11 Nov 2013

[IKTIBAR] Mayat Tak Reput Walau Sudah 40 Tahun Dikebumikan


Segamat – Sekumpulan ahli keluarga yang membantu kerja-kerja menggali semula Tanah Perkuburan Islam Kampung Batu Badak di sini kelmarin terkejut apabila mereka menemui 12 jenazah termasuk seorang guru Al-Quran yang masih lagi sempurna.

Lebih mengejutkan, kesemua jenazah itu yang digali semula untuk dipindahkan bagi memberi laluan pembinaaan Lebuh Raya Segamat-Tangkak-Muar sejauh 63 kilometer sudah pun dikebumikan antara lapan hingga 11 tahun lalu.

Penyelia Tanah Perkuburan Jabatan Agama Islam Johor (JAIJ), Jamaluddin Sapuan berkata, kesemua jenazah itu ditemui dalam keadaan sempurna, tidak ubah seperti hari pertama ia dikebumikan di tanah perkuburan berusia lebih 100 tahun itu.

Beliau yang terlibat menyelia penggalian dan pemindahan 150 jasad di tanah perkuburan tersebut bagaimanapun berkata, kejadian tersebut bukanlah sesuatu yang pelik.

“Ia membuktikan kekuasaan Allah terhadap hamba-Nya yang terpilih. Banyak perkara tersirat daripada kejadian ini.

“Majoriti jenazah dalam keadaan baik, masih ada daging yang tidak reput,” katanya kepada Kosmo! semalam.

Beliau yang sudah 22 tahun menggali kubur berkata, selepas dikeluarkan, kesemua jenazah itu dikafankan semula dengan kain yang baharu dan bersih.

Katanya, ia kemudian dimasukkan ke dalam keranda untuk dikebumikan semula di tanah perkuburan baharu di Kampung Alai, kira-kira dua kilometer dari tapak lama.

Jamaluddin berkata, bau wangi turut dihidu di sekitar kawasan perkuburan yang menempatkan 350 buah kubur sejak hari pertama kerja tersebut dijalankan.

Beliau pernah menemui jasad yang langsung tidak terusik meskipun ia sudah 30 tahun dikebumikan sejak 30 tahun lalu.

“Kes yang terbaharu ini boleh menjadi iktibar dan pedoman kepada kita yang masih hidup,” jelasnya. -kosmo

-----------------------

Masih elok selepas 40 tahun

SEGAMAT – Allahyarham Mohd. Said Ahmad yang jenazahnya masih sempurna selepas kuburnya digali kelmarin bukan sahaja seorang yang warak semasa hayatnya malah tidak pernah lekang membaca al-Quran jika ada masa terluang.

Anak Allahyarham, Jaafar Mohd Said, 78, berkata, sepanjang hayatnya, dia mendapati ayahnya yang sangat penyabar itu tidak pernah marah walaupun dia merupakan penghulu Mukim Gemereh.

Malah kata beliau, ayahnya yang meninggal dunia pada tahun 1970-an ketika berusia 78 tahun, suka menolong orang yang dalam kesusahan.

Menurutnya, sifat tersebut diwarisi oleh abangnya, Yusuf yang kemudiannya mengambil alih jawatan Penghulu Mukim Gemereh daripada bapa mereka.

Yusuf kemudian meninggal dunia ketika berusia 63 tahun, tujuh tahun lalu.

“Apa yang boleh saya perkatakan ialah kedua-dua waris saya ini semasa hayatnya memanglah warak dan taat kepada ajaran agama.

“Mereka selalu membaca al-Quran setiap kali ada masa terluang,” katanya ketika ditemui di sini semalam. -kosmo


16 jenazah ditemui sempurna




Segamat: “Ketika hayatnya, arwah bapa saudara tidak pernah meninggalkan solat dan sentiasa berjemaah di surau atau masjid walaupun dalam keadaan kesihatan tidak mengizinkan.

“Pernah sekali dia diusung ke masjid untuk solat berjemaah walaupun dinasihatkan supaya hanya untuk bersolat di rumah,” kata Azli Lisot, 49.

Azli waris kepada Allahyarham Rahmat Raub, 65, yang jasadnya antara 16 jasad didapati masih berkeadaan sempurna ketika kerja menggali dan memindahkan 150 kubur di Tanah Perkuburan Islam Kampung Batu Badak di sini, dilakukan.

Azli yang berada di tanah perkuburan sejak 6 November lalu untuk melihat proses penggalian dan pengebumian semula dilakukan berkata arwah bapa saudaranya itu meninggal dunia pada 2006 akibat sakit tua.

“Saya terkejut apabila mendapati jasad arwah masih dalam keadaan baik. Arwah adalah imam surau di kampung ini dan sentiasa berjemaah di surau atau masjid.
- mymetro



Jenazah masih wangi, elok


Mayat guru al-Quran dikebumi pada 2006 masih sempurna

Segamat: Jenazah seorang guru agama yang dikebumikan kira-kira tujuh tahun lalu ditemui dalam keadaan sempurna dan berbau wangi ketika kerja menggali tanah perkuburan di Kampung Batu Badak, di sini.

Jenazah Allahyarham Maheran Jaaffar, yang meninggal pada 2006 adalah antara 350 kubur yang digali semula untuk dipindahkan bagi memberi laluan kepada projek melebar Jalan Segamat-Ledang.

Selain itu, dua jenazah lagi turut ditemui dalam keadaan sempurna dan berbau wangi walaupun dikebumikan sejak berdekad lalu.

Anak sulung Maheran, Hamisah Kassim, 67, berkata beliau terkejut dan hiba apabila dimaklumkan jenazah ibunya dalam keadaan wangi dan masih sempurna, termasuk kain kapan yang masih utuh.

Pemindahan kubur

“Kubur emak adalah yang pertama digali untuk dipindahkan ke Tanah Perkuburan Wakaf di Kampung Tasek. Saya terharu diberitahu jenazah ibu masih elok dan wangi.

“Mungkin itu balasan yang diterima ibu kerana ketika hayatnya arwah mengajar kanak-kanak mengaji al-Quran. Seingat saya, arwah sentiasa mengamalkan amalan berselawat, berzikir dan sering bersedekah,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Hamisah berkata, arwah ibunya juga seorang yang bertanggungjawab menjaga empat lagi adik-beradiknya dan seorang yang pendiam.

Sementara itu, Penyelia Tanah Perkuburan Jabatan Agama Johor (JAJ), Jamaluddin Sapuan, berkata semua jenazah yang digali semula itu dikapankan dan dikebumikan semula di Tanah Wakaf Kampung Tasek.

“Seramai 15 penggali kubur di bawah JAJ memulakan kerja menggali sambil dilihat beberapa jabatan kerajaan, waris dan penduduk setempat.

“Penemuan jenazah yang masih sempurna dan berbau wangi tanda kekuasaan Allah SWT dan balasan yang baik kepada mereka yang melakukan suruhan Allah,” katanya.
- BH


Ramai Mahu Pembunuh Norazita Dihukum Tembak Sampai Mati


Berita penangkapan pengawal keselamatan yang menembak mati pegawai Ambank Norazita Abu Talib menerima pelbagai reaksi daripada pengguna laman media sosial.

Ramai di antara mereka mengucapkan tahniah kepada pihak polis di atas usaha dan kejayaan mereka.

Ada juga segelintir daripada mereka yang was-was terhadap berita tersebut dan inginkan bukti penangkapan.

Ada juga yang memberi cadangan hukuman untuk suspek tersebut.

Berikut adalah kompilasi komen-komen yang dikemukakan di Facebook, Twitter dan laman astroawani.com:

Hajis Jaafar: Syabas PDRM....sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga

Fareez: Tahniah tahniah dan tahniah sekali lg kepada pihak polis

Nahar: Tahniah kepada pihak polis..anda semua memang cekap

Mohd Awal Din MohdNazr: Tahniah PDRM.... Takziah keluarga Norazita.

Hk Ariiz: Betul ke? Tunjukkan bukti.. Tunjukkan muka penjenayah tu kalau betul dah ditangkap.. Takut-takut semua ni sandiwara je untuk menenangkan ketenteraman awam.. Polis pun handal berlakon tau.

Khaidir Zulkifli: Mane gambar? Jgn tutup muka ya rakyat berhak tahu.

Noriz Mel: Jangan banyak bicara..kasi can husband arwah bagi penumbuk kaw kaw kat perut bakal jenazah pembunuh tu

Pelangi Indah: Tembak kepala si penembak pakai shotgun!! Jarak 2 inchi dari muka.
-astro awani

Puas hati pembunuh isteri diberkas



SHAH ALAM - "Saya bersyukur dan amat lega apabila mengetahui suspek yang membunuh isteri akhirnya diberkas polis," kata Irwan Kamarudin, 37, suami kepada pekerja AmBank, Norazita Abu Talib yang maut ditembak pengawal keselamatan dalam kejadian di USJ Sentral 2, 23 Oktober lalu.

