1 Nov 2016

Rakyat Marhaen Tertekan Di bawah Najib, Berdoa Agar Najib Disingkirkan Segera

Rakyat berang harga bahan api, minyak masak naik serentak

Laman sosial Facebook malam ini dibanjiri komentar orang ramai yang mengecam tindakan kerajaan Umno-BN menaikkan harga bahan api dan harga minyak masak secara serentak berkuatkuasa esok.

Mulai 1 November, harga runcit RON95, RON97 dan diesel naik sebanyak 15 sen seliter menjadikan kenaikan paling tinggi direkodkan untuk tahun ini.

Pada masa sama, rakyat Malaysia sebelum ini digemparkan dengan kenaikan harga minyak masak akibat pemansuhan subsidi oleh kerajaan.


Hal ini menyebabkan harga 1 kilogram minyak masak paket plastik naik 40 sen kepada RM2.90 manakala minyak masak botol 5 kilogram naik RM1.90 kepada RM15.25.

Menulis di ruangan komentar pada status Facebook Najib Razak, Zunairah Abdullah menyifatkan Presiden Umno itu berbohong semasa pembentangan Bajet 2017 pada 21 Oktober lalu.

“Minyak naik Datuk (Najib Razak), hari tu Datuk sembang tipu masa BR1M 2017. Ni semuanya pasal BR1M naik. Minyak pun naik. Minyak masak pun naik,” keluhnya.

Sementara itu, Chew Huey menulis, “Dah dijangka. Sikit hari nanti tol pun ikut naik. Kalau tak, mana mau cari duit untuk bayar BR1M” manakala Rizal Ahmad secara sinis menganggap rakyat Malaysia bertuah kerana mendapat kerajaan yang cakna.

“Alhamdulillah, janji ditepati. Minyak masak naik. Minyak petrol pun naik. Terima kasih kerajaan kesayanganku. Muahhhhhhh. Nasib baiklah dapat kerajaan yang prihatin,” sindir Rizal.

‘Rosmah dapat RM85 juta’

Terdapat juga netizen yang mengaitkan pertambahan peruntukan untuk institusi pendidikan awal kanak-kanak, Pusat Anak Permata Negara (Permata) yang dinaungi Datin Seri Rosmah Mansor pada Bajet 2017.

“Rosmah dapat RM85 juta. Menyusahkan rakyat!” bentak Aziman Azmi manakala Adam Johor menyoal, “Dunia minyak turun bulan November. Mengapa Malaysia naik? Tidak masuk akal,” tegasnya.

Hakikat pasaran minyak dunia tidak mencatatkan kenaikan harga mendadak turut diakui seorang penduduk Sabah, Rayner Gumisi.

Beliau menyifatkan akibat undi penyokong BN pada pilihan raya umum lalu, kerajaan pada masa ini hanya tahu menaikkan harga barangan keperluan sebagai cara kononnya bagi menangani masalah.

“Hanya ucapan tahniah yang dapat diucapkan kepada penyokong buta kerajaan. Semua naik untuk menyelesaikan masalah negara. Rakyat yang undi rakyat juga yang tanggung,” kata Rayner lagi.

Walau bagaimanapun, ruangan komentar status Facebook Najib itu juga dipenuhi catatan #RespectMyPM oleh penama yang dipercayai ramai netizen lain berdaftar atas akaun palsu.

Dalam perkembangan berkaitan, tekanan peningkatan kos sara hidup rakyat sedia ada turut diakui oleh pemuda yang terjun dari Jambatan Kedua Pulau Pinang, 26 Oktober lalu.

Pemuda Melayu berusia 39 tahun itu dalam catatan terakhirnya di Facebook meluahkan dirinya tertekan dengan kerajaan yang zalim dan menganggap hukuman terhadapnya yang menjual rokok seludup sebagai tidak setimpal dengan kesalahan yang dilakukan berbanding kes jenayah berskala besar lain.

