15 Nov 2016

Rafizi Dijatuhkan Hukuman Penjara, PAS Bersorak Sakan(?)

Presiden Keadilan, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail hari ini melahirkan rasa sedihnya terhadap keputusan mahkamah yang menjatuhkan hukuman 36 bulan penjara, iaitu 18 bulan penjara bagi setiap pertuduhan dan ia berjalan serentak, berkaitan kes Akta Rahsia Rasmi (OSA) kerana memiliki dan mendedahkan mukasurat 98 laporan Ketua Audit Negara, yang merupakan satu dokumen OSA.

Isi kandungan dokumen tersebut mengandungi maklumat berkaitan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) dan 1Malaysia Development Berhad (1MDB), dan keseluruhan laporan Ketua Audit Negara itu masih tertakluk di bawah OSA.

14 Nov 2016

[VIDEO] Ilmu Kebal Jamal Makan Diri..

Darah Jamal 'tumpah' di Ampang

Pemimpin Baju Merah Datuk Seri Jamal Md Yunos berdarah pada hidungnya selepas dia didakwa diserang dan ditumbuk dalam kejadian di Ampang hari ini.

Kejadian berlaku ketika Jamal bersama pengikutnya mengekori Anggota Parlimen Ampang Zuraida Kamaruddin yang sedang mempromosikan perhimpunan BERSIH5 di pusat beli-belah Ampang Point.

Sejurus kemudian berlaku pergelutan dan ketika itulah muka Jamal didakwa ditumbuk pihak tidak diketahui.

13 Nov 2016

[VIDEO] Mahathir: BERSATU Akan Tetap Sertai Pakatan Harapan

Bersatu akan sertai Pakatan Harapan, kata Tun M

Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Tun Dr. Mahathir Mohamad melahirkan rasa gembira menyertai Konvensyen Pakatan Harapan hari ini dan berjani parti beliau akan menjadi sebahagian dari Pakatan Harapan tidak lama lagi.

"Saya sangat gembira dapat hadir dalam perjunpaan ini. Tidak lama lagi Bersatu akan jadi sebahagian daripada PH," kata Tun Mahathir dalam Konvensyen Pertama Pakatan Harapan di Shah Alam hari ini.

Beliau berjanji akan menyelesaikan isu berkaitan menandatangani dokumen Pakatan Harapan sebagaimana yang sepatutnya berlangsung hari ini.

12 Nov 2016

Muhyiddin Terperangkap Dengan Mainan PAS?

Muhyiddin cuba main "kayu tiga"?

Menurut Ketua Setiausaha Pakatan Harapan Saifuddin Abdullah konvesnyen Pakatan Harapan kali pertama akan berlangsung esok akan membincangkan penubuhan gabungan pembangkang yang besar dan kuat untuk mewujudkan pelawanan 1 lawan 1 antara Pakatan Rakyat dengan BN.

Itulah mauduk ataupun harapan yang diletakkan kepada konvensyen berkenaan dan ia sangat dialu-alu dan dinanti-nantikan. Konvesnyen esok bakal dihadiri lebih 1,000 perwakilan, demikian menurut satu kenyataan yang dikeluarkan lewat semalam.

11 Nov 2016

Perlu Apa PKR & PPBM Sertai Program PAS?

Menjelang Konvensyen PH: Kehadiran Muhyiddin dalam program Pas cetus persoalan

Menjelang Konvensyen Pakatan Harapan Sabtu ini, kehadiran Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam program Ceramah Umum anjuran Pas di Sijangkang, Selangor malam tadi mencetuskan persoalan banyak pihak.

Turut dilihat hadir dalam program itu Adun Kota Anggerik, Yaakob Sapari dari PKR selain pemimpin Pas Selangor Adun Meru, Dr Abdul Rani Osman dan Adun Sijangkang, Dr Ahmad Yunus Hairi.

10 Nov 2016

Kemenangan Trump: Berakhirnya Era Negara Palestin...

Israel: Kemenangan Trump bunuh rundingan negara Palestin

Era negara Palestin sudah berakhir dengan kemenangan calon Republican Donald Trump, kata Menteri Pendidikan Israel Naftali Bennet.

“Kemenangan Trump memberi peluang kepada Israel untuk menarik balik tanggapan sebuah negara Palestin di tengah-tengah negara ini, yang akan menjejaskan keselamatan dan perjuangan kami,” kata Bennet lapor AFP.

Kenyataan beliau itu merujuk kepada Tebing Barat.

9 Nov 2016

Berkecuali & Ponteng, PAS Dikecam Kerana Khianati Pengundi

Netizen kecam sikap MP Pas berkecuali Bajet 2017

Tindakan 11 Ahli Parlimen Pas tidak mengundi atau berkecuali pada undian belah bahagian Rang Undang-Undang Perbekalan atau Bajet 2017 di Dewan Rakyat, malam tadi dikesali para netizen.

Mereka juga kesal tindakan presiden parti itu Datuk Seri Abdul Hadi Awang (PAS-Marang) dan Wan Hassan Mohd Ramli (PAS-Dungun) yang tidak hadir.

Namun begitu, MP Pas Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar menolak bajet itu.

8 Nov 2016

Alas Pengesat Kaki, Kenapa PAS Tersentap?

Lambang Pas jadi pengesat kaki?

Kecoh di media sosial apabila imej pengesat kaki berlogokan bendera Pas dikatakan dijual di sebuah pasar raya di Sabah.