Irwan ketika ditemui di rumah kakak iparnya di Subang Bestari, di sini, semalam, berkata, dia dan keluarga khasnya anak-anak sangat gembira mendengar perkhabaran tersebut.

Beliau berkata, pada mulanya dia tidak mengetahui penahanan suspek utama kes isterinya, sehinggalah dihubungi rakan-rakan pada jam 9 pagi semalam, memaklumkan melihat perkara itu di internet.

"Saya dan anak-anak terus buka internet termasuk Facebook dan lihat banyak maklumat yang mengesahkan berhubung penahanan suspek utama.

"Berita di televisyen memaklumkan perkara sama, membuatkan kami sekeluarga yakin bahawa individu yang bertanggungjawab menyebabkan kematian isteri sudah ditangkap," katanya, semalam.

Irwan yang bekerja sebagai pemandu peribadi di Bukit Jelutong berkata, dia sangat berpuas hati dengan kecekapan polis dan berharap hukuman setimpal dikenakan terhadap suspek.

"Saya harap dia (pembunuh) menerima hukuman yang sewajarnya dengan kesalahan yang dilakukan dan gembira kematian isteri mendapat keadilan walaupun nyawanya tidak dapat dikembalikan," katanya yang akan mula bekerja esok (hari ini), setelah bercuti sejak kejadian itu.

Ketika ditanya mengenai perkembangan terkini dua anaknya, Nurnisa Nabilah, 12, dan Mohd Hazimy, 8, Irwan berkata, anak-anaknya sudah boleh menerima kenyataan ibu mereka sudah tiada.

Menurutnya, dia perasan terdapat sedikit perubahan pada anak-anaknya yang dulu periang kini berubah sedikit pendiam.

"Kalau ada ahli keluarga lain bersama, anak-anak akan gembira tapi bila tinggal kami bertiga, mereka pasti teringat dan mula membelek album melihat gambar arwah bagi melepaskan rindu.

"Mereka masih kecil dan semuanya mengambil masa sebelum benar-benar memahami situasi sebenar yang berlaku. Saya sendiri pernah bermimpi akan arwah isteri," katanya.

Sementara itu, Nurnisa Nabilah berkata, dia sudah kembali bersekolah sejak Rabu lalu dan gembira dengan penerimaan rakan serta guru-guru yang banyak memberi sokongan.
-SH


Berani buat, berani tanggung!

SHAH ALAM - "Kami sekeluarga takkan maafkan perbuatan suspek yang menembak mati Allahyarham. Dia (suspek) berani buat, beranilah tanggung akibatnya!," kata Abu Talib Mohd Isa, 65, iaitu bapa kepada pekerja AmBank, Norazita yang maut selepas ditembak seorang pengawal keselamatan di USJ Sentral 2, 23 Oktober lalu.

Abu Talib ketika ditemui di rumah anak sulungnya di Subang Bestari semalam berkata, dia dan keluarga marah dengan perbuatan suspek, namun sebagai manusia mereka tidak berdendam dan berharap hukuman dikenakan terhadap penjenayah itu dapat memberi keadilan buat anak keduanya itu.

Katanya, selepas 19 hari pemergian anak keduanya itu, berita penahanan suspek utama pagi semalam, adalah berita terbaik yang sangat ditunggu-tunggu oleh mereka sekeluarga.

Menurutnya, beliau serta seluruh ahli keluarga terutama menantu (suami Norazita) dan dua cucunya gembira dan bersyukur.

"Tidak sia-sia doa dan solat hajat yang dilakukan kami sekeluarga bagi memohon ALLAH SWT mempermudah siasatan yang dijalankan polis bagi menangkap suspek terbabit.
-SH


ULASAN GB

Jika sebelum ini Menteri Dalam Negeri, Datuk Ahmad Zahid Hamidi telah mengeluarkan kenyataan yang mencetuskan kontroversi bahawa lebih baik suspek penjenayah ditembak sebelum siasatan, namun ia tidak berlaku di dalam kes di atas sekalipun sudah ada bukti (rakaman cctv) jenayah telah berlaku.

Tiada sebarang pergelutan yang berlaku semasa penangkapan dibuat semalam. Tidak sama seperti kes-kes jenayah lain dimana penjenayah-penjenayah biasanya akan melakukan serangbalas.

Dan kita tidak pasti samada senjata yang digunakan oleh suspek untuk menembak Norazita di dalam rompakan di AMBANK tersebut telah berjaya dirampas.

Namun jika benar polis sudah mengubah taktik untuk tidak menembak dahulu suspek tetapi menyerahkan pengadilan dan hukuman kepada pihak mahkamah yang menentukannya, kita rasakan ia adalah patut dan terpuji.

Apa-apa pun kita berharap pihak pendakwa berjaya membuktikan kes prima facie terhadap suspek dan membuktikan jenayah telah dilakukan dan seterusnya penjenayah menerima hukuman yang setimpal.

[BERGAMBAR] Ketua Penguatkuasa JAIP Mati Ditembak


Ketua Pegawai Bahagian Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Pahang Ahmad Rafli Abdul Malek meninggal dunia hari ini selepas ditembak oleh penjenayah dirumahnya sekitar jam 2 petang tadi, menambahkan lagi beberapa siri pembunuhan bersenjata yang sudah berlaku sebelum ini.

Dalam kejadian yang berlaku di rumahnya di Indera Mahkota, tiga suspek berpakaian jubah telah datang ke rumahnya sebelum kemudiannya menembak mangsa.

Ibu Pejabat Kontinjen Polis Pahang ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut dan siasatan sedang dijalankan ketika ini.

Dalam pada itu, sumber memberitahu kepada The Malaysian Insider mangsa meninggal dunia selepas terkena tiga das tembakan.

Selain itu sumber juga memberitahu mangsa ketika ini sedang terlibat dalam tiga kes besar, iaitu melibatkan kes ajaran sesat Tuhan Haron, kes ajaran Syiah dan juga operasi kelab malam.

Bernama melaporkan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang SAC Mohd Zakaria Ahmad mengesahkan kejadian itu.

Selain itu, laporan tersebut juga menyebut ketiga-tiga suspek itu dipercayai melarikan diri dengan menaiki sebuah kereta jenis Proton Wira Aeroback berwarna putih selepas menembak mangsa. -TMI


Kematian ketua penguatkuasa JAIP bermotifkan bunuh - Polis


KUANTAN: Polis mengesahkan kematian Ketua Penguat Kuasa Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) Mohd Raffli Ab Malik, yang ditembak di rumahnya tengah hari tadi, bermotifkan bunuh.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang SAC Zakaria Ahmad berkata, semasa kejadian pada 1.55 tengah hari itu, mangsa yang berumur 49 tahun sedang berehat bersama isteri dan seorang anaknya di ruang tamu.

Beliau berkata sebelum itu, seorang lelaki berusia dalam lingkungan 50an yang berjubah hitam dan berkopiah putih, yang tiba di rumah Mohd Raffli dengan sebuah kereta Proton Wira Aeroback berwarna putih, telah memanggil mangsa keluar dari rumahnya.

"Semasa keluar dari rumahnya, seorang lagi suspek berumur dalam lingkungan 30an meluru dari tempat duduk belakang kereta dan melepaskan tiga das tembakan ke arahnya," kata beliau kepada pemberita di rumah mangsa di Indera Mahkota di sini, hari Ahad.

Zakaria berkata, dua daripada tiga das tembakan itu mengenai dada Mohd Raffli manakala satu lagi tembakan tersasar menyebabkan mangsa mati di tempat kejadian.

"Polis percaya suspek yang menaiki kereta itu telah berlegar-legar di kawasan rumah mangsa berdasarkan faktor suspek hanya mengambil masa seminit untuk membunuh mangsa," katanya.

Zakaria berkata polis menyiasat kes itu dari pelbagai sudut termasuk motif lain.
- astro awani



Ketua Penguatkuasa Jaip mati ditembak bukti jenayah makin teruk


KUANTAN: Ketua Dewan Pemuda PAS Pahang Ustaz Nazri Ahmad meminta pihak polis dan kerajaan mengambil langkah serius membendung jenayah pembunuhan dan tembakan.

Katanya, kes terbaru pembunuhan Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip) Ahmad Raflie Ab Malik yang mati selepas terkena tiga das tembakan hari ini, membuktikan jenayah tersebut kini bukan sahaja berkaitan dengan gangsterisme malah melarat ke bidang agama.

Sambil melahirkan rasa sedih, beliau mahu pihak berkuasa segera memberkas penjenayah tersebut bagi menghormati isntitusi agama.

