihat secara melalui mata kasar akan membawa keuntungan yang besar kepada orang-orang Melayu dan Islam, tetapi hakikatnya sekadar menyelamatkan sepasang suami isteri yang bergelar Piem.

Barangkali Pas mudah lupa bahawa hilangnya pengaruh Umno di mata rakyat adalah kerana faktor korupsi, penyelewengan, ketirisan, kronism dan nepotism. Persetujuan Pas bergabung dengan Umno bermakna Pas bersetuju dengan gelagat tangan-tangan kejam Umno yang menindas rakyat. Lantaran pimpinan tertinggi Pas sudah terbayang dengan pangkat dan habuan yang bakal mendatang, terlupa pula mereka dosa subahat. Apakah tidak berdosa apabila Pas bersetuju dengan kemungkaran-kemungkaran politik yang Umno telah lakukan? Apakaah ada dalil, nas, kias dan pendapat jumhur ulama yang menghalalkan persengkokolan?

Pas beruntung kerana presidennya berjaya mendoktrinkan pengikut dengan konsep walaq, jihad dan maksum. Dengan berkonsepkan perjuangan Pas adalah jihad, maka ahli-ahli wajib walaq kepada presiden yang dicanang-canangkan sebagai maksum. Harap-harap sisa-sisa ahli Pas jangan diperbodohkan oleh kepimpinan tertinggi yang bermimpi besar. Ikutilah jejak bekas ahli-ahli yang bijak melangkah keluar meninggalkaan Pas. Pas hanyalah wadah. Pas bukan agama. Bertukar parti bukan bermakna bertukar agama dan bertukar prinsip perjuangan. AMANAH adalah parti alternatif untuk terus memperjuangankan Islam melalui pendekatan yang berbeza.