5 Jan 2012

Video Jawapan Nur Amalina - Anda Nilaikan Sendiri

Saya tetap Melayu Islam’

KOTA TINGGI: “Saya tetap Melayu Islam. Walaupun saya seorang yang suka berfesyen dan mengayakan pelbagai jenis pakaian, saya tetap mengutamakan batasan budaya dan agama dalam apa juga perkara dilakukan, malah tidak pernah terjebak dengan aktiviti sosial atau budaya negatif ‘mat salleh’.

“Sebagai umat Islam saya tetap bersolat lima waktu dan setiap malam Jumaat, saya membaca surah Yasin bagi mendapat petunjuk dalam pelajaran dan keberkatan hidup,” kata pelajar genius Nur Amalina Che Bakri, 23, ketika menjelaskan kontroversi laporan sebuah blog mengatakan dia seorang suka bersosial dan gagal dalam pelajaran serta pulang ke Malaysia secara senyap-senyap.

Nur Amalina atau lebih manja dengan panggilan Ina, ditemuramah menerusi sidang video ‘Skype’ selama hampir 45 minit bermula kira-kira jam 5.30 petang di rumah ibunya, Sabariah Hassan, 52, di Taman Sri Saujana di sini, semalam.

Malah, gadis pintar itu masih merendah diri dan berharap rakyat Malaysia terus menyokong dan mendoakan kejayaannya walaupun selepas penyebaran fitnah mengenainya itu.

Dalam temu bual yang dilakukan dalam bahasa Melayu, Ina meminta orang ramai tidak mudah percaya dengan apa disebarkan dan jangan menghukum seseorang berdasarkan perwatakannya.

“Memang ini diri Ina yang sebenar, Ina suka bergaya serta berfesyen dan ia bukan perkara baru, malah dilakukan sejak kecil lagi, mungkin timbul salah faham berikutan penampilan di khalayak seperti di sekolah atau majlis rasmi sebelum ini kerap bertudung sedangkan di rumah atau bersama keluarga, Ina tidak (bertudung).

“Ibu Ina sendiri tidak pernah melarang hobi Ina, malah membelikan pelbagai pakaian berfesyen untuk dipakai dan tidak mungkin seseorang ibu akan membelikan pakaian tidak senonoh untuk anaknya sendiri.

“Terima kasih kepada ibu kerana memberikan didikan agama yang lengkap sebagai bekalan sebelum berangkat ke United Kingdom (UK) bagi melanjutkan pelajaran, syukur sepanjang lapan tahun di sini pesanan itu masih kuat dan segar dalam ingatan,” katanya.

Nur Amalina berkata, berita negatif itu diibaratkan sebagai serangan peribadi yang tersebar di Internet namun sedikitpun tidak menjejaskan tumpuan pada pelajaran, sebaliknya menjadi pembakar semangat untuk terus berjaya kerana sudah lali dengan tohmahan pelbagai pihak. Dia juga berharap pihak berkenaan membuang gambar disiarkan sebelum ini dan menganggapnya sebagai perkara peribadi namun disiarkan kepada umum melalui Internet tanpa kebenarannya.

Tidak mudah melatah dengan berita negatif itu, Nur Amalina sebaliknya berkata, individu berkenaan mungkin berniat baik, tetapi cara penyampaian digunakan tidak betul hingga menyentuh sensitiviti pihak lain.

“Selain itu, pihak terbabit diharap memahami maksud ‘bersosial’ dengan lebih mendalam dan berhati-hati sebelum membuat sebarang kenyataan atau andaian.

“Jika bersosial bersama rakan untuk melepaskan tekanan, rasanya itu tidak salah kerana pada masa sama saya tetap berpegang teguh pada ajaran agama dan tahu batasannya. Saya bukannya melakukan perkara melalaikan atau terjebak dengan kelakuan negatif seperti berfoya-foya atau maksiat sedangkan sepanjang di sini saya lebih banyak meluangkan masa di perpustakaan untuk mengulang kaji. “Tidak dinafikan itu adalah gambar saya, tetapi ia dirakam ketika Ina keluar bersiar-siar dengan rakan untuk melepaskan tekanan belajar dan bagi mereka yang pernah belajar di sini, mungkin mereka faham bagaimana susahnya berada di negara asing dengan jadual padat sedangkan semua insan memerlukan rehat.