Nazri mengulas kes tembakan maut Pegawai Penguatkuasa Jaip Raflie yang berlaku di hadapan rumah Allahyarham di Indera Mahkota 2, dekat sini, kira-kira pukul 2 petang hari ini.

Menurut sumber polis, Raflie yang berasal dari Chenor, meninggal dunia di tempat kejadian kira-kira jam 2 petang.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang SAC Mohd Zakaria Ahmad yang mengesahkan kejadian itu berkata, tiga suspek lelaki dipercayai terbabit dalam kejadian.

Ketiga-tiga suspek itu dipercayai melarikan diri dengan menaiki sebuah kereta jenis Proton Wira Aeroback berwarna putih selepas menambak mangsa.

Beliau berkata, polis masih menyiasat kejadian itu.

Sebelum ini Raflie dikatakan begitu giat menggeledah tempat-tempat ajaran sesat dan Syiah seluruh negeri Pahang
- HD


10 Nov 2013

[GAMBAR & VIDEO] Ini Dia Gambar Suspek Kes Ambank, Direman 7 Hari -updated


Pengawal keselamatan yang juga suspek menembak mati seorang pegawai operasi AmBank Norazita Abu Bakar dalam kejadian rompakan di bank itu bulan lalu direman tujuh hari bagi membantu siasatan.

Beliau direman bermula hari ini mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Perintah reman itu dikeluarkan pada pukul 3.40 petang ini oleh Majistret Nazri Omran di Mahkamah Majistret Petaling Jaya.

Pengawal keselamatan yang juga suspek yang menembak mati seorang pegawai operasi AmBank di Subang Jaya bulan lalu dikawal ketat anggota polis ketika dibawa ke Mahkamah Majistret Petaling Jaya bagi mendapatkan tahanan reman, hari ini.

Polis menahan pengawal keselamatan yang melarikan wang sebanyak RM450,000 di cawangan Ambank di USJ Sentral, Subang Jaya di Johor pagi ini.

Suspek dikenal pasti berasal dari Sabah, berumur 37 tahun dan dituduh menggunakan kad pengenalan palsu untuk mendapatkan pekerjaan sebagai pengawal keselamatan.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Hadi Ho dalam satu kenyataan mengucapkan terima kasih kepada orang ramai di atas keprihatinan dan kerjasama mereka dalam kes ini.

“Pada jam 7 pagi hari ini, bertindak atas maklumat, Pasukan Cantas Khas PDRM telah berjaya menangkap seorang lelaki di Kampung Belungkor, Kota Tinggi, Johor yang dipercayai suspek utama dalam kejadian samun di Subang Jaya pada 23 Oktober 2013 yang melibatkan kematian seorang kakitangan AmBank.

“Pihak polis percaya dengan penangkapan suspek utama ini, kes berkenaan telah berjaya diselesaikan,” kata Hadi dalam satu kenyataan yang dikirimkan kepada media sebentar tadi.

Dalam kejadian menyayat hati pada 23 Oktober itu, Norazita, 37, maut ditembak oleh suspek ketika beliau membuka peti besi di dalam bilik kebal bank berkenaan pada 6.20 petang, bersama-sama seorang lagi pegawai wanita. -TMI




[GAMBAR & VIDEO] Taufan Terkuat Di Dunia Landa Filipina, 10,000 Dikhuatiri Terkorban


Manila: Taufan Haiyan yang turut membawa puting beliung terkuat di dunia tahun ini, mula membadai Filipina awal pagi kelmarin dengan kelajuan angin sehingga 275 kilometer sejam, demikian menurut agensi perkhidmatan kaji cuaca.

Haiyan yang bermula di Pulau Samar, kira-kira 600 kilometer di barat daya Manila, membadai di pesisir pantai Guiuan jam 4.40 pagi kelmarin waktu tempatan, demikian menurut pegawai kaji cuaca Romeo Cajulis.

Presiden Benigno Aquino seblum ini memberi amaran kepada penduduk agar membuat segala persiapan untuk menghadapi Taufan Haiyan yang kelajuan anginnya boleh mencecah sehingga 380 kilometer sejam apabila membadai Filipina.

“Kepada pegawai tempatan, wilayah anda akan berdepan bencana yang serius. Sama-samalah kita menghadapinya dan memberi bantuan sedaya upaya sementara Haiyan belum membadai," katanya dalam pengumuman di stesen televisyen.

“Kita cuba mengharungi kesan taufan ini sekecil mungkin dengan sikap tolong menolong. Marilah kita bertenang terutama dalam kita berpindah dan membawa keperluan kita ke tempat selamat," katanya.

Aquino juga memberi amaran jangkaan rebut berkenaan turut membawa banjir besar dan memusnahkan harta benda terutama di sebelah pantai dengan ombak boleh menjangkau setinggi enam meter atau 20 kaki.

Lebih 125,000 penduduk di kawasan berisiko sudah dipindahkan sebelum Haiyan melanda, demikian menurut pegawai pertahanan awam Filipina.

Pihak berkuasa berkata sekolah di kawasan yang bakal dilanda taufan sudah diarah tutup, manakala perkhidmatan feri dan nelayan diarah menyelamatkan bot mereka atau balik ke pantai.

Di ibu negara Manila, yang dijangka tidak mendapat kesan langsung dari taufan berkenaan bagaimanapun menyaksikan banyak sekolah ditutup.

Syarikat penerbangan seperti Philippine Airlines, Cebu Pacific dan beberapa syarikat penerbangan lain mengumumkan penggantungan ratusan penerbangan yang kebanyakannya domestic dan beberapa penerbangan antarabangsa. - AFP


Lebih 100 mayat bergelimpangan


MANILA - FILIPINA. Lebih 100 mayat bergelimpangan di jalan raya di Tacloban selepas taufan terkuat di dunia yang membawa angin kencang berkelajuan 315 kilometer sejam membadai wilayah Leyte, menurut pihak berkuasa, hari ini.

Timbalan Pengarah Penerbangan Awam Filipina, John Andrews memaklumkan ratusan penduduk juga cedera di wilayah itu yang dilaporkan paling teruk terjejas.

"Angka kematian mungkin meningkat berikutan usaha mencari dan menyelamat masih diteruskan," katanya pada laporan AFP.

Dalam perkembangan lain, lebih 100,000 penduduk kampung di Vietnam diarah berpindah ke pusat penempatan sementara selepas Haiyan dijangka membadai negara itu, awal pagi esok.

Media tempatan melaporkan kebanyakan sekolah di kawasan dataran rendah di tengah Danang dan wilayah Quang Ngai telah ditutup sebagai langkah berjaga-jaga.



Taufan Haiyan: Lebih 10,000 Dikhuatiri Terkorban di Filipina


TACLOBAN (Filipina): Taufan terkuat di dunia yang memusnahkan seluruh bandar Filipina dipercayai sudah meragut lebih 10,000 nyawa, kata pihak berkuasa tempatan pada Ahad, sekali gus menjadikan ia bencana semula jadi paling dasyat yang pernah direkodkan negara itu.

Angka korban terbaru akibat Taufan Haiyan dikeluarkan ketika Amerika Syarikat berjanji menyalurkan bantuan tentera dalam usaha membantu mencari mangsa yang masih hilang dan beberapa kawasan yang terputus bekalan makanan sejak tiga hari lalu.

Ketua Polis Wilayah Leyte, Elmer Soria berkata lebih 10,000 dipercayai terkorban di wilayah paling teruk terjejas itu.

"Kami sudah mengadakan mesyuarat malam tadi dengan gabenor dan berdasarkan anggaran kerajaan, pada mulanya terdapat 10,000 mangsa terbunuh. Kira-kira 70 hingga 80 peratus rumah dan struktur bangunan di sepanjang jalan musnah akibat taufan," kata Soria.




[TERKINI] Pengawal Kesalamatan Yang Bunuh Pegawai AMBANK Telah Diberkas

Kuala Lumpur: Pengawal keselamatan yang menembak mati pegawai Ambank Norazita Abu Talib, 37, dalam kejadian rompakan di Ambank cawangan Subang Jaya pada 23 Okt lepas, telah berjaya ditangkap polis pagi ini.

Perkara ini disahkan oleh Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar dalam laman Twitternya apabila beliau mengucapkan tahniah kepada pasukan Ops Cantas Bukit Aman yang dikatakan telah berjaya menangkap suspek di Johor Baharu.


Dalam kejadian pada pukul 6.18 petang itu, Norazita, maut ditembak oleh suspek ketika beliau membuka peti besi di dalam bilik kebal bank berkenaan, bersama-sama seorang lagi pegawai wanita.

Mangsa yang sudah berkerja selama 16 tahun di bank itu meninggal dunia di tempat kejadian susulan kecederaan parah pada bahagian kepala akibat ditembak dengan 'pump gun' oleh suspek.

