13 Nov 2016

[VIDEO] Mahathir: BERSATU Akan Tetap Sertai Pakatan Harapan

Bersatu akan sertai Pakatan Harapan, kata Tun M

Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Tun Dr. Mahathir Mohamad melahirkan rasa gembira menyertai Konvensyen Pakatan Harapan hari ini dan berjani parti beliau akan menjadi sebahagian dari Pakatan Harapan tidak lama lagi.

"Saya sangat gembira dapat hadir dalam perjunpaan ini. Tidak lama lagi Bersatu akan jadi sebahagian daripada PH," kata Tun Mahathir dalam Konvensyen Pertama Pakatan Harapan di Shah Alam hari ini.

Beliau berjanji akan menyelesaikan isu berkaitan menandatangani dokumen Pakatan Harapan sebagaimana yang sepatutnya berlangsung hari ini.


Beliau berkata, tiada apa yang tidak dipersetujui dalam draf pendirian bersama Pakatan Harapan.

"Hari ini jelas kita bersatu. Baju oren ada, biru ada, merah pun ada. Saya berdoa kita berpegang kepada pendirian tegas terhadap keperluan menyingkirkan (Datuk Seri) Najib (Razak).

"Percayalah saya akan selesaikan sedikit sebanyak masalah isu menandatangani dokumen Pakatan Harapan," katanya ketika berucap di Konvensyen Pakatan Harapan di Shah Alam hari ini.

Semalam, The Star melaporkan PPBM dijangka menandatangani perjanjian bersama Pakatan, tetapi rancangan itu dibatalkan selepas Presidennya Tan Sri Muhyiddin Yassin didakwa berkata untuk menimbangkan perkara itu dahulu.

Mahathir mengulangi gesaan agar Pakatan Harapan bertanding sebagai satu parti.

"Kita perlu guna satu logo hilangkan identiti parti masing-masing untuk pilihan raya sahajalah, pakai satu simbol," katanya. -MD


Pihak bawa masalah dalam pembangkang sokong Najib, kata Tun M

Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tun Dr Mahathir Mohamad yang menerima 'standing ovation' di Konvensyen Pakatan Harapan hari ini yakin pihak yang menimbulkan masalah di kalangan pembangkang adalah penyokong Datuk Seri Najib Razak.

"Saya berpendapat siapa yang menimbul masalah dalam pembangkang ini adalah penyokong Najib," kata Mahathir ketika memberikan ucapan khas dalam Konvensyen Pertama Pakatan Harapan di Shah Alam hari ini.

Tanpa menyebut mana-mana parti, bekas perdana menteri 22 tahun itu berkata, mereka boleh dakwa berjuang untuk Melayu tetapi sebenarnya sokong Najib.

"Mungkin mereka terima dedak," kata Mahathir di konvensyen itu.

"Kita akan menentang mereka yang tidak bersama dalam gerakan jatuhkan Najib," tegasnya.

Bagi beliau, ada yang berkata tak boleh terlibat sebab ada DAP.

"Saya dulu paling anti DAP, tapi itu terlalu kecil berbanding usaha jatuhkan Najib," kata Mahathir yang menyifatkan Najib terlalu melampau sekarang ini.

"Orang ini sangat berbahaya kepada negara. Hutang negara tak dapat bayar. Sudahlah tak cukup untuk bayar hutang 1MDB, kini pinjam pula kononnya nak buat landasan keretapi RM55 bilion.

"Sebelum ini dia ada RM2.6 bilion dalam akaun, kononnya Tok Arab bagi. Saya minta nak buat universiti Islam, saya dapat kosong," katanya.

Bagi beliau, tidak ada siapa yang nak percaya kepada Najib selepas kes RM2.6 bilion itu.

"DoJ telah sahkan wang RM2.6 bilion itu datangnya dari 1MDB," kata Mahathir merujuk kepada Jabatan Kehakiman Amerika yang bertindak membekukan aset 1MDB di Amerika dan sedang memburu dalang di belakangnya.
-MD









FEATURED ADS



20 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Aku suka pada siapa saja yang nak jatuhkan umno walaupun tak pakai serban.
Aku tak peduli siapa dia dulu.....