“Yang pengarah tibai berjuta (ringgit) boleh lepas pulak dengan duit jaminan. Celaka punya pimpinan kerajaan sekarang. Berniaga kedai runcit kampung je bukan untung besar pun, margin cukup nipis dibebani dengan cukai GST lagi,” dipetik daripada akaun Facebook ayah kepada dua cahaya mata berkenaan yang viral baru-baru ini. -mk

ULASAN GB

Hakikatnya rakyat terus menderita di bawah UMNO BN pimpinan Najib.

Yang anehnya, harga bahan api di Malaysia naik paras tertinggi untuk tahun 2016 tatkala harga minyak dunia jatuh merudum sekarang ini.


Rakyat ditipu hidup-hidup dengan kenaikan BR1M yang belum pun sempat ia dinikmati, poket telah bocor terlebih dahulu akibat dari kenaikan kos bahan api dan minyak masak.

Maka itu, tidak hairan ramai yang meluahkan rasa marah kepada Najib.




Malah di dalam satu status, ada yang mendoakan agar jet yang Najib dan Rosmah itu akan jatuh terhempas.

Itu semua expressi kemarahan rakyat marhaen yang hidupnya tertekan di bawah rejim Najib yang dilihat boros berbelanja tetapi menjadikan rakyat jelata kian sengsara.

Kita ingin beritahu kepada semua bahawa diantara doa yang dimakbulkan Allah swt ialah doa orang yang dizalimi.

Hadis dari Ibnu Umar r.a, Rasulullah saw bersabda:

اتق دعوة المظلوم فإنها تصعد إلى السماء كأنها شرارة

“Hendaklah kamu waspada terhadap doa orang dizalimi. Sesungguhnya doa itu akan naik ke langit amat pantas seumpama api marak ke udara.” (Hadis riwayat Hakim – sanad sahih)




FEATURED ADS


18 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Hati-hati. Najib memang sengaja naikkan harga minyak supaya rakyat marah dan berhimpun pada 19 Nov. Berbagai cara provokasi bikin rakyat marah dan di takutkan oleh Baju Merah tidak berkesan.

Kelicikan Najib juga menjadikan pemimpin dalam UMNO, MCA dan MIC hilang telur dan hanya mampu melihat rakyat terus tertekan.

Bila rakyat marah, Najib yang berkuasa mengikut akta MKN akan bertindak.

Tapi kalau dibiarkan pun tak boleh jadi.

Tanpa Nama berkata...

Apabila menjelang pilihanraya.. lega lah sekelian rakyat kerana minyak diturunkan 10 sen.

Kita akan kehairanan melihat penyokong baju merah dan juga biru BN bersorak dan mengiringi pemimpin mereka semasa pilihanraya

Kerana mereka tahu bagaimana keadaan sekarang menghimpit kehidupan, kalau tak mereka, anak mereka. Kalau tak, saudara-mara mereka atau jiran mereka.

Mereka tahu tapi mereka tidak sedar seperti mana Idris Ahmad tahu UMNO mengencing tapi Idris Ahmad tidak sedar yang dia kena kencing.

Tanpa Nama berkata...

ribuan terima kasih di ucapkan kpd penyokong dan pendokong kuat kerajaan haprak haramjadah BN..
kpd PAS..
teruskan bermadah mesra dengan najib..
kepala parti pas dan kepala parti umno..
keduanya melayu islam..
TETAPI ISLAM HAPRAK..
PENYOKONG DAN PENDOKONG KEZALIMAN..
PERTAHANKAN PERASUAH..
APA PUNYA LEBAI,AKU PN X TAHU LAAAA.....

Tanpa Nama berkata...

Ingat-ingat lah wahai rakyat Malaysia berbilang kaum ini..bpre lama lgi kita ni hidup utk di tipu oleh pemimpin yg tidak hiraukan nasib2 rakyat..