Suspek kemudian melarikan sejumlah RM450,000 dari bilik kebal itu.

Rakaman video selama 32 saat, yang dipercayai sedutan CCTV memaparkan insiden itu, telah tersebar dengan meluas di laman sosial ekoran kejadian tersebut. -astroawani

TV Mesir Laporkan Al-Sisi Kini Terlantar Di Hospital

Stesyen television AlFarain yang mendukung kerajaan kudeta mengumumkan Jumaat (8/11/2013) kelmarin, bahawa As-Sisi kini terlantar di hospital.

Dalam akaun facebooknya, wartawan Hamdi Syafiq berkomentar, “Akhirnya mereka akui, As-Sisi di hospital.”

Namun, Syafiq membuat beberapa kemungkinan berkaitan dengan pengakuan television tersebut:

Kemungkinan pertama, pengumuman tersebut untuk menutupi berita tentang banyaknya pembantaian yang dilakukan As-Sisi. Ketika dia sakit, akan ada simpati rakyat kepadanya, dia akan kembali meraih populariti.

Kemungkinan kedua, seperti yang disampaikan Amru Farrag, pengarah pejabat berita Rassd, bahwa As-Sisi menghilang kerana nasihat dari badan perhubungan awam Amerika yang dikontrak Mesir untuk mengangkat imejnya. As-Sisi setelah ini akan kembali muncul dengan performa dan pengaruh yang baru.

Kemungkinan ketiga, As-Sisi menghilang dengan tujuan atas perintah Amerika agar Adli Mansur dan Bablawi (presiden dan perdana menteri kudeta) muncul ke ruang awam dan seakan mempunyai peranan memerintah, bukan sekadar boneka yang dipertontonkan.

Kemungkinan keempat, menurut Syafiq, pengumuman sakitnya ini adalah untuk menjadi mukaddimah pengumuman berikutnya tentang dirinya telah meninggal. Ini membenarkan dugaan yang sering muncul beberapa hari ini bahawa As-Sisi terkena tembakan di pangkalan laut di Iskandariah, dua minggu yang lalu. Atau kerana keracunan makanan dan ubat-ubatan seperti yang dikatakan sumber Aljazeera, sejarawan Muhammad Jawadi.

Saat ini, kemungkinan As-Sisi dalam keadaan kritikal kerana television Al-Farain sampai meminta rakyat Mesir mendoakan untuk kesembuhannya.

ULASAN GB

Samada Al-Sisi benar-benar sakit atau buat-buat sakit dengan alasan-alasan di atas, apa yang nyata, kehidupan Al-Sisi sekarang sudah tidak tenteram dan tidak aman.

Itulah hukum kebenaran dan keadilan yang berjalan. Yang zalim dan kejam lambat-laun akan tetap terima balasannya. Apatah lagi dengan doa keluarga golongan mukmin yang menjadi mangsa pembantaiannya termasuk juga doa Dr.Mursi yang telah dikhianati dan digulingkan dari kerusi Presidennya. Tiada hijab doa orang dizalimi dengan Allah... mafhum hadith.

9 Nov 2013

Penguasa Kudeta Ternyata Sangat Rapuh, Sekali Tiup Pasti Roboh!


Ahmad Fahmi, seorang penulis dan pengamat politik di Mesir, menulis sebuah artikel di lamanweb egyptwindow.net, Isnin lalu (4/11/2013). Beliau menyatakan bahwa perkataan Presiden Mursi yang disampaikan begitu saja, berubah menjadi perkataan yang akan ditulis dalam sejarah.

Menurutnya, Presiden Mursi seperti orang yang baru datang dari istana, bukan dari penjara.

Menahannya di tempat tersembunyi memang merupakan pilihan yang harus diambil oleh penguasa kudeta.

Kalau tidak demikian, pemerintah kudeta akan sangat mudah dirobohkan oleh orang ini.

Fahmi menyebutkan bahwa penguasa kudeta berjuang berminggu-minggu untuk membuktikan keabsahan pemerintahan mereka. Ternyata hasil perjuangan mereka itu runtuh begitu saja dalam hitungan detik.

Bahkan menurut Fahmi, beberapa saat sebelum pengadilan, para penguasa itu bahkan mencuri video Presiden Mursi, merakam beliau dengan keadaan yang menyedihkan, lalu membocorkannya ke publik. Banyak orang menyamakannya dengan kondisi Saddam Husein beberapa saat sebelum dihukum mati. Tapi ternyata media pendukung beliau boleh menjadikanya kontra-produktif bagi penguasa.

Tidak berlebihan jika dikatakan bahwa beberapa saat yang kita saksikan di pengadilan akan menjadi hal yang selalu dibanggakan ketika mengingatnya beberapa puluh tahun mendatang.

Fahmi menutup artikelnya dengan bersumpah bahwa penguasa kudeta sangat rapuh, sekali tiup akan roboh.

Sekarang rakyat Mesir hanya memerlukan tekad, semangat dan perlawanan yang bersatu padu menjatuhkan penguasa kudeta tersebut.

Kurang Popularkah Mat Sabu?


Ahli PAS yang rugi bila terpaksa memilih calon kurang popular untuk timbalan presiden ANALISIS OLEH ZULKIFLI SULONG

Pihak paling rugi apabila berlaku pertembungan antara Mohamad Sabu dengan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah untuk jawatan timbalan presiden PAS adalah ahli PAS keseluruhannya.

Ini kerana, pilihan utama mereka Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Datuk Husam Musa tidak menyertai pertandingan itu. Mereka hanya dapat memilih di kalangan kurang popular sahaja padahal mereka perlu menentukan orang nombor dua dalam parti Islam itu.

Tuan Ibrahim dan Husam semalam, menjelang tarikh tutup pengesahan pertandingan parti pada 5 November, mengumumkan mereka hanya akan bertanding jawatan naib presiden dan menolak untuk bertanding timbalan presiden.

Semasa pencalonan diterima, Tuan Ibrahim dilaporkan mendapat pencalonan terbanyak iaitu lebih 50% daripada 103 pencalonan yang sah daripada kawasan di seluruh negara.

Husam pula dikatakan mendapat pencalonan kedua terbanyak. Namun sehingga kini ia tidak didedahkan kepada umum. Pihak jawatankuasa pemilihan PAS yang diketuai Asmuni Awi hanya memaklumkan jumlah pencalonan yang diterima kepada calon berkenaan sahaja.

Dalam poll yang dibuat sebuah laman pro PAS, Tranungkite.net, Tuan Ibrahim menjadi calon paling popular di kalangan ahli PAS manakala Husam ditempat kedua. Keputusan ini selari dengan peratusan pencalonan yang mereka terima.

Menurut poll itu, Mohamad berada di tempat ketiga manakala Nik Amar tempat keempat selepas seorang lagi calon Salahudin Ayub yang sejak awal mengumumkan hanya bertanding bagi jawatan naib presiden sahaja.

Tuan Ibrahim ketika mengumumkan hanya menerima pencalonan untuk naib presiden berkata, berasa tidak mampu untuk memikul jawatan yang lebih tinggi daripada itu.

Husam pula dalam kenyataannya berkata, pencalonan paling banyak yang beliau terima adalah untuk jawatan naib presiden.

"Saya anggap ia adalah isi hati, pedoman dan pilihan akar umbi PAS jawatan mana yang mereka ingin saya tempatkan diri saya," kata Husam dalam kenyataannya.

Dengan penolakan kedua-duanya, pemilihan yang sukar bagi perwakilan PAS dalam Muktamar PAS ke-59 pada 22 hingga 24 November ini adalah untuk jawatan naib presiden.

Bagi kerusi naib presiden, calon-calon kini adalah Salahudin Ayub, Datuk Abu Bakar Chik, Tuan Ibrahim dan Husam manakala Datuk Mahfuz Omar belum membuat sebarang pengumuman.

"Saya telah memberitahu wartawan sebelum ini, saya mahu Pengerusi Jawatankuasa Pemilih yang memaklumkan keputusan saya," kata Mahfuz kepada The Malaysian Insider.

Semalam, Idris Ahmad dan Datuk Mujahid Yusof mengumumkan akan bertanding jawatan AJK PAS Pusat sahaja manakala seorang lagi calon yang layak, Nasrudin Hassan mengumumkannya sejak awal lagi akan bertanding AJK PAS Pusat sahaja.

Perwakilan sekarang terpaksa membuat pilihan antara empat calon utama iaitu tiga penyandang Salahudin Ayub, Husam dan Mahfuz serta dengan kedatangan calon popular, Tuan Ibrahim.

Abu Bakar Chik yang turut bertanding dikatakan calon 'underdog' untuk pertandingan naib presiden ini kerana beliau agak tertinggal daripada pucuk pimpinan utama parti selepas berhenti daripada jawatan Ketua Pemuda PAS sebelum ini.

