9 Nov 2013

Doktor Termuda Di Dunia Berasal Dari Palestine

Haniyah Ismail sangat mengkagumi Asa'd Iqbal. Siapa Asa'd? Dia adalah doktor termuda di dunia. Dia berasal dari Palestine.

Haniyah menegaskan bahawa Asa'd, 20, sebagai seorang doktor yang hebat. Guinness World Records menetapkan Asa'd sebagai doktor termuda di dunia.

Asa'd adalah seorang pelarian Palestine yang tinggal di kem pelarian Palestine di Lebanon. Dia disenaraikan di Weil Cornell Medical Collage di Qatar ketika usianya baru 14 tahun. Pada usia 20, dia mendapat gelaran sarjana di bidang perubatan dengan pencapaian yang memuaskan.

Sejak kecil Asa'd adalah seorang anak genius. "Seorang anak wanita genius. Seorang gadis yang tamat SD pada usia 7 tahun," tulis Mi'raj News Agency.

Setiap tiga bulan, secara menakjubkan dia menelan program satu tahun seluruh sekolah. Dia pun dengan cepat selalu pindah kelas dengan nilai yang baik.

"Dia membaca, belajar, berlumba untuk mendapatkan markah terbaik. Dalam tiga bulan, dia mampu melampaui pelajar kelas barunya, " tulis Mi'raj . Pada usia 12 tahun, dia memperolehi Baccalaureate-nya. Kemudian dia dijumpai oleh media dan sebuah penghargaan biasiswa negara asing diterimanya untuk belajar perubatan. Dia pelatih untuk menjadi doktor termuda di dunia di usia 17 tahun.

Asa'd adalah anak perempuan dari seorang pelarian Palestine dari Lembah Bekaa, Lebanon. Kerajaan yang membiayai pendidikannya adalah Qatar.

Asa'd bercita-cita ingin membuka praktis di desanya Bekaa. Oleh Israel, orang-orang Palestine tidak diberi hak untuk melakukan profesion peguam dan doktor di Lebanon.

Itulah luar biasanya Palestine. Mereka dijajah Israel. Tapi doktor termuda di dunia berasal dari Palestine. -islampos

3 ulasan:

Awanama berkata...

Malaysia dijajah Umporno,doktor keoerluan rakyat pun tak cukup.

Awanama berkata...

cukup pun dah import dari bangladesh!!!

Awanama berkata...

Orang Pelstine sebenarnya pandai-pandai dan bijak. Cuma mereka tak dapat bekerja dan naikkan taraf ekonomi sebab negara porak-peranda. Bukan sahaja dalam sesuatu pengkhususan, malah mereka juga pandai dalam pengetahuan Am. Baru-baru ni tengok rancangan Al-Kawatir... Masya-Allah... kebanyakkan orang Arab yang kaya dan kelihatan 'bijak' di negara mereka tak tahu pasal pengetahuan am. Tanya mana perpustakaan di tempat sendiri pun tak tahu. Mereka buta ilmu. Pusat beli-belah mereka tahu la.. Kalau Malaysia tak jaga pasal kepentingan ilmu ni sama sajalah macam mereka.