“Memang Ina terkilan selepas membaca dan melihat gambar disiarkan...mungkin itu adalah nasihat kepada Ina, tetapi jika berniat baik gunakanlah cara betul dan bukannya menyiarkan perkara berunsur negatif,” katanya.

Nur Amalina turut mengaku kerap menghabiskan masa antara empat dan lima jam setiap hujung minggu bermain luncur ais dan boling bersama rakan sekuliah. -hm





Ulasan GB

Anda, pembaca yang budiman boleh menilai sendiri jawapan beliau dengan membenarkan paparan wajahnya tanpa bertudung diskype dan kemudian diyoutubekan.

Mengenai desakan supaya GB padam entri dan gambar berkenaan, GB telah menyatakan:

GB akan menarik balik siaran artikel berkenaan JIKA Nur Amelina telah berubah semula, bertaubat dan kembali kepada Nur Amelina yang baik, berpekerti muslimah dan tidak lagi melakukan perkara-perkara yang boleh mendatang fitnah kepada umat Islam seperti gambar-gambar yang tersebar di atas......

.........

Justeru seperti yang GB utarakan tadi, sila kemukakan bukti bahawa Nur Amelina telah berubah. InsyaAllah GB akan menarik semula entri ini.

Jika tiada, maka tulisan ini masih tetap di sini sebagai pengetahuan kepada semua dan peringat bagi yang lupa.


Apakah pemakaian tudung di sekolah hanya sebagai "fesyen alam persekolahan" dan kemudian kembali kepada fesyen dedah aurat?

Ramai beranggapan kononnya "tak bertudung" tak semestinya tak baik. Kalau macamtu punya jawapan, baik berbikini atau berbogel terus - sebab tak semestinya tak baik.

Kedua bab bersosial. Tak berlebih-lebihan kah bila berdampingan dengan seorang lelaki dengan berpegangan tangan(?)

GB dah sebut semalam, jangan pertahankan kesalahan. Anda bakal merana kerana melanggar hukumNya. Kalau dah bersalah minta maaf dan mohon ampun kepada Allah.

GB berhenti melayan isu ini sekalipun ada akhbar media massa menuduh GB memfitnah sedang sudah kita jawab "fitnah" merujuk kepada perkara yang tiada, sedang apa yang dipaparkan sebelum ini adalah "hal yang benar adanya".

Ada hadith:

Dari Jarir Abdulah ra. Rasulullah saw bersabda: tidaklah seseorang berada di suatu kaum, dia berbuat maksiat ditengah mereka, dan mereka mampu untuk mencegahnya, namun mereka tidak mencegahnya, kecuali Allah menimpakan kepada mereka siksaan sebelum mereka mati.” Yakni mereka akan menerima banyak musibah di dunia. (Abu Dawud, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, Al Ashbahani – At Tharghib)

Kini kami berlepas tangan kerana kami telah menjalankan tugas amal makruf nahi munkar yang diarahkan ke atas setiap umat Islam.

Firmanullah:

"Jika mereka tetap berpaling, maka sesungguhnya kewajipan kamu hanyalah menyampaikan (amanat Allah) dengan terang. Mereka mengetahui nikmat Allah, kemudian mereka mengingkarinya dan kebanyakan mereka adalah orang=orang yang engkar." Surah anNahl ayat 82-83

Sekarang, adalah terlebih baik kita baca kisah pelajar yang di bawah ini yang lebih patut dihebahkan untuk dicontohi dan diteladani:

Laporan sebelum ini
klik untuk baca





Pakatan Rakyat Diramal Menang Besar Dalam PRU Jika Anwar Dipenjara

PR sudah ada bakal pengganti jika Anwar dipenjara

KUALA LUMPUR: Ketua pembangkang Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim, semalam berkata Pakatan Rakyat (PR) telah memutuskan penggantinya yang bakal mengetuai pakatan pembangkang itu jika beliau didapati bersalah dan dihukum penjara dalam kes liwat keduanya yang akan diputuskan oleh Mahkamah Tinggi, di sini, minggu depan.

Keputusan mahkamah itu dibuat menjelang satu pilihan raya umum ke-13 negara itu yang dijadualkan diadakan tahun ini.

Datuk Seri Anwar, bagaimanapun, tidak menamakan pengganti beliau itu dalam satu wawancara dengan agensi berita Bloomberg News, semalam.