Tanpa Nama berkata...

Tahniah BERSATU..... yang sebaiknya pembangkang bersatu. perlu usaha ke arah satu lawan satu.

PAS mungkin malu mata sekarang. PAS kata dia perjuangkan Islam. Kalau benar Islam tak boleh berdendam. PAS jika bersendirian akan kalah teruk dalam PU14. Kalau PAS mahu 3 penjuru, yang rugi PAS dan juga PH dan Bersatu.

PAS kenalah kendurkan ego... bukankah ini ciri Islamik?

Betul kata Tun. Isu DAP tu cuma alasan. PAS bertanding pun bukan lawan DAP. PAS akan lawan Umno. Habis kenapa jadikan DAP beg tumbukan?

Melayu pun ramai dalam DAP.... Di P Pinang, majoriti Melayu sokong DAP. Di Selangor dan negeri2 pantai barat pun sama. DAP bertapak di P Pinang dan P Pinang maju. Melayu dan Islam tidak diabaikan....

PAS kenalah muhasabah diri.... ego itu bukan tuntutan Islam. Islam menyuruh semua umat tak kira kaum atau agama hidup amana damai. Adalah peranan PAS untuk menyebarkan Islam yang sebenarnya supaya orang bukan Islam tidak nampak Islam itu "keras".

Kami syorkan PAS bersama PH dan Bersatu. Dalam PU14 nanti biarlah pertandingan satu lawan satu.... Ini DOA kami....

Tanpa Nama berkata...

Jangan tak jadi sertai udah, bikin mesti serupa cakap. Kepada Muhyidin jangan lah main kayu tiga lagi, jangan kencing PH.
Pas malu malu alah, ego tak bertempat. Biarkan dia dengan umnonya. Salahkan DAP pulak dah. Bila lah pas join PH hingga hadi tuduh DAP pecat pas dari PH.

Tanpa Nama berkata...

SALAM SEMUA.
PADA HEMAT SAYA,
HANYA ANUAR IBRAHIM YG BOLEH MENGUBAH SESUATU.
DENGAN IZIN ALLAH JUA,

KALAU TIDAK SECARA TERUS .
SETIDAKNYA NAMA BELIAU HARUS DIKAITKAN JUA.
KERANA...

YG MEMPUNYAI AURA YG TERSENDIRI DI NEGARA INI.
1-UMNO.

2-ANUAR.

YANG LAIN CUMA MENUMPANG SAHAJA...
SAMBIL MENCARI KESEMPATAN YG ADA.

FIKIRKANLAH...

Tanpa Nama berkata...

Bukan PAS yang bodoh sombong,
Tapi Pemimpinnya....PIL KUDA.
buang pil kuda baru aman...

abrarmujahideen berkata...

Ego bagi bagi Azazil yg diciptakan dari api tentulah tinggi dari Adam yg diciptakan dari tanah. Hadi Agamawan dari Parti Islam..Allah tentu menyombong diri...

Tanpa Nama berkata...

Sempena 3 bulan Pas kata nak saman SR, aku paste semula apa yg FZT war war tempuh hari. Copy paste tanpa sebarang edit. Agaknya siapa dok jilat balik ludah dia. hahaha