Tanpa Nama berkata...

Najib zalim, tapi yang lebih zalim adalah orang2 yang memberinya undi semasa PRU13 dulu. Jadi bila kamu doakan kezaliman Najib maka doa itu terkena kepada orang2 yang memberinya undi... jadi doa itu turut terkena kepada kita sebagai kesan sampingan.

Tanpa Nama berkata...

Nampak nya bajet yang dibentang memang bajet tak ada duit. Beberapa peruntukan yang di bentang sebenarnya adalah jumlah duit yang perlu di kutip dari rakyat bukan duit yang ada untuk di gunakan.

Bajet Najib bukan bajet perbelanjaan untuk sektor-sektor utama tetapi bajet ah long.

Ah Long bagi duit baru kutip. Tapi Along Jib kutip dulu baru bagi duit.

Adakah ini sistem Islam yang disokong oleh PAS?

Malaysiabaru berkata...

Ada seekor lagi

PANDIKAR muka tak MULIA

.... JD ANJING GILA 1MDB

DI Sabah mereka panggil pandikar bawah tempurung (parlimen) hebat dlm tempurung tapi bila kluar parlimen mcm anjing jadi jadian

Habislah kalau 1mdb tak boleh di soal lagiiii - gara gara pandikar buncit mulia

omar daud berkata...

Salam;


Kenapa UMNO,Najib,sesiapa sahaja memerintah Malaysia boleh berbuat sesuka hati//Sebab utamanya,majority rakyat Malaysia adalah terlalu baik-hati,jika ianya berlaku di Pilipine,Thailand,indonesia suda lama Najib di TERAJANG keluar.

Nak jadi pemerintah kat Malaysia tak payah 'CRACK'Kepala,nak naikkan ekonomi Negara.Naikkan harga minyak,kenakan 'GST' 'SETTLED'.

Pada rakyat biasa di gula-gulakan dgn 'BR1M',bagi ahli2 agamawan disediakan ruangan seluas2nya untuk mereka,di media perdana,biarkan mereka melalak diTV dgn motivasi agama/upah yg lumayan,Bagi penduduk kg/felda adakan 'JOMHEBOH' dan momokkan/lalaikan rakyat dgn segala hiburan yg ada.Bagi remaja/dan setengah abad adakan hiburan yg tanpa sudah,AF,ASTRAVAGANZA,POYEH.YEH,dan banyak lagi hiburan/pertndingan yg memualkan,lagi lalaikan rakyat dgn 'RAJA-LAWAK',Bagi tittle 'DATOK'pada artis hiburan,walaupun jasa2 mereka dipertikaikan,AC bole dapat dato'hattan dapat dato' lawak kan,sHah ruk khan entah mana datangnya pun bole dapat dato'//bagi aHli2 sukan yg berjaya dilambakkan dgn hadiah2 yg tak masuk akal.Bagi sekolah2 keluaran tafiz pun ada hiburan ala-agama,ada pertandingan ada hadiah.pROFESSOR2 KANGKONG,di bela dgn satu macam kemewahan,tiada lagi apa2 harapan rakyat dari mereka.Pemimpin2 2/ketua2 kerajaan hidup di luar dari keampuan mereka,Mereka2 disumbat dgn 'DEDAK'.PEBANGKANG2 DARI kalangan agama,sangup dikencing berkalix.

SECARA BASICNYa,Najib dapat meMANIPULASI majority rakyat alaysia....'LALAI-dan lalai..tak ambil 'POT'langsung....gunakan 'CASH is KING'.Sedangkan agamawan,dan ulamak politik bole dibeli,siapalah kita majority rakyat biasa.

SELAGI MAJORITY RAYAT MALAYSIA TAK MAHU BERUBAH,SELAGI ITULAH KITA AKAN TERTIPU SELAMA2NYA.KITA AKAN DIKECING TIDAK BERKESUDAHAN.INILAH BAHANANYA 'RASUAH'MASYARAKAT AKAN MENDERITA,TANPA DISEDARI.