'Kami sudah menyiapkan persediaan asas bagi sebuah manifesto bagi Pakatan Rakyat dan kami kini sedang dalam tahap-tahap akhir,' kata beliau semasa diwawancara oleh Bloomberg.

'Kami telah memutuskan perihal kepimpinan semasa pilihan raya atau selepas pilihan raya nanti jika saya dipenjarakan,' tambahnya.

Datuk Seri Anwar berkata ia merupakan sebahagian daripada rancangan luar jangka PR jika beliau diputuskan menjalani hukuman penjara sekali lagi.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur akan memberi keputusannya berhubungan perbicaraan kes liwat kedua yang membabitkan Datuk Seri Anwar, Isnin ini.

Beliau boleh menghadapi hukuman penjara sehingga 20 tahun jika didapati bersalah meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan, di sebuah kondominium mewah di Bukit Damansara, pada Jun 2008.

Kelmarin, pihak kepimpinan PR juga berkata ia telah bersiap sedia jika Datuk Seri Anwar diputuskan masuk penjara minggu depan.

'Pihak kepimpinan Pakatan, bukan sahaja saya dan (Datuk Seri Wan) Azizah (Wan Ismail) malah juga Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Encik Lim Kit Siang telah membincangkan beberapa senario... jika saya dipenjara, terbabit dalam kemalangan atau ditembak, kami sudah bersedia membincangkan pelbagai kemungkinan, senario satu, dua, tiga,' kata Datuk Seri Anwar kepada wartawan, kelmarin.

Seorang pengamat yang dipetik Bloomberg dalam laporannya semalam, berkata parti-parti PR akan meraih manfaat di kotak undi jika Datuk Seri Anwar didapati bersalah.

'Peralihan segera mungkin berlaku ke arah beliau (Datuk Seri Anwar) dan partinya,' kata Encik Ibrahim Suffian, seorang pengamat politik dari Merdeka Center for Opinion Research, yang berpangkalan di Kuala Lumpur.


'Jika Najib (Datuk Seri Najib Tun Razak) mengambil masa beberapa bulan sebelum mengadakan pilihan raya, ia akan membuka ruang timbulnya kelemahan dalam pakatan pembangkang dan apa-apa sahaja perbezaan pandangan boleh dieksploitasi (pihaknya),' tambahnya. -- Agensi.

Pakatan bersedia hadapi keputusan liwat Anwar minggu depan

PETALING JAYA, 3 Jan — Pemimpin Pakatan Rakyat hari ini berkata bersedia akan kemungkinan Datuk Seri Anwar Ibrahim disabitkan dengan tuduhan liwat yang akan diputuskan pada 9 Januari ini, menambah rancangan baru akan dilaksanakan jika ia berlaku.

“Kepimpinan Pakatan Rakyat bukan sahaja saya dan (Datuk Seri Dr Wan) Azizah (Wan Ismail) tetapi Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Lim Kit Siang telah membincangkan perkara ini... Jika saya dipenjarakan, terlibat dalam kemalangan atau ditembak, kami bersedia, perbincangkan pelbagai kemungkinan, satu, dua atau tiga senario,” katanya kepada pemberita.

Timbalan Presiden PKR Azmin Ali berkata senario itu merujuk kepada kemungkinan Mahkamah Tinggi akan mensabit kesalahan, membebaskan Anwar, sabitkan dengan jaminan atau sabitan tanpa jaminan.

Tetapi pemimpin Pakatan Rakyat enggan mengulas sama ada ia bermaksud Anwar akan digantikan dengan pemimpin lain sekiranya dipenjarakan.

“Jangan risau pasal perkara ini...kami tahu apa yang perlu dilakukan. Mengapa anda bimbang,” kata Anwar (gambar) kepada pemberita sambil tersenyum.

Keputusan kes liwat Anwar akan diketahui pada Isnin ini, tuduhan yang telah dinafikan sekeras-kerasnya dengan mengatakan ia satu rancangan untuk memusnahkan kerjaya politiknya.

Ketua pembangkang itu tidak ambil peduli tentang dakwaan beliau mengadakan lawatan ke luar negara semata-mata untuk mendapatkan sokongan dan simpati.

“Ia bukan hanya tentang 9 Januari, ia juga tentang skandal Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC) dan kenaikan kos hiduo,” katanya.