Salahudin dikatakan mendapat sokongan kedua-dua pihak, ulama dan bukan ulama serta paling popular daripada semua calon yang ada.

Tuan Ibrahim pula dilihat bakal mewarisi pucuk pimpinan utama PAS di masa depan, sudah tentu dia juga bakal menang.

Kini persaingan antara Husam dan Mahfuz. Husam dikatakan mempunyai penyokong tersendiri manakala Mahfuz pula baru membuktikan kemampuannya selepas calon PAS berjaya di pilihan raya kecil Sungai Limau.

Justeru, sudah tentu tugas sukar bagi perwakilan membuat pilihan di samping dilema yang mana calon terbaik sebagai naib presiden PAS musim ini. -TMI


Mat Sabu perlu menang demi hubungan politik


SHAH ALAM - Penganalisis politik berpendapat Mohamad Sabu perlu menang dalam Muktamar Pas ke-59, 22 hingga 25 November ini bagi menguatkan hubungan parti itu dengan PR.

Dekan Pusat Pengajian Antarabangsa Kolej Undang-undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa, Universiti Utara Malaysia, Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani berkata peluang penyandang Timbalan Presiden Pas, Mohamad adalah "aset" yang berguna untuk hubungan politik antara parti perikatan pembangkang yang lain.

Menurutnya, perwatakan dan sikap Mohamad yang disenangi semua pihak terutama rakan PR akan turut menyumbang kepada kemenangannya dalam pemilihan muktamar kali ini.

"Orang PR suka dia, dia juga pemimpin popular yang boleh dianggap profesional.

"Dia juga yang banyak bersama PR dalam aktiviti anjuran PR, dalam soal hudud, dia disenangi pemimpin PR lain terutama DAP akan mengeratkan lagi hubungan politik PR dan Pas," katanya kepada Sinar Harian Online, hari ini.

Sebelum ini, media melaporkan dua daripada lima calon Timbalan Presiden Pas, Ketua Penerangannya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub telah menarik diri dan memutuskan akan bertanding untuk jawatan naib presiden.

Hari ini, seorang lagi calon Timbalan Presiden, Datuk Husam Musa turut membuat keputusan untuk mempertahankan jawatan Naib Presiden Pas.

Bagaimanapun, Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Mohd Amar Nik Abdullah masih belum mengumumkan keputusan muktamad untuk penawaran jawatan tersebut.

Dalam pada itu, Azizuddin berkata, jika Husam tidak menarik diri dan wujud pertandingan tiga penjuru antara Mohamad dengan Husam dan Nik Mohd Amar untuk jawatan timbalan presiden, peluang masih cerah bagi penyandangnya.

Katanya, Mohamad juga calon popular dan mempunyai penyokong tersendiri.

"Mat Sabu ini popular juga dia sama seperti Husam.

"Namun Husam ini mungkin disebabkan krisisnya di Kelantan penyokong akan 'split' undi, dan mampu juga bagi saingan sengit.

"Kalau Nik Mohd Amar ini pendekatan politiknya agak sederhana dan agak kabur, dan hanya mungkin mendapat undi daripada ulama sahaja, jadi peluang Mat Sabu masih cerah walaupun ada sedikit berlaku pecah undi," katanya lagi.
-SH



Muktamar: Penyandang ada peluang


Mohamad Sabu dilihat mempunyai kelebihan untuk mempertahankan jawatannya selaku Timbalan Presiden Pas pada pemilihan parti bagi sesi 2013-2015.

Ketua Kluster Governans, Perundangan dan Pengurusan Awam, Majlis Profesor Negara (MPN), Prof Dr Nik Ahmad Kamal Nik Mahmood berkata, Mohamad atau lebih popular dengan gelaran Mat Sabu mampu mengekalkan jawatan itu lebih menonjol dan aktif di peringkat nasional.

“Perkara ini yang saya nampak beri kelebihan pada diri beliau kerana beliau lebih arif dengan isu dan masalah yang membabitkan negara," katanya, semalam.

Katanya, dari sudut populariti beliau lebih terkedepan dan dekat di hati para penyokong Pas berbanding pesaingnya.

“Beliau popular dengan pelbagai himpunan. Contohnya Himpunan Bersih dan Himpunan Kebangkitan Rakyat. Ini antara kewibawaan yang ada pada beliau,” katanya.

Selain itu, ketika ditanya berkenaan kemungkinan Mohamad akan memperoleh kemenangan besar apabila pertandingan ini berlangsung secara dua penjuru, Nik Ahmad berkata, pencabarnya Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah tidak akan beri laluan mudah kepada beliau.

"Ini pastinya satu persaingan sengit dan Mat Sabu sukar untuk menang mudah, tetapi beliau masih ada peluang," katanya.

Difahamkan, pertandingan merebut jawatan timbalan presiden berkemungkinan akan berlaku antara Mohamad menentang Mohd Amar, ini setelah calon-calon lain menarik diri.

Pengarah Pusat Kajian Politik dan Pilihan Raya Universiti Malaya (Umcedel), Prof Datuk Dr Mohammad Redzuan Othman berkata, Pas tidak akan menyentuh isu kegagalan PR untuk menguasai Putrajaya dalam PRU13 lalu pada muktamar kali ini.

Menurutnya, Pas hanya akan membincang isu-isu berkaitan cabaran pilihan raya akan datang sahaja.

“Saya tidak nampak isu itu akan diketengahkan dalam Muktamar Pas nanti, sebab isu itu sudah lepas. Isu-isu lama tidak mungkin menjadi topik utama yang dibincangkan.

“Lagipun mereka tahu, pada PRU13 lalu mereka sudah berusaha keras dan bersungguh-sungguh.

Kegagalan tersebut bukan disebabkan kesilapan mereka, mungkin pendekatan Umno dan BN lebih baik,” katanya.

Beliau berkata, jika dilihat pertemuan ahli Pas di semua peringkat kali ini lebih menjuruskan kepada perbincangan bagi memantapkan parti itu untuk jangka masa panjang.

“Pengisian Muktamar Pas kali ini lebih ke hadapan, kemungkinan mereka membuat perancangan rapi dan sistematik dalam usaha mengukuhkan parti.

“Membincangkan bagaimana meningkatkan sokongan Melayu selain program memperkasakan ahli semua peringkat,” katanya.
-SH


ULASAN GB

Tajuk GB "Tak Popularkah Mat Sabu?" ditujukan kepada Penganalisis Rencana di TMI (Bekas Editor Harakahdaily), Srra Zulkifli Sulong yang telah lebih awal meletakkan tajuk "Ahli PAS yang rugi bila terpaksa memilih calon kurang popular untuk timbalan presiden".

Apa kayuukur populariti yang dipakai oleh Zulkifli Sulong? Nampaknya sandaran "populariti" diletakkan kepada poll Tranungkite :

Dalam poll yang dibuat sebuah laman pro PAS, Tranungkite.net, Tuan Ibrahim menjadi calon paling popular di kalangan ahli PAS manakala Husam ditempat kedua. Keputusan ini selari dengan peratusan pencalonan yang mereka terima.



Menurut poll itu, Mohamad berada di tempat ketiga manakala Nik Amar tempat keempat selepas seorang lagi calon Salahudin Ayub yang sejak awal mengumumkan hanya bertanding bagi jawatan naib presiden sahaja.


Dan menarik perhatian apabila dinyatakan bahawa:

Semasa pencalonan diterima, Tuan Ibrahim dilaporkan mendapat pencalonan terbanyak iaitu lebih 50% daripada 103 pencalonan yang sah daripada kawasan di seluruh negara.

Husam pula dikatakan mendapat pencalonan kedua terbanyak. Namun sehingga kini ia tidak didedahkan kepada umum. Pihak jawatankuasa pemilihan PAS yang diketuai Asmuni Awi hanya memaklumkan jumlah pencalonan yang diterima kepada calon berkenaan sahaja
.

Kacau sungguh.

Bagaimana Zulkifli Sulong boleh mengetahui jumlah pencalonan yang diterima oleh setiap calon SEDANGKAN dah diberitahu:

"Namun sehingga kini ia tidak didedahkan kepada umum."

Jika ia tidak didedahkan kepada umum bagaimana beliau boleh mengakses maklumat tersebut? Apakah Asmuni Awi yang membocorkan kepadanya?

Pihak jawatankuasa pemilihan PAS yang diketuai Asmuni Awi hanya memaklumkan jumlah pencalonan yang diterima kepada calon berkenaan sahaja

Apakah makluman itu hanya kepada Zulkifli Sulong tetapi tidak kepada umum? Setahu GB, hanya calon sahaja yang mengetahui jumlah pencalonan yang diperolehi.

