Berita penangkapan pengawal keselamatan yang menembak mati pegawai Ambank Norazita Abu Talib menerima pelbagai reaksi daripada pengguna laman media sosial.
Ramai di antara mereka mengucapkan tahniah kepada pihak polis di atas usaha dan kejayaan mereka.
Ada juga segelintir daripada mereka yang was-was terhadap berita tersebut dan inginkan bukti penangkapan.
Ada juga yang memberi cadangan hukuman untuk suspek tersebut.
Berikut adalah kompilasi komen-komen yang dikemukakan di Facebook, Twitter dan laman astroawani.com:
Hajis Jaafar: Syabas PDRM....sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga
Fareez: Tahniah tahniah dan tahniah sekali lg kepada pihak polis
Nahar: Tahniah kepada pihak polis..anda semua memang cekap
Mohd Awal Din MohdNazr: Tahniah PDRM.... Takziah keluarga Norazita.
Hk Ariiz: Betul ke? Tunjukkan bukti.. Tunjukkan muka penjenayah tu kalau betul dah ditangkap.. Takut-takut semua ni sandiwara je untuk menenangkan ketenteraman awam.. Polis pun handal berlakon tau.
Khaidir Zulkifli: Mane gambar? Jgn tutup muka ya rakyat berhak tahu.
Noriz Mel: Jangan banyak bicara..kasi can husband arwah bagi penumbuk kaw kaw kat perut bakal jenazah pembunuh tu
Pelangi Indah: Tembak kepala si penembak pakai shotgun!! Jarak 2 inchi dari muka. -astro awani
Puas hati pembunuh isteri diberkas
SHAH ALAM - "Saya bersyukur dan amat lega apabila mengetahui suspek yang membunuh isteri akhirnya diberkas polis," kata Irwan Kamarudin, 37, suami kepada pekerja AmBank, Norazita Abu Talib yang maut ditembak pengawal keselamatan dalam kejadian di USJ Sentral 2, 23 Oktober lalu.
Irwan ketika ditemui di rumah kakak iparnya di Subang Bestari, di sini, semalam, berkata, dia dan keluarga khasnya anak-anak sangat gembira mendengar perkhabaran tersebut.
Beliau berkata, pada mulanya dia tidak mengetahui penahanan suspek utama kes isterinya, sehinggalah dihubungi rakan-rakan pada jam 9 pagi semalam, memaklumkan melihat perkara itu di internet.
"Saya dan anak-anak terus buka internet termasuk Facebook dan lihat banyak maklumat yang mengesahkan berhubung penahanan suspek utama.
"Berita di televisyen memaklumkan perkara sama, membuatkan kami sekeluarga yakin bahawa individu yang bertanggungjawab menyebabkan kematian isteri sudah ditangkap," katanya, semalam.
Irwan yang bekerja sebagai pemandu peribadi di Bukit Jelutong berkata, dia sangat berpuas hati dengan kecekapan polis dan berharap hukuman setimpal dikenakan terhadap suspek.
"Saya harap dia (pembunuh) menerima hukuman yang sewajarnya dengan kesalahan yang dilakukan dan gembira kematian isteri mendapat keadilan walaupun nyawanya tidak dapat dikembalikan," katanya yang akan mula bekerja esok (hari ini), setelah bercuti sejak kejadian itu.
Ketika ditanya mengenai perkembangan terkini dua anaknya, Nurnisa Nabilah, 12, dan Mohd Hazimy, 8, Irwan berkata, anak-anaknya sudah boleh menerima kenyataan ibu mereka sudah tiada.
Menurutnya, dia perasan terdapat sedikit perubahan pada anak-anaknya yang dulu periang kini berubah sedikit pendiam.
"Kalau ada ahli keluarga lain bersama, anak-anak akan gembira tapi bila tinggal kami bertiga, mereka pasti teringat dan mula membelek album melihat gambar arwah bagi melepaskan rindu.
"Mereka masih kecil dan semuanya mengambil masa sebelum benar-benar memahami situasi sebenar yang berlaku. Saya sendiri pernah bermimpi akan arwah isteri," katanya.
Sementara itu, Nurnisa Nabilah berkata, dia sudah kembali bersekolah sejak Rabu lalu dan gembira dengan penerimaan rakan serta guru-guru yang banyak memberi sokongan. -SH
Berani buat, berani tanggung!
SHAH ALAM - "Kami sekeluarga takkan maafkan perbuatan suspek yang menembak mati Allahyarham. Dia (suspek) berani buat, beranilah tanggung akibatnya!," kata Abu Talib Mohd Isa, 65, iaitu bapa kepada pekerja AmBank, Norazita yang maut selepas ditembak seorang pengawal keselamatan di USJ Sentral 2, 23 Oktober lalu.