Anwar juga mengesahkan laporan The Malaysian Insider bahawa konvensyen Pakatan Rakyat yang akan diadakan pada 13 Januari hingga 14 Januari di Alor Setar, Kedah dan ia akan memberi fokus kepada manifesto parti perikatan itu.

Beliau berkata tema konvensyen itu adalah “Bersihkan Malaysia” dan akan memberi fokus kepad isu-isu yang melibatkan perkhidmatan awam, federalisme dan berkenaan mahasiswa dan beliau.

“Pakatan Rakyat mengecam sikap kerajaan BN terhadap perjuangan mahasiswa untuk memansuhkan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU),” kata Anwar merujuk kepada penahanan 17 aktivis mahasiswa semasa demonstrasi aman di Universiti Perguruan Sultan Idris pada pagi Ahad lalu.

Beliau turut mengumumkan cadangan Pakatan Rakyat kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bahawa saluran televisyen bebas perlu diwujudkan untuk mengeluarkan laporan yang adil semasa pilihan raya umum.

Anwar berkata saluran itu perlu diuruskan oleh SPR dan ia patut membenarkan liputan yang sama antara Pakatan Rakyat dan BN. -TMI


Ulasan GB

Sebelum ini GB sudah membuat ulasan. Petikan:

Tetapi pada pandangan GB jika Anwar dipenjarakan, ia akan menyebabkan simpati dan kebangkitan rakyat, sepertimana yang berlaku di dalam PRU10 tahun 1999. Bererti UMNO akan habis jugak. Malah lebih dasyat jika Anwar tidak dipenjarakan.

Sifirnya: Anwar dipenjarakan atau tidak, UMNO tetap lingkup.

Bezanya ialah jika Anwar dipenjarakan, UMNO akan lingkup dengan lebih parah dan lebih dasyat jika Anwar tidak dipenjarakan FULLSTOP


Laporan sebelum ini
klik untuk baca



Yang Ini Lain Ceritanya. Semuga Allah Memelihara Mereka.

Bekas Pelajar Maahad Muhammadi, Kelantan Terus Cemerlang Di UK

Hangat diperkatakan seluruh negara, mahasiswa cemerlang Malaysia ke United Kingdom membuka aurat, hilang jati diri dan sebagainya. Pesan kami, jangan kita menjadi terlalu negatif, kerana kita semua manusia ada kelebihan dan kekurangan, dan ramai lagi watak cemerlang negara yang terus mengekalkan jati diri dan nama baik negara untuk kita semua teladani.

Ambillah yang jernih. Mari kita belajar daripada contoh-contoh kejayaan dan positif. Anak Kelantan yang menduduk tempat pertama dalam SPM 2006, dengan 17 1A dan 1 2A, kini sedang membuat jurusan perubatan (Medicine) di University of Nottingham, United Kingdom.

Beliau ialah Siti Fatimah Mukhtar.

Klik untuk besarkan


Masih kekal dengan imej tudung labuh, masih kekal dengan jati diri sebagai seorang rakyat Malaysia dan sebagai seorang Muslim. Inilah watak yang seharusnya menjadi contoh kepada seluruh anak muda dan para pelajar di seluruh negara.

Siti Fatimah bersama dengan keputusan peperiksaan SPM 2006 beliau. Cukup cemerlang sehingga dinobatkan sebagai pelajar terbaik seluruh negara dengan 17 1A dan 1 2A.


Fatimah sentiasa memberikan tunjuk ajar kepada adik-adik junior yang datang meminta nasihat


Fatimah (kiri sekali) bersama rakan-rakan kuliah perubatan di University of Nottingham, masih mengekalkan imej bertudung labuh walaupun berada di negara Barat.


Fatimah (dua dari kiri) menyemak bacaan Quran rakan beliau.


Masa lapang digunakan untuk mengajar dan sama-sama bertadarus al-Quran bersama teman-teman di sekitar Nottingham, UK.