Hah.. persetankan itu semua. Nampaknya pemilihan PAS sama macam dulu-dulu. Belum profesyenal sepenuhnya. Kalau benar-benar profesyenal, maklumat sulit tetap sulit, dan Asmuni dan Zulkifli wajar diheret ke Lembaga Disiplin parti.

Apa yang GB lihat kumpulan yang inginkan sangat Tuan Ibrahim bertanding kini menggigit jari. Tuan Ibrahim sepastinya telah beristikharah dan telah pun membuat keputusan menarik diri. Ia perlu dihormati.

Poll yang dilakukan hanyalah psywar. Dan ia boleh saja dimanipulasi. Orang yang bijak IT boleh melakukannya.

Hukum kebenaran dan keadilan mengambil tempatnya, si Luncai terjun dengan labu-labunya.

Kepada semua perwakilan, selamat mengundi.

Doktor Termuda Di Dunia Berasal Dari Palestine

Haniyah Ismail sangat mengkagumi Asa'd Iqbal. Siapa Asa'd? Dia adalah doktor termuda di dunia. Dia berasal dari Palestine.

Haniyah menegaskan bahawa Asa'd, 20, sebagai seorang doktor yang hebat. Guinness World Records menetapkan Asa'd sebagai doktor termuda di dunia.

Asa'd adalah seorang pelarian Palestine yang tinggal di kem pelarian Palestine di Lebanon. Dia disenaraikan di Weil Cornell Medical Collage di Qatar ketika usianya baru 14 tahun. Pada usia 20, dia mendapat gelaran sarjana di bidang perubatan dengan pencapaian yang memuaskan.

Sejak kecil Asa'd adalah seorang anak genius. "Seorang anak wanita genius. Seorang gadis yang tamat SD pada usia 7 tahun," tulis Mi'raj News Agency.

Setiap tiga bulan, secara menakjubkan dia menelan program satu tahun seluruh sekolah. Dia pun dengan cepat selalu pindah kelas dengan nilai yang baik.

"Dia membaca, belajar, berlumba untuk mendapatkan markah terbaik. Dalam tiga bulan, dia mampu melampaui pelajar kelas barunya, " tulis Mi'raj . Pada usia 12 tahun, dia memperolehi Baccalaureate-nya. Kemudian dia dijumpai oleh media dan sebuah penghargaan biasiswa negara asing diterimanya untuk belajar perubatan. Dia pelatih untuk menjadi doktor termuda di dunia di usia 17 tahun.

Asa'd adalah anak perempuan dari seorang pelarian Palestine dari Lembah Bekaa, Lebanon. Kerajaan yang membiayai pendidikannya adalah Qatar.

Asa'd bercita-cita ingin membuka praktis di desanya Bekaa. Oleh Israel, orang-orang Palestine tidak diberi hak untuk melakukan profesion peguam dan doktor di Lebanon.

Itulah luar biasanya Palestine. Mereka dijajah Israel. Tapi doktor termuda di dunia berasal dari Palestine. -islampos

Mursi Pesan Kepada Isterinya Seru Rakyat Pertahankan Revolusi 25 Jan

Kaherah - Dr. Najla Mahmud, isteri Presiden Mursi, menyatakan bahwa beliau telah mengunjungi Presiden Mursi di penjara Bur Arab di Provinsi Alexandria, Khamis (7/11/2013). Itu adalah kunjungan luar biasa, memperingati tahun baru hijriah.

Dalam sambungan telefon dengan television Aljazeera, petang Khamis, beliau menyatakan, “Aku pergi untuk memberikan sokongan untuk beliau. Tapi yang aku dapati tetaplah Presiden Mursi, seorang yang gagah dan tidak mengenal kalah.”

Najla juga menyampaikan pesanan Presiden kepada rakyatnya agar tetap kuat dalam mempertahankan Revolusi 25 Januari. Rakyat jangan mahu mengorbankan hasil-hasil revolusi tersebut. Presiden menyebutkan bahwa beliau akan tetap mempertahankan revolusi ini hingga akhir nafas dalam hidupnya.

Najla juga menceritakan, “Presiden Mursi bertanya tentang kabar rakyatnya. Tidak berubah, sama seperti yang dilakukannya saat memimpin negara. Bahkan beliau bertanya tentang harga sayuran. Pertanyaan pertama beliau adalah ‘Apa khabar rakyat?’”

Ini adalah pertemuan mereka pertama sejak 3 Julai. Dalam pertemuan ini, Presiden Mursi juga meminta isterinya agar bersabar, kuat, dan tidak menyerah. Beliau tidak mengakui keabsahan pengadilan dilakukan atas dirinya.

Terakhir, Presiden mengaku bahwa dirinya mendapatkan kesempatan mengikuti perkembangan melalui media yang sangat terbatas. -sumber asal:dakwatuna

8 Nov 2013

[EDISI KANTOI] SMS "undi PAS masuk syurga, undi BN masuk neraka’ Datang Dari BN Sendiri


Sistem pesanan ringkas (SMS) ‘menyeru’ pengundi memilih PAS dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) sebagai ‘tiket ke syurga’ sebenarnya bukan dihantar jentera pilihan raya PAS tetapi sebaliknya dihantar Barisan Nasional (BN).

Mesej terbabit yang juga mendakwa jika memilih UMNO akan menyebabkan individu itu masuk neraka jelas bertujuan menunjukkan kononnya mesej itu dihantar PAS, sekali gus memberi gambaran parti itu ekstrimis.

Taktik jentera BN untuk meraih undi secara kotor itu walaupun dapat dibaca sesetengah masyarakat tetapi masih tidak dapat dibuktikan.

Bagaimanapun taktik itu akhirnya dibuktikan Penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin ketika umat Islam di Malaysia bersedia menyambut tahun baru kalendar Islam, 1435 Hijrah.

Taktik itu berjaya dikesan apabila seorang anggota SAMM di Kedah menerima dua mesej berbeza dari nombor sama 019-5791297 yang diyakini dihantar jentera kempen BN.

“Mesej pertama diterima ketika kempen PRU-13 lalu dan saya percaya mereka terlupa atau menyangka tidak ada yang perasan penghantaran mesej kedua sebelum Maal Hijrah, baru-baru ini.

“Bagi telefon bimbit yang menggunakan sistem Android, setiap sms yang diterima akan menyebabkan mesej lama turut dipaparkan jika belum dipadam.

“Memang Allah ingin tunjuk apabila anggota SAMM itu tidak padamkan mesej pertama dan bila mereka hantar mesej kedua secara automatik mesej sebelum ini dipaparkan. Inilah yang dikatakan sepandai-pandai tupai melompat,” kata Badrul Hisham ketika dihubungi Selangor Kini, di sini, semalam.

Mesej pertama yang diterima Mei lalu, berbunyi, “Ingatlah syurga neraka apabila mengundi. Undi PAS ke syurga, undi Umno ke neraka. PAS parti Allah (hizbullah), Umno parti syaitan”.

Mesej kedua yang diterima sebelum Maal Hijrah pula berbunyi “Salam. Selamat menyambut Maal Hijrah 1435H daripada Barisan Nasional “Bersatu Bersama Bergerak Ke Hadapan”.

Badrul Hisham berkata, BN sepatutnya kena fikirkan taktik lebih bijak lagi berbanding sms berbaur fitnah itu.

“Pengundi sekarang sudah cerdik, ramai yang sudah tahu taktik ini tetapi BN suka menghantar SMS melagakan ulama dalam PAS. Kaedah sama turut digunakan bagi melagakan pemimpin PAS dengan menghantar SMS pada Pilihan Raya Kecil Bukit Limau, baru-baru ini,” katanya. -tvselangor

Mengaku Sajalah UMNO BN Sudah Kalah Jika Berdasarkan Undi Popular!


Malaysia lebih sesuai menggunakan sistem ‘First past the post’ (FPTP) atau majoriti mudah bagi amalan demokrasi dalam pilihan raya.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim berkata, hanya sistem FPTP itu sesuai kerana Malaysia mempunyai masyarakat berbilang kaum.

“Sistem ‘First past the post’ terbukti dapat menyatupadukan masyarakat berbilang kaum sejak merdeka.

“Kerajaan belum bersedia untuk menerima sistem ‘Proportionate representation’ atau perwakilan berkadar yang mana mengambil kira undi popular kerana sistem sedia ada masih relevan untuk diamalkan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Dr Mohd Hatta Ramli (Pas-Kuala Krai) yang meminta Perdana Menteri menyatakan sama ada kerajaan bersedia menerima cadangan jawatankuasa Pilihan Raya untuk mengkaji pelaksanaan sistem ‘Proportionate Representation’ bagi menggantikan sistem pilihan raya di Malaysia.

Bagaimanapun katanya, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sedang membuat kajian sama ada ia dapat dilaksanakan atau tidak.

“Setakat ini, sistem ‘First past the post’ terbukti relevan dan kami merasakan sesuai kerana ia dilaksanakan selepas zaman kemerdekaan lagi.

