10 Nov 2013

[GAMBAR & VIDEO] Taufan Terkuat Di Dunia Landa Filipina, 10,000 Dikhuatiri Terkorban


Manila: Taufan Haiyan yang turut membawa puting beliung terkuat di dunia tahun ini, mula membadai Filipina awal pagi kelmarin dengan kelajuan angin sehingga 275 kilometer sejam, demikian menurut agensi perkhidmatan kaji cuaca.

Haiyan yang bermula di Pulau Samar, kira-kira 600 kilometer di barat daya Manila, membadai di pesisir pantai Guiuan jam 4.40 pagi kelmarin waktu tempatan, demikian menurut pegawai kaji cuaca Romeo Cajulis.

Presiden Benigno Aquino seblum ini memberi amaran kepada penduduk agar membuat segala persiapan untuk menghadapi Taufan Haiyan yang kelajuan anginnya boleh mencecah sehingga 380 kilometer sejam apabila membadai Filipina.

“Kepada pegawai tempatan, wilayah anda akan berdepan bencana yang serius. Sama-samalah kita menghadapinya dan memberi bantuan sedaya upaya sementara Haiyan belum membadai," katanya dalam pengumuman di stesen televisyen.

“Kita cuba mengharungi kesan taufan ini sekecil mungkin dengan sikap tolong menolong. Marilah kita bertenang terutama dalam kita berpindah dan membawa keperluan kita ke tempat selamat," katanya.

Aquino juga memberi amaran jangkaan rebut berkenaan turut membawa banjir besar dan memusnahkan harta benda terutama di sebelah pantai dengan ombak boleh menjangkau setinggi enam meter atau 20 kaki.

Lebih 125,000 penduduk di kawasan berisiko sudah dipindahkan sebelum Haiyan melanda, demikian menurut pegawai pertahanan awam Filipina.

Pihak berkuasa berkata sekolah di kawasan yang bakal dilanda taufan sudah diarah tutup, manakala perkhidmatan feri dan nelayan diarah menyelamatkan bot mereka atau balik ke pantai.

Di ibu negara Manila, yang dijangka tidak mendapat kesan langsung dari taufan berkenaan bagaimanapun menyaksikan banyak sekolah ditutup.

Syarikat penerbangan seperti Philippine Airlines, Cebu Pacific dan beberapa syarikat penerbangan lain mengumumkan penggantungan ratusan penerbangan yang kebanyakannya domestic dan beberapa penerbangan antarabangsa. - AFP


Lebih 100 mayat bergelimpangan


MANILA - FILIPINA. Lebih 100 mayat bergelimpangan di jalan raya di Tacloban selepas taufan terkuat di dunia yang membawa angin kencang berkelajuan 315 kilometer sejam membadai wilayah Leyte, menurut pihak berkuasa, hari ini.

Timbalan Pengarah Penerbangan Awam Filipina, John Andrews memaklumkan ratusan penduduk juga cedera di wilayah itu yang dilaporkan paling teruk terjejas.

"Angka kematian mungkin meningkat berikutan usaha mencari dan menyelamat masih diteruskan," katanya pada laporan AFP.

Dalam perkembangan lain, lebih 100,000 penduduk kampung di Vietnam diarah berpindah ke pusat penempatan sementara selepas Haiyan dijangka membadai negara itu, awal pagi esok.

Media tempatan melaporkan kebanyakan sekolah di kawasan dataran rendah di tengah Danang dan wilayah Quang Ngai telah ditutup sebagai langkah berjaga-jaga.



Taufan Haiyan: Lebih 10,000 Dikhuatiri Terkorban di Filipina


TACLOBAN (Filipina): Taufan terkuat di dunia yang memusnahkan seluruh bandar Filipina dipercayai sudah meragut lebih 10,000 nyawa, kata pihak berkuasa tempatan pada Ahad, sekali gus menjadikan ia bencana semula jadi paling dasyat yang pernah direkodkan negara itu.

Angka korban terbaru akibat Taufan Haiyan dikeluarkan ketika Amerika Syarikat berjanji menyalurkan bantuan tentera dalam usaha membantu mencari mangsa yang masih hilang dan beberapa kawasan yang terputus bekalan makanan sejak tiga hari lalu.

Ketua Polis Wilayah Leyte, Elmer Soria berkata lebih 10,000 dipercayai terkorban di wilayah paling teruk terjejas itu.

"Kami sudah mengadakan mesyuarat malam tadi dengan gabenor dan berdasarkan anggaran kerajaan, pada mulanya terdapat 10,000 mangsa terbunuh. Kira-kira 70 hingga 80 peratus rumah dan struktur bangunan di sepanjang jalan musnah akibat taufan," kata Soria.




5 ulasan:

kakitravelkhairuddin.blogspot.com berkata...

Moga semua selamat...

cdinkb berkata...

Sebagai manusia berIman,kejadian berlaku semoga menguatkan lagi kepercayaan pada Kebesaran Allah,Tuhan Maha Esa yang mempunyai segala sifat kesempurnaannya. Kejadian di alam ini mempunyai pengaturnya.Manusia adalah sebahgian daripada makhluk yang kena atur daripada Tuhan Maha Pencipta,(Allah s.w.t)
Memang manusia diuji dan terus diuji selagi berada di alam yang fana ini.

Tanpa Nama berkata...

Mother nature always win. Tiada sesiapa yang dapat mengatasi bencana alam berikan kita mempunyai teknologi paling canggih di dunia.

Bersyukurlah kita kpd allah s.w.t kerana tidak ditimpa musibah sepertimana di negara philipines.

Tanpa Nama berkata...

Ia mengingati aku mengenai cerita nat geo mengenai teknologi di jepun yang mana scientist diaorang dengan angkuhnya mengatakan teknologi kami mampu menangkis bencana taufan dan tsunami.

Apabila datangnya tsunami pd tahun lalu semua teknologi diaorang yg kononnya dapat mengatasi bencana tsunami tidak dapat menghalang kuasa allah s.w.t. sampaikan satu rektor nuklear meletup. Sekarang kawasan letupan nuklear sudahpun menjadi padang jarak padang terkukur selama 20thn.

Harap cerita diatas dapat jadi pengajaran kpd kita semua.

Unknown berkata...

Semoga semuanya slmt bg vietnm n china..