Majlis sering dihadiri oleh para pelajar Malaysia, Brunei dan Indonesia yang bacaan mereka disemak oleh Fatimah yang sudah menghafaz lebih kurang 17 juzu' al-Quran.


kredit: ~mengajipastiboleh


Kisah Di Sebalik Kejayaan Nik Nur Madihah, Pelajar Cemerlang SPM 2008



Ketika keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2008 diumumkan seorang pelajar, Nik Nur Madihah Nik Mohd. Kamal membuat kejutan apabila mencatat keputusan cemerlang 19 A1 dan satu A2. Kejayaan pelajar dari Sekolah Menengah Agama Arab Maahad Muhammadi (Perempuan), Kota Bharu, Kelantan ini agak istimewa kerana dia adalah anak seorang nelayan yang hidup dalam keadaan serba kekurangan berbanding pelajar cemerlang SPM sebelum ini yang datang dari keluarga yang agak senang.

Beliau yang pernah menjadi antara pelajar terbaik peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) peringkat kebangsaan 2006 itu bertukar menjadi selebriti sekelip mata kerana kecemerlangannya itu.

Malah wartawan yang berpusu-pusu untuk menemu bualnya terpaksa menunggu giliran untuk memasuki rumah yang disewa bapanya dengan harga RM90 sebulan kerana ia terlalu sempit dan agak uzur.

Rumah kecil itu menjadi gambaran kehidupan sukar mereka sekeluarga malah bilik kecil yang dilindungi almari di ruang tamu menjadi tempat dia berehat manakala ruang tamu yang mampu memuatkan kira-kira empat orang itu menjadi bilik belajar tetapnya pada setiap hari.

WARTAWAN: Bagaimana timbulnya idea untuk mengambil 20 mata pelajaran dalam peperiksaan SPM tahun lepas?

NIK NUR MADIHAH: Sebelum ini jika dilihat kebanyakan pelajar cemerlang datang dari keluarga yang senang seperti anak guru, pegawai bank, oleh itu, timbul idea saya mahu buktikan kepada masyarakat bahawa anak nelayan juga mampu mencatatkan kejayaan yang cemerlang seperti orang lain. Jadi, saya mencabar diri sendiri supaya mencatat sejarah dengan 20A.

WARTAWAN: Apakah resipi kejayaan dan bagaimana saudari belajar sehingga mencatatkan keputusan cemerlang ini?

NIK NUR MADIHAH: Keputusan ini adalah di luar jangkaan, saya sasarkan hanya 18A. Paling penting ialah banyak berusaha dan belajar secara strategik, sekiranya timbul masalah cepat bertanya kepada guru dan selebihnya bertawakal. Strategi yang saya maksudkan ialah memberi tumpuan sepenuhnya ketika belajar kerana saya tidak mempunyai jadual belajar yang khusus seperti orang lain. Saya belajar ketika terasa mahu belajar sahaja tetapi ia berterusan.

WARTAWAN: Siapakah di sebalik kejayaan ini dan bagaimana mereka membantu untuk kejayaan ini?

NIK NUR MADIHAH: Ibu bapa dan guru-guru banyak memberi dorongan, tanpa mereka saya mungkin tidak mencapai kejayaan ini. Saya sebenarnya merahsiakan kepada ibu bapa bahawa saya mengambil 20 mata pelajaran dalam SPM sehinggalah keputusan peperiksaan percubaan keluar baru saya beritahu kedudukan sebenar dan mereka memberikan sokongan malah ayah memberi cabaran tambahan. Saya rahsiakan sebab saya mahu membuat kejutan. Jadi keputusan ini adalah sumbangan kecil saya kepada ibu bapa yang banyak berjasa untuk membesarkan saya.

WARTAWAN: Dorongan guru-guru di Sekolah Menengah Arab Maahad Muhammadi (Perempuan) bagaimana?

NIK NUR MADIHAH: Amat baik, malah guru yang menyelia saya, Mohd. Razali Konok mencadangkan supaya saya berhubung dengan bekas pelajar terbaik SPM 2006, Siti Fatimah Mukhtar, selepas itu saya sentiasa berhubung dengannya untuk mendapatkan nasihat.

WARTAWAN: Sebagai anak nelayan, bagaimana kehidupan saudari?

NIK NUR MADIHAH: Kehidupan kami sekeluarga amat sukar, kadang-kadang tidak ada makanan. Oleh itu, sejak tahun enam saya mengamalkan puasa sunat pada setiap hari Isnin dan Khamis. Secara purata saya akan membawa wang poket tidak sampai RM1 malah kadang-kadang tiada wang untuk makan di sekolah kerana wang yang diberikan oleh ayah hanya cukup untuk tambang bas ke sekolah kira-kira RM4 untuk pergi dan balik. Di sekolah saya hanya makan roti atau bawa bekal nasi goreng. Saya menerima semua ini dengan reda kerana faham ayah tidak mempunyai pendapatan tetap secara purata sekitar RM500 – RM700 sebulan.