Isu ini timbul susulan kejayaan PR meraih undi popular yang lebih besar berbanding BN pada PRU13 lalu.

Mengikut FPTP, satu parti atau gabungannya boleh membentuk kerajaan jika memenangi jumlah kerusi paling banyak dengan majoriti mudah, tanpa mengira jumlah undi yang diraih. -SH

ULASAN GB

Alasan yang memualkan diberikan oleh menteri di JPM di dalam mempertahankan sistem ‘First past the post’.

Yang sebenarnya UMNO BN tahu bahawa mereka sudah tidak layak menduduki tampuk pemerintahan negara dan tidak layak menghuni Putrajaya berdasarkan undi popular di dalam sesebuah negara yang mengamalkan demokrasi.

Kita tinjau kembali grafik keputusan PRU13 yang lalu:



Jamil Khir Berdusta Lagi... Kebetulan... Katanya...


PAS cabar BN adakan jualan murah di tempat lain

PETALING JAYA: Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu hari ini mencabar Barisan Nasional (BN) untuk mengadakan jualan murah untuk gula dan beras di kawasan-kawasan berpenduduk miskin yang lain.

Mohamad ataupun lebih popular dengan panggilan Mat Sabu, apabila dihubungi oleh FMT hari ini ternyata berang dengan kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Jamil Khir Baharom yang berkata jualan murah kedua-dua barangan asas itu dalam tempoh kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Limau sebagai kebetulan.

“Mana boleh kebetulan… Kalau kata kebetulan pi la buat (jualan murah) kat kawasan-kawasan lain sama,” katanya dalam perbualan telefon.

Beliau menambah, terdapat lagi kawasan yang boleh mendapat manfaat dari jualan murah anjuran BN itu, bukan hanya di dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau sahaja.

“Pi buat kat kawasan-kawasan lain (juga), jangan buat kat kawasan ada PRK saja. Kat Baling sana pun ada orang susah, pi buat kat sana,” cabarnya lagi, sambil menyifatkan kenyataan Jamil ini sebagai satu penafian yang boleh ditertawakan.

Jamil, yang juga merupakan Ketua Umno Bahagian Jerai berkata pembangkang menggunakan isu jualan murah barangan asas itu sebagai modal untuk memburukkan BN.

Dilaporkan, harga gula seberat satu kilogram yang biasanya berharga RM2.84 di pasaran dijual dengan harga RM1 dalam jualan murah tersebut manakala sekampit beras seberat lima kilogram pula dijual dengan harga RM5, jauh lebih murah dari harga pasaran iaitu RM13.

Pakatan Rakyat (PR) menyelar perbuatan BN ini dan menyamakannya sebagai satu bentuk rasuah kepada pengundi.

Bagaimanapun, pandangan itu ditolak oleh Suruhanjaya Pilihan Raya -FMT


Pesanan Untuk Jamil Khir - "Jadi Pemimpin Agama Janganlah Berbohong"


Ketika kempen pilihanraya kecil Sungai Limau yang baru saja berlalu, perkara paling menarik yang dilakukan oleh BN dalam usaha memenangi kerusi itu ialah dengan mengadakan karnival jualan murah di mana gula hanya dijual RM1 sekilo manakala sekampit beras 5 kilo pula dijual dengan harga RM5 sahaja.

Harga pasaran gula setelah dimansuhkan subsidinya ialah RM2.84 sekilo manakala sekampit beras 5 kilo pula ialah RM13.

Menariknya jualan murah itu ialah kerana ketika pembentangan Bajet 2014, Najib mengumumkan pemansuhan subsidi gula ialah bertujuan mengurangkan pengidap penyakit kencing manis di kalangan rakyat yang dianggap tinggi ketika ini. Malangnya kerana kepentingan kerusi dan kuasa, BN jadi tunggang-langgang dan sanggup mengadakan jualan murah seolah-olah menggalakkan rakyat memakan lebih banyak gula daripada biasa.

Walaupun karnival jualan murah itu kemudiannya dihalalkan oleh SPR dengan mengatakan ia tidak sama-sekali berunsur rasuah kerana pembeli tidak dipaksa untuk mengundi calon tertentu, tetapi akal yang waras tidaklah sukar memahami apa yang tersirat di sebalik yang tersurat daripada jualan murah gula dan beras itu.

Lagi pula, karnival itu diadakan untuk menyokong calon BN dan sudah pasti terdapat poster dacing serta gambar calon BN di sekitarnya. Tanpa disebut atau disuruh memangkah calon BN pun, pembeli sudah pasti tahu bahawa siapa yang mereka rasa terhutang budi kerana mengadakan jualan murah beras dan gula itu.

Meskipun mungkin ada pembeli yang rasa tidak terikat untuk mengundi calon BN apabila membeli gula dan beras murah itu, bilangannya tentulah sangat kecil. Kebanyakannya akan membalas budi dengan undi, lebih-lebih lagi orang Melayu memang terkenal dengan sikap mengenang budi dan membalas budi.

Golongan yang tidak mahu terikat dengan budi, biasanya tidak akan singgah membeli gula dan beras murah itu. Mereka lebih rela membeli beras dan gula dengan harga biasa daripada sanggup menebalkan muka membeli barangan murah itu dan kemudian rasa terhutang budi pula sambil menambahkan pula kencing manis di kalangan ahli keluarga.

Apabila SPR mengeluarkan kenyataan yang jelas memperlihatkan kecondongannya kepada BN, ia sebenarnya hanya menambahkan lagi persepsi gelap rakyat terhadap badan yang sepatutnya bebas itu dalam mengendalikan pilihanraya. SPR seharusnya lebih bijaksana, sesuai dengan kebijaksanaan rakyat yang semakin meningkat sekarang ini.

Hari ini pula, Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab dalam hal ehwal agama, Jamil Khir Baharom mengatakan, jualan murah gula dan beras di Sungai Limau tempohari bukanlah kerana adanya pilihanraya dan ia hanya kebetulan saja diadakan ketika kempen pilihanraya.

Kata beliau lagi, "jualan murah ini ada di mana-mana, di pasaraya juga selalu ada jualah murah, jadi apa yang nak dihairankan, hanya kebetulan saja jualan murah itu diadakan ketika kempen pilihanraya Sungai Limau".

Wah, wah...cantik sekali hujah politik orang agama dalam menegakkan benang basah! Kenapa perlu berbohong dan bukankah berbohong itu dilarang oleh agama? Sebagai pemimpin yang tahu agama, tahu halal haram, hukum berbohong itu bukankah lebih besar dosanya?

Kenapa susah sangat Jamil Khir mengaku bahawa jualan murah itu memang sebahagian daripada acara kempen pilihanraya BN? Mengaku sahajalah, kalau memang itu hakikatnya.

Memang benar jualan murah ada di mana-mana dan pasarara juga kerap melakukannya tetapi belum pernah rasanya gula dan beras turut dijual murah. Biasanya jualan murah di kampung-kampung dan di mana saja hanya melibatkan pakaian, barangan plastik, pinggan mangkuk dan sebagainya. Sejak lebih 56 tahun merdeka,belum pernah ada jualan murah gula dan beras kecuali di Sungai Limau.

Murahnya pula bukan kepalang. Gula hanya dijual RM1 sedangkan harga biasanya RM2.84 manakala beras pula hanya RM5 sedangkan harga biasanya RM13. Sudah tentu kalau bukan kerana pilihanraya dan maksud membeli undi, tiada siapa sanggup menjual harga semurah itu.

Siapa pun akan mengatakan karnival jualan murah gula dan beras itu adalah kerana kempen pilihanraya. Tidak ada maksud lain daripada itu kerana tidak ada peniada yang sanggup rugi. Kalau betul bukan kerana pilihanraya, buatlah karnival jualan murah yang serupa di tempat lain juga.

Kepada Jamil Khir, jadilah pemimpin agama yang baik dan janganlah berbohong. Lebih nampak hodohnya kalau pemimpin agama pun sudah pandai berbohong. Kerja-kerja bohong ini biarlah dilakukan oleh pemimpin-pemimpin lain dalam UMNO.

-shahbudindotcom


ULASAN GB

Sekali berdusta, akan setiap kali berdusta lagi.

Inilah "penyakit" yang dihidap oleh Menteri Agama, Datuk Jamil Khir Baharom.

Semasa PRK Sungai Limau, beliau berdusta dan menipu kononnya 351 ahli UMNO sertai PAS

Kini beliau menyatakan jualan murah semasa PRK Sungai Limau hanya satu kebetulan!

Kalau bukan kebetula,, pertama, lakukan jualan murah yang sama di tempat lain seperti disebut oleh Timbalan Presiden PAS.

Yang kedua, jika kebetulan, mengapa tiada jualan murah selepas PRK?