Sarawak report ambik berita dalam longkang ... blogger pan seronok gila dengan berita fitnah
Written By FZT on 16 Ogos, 2016 | 7:05 PG
Pas akan saman sarawak report, blogger tolol pan sudah melaungkan bahawa pas tak berani nak saman sarawak report. melompat lompat kegembiraan blogger greencock bila mendapat berita bodoh dan bangang seperti ini. dulu blogger upahan husam yang buat kerja lembu seperti ini. akhirnya dipecat dan disepak dan akhirnya tuan hantu raya dipecat. husam pun sudah semakin merapu dan meraban dalam berpolitik. terpengaruh dengan dakyah mahathir husam mencemarkan lagi namanya dan maruahnya dengan membuat tindakan lembunya bersama matthias. kerja kerja sia sia husam adalah hanya untuk menaikkan nama setelah tenggelam teruk bila bersama pan. harapan husam bila melakukan saman namanya kembali melonjak dan bersama party baru party bersatu mahathir pasti memuncakkan namanya kembali namun langkah husam sudah terlambat. mat sabu sudah ghaib dari alam politik. rakyat tak perlu PENGKHIANAT ISLAM memimpin rakyat untuk menawan putrajaya. pemimpin yang mengkhianat party lama tidak akan dipercayai lagi.

mampuz yang terkontang kanting juga seronok menghentam pas, akhirnya mampuz terdiam bila sarawak report mengaku hanya mengutip kerja kerja melaporakan berita dari kenyataan khabar angin. kredibiliti sarawak report hanya penipu dan akhirnya apa saja yang dilaporkan oleh sarawak report akan menjadi bahan lawak dan tidak akan lagi sesiapa mudah untuk mempecayai laporan dari sarawak report. malaysiakini yang terkenal dengan laporan penuh fitnah kepada pas akhirnya menemui ajal dan wartawan balaci dap mereka beralih arah kepada malaysian baru dengan harapan boleh mencari lagi habuan untuk mengfitnah pas setiap masa.
Posted by FZT at 7:05 PG 

Tanpa Nama berkata...

Betul kata mahathir...Pas hnya jadikan dap sbg alasan...padahal pas dh termakan dedak...

Tanpa Nama berkata...

Calon tak de dh yg kualiti ltk mamat pil kuda mmg kna pangkah. itulah moralnya. tak kan jd isu mcm Behrang & Changkat Jering dulu. Boleh la pakat2 mkn Jering. Tu la pemikiran singkat. Lain kali jika calon berkualiti tak de, jgn letak org sebarangan yg ada rekod pernah disiasat. Walaupun akhirnya dibebaskan kerana tak cukup bukti. Ia mencemarkan diri perti tu sendiri. Itu sbb penting pelihara akhlak spt ajaran Nabi Muhammad SAW.

Tanpa Nama berkata...

Kita cakap dgn mulut yg sedap & dgn hati yg berkulat2. untong Hj Hadi, dpt markah percuma hari2 ya...

Tanpa Nama berkata...

Betul sungguh bicara Kiamat: Ia Pasti Datang. Sbb glgn jahil berebut2 jadi pemimpin & kisah Islam kembali berdagang. Hakikatnya dh nampak bercakaran manusia kerana kuasa. Merendah2kan agamawan walaupun dunia memandang tinggi. hakikat itulah pejuangan mereka, sbb biar rugi di dunia, jgn sampai Allah murka.

Saadun Sulaiman berkata...

"Ada yang berkata, mereka tak mau terlibat kerana ada DAP". Mengapa begitu hodoh sekali pandanga mereka kerana setahu saya sehingga kini DAP belum pernah membalun harta Rakyat serta membohonggi rakyat bahawa harga barang akan turun setelah GST di laksana kan. Kini apa yang terjadi. Lembut betul lidah lidah malaun ini, terutama Ahmad Mazlan yang konon nya mendapat CGPA 3.85%. Krusus apa yang dia ikuti tidak pula di khabarkan.

Sebenar dodoian bahawa Cina akan memerintah Makaysia sekira nya UMNO?BN "LINGKUP". Kata kata itu saya percaya di tujukan kepada DAP yang tidak pun bertanding lebih dari 50 kerusi. Kenyatan itu di keluar kan dalam kaedaan terang benderang, malang nya ramai mereka yang "BODOH" dan berhati gelap mempercayai dodoaian tersebut.