WARTAWAN: Bagaimana saudari belajar dengan keadaan rumah yang sempit dan kurang selesa ini?

NIK NUR MADIHAH: Saya belajar di ruang tamu, Alhamdulillah tiada gangguan kerana tiga adik saya sudah besar dan dua daripadanya tinggal di asrama.

WARTAWAN: Adakah saudari merasa rendah diri berbanding rakan-rakan lain yang lebih selesa dan mewah di sekolah?

NIK NUR MADIHAH: Tidak, malah saya menjadikan ia satu cabaran untuk mengubah kehidupan keluarga kami. Kehidupan yang sukar terutama ketika musim tengkujuh atau bot ayah rosak menjadikan saya lebih insaf untuk berusaha bersungguh-sungguh. Pada ketika ayah tidak dapat ke laut, kami hanya makan nasi berlauk telur goreng.

WARTAWAN: Kenapa tidak tinggal di asrama dan adakah saudari mendapat kemudahan biasiswa?

NIK NUR MADIHAH: Kalau tinggal di asrama kos lebih tinggi, lagi pun saya lebih selesa dan tenang belajar di rumah kerana tiada gangguan walaupun rumah tidak sebesar mana. Saya tidak pernah mendapat biasiswa dari mana-mana agensi cuma sumbangan yang diberikan oleh guru-guru melalui Cikgu Razali sebanyak RM200 sebulan.

WARTAWAN: Adakah saudari mendapat tuisyen daripada pusat tuisyen di luar sekolah bagi mata pelajaran yang tidak diajar di sekolah?

NIK NUR MADIHAH: Tidak, ayah tidak mampu. Saya beruntung kerana sekolah menyediakan guru lain untuk lapan mata pelajaran yang tidak diajar di sekolah, saya bersama rakan-rakan akan belajar subjek tersebut pada kelas tambahan ketika cuti hujung minggu tetapi bagi mata pelajaran sastera saya belajar sendiri dan tidak pernah mengikuti kelas secara formal. Lapan subjek ini, Pendidikan Agama Islam, Prinsip Akaun, Perdagangan, Ekonomi, Tasawur Islam, Geografi, Sains dan Sastera saya belajar ketika tingkatan lima.

WARTAWAN: Bagaimana dalam tempoh setahun saudari mempelajari semua subjek-subjek ini?

NIK NUR MADIHAH: Seperti saya jelaskan tadi, banyak berusaha dan bertanya. Idea untuk menambah lagi mata pelajaran hanya timbul ketika tingkatan lima kerana pada tingkatan empat saya terpaksa menumpukan pada 24 mata pelajaran termasuk 12 subjek agama untuk peperiksaan Sijil Menengah Ugama (SMU).

WARTAWAN: Adakah saudari menjawab semua soalan mata pelajaran Sains dan Matematik seperti Fizik dan Kimia dalam bahasa Inggeris?

NIK NUR MADIHAH: Ya, sebab lagi mudah dan ditekan oleh guru sejak awal lagi.

WARTAWAN: Apakah hobi dan cita-cita saudari?

NIK NUR MADIHAH: Hobi saya ialah membaca, kalau ada masa lapang saya akan membaca terutama novel tulisan Faisal Tehrani. Saya bercita-cita untuk menjadi seorang ahli fizik, disebabkan tidak ramai orang Melayu menjadi ahli fizik.

WARTAWAN: Di mana mahu melanjutkan pelajaran?

NIK NUR MADIHAH: Di luar negara tetapi tempat khusus atau universiti mana saya tidak kisah. Saya akan melakukan sembahyang istikharah untuk mendapat petunjuk daripada Allah SWT bagi membuat pilihan terbaik tempat melanjutkan pelajaran.