Apakah belum sampai kepada Menteri Agama di JPM itu hadith-hadith berikut?

Yang pertama:

“Tanda orang munafik ada tiga: apabila dia berkata dia berdusta, apabila berjanji mengingkari, dan apabila diberi amanat berkhianat.” (Muttafaq ‘Alaih)

Kedua, di dalam hadith Samurah bin Jundab yang sangat panjang, dijelaskan akibat yang akan ditanggung oleh pendusta yang kebohongannya sudah sampai ke ufuk. Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam menceritakan apa yang beliau temui dalam mimpinya:

فَانْطَلَقْنَا فَأَتَيْنَا عَلَى رَجُلٍ مُسْتَلْقٍ لِقَفَاهُ، وَإِذَا آخَرُ قَائِمٌ عَلَيْهِ بِكَلُّوِبٍ مِنْ حَدِيْدٍ، وَإِذَا هُوَ يَأْتِي أَحَدَ شِقَّيْ وَجْهِهِ فَيُشَرْشِرُ شِدْقَهُ إِلَى قَفَاهُ، وَمِنْخَرَهُ إِلَى قَفَاهُ، وَعَيْنَهُ إِلَى قَفَاهُ. (قَالَ : وَرُبَّمَا قَالَ أبو رَجَاء: فَيَشُقُّ). قَالَ: ثُمَّ يَتَحَوَّلُ إِلَى الْجَانِبِ الآخَرِ فَيَفْعَلُ بِهِ مِثْلَ مَا فَعَلَ بالجَانِبِ الأَوَّلِ، فَمَا يَفْرُغُ مِنْ ذَلِكَ الْجَانِبِ حَتَّى يَصِحَّ ذَلِكَ الْجَانِبُ كَمَا كَانَ، ثُمَّ يَعُوْدُ عَلَيْهِ فَيَفْعَلَ مِثْلَ مَا فَعَلَ الْمَرَّةَ الأُوْلَى. قَالَ: قُلْتُ لَهُمَا : سُبْحَانَ الله، مَا هَذَانِ؟ قَالَ: قَالاَ لِي : اِنْطَلِقْ اِنْطَلِقْ.

“Kemudian kami berangkat lagi mendatangi orang yang terlentang pada tengkuknya. Ternyata ada orang lain yang berdiri di atasnya sambil membawa kait (yang dibuat) dari besi. Tiba-tiba ia datangi sebelah wajah orang yang terlentang itu, lalu ia robek (dengan kait besi tersebut) mulai dari sebelah mulutnya hingga tengkuknya, mulai dari lubang hidungnya hingga tengkuknya, dan mulai dari matanya hingga tengkuknya. Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam kemudian bersabda: “Selanjutnya orang itu berpindah ke sebelah wajah lainnya dari orang yang terlentang tersebut dan melakukan seperti yang dilakukannya pada sisi wajah yang satunya. Belum selesai ia berbuat terhadap sisi wajah yang lain itu, sisi wajah pertama sudah sehat kembali seperti sedia kala. Maka ia mengulangi perbuatannya, ia lakukan seperti yang dilakukannya pada kali pertama.”

Di penghujung hadith dijelaskan dosa yang diperbuat oleh laki-laki tadi, “Sesungguhnya laki-laki itu setiap keluar dari rumahnya ia berdusta (berbohong) yang kebohongannya sampai ke kaki-kaki langit (tersebar ke mana-mana,-terj)” (HR. Al-Bukhari) dalam riwayat lain, “Ia disiksa demikian hingga tiba hari kiamat.”

Yusuf Al-Qardawi: Presiden Mursi Diadili, Kemenangan Semakin Dekat

Kaherah - Persatuan Ulama Muslimin Dunia, yang dipimpin oleh Syeikh Yusuf Qaradhawi, mengeluarkan satu kenyataan yang mengecam pengadilan Presiden Mursi, Isnin (4/11/2013) kemarin.

Dalam kenyataan ulama yang berjudul “Bergembiralah, Kemenangan Sudah Dekat” disebutkan:

“Untuk pertama kalinya terjadi di Mesir, seorang presiden sah yang dipilih oleh rakyatnya dalam pilihanraya yang bersih, diajukan ke pengadilan, setelah sebelumnya diculik dalam waktu yang cukup lama oleh penguasa kudeta. Selain itu, penguasa kudeta juga menculik dan membunuhi ribuan rakyat Mesir yang memperjuangkan kebebasan.”

Pernyataan ulama yang disiar dalam lamanweb rasmi Syeikh Qaradhawi ini juga mengajak seluruh rakyat Mesir untuk memenuhi jalan-jalan dan tempat luas di Mesir, memprotes kejahatan-kejahatan penguasa kudeta, dengan tetap mempertahankan sikap damai dalam melaksanakannya.

Beberapa kejahatan penguasa kudeta yang dilakukan hari-hari terakhir ini di antaranya menginjak-injak kemuliaan Universiti Al-Azhar dan universiti-universiti yang lain, menangkap kaum wanita (baik mahasiswa ataupun warga biasa), dan yang terakhir adalah mengadili Muhammad Mursi, presiden sah Mesir yang dipilih rakyat secara demokrasi.

Para ulama juga menyatakan, “Ikatan Ulama Muslimin Dunia mengajak seluruh rakyat Mesir yang sedang berjuang untuk berbahagia kerana kemenangan dari Allah swt. akan segera datang.”

Terakhir, para ulama mengajak orang-orang yang terlibat dalam kudeta (militer, orang awam dan media) agar kembali kepada kebenaran, mengembalikan pemerintahan yang sah dan lembaga-lembaga perlembagaan hasil proses demokrasi. Jangan sia-siakan pengorbanan yang diberikan pada Revolusi 25 Januari.


Optimisme Beltagi dari Penjara: 10 Muharram adalah Hari Binasanya Firaun


Kaherah - Dr. Muhammad Beltagi, salah satu pimpinan Ikhwanul Muslimin yang saat ini berada dalam penjara kudeta, mengucapkan selamat kepada umat Islam dengan datangnya tahun baru Islam 1 Muharram 1435.

Dalam sebuah surat yang ditulisnya dari penjara lalu dimuat dalam akun facebooknya, Beltagi mengatakan, “Selamat Tahun Baru Hijriah. Dengan kehendak Allah swt., tahun ini umat Islam akan menuliskan pertempuran yang paling besar.

Umat Islam mempersembahkan pengorbanannya yang sangat besar untuk memperjuangkan kehendaknya yang merdeka. Umat Islam memperjuangkan nilai-nilai kebenaran, keadilan, kebebasan, dan kemuliaan. Memerangi kezaliman, kesewenang-wenangan, pemaksaan, dan pembunuhan. Umat Islam akan memperjuangkan hak-hak darah para syuhada; memperjuangkan pengadilan atas para penyiksa dan pengkhianat.

Di antara umat Islam ini ada yang meninggal dunia, menderita luka-luka, dan dipenjara. Sungguh besar pengorbanan yang telah dipersembahkannya. Tapi lebih besar lagi jiwa umat Islam ini yang telah menganggap semua itu biasa saja; harga yang harus dibayarkan dalam perjuangan mendapatkan ridha Allah swt. dan memenangkan keadilan, kebenaran dan kebebasan.

Tidak lama lagi umat Islam akan melaksanakan puasa Tasu’a dan Asyura (9 dan 10 Muharram). Puasa hari itu adalah ungkapan syukur kepada Allah swt. yang telah membinasakan Firaun. Raja yang memaksakan kekuasaannya saat rakyatnya lemah.

Raja yang mengaku seenaknya mengatas-namakan rakyatnya berbuat kejahatan. “Aku tidak mengemukakan kepadamu, melainkan apa yang aku pandang baik; dan aku tiada menunjukkan kepadamu selain jalan yang benar.” [Ghafir; 29].

Raja yang meminta mandat untuk membunuhi rakyatnya dengan dalih memerangi terorisme. “Biarkanlah aku membunuh Musa dan hendaklah ia memohon kepada Tuhannya, karena sesungguhnya aku khawatir dia akan menukar agamamu atau menimbulkan kerusakan di muka bumi.” [Ghafir; 26].

Raja yang membunuhi anak-anak muda, aset masa depan negara, “Akan kita bunuh anak-anak lelaki mereka dan kita biarkan hidup perempuan-perempuan mereka dan sesungguhnya kita berkuasa penuh di atas mereka.” [Al-A’raf: 127].

Raja ini terus melakukan kejahatannya, hingga datanglah siksaan dari Allah swt. “Maka Kami hukumlah Firaun dan bala tentaranya, lalu Kami lemparkan mereka ke dalam laut. Maka lihatlah bagaimana akibat orang-orang yang dlalim.” [Al-Qashash: 40].
-sumber asal:dakwatuna