Ini termasuklah pesuruhjaya Pas Terengganu Ustaz Saiful Bahri Mamat yang mendesak pasar raya berkenaan memberi penjelasan.

"Harap pasar raya Giant beri penjelasan sebelum orang ramai merasa keluh-kesah dengannya. Ditemui dijual di Giant. Tawau. Buat pengesat kaki?" soalnya dipetik dari status Facebook beliau.

7 Nov 2016

Pelik, Parti Serpihan Pembangkang, PAS Minta Nak Jadi Ketua

PAS jadi pengemudi utama sekiranya hendak kerjasama, kata Hadi

PETALING JAYA: PAS mahu jadi pengemudi utama sekiranya parti-parti lain hendak bekerjasama dengannya, kata Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Malah, kata Hadi, parti Islam itu tiada masalah untuk bergerak tanpa sokongan parti lain.

“Pucuk pangkalnya ialah pihak yang mahu bekerjasama itu hendaklah faham dengan jelas bahawa PAS adalah pengemudi utama. Kami tiada masalah bergerak sendirian, bukan sekadar mahu memenangi PRU semata-mata,” katanya lapor Bernama.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selesai menghadiri suatu ceramah di Jejawi, Perlis semalam.

6 Nov 2016

Bersediakah Rashid Bongkar Konspirasi BN Dalam Pilihanraya?

Konspirasi BN dalam pilihan raya bakal terbongkar

Pelantikan bekas Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman sebagai Naib Presiden Bersatu dijangka dapat membantu mendedahkan konspirasi BN dalam pilihan raya sebelum ini.

Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, menerusi pelantikan itu, beliau percaya penipuan dilakukan BN dapat didedahkan kepada semua.

Katanya, jelas SPR dipergunakan parti itu, contohnya dalam isu persempadanan semula.

5 Nov 2016

Ramai Mahu PH & Bersatu Waspada Dengan PAS

Satu lawan satu: Pakatan Harapan jangan 'dikencing' kali kedua Oleh MUAMMAR QADDAFI

Setelah Pas hampir pasti dipermainkan Umno dalam usaha mereka membawa usul pindaan RUU355 diparlimen telah keluar kenyataan yang agak "pelik" daripada pemimpin Pas tentang kesudian mereka untuk bekerjasama dengan Pakatan Harapan menentang Umno Barisan Nasional pada pilihan raya yang akan datang.

Ironinya, kurang sebulan dari hari ini, Mursidul Am Pas Hashim Jasin sebagai mana dilaporkan portal Bernama pada 13 oktober lalu menegaskan tidak akan sama sekali bekerjasama dengan DAP lagi dan sanggup menghadapi pertandingan tiga penjuru pada Pru yang akan datang tetapi beberapa hari lalu individu yang sama mengeluarkan kenyataan sudi bekerjasama walaupun dengan DAP untuk berhadapan dengan Umno.

4 Nov 2016

Demi Keadilan, Polis Perlu Segera Tangkap Reza!

Kemunculan Riza Aziz dalam lawatan PM ke China memalukan, mengaibkan

Ahli Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar mempersoalkan kewajaran Riza Aziz, anak tiri Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak turut bersama dalam lawatan rasmi negara ke China.

"Kehadiran Riza Aziz dalam delegasi pelaburan negara sangat memalukan serta mengaibkan negara.

"PM Najib langsung tidak prihatin soal maruah negara yang tercalar kerana perbuatan anak tirinya itu.

3 Nov 2016

Sertai BERSIH Jika Benar Mahu SATU LAWAN SATU!

Pas dicabar sertai Himpunan Bersih 5

IPOH - Pas dicabar menyertai Bersih 5 jika serius untuk mengadakan kerjasama dengan parti pembangkang bagi menghadapi PRU14.

Timbalan Pengerusi Parti Amanah Negara (Amanah) Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berkata, perkara tersebut ditekankan kerana Pas antara parti yang menolak penganjuran himpunan berkenaan sebelum ini.

"Kalau benar-benar serius (bersama), Mursyidul Am Pas, Hashim Jasin perlu arahkan ahli parti di semua peringkat hadir pada 19 November nanti di Dataran Merdeka.

2 Nov 2016

[VIDEO] Rafizi Persoalkan Kenapa Anak Tiri Najib Ikut Sama Rombongan ke China?

Anak tiri Najib dalam jet lawatan kerajaan ke China cetus persoalan

Satu gambar menyerupai anak tiri Datuk Seri Najib Razak, Riza Aziz yang tiba di China dalam lawatan rasmi Perdana Menteri semalam mencetuskan persoalan orang ramai.

Bahkan, Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli juga mempersoal kehadiran Riza yang namanya disebut dalam dokumen saman Jabatan Kehakiman (DoJ) Amerika Syarikat sebelum ini.

1 Nov 2016

Rakyat Marhaen Tertekan Di bawah Najib, Berdoa Agar Najib Disingkirkan Segera

Rakyat berang harga bahan api, minyak masak naik serentak

Laman sosial Facebook malam ini dibanjiri komentar orang ramai yang mengecam tindakan kerajaan Umno-BN menaikkan harga bahan api dan harga minyak masak secara serentak berkuatkuasa esok.

Mulai 1 November, harga runcit RON95, RON97 dan diesel naik sebanyak 15 sen seliter menjadikan kenaikan paling tinggi direkodkan untuk tahun ini.

Pada masa sama, rakyat Malaysia sebelum ini digemparkan dengan kenaikan harga minyak masak akibat pemansuhan subsidi oleh kerajaan.