SEKIAN...

Tanpa Nama berkata...

Ya Allah, laknatlah pemimpin-pemimpin Malaysia yang merompak harta negara, menjual amanah negara dan menindas kami rakyat negara ini, laknatlah mereka yang menyokong dan mengundi pemimpin-pemimpin ini jua. Hanya kepada Engkaulah, Ya Allah tempat kami mengadu dan memohon bantuan, Amin.

Tanpa Nama berkata...

Menteri Kewangan 2 kata kenaikan sepatutnya 20 sen tapi Najib kurangkan maka jadi lah 15 sen. Kononnya Najib baik lah sangat.

Kalau naik 1 sen pun rakyat bawah marah sebab sepatutnya tak di naikkan langsung kerana harga minyak murah.

Tapi samada naik 5 sen ke 10 ke, rakyat tetap marah. Jadi alang-alang rakyat marah naik kan terus 15 sen.

Masalahnya bukan minyak mahal atau murah tapi sebab Najib dah salah guna wang perbelanjaan negara dan Menteri-Menteri termasuk pemimpin UMNO pun tak peduli sebab bagi mereka ada jawatan atau kedudukan dalam parti yang menjadi satu kelebihan. Orang selalu bergantung pada mereka dan langau pun banyak yang mengelilingi mereka.

Selagi UMNO memerintah selagi itu lah rakyat menderita.

Tanpa Nama berkata...

Alah netizen tu bising jer lebih. Bila time mengundi pangkah jugak undi parti komponen BN.. cakap banyak tak guna bhai.. jom turun BERSIH5. Period!

Tanpa Nama berkata...

Pilihanraya akan datang pangkahlah dacing lagi......
tambah bahagia dan ceria 5 tahun lagi......

Tanpa Nama berkata...

20 sen ke 15 sen ke, ni alasan saja nak tunjuk kononnya prihatin pada rakyat.

Tak payahla nak gula-gulakan rakyat.
Boleh blah la, rakyat bukannya bodoh.

Apa pun alasannya, minyak kereta, minyak masak tetap NAIK bukannya turun pun.

Tangan kanan MEMBERI, tangan kiri MENGAUT.
Kaut LEBIH dari yg DIBERI.

Dah cukuplah rakyat DISAMUN.




Tanpa Nama berkata...

Rakyat msia bodoh tetap pilih umnobn. Yg selalu kena kencing pun tongong juga.

tanya sama itu hud hud berkata...

Lanun bugis akan jatuh sebelum jamadilakhir 1438..

Tanpa Nama berkata...

Kesian kan rakyat Malaysia. Hanya.mampu berdoa...berapa juta org mendoakan najib terima hukuman...tp najib masih steady je...selagi org melayu xnk berubah,selagi itulah terus diperbodohkan najib...melayu oh melayu...mmg skrg rmi marah najib tp tgk nt dpt brim terus lupa amarah tu...minyak naik rakyat marah sekejap pastu kembali spt biasa...itulah rutin org kita...kesian rakyat Malaysia termasuk aku2 sekali...isk isk isk...selagi Melayu xnk berubah,Allah xkan ubah apa2...dlm quran pun ada sebut...maka faham2la wahai org melayu...beranilah melawan kezaliman pemimpin...Amin

mansor berkata...

PM Najib dah kurang akal..asyik menyusahkn rakyat..

Tanpa Nama berkata...

AGAIN MR. NAJIB DON FORCE US CHOOSE OPTION BERDEMO SAMPAI MSK PARLIMEN CARI U SAMPAI KE LUBANG CACING. U WILL TAHU AKIBATNYA NANTI NAJIB WHEN THAT THING OCCUR. U BETTER DO SOMETHING SEBELUM RAKYAT CHOOSE THIS OPTION.