Abu Talib ketika ditemui di rumah anak sulungnya di Subang Bestari semalam berkata, dia dan keluarga marah dengan perbuatan suspek, namun sebagai manusia mereka tidak berdendam dan berharap hukuman dikenakan terhadap penjenayah itu dapat memberi keadilan buat anak keduanya itu.
Katanya, selepas 19 hari pemergian anak keduanya itu, berita penahanan suspek utama pagi semalam, adalah berita terbaik yang sangat ditunggu-tunggu oleh mereka sekeluarga.
Menurutnya, beliau serta seluruh ahli keluarga terutama menantu (suami Norazita) dan dua cucunya gembira dan bersyukur.
"Tidak sia-sia doa dan solat hajat yang dilakukan kami sekeluarga bagi memohon ALLAH SWT mempermudah siasatan yang dijalankan polis bagi menangkap suspek terbabit. -SH
ULASAN GB
Jika sebelum ini Menteri Dalam Negeri, Datuk Ahmad Zahid Hamidi telah mengeluarkan kenyataan yang mencetuskan kontroversi bahawa lebih baik suspek penjenayah ditembak sebelum siasatan, namun ia tidak berlaku di dalam kes di atas sekalipun sudah ada bukti (rakaman cctv) jenayah telah berlaku.
Tiada sebarang pergelutan yang berlaku semasa penangkapan dibuat semalam. Tidak sama seperti kes-kes jenayah lain dimana penjenayah-penjenayah biasanya akan melakukan serangbalas.
Dan kita tidak pasti samada senjata yang digunakan oleh suspek untuk menembak Norazita di dalam rompakan di AMBANK tersebut telah berjaya dirampas.
Namun jika benar polis sudah mengubah taktik untuk tidak menembak dahulu suspek tetapi menyerahkan pengadilan dan hukuman kepada pihak mahkamah yang menentukannya, kita rasakan ia adalah patut dan terpuji.
Apa-apa pun kita berharap pihak pendakwa berjaya membuktikan kes prima facie terhadap suspek dan membuktikan jenayah telah dilakukan dan seterusnya penjenayah menerima hukuman yang setimpal.
15 ulasan:
Jgn pulak nnti ada lawyer bangang yg bela si malaun neh.. satu mesia nampak dan jd saksi dia pembunuh. !
taiko mykad palsu tapi tulin itu juga patut ditembak sekali.
Sokong!!!! Kalau kat China kan, PERASUAH pun ditembak sampai mati. Senang rakyat M'sia.
aku rasa lg elok si pembunuh ni kena pancung saja..nk guna pedang katana boleh pedang samurai pun boleh.
kalo aku jd hakim., aku arahkan sicelake nie di siksa oleh rakyat malaysia. campak batu ke, jirus minyak panas ke..pas tu biar dia mampus sendiri. biarkan mayat sicelaka nie biar burung helang makan...
ikut lah panduan dari Allah untuk menjatuhkan hukuman jangan pandai pandai pula manusia nak mengatasi hukum Allah.
hukuman berat juga untuk pemberi penerima rasuah dalang kp palsu dalang pelacuran dalang perjudian
dll lagi jenayah berat
agaknya ..mcam tulah kekecewaan keluarga alantuya.
Lagi pelik Najib x pernah ulas langsung bila ada kes jenayah spt ini..mcm ada sesuatu yang x kena aja..
aku sokong anon nov 11 / 1:36 . ALLAH kan dah tetapkan hukumNya. Kita ni jgn le terlebih2 emo sangat. Arwah meninggal dlm suasana bekerja yang baik, insyaAllah dalam redhaNya, bukan ketika sedang terkinja2 menari & melalak atas pentas ditontoni ramai mata-mata yg suka termasuk mungkin mata kita yg tengok tru tv.
Jagalah maruah Peguam. Jgn sesiapa ambil kes ini utk membela si pembunuh ini. Saksi & cctv bukti nyata yg tak perlu diperdebatkan lagi. Seluruh rakyat Malaysia dah maklum.
Syahdunya komen anda. Bginilah cara yg sbenar supaya kita menginsafi diri. Ia juga dapat memujuk hati lara kluarga Allahyarhamah.
Orang yang disyaki pembunuh Norazita dah ditangkap polis dan akan didakwa. Orang ramai termasuk saya sedang ternanti-nanti siapa pembunuh dan peletup Altantuya.
suami mangsa wajib tembak tepat ke muka menggunakan senjata yang sama.....
jgn pulak tiba2 hukuman dy penjara 20 tahun....kesian keluarga arwah...walaupun xberdendam tapi hutang darah dibayar ngn darah....
Kita ikat dia dan letak sbgai trget mnembak atau trget memanah.
Peletup altantuya d dunia msh bebas tapi d akhirat sdang d tunggu.
Hukuman hudud sebaik2 hukuman dr Allah..jgn ada sesiapa makhlok didunia ni cuba pertikai..ia termaktub dlm al Quran..
Catat Ulasan