Kini Mahyuddin memerlukan sedikit masa sebelum menandatangi MOU tersebut. Mengapa? Jawapan nya mudah kerana akan terus memujuk Parti Lebai Malang agar bersetuju. Beliau lupa bahawa melalui "POLL" di beberapa blog bahawa ramai yang mengundi agar PAS di sisihkan sahaja. Sukar sangat ke untuk memahami "MOOD" rakyat yang membenci segala salah laku yang sedang dan akan di usahakan oleh Najib Altantuyya. Bagi mereka yang masih mengharap kan pengertaan PAS elok lah di kaji semula pendirian kamu.

Tanpa Nama berkata...

untung percuma? kahkahkah...
semua untung nak kena bayar dosa maki hamun yang dia dah buat...

silap gaya muflis.

Tanpa Nama berkata...

Terpulanglah kpd korang.Prinsip aku ialah tak akan sesekali menerima mahatipu itu.Kita diperbodohkan dgn agenda peribadi dia dgn para kroninya.Biarlah para pemimpin bersandiwara ttp sebagai rakyat yg pernah mengalami kesukaran berjuang..tak akan sesekali menerima dia dlm pakatan.Dulu dia kutuk..dia hina..dia fitnah.Skrg semudah abc kita nak melutut pada dia.Di mana prinsip kita?!!

Tanpa Nama berkata...

Klu nabi saw berdendam spt mana Pas berdendam, islam tidak akan tersebar spt skrg. Lebai2 pas ikut akhlak siapa?

Tanpa Nama berkata...

6 23

Ko ni mengalakkan orang terus maki dan kutuk Hj Hadi.. sebab ramai orang yang pemurah kat sini.. Dia ulamak.. malu lah sikit-sikit nak percuma.. masuk syurga pun nak pahala percuma.. percuma banyak mana pun, dengan darjat ulamak dia....rasa nya tak lepas jugak..

Tanpa Nama berkata...

Sepatutnya jika SR mengaku tetapi tidak minta maaf.. saman lah.

Tanpa Nama berkata...

Apabila Mahathir kata sesiapa yang beri masalah dalam pembangkang, PJ PAS Selangor kena tanya 'adakah PAS sebuah parti pembangkang apabila dalam parlimen berkecuali dan ponteng. Tidak berbahas apa-apa yang tidak tidak baik dalam bajet'. Dulu memang PAS teruk kena dengan UMNO tapi sekarang Mahathir yang kena teruk dengan UMNO. Presiden PAS pulak dapat layanan VVIP.

Dan jangan samakan PH dengan Blok 3. Blok 3 yang ada parti picisan dan di tubuhkan selepas berbulan PH ditubuhkan. Ini lah masalah yang di maksudkan oleh Mahathir. Ini jawapan kepada kenyataan Iskandar yang mengatakan kalau tak bersama PH di dakwa sokong Najib, macam itu jugalah kalau tak sokong Blok 3 juga boleh di katakan sokong Najib.

Jaminan Mahathir yang mengatakan BERSATU akan tetap bersama PH menunjukkan keyakinan pada PH berbanding dengan PAS. Sebab itu Mahathir akan anti-PAS selama-lamanya. Dulu kerana PAS lawan UMNO tapi sekarang kerana PAS sokong Najib.

Tanpa Nama berkata...

Seruan 'genjatan senjata' oleh Muhyiddin tidak memberi apa makna. Sama jugak dengan 'genjatan senjata' yang di cadang oleh Tuan Ibrahim.

Mengapa PAS sahaja yang terasa dengan cakap Mahathir? Apa Ikatan bukan parti pembangkang ke ?

Sekiranya PAS tak anjur LEDAK mungkin Mahathir tak cakap sertai itu. Dah lah di jemput tak nak datang, buat pulak program lain hari esok nya.

Adakah perhimpunan LEDAK untuk menyerang Najib ? Itu sebab Mahathir yang bijak cakap dulu dia anti-DAP tetapi Najib lagi teruk. Tapi PAS buat program sendiri dan lagi lah orang melihat pembangkang tidak bersepakat.

Itu lah cara Mahathir.

Tanpa Nama berkata...

Kalu munafik..melepaslah semuanya...tak dpt apa2 pun.