Fakta Mengenai Nik Nur Madihah

* Dalam zaman serba canggih ini, Madihah tidak pernah keluar daripada Kelantan tetapi mengetahui tentang semua tempat disebabkan selalu melayari internet.
* Disebabkan tidak ada duit, dia hanya melayari internet di perpustakaan awam dan membaca buku atau novel kegemarannya di situ.
* Ibu bapanya mempunyai kesedaran ilmu yang tinggi, walaupun susah dan kadang-kadang terlepas makan kedua ibu bapanya mengumpul duit sedikit demi sedikit untuk membeli komputer bagi mendedahkan anak-anaknya tentang IT.
* Adiknya yang ketiga merupakan pelajar tajaan Permodalan Nasional Berhad (PNB) dan belajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Baru Salak Tinggi. Yang kedua belajar di Sekolah Menengah Teknik Bachok dan bekas pelajar MRSM Kota Putra.
* Biar pun susah bagaimana sekali pun Madihah tidak pernah meminta-minta dan meneruskan perjalanan hidup seperti biasa malah menjadikannya sebagai satu cabaran.
* Madihah seorang pendiam dan agak pemalu, sepanjang tempoh wawancara dibuat Madihah cuba menyembunyikan kesusahannya sehingga ada beberapa jawapan datang daripada ibu dan gurunya.
* Madihah kata keputusan percubaan SPM nya teruk, 14 A dan 5 B.
* Rumah Madihah memang sempit, hanya selesa untuk 4 orang sahaja tetapi satu yang pelik walaupun di luar sangat panas tetapi dalam rumah tidak terasa sangat walaupun bersesak dan beratap zink.
* Ada sebuah universiti tempatan menawarkan tempat untuk Madihah, bukan untuk peringkat sarjana muda tetapi PhD.

Kisah kejayaan Nur Madihah membuktikan tidak kira siapa anak nelayan, anak penoreh getah, anak petani, anak peguam, anak doktor dan anak menteri semuanya boleh berjaya. Yang penting ialah berusaha dan belajar tanpa mengenal erti jemu untuk berjaya.

Tips-tips Kecemerlangan Daripada Nik Nur Madihah

Beliau menggariskan beberapa tips yang diamalkannya yang banyak membantu beliau menghadapi 20 subjek yang diambilnya. Antara yang sempat disenaraikan oleh beliau adalah seperti berikut:

# Fokus dan beri sepenuh tumpuan semasa di dalam kelas. Para pelajar diingatkan supaya memberikan tumpuan dan tidak mudah dipesongkan dengan perkara-perkara lain semasa proses pembelajaran di dalam kelas. Sebahagian murid mungkin suka berkhayal, bersembang dan bermain-main di dalam kelas.
# Hargai masa. Masa lebih berharga dari emas, kerana emas yang hilang masih boleh diganti tetapi yang terbuang tidak akan dapat digantikan lagi dan akan hilang buat selama-lamanya. Sikap suka bertangguh adalah sebenarnya pencuri masa.
# Suka bertanya. Sikap suka bertanya adalah penting bagi mendapatkan penjelasan bagi mana-mana perkara yang tidak difahami. Beliau mengamalkan sikap suka bertanya terutama dalam matapelajaran mathematik dan sains.

Di antara slogan-slogan yang menjadi pegangan beliau adalah:

! 99% dari kegagalan adalah dari mereka yang mencari-cari alasan.
! Belajar dari kesilapan.
! Usaha yang terbaik dan bertawakkal – Usaha tanpa tawakkal adalah kesombongan. Tawakal tanpa usaha adalah angan-angan kosong.
! Tiada yang mustahil, Allah swt maha berkuasa.
! Belajar atau mencari ilmu adalah tuntutan agama – jalan menuntut ilmu adalah jalan menuju syurga.

kredit: wowberita


4 Jan 2012

Nik Aziz Nasihat Khairul Fahmi (Apex) Kahwin Cepat

Kota Bharu - Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menasihati penjaga gol kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat cepat mendirikan rumah tangga supaya kehidupannya lebih sempurna.

Nik Abdul Aziz berkata, Islam menggalakkan orang yang mampu supaya cepat berkahwin.

“Ini penting untuk mengawal kita daripada melakukan dosa dan apabila berkahwin, ia lebih selamat untuk menjaga masuah.

“Khairul Fahmi merupakan penjaga gol terbaik Asia menjadi idola rakyat Kelantan, saya juga berbangga dengannya apatah lagi dia berada dalam kawasan pilihan raya saya,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyempurnakan Majlis Penyerahan Kunci Rumah Kepada Khairul Fahmi di Taman Kurnia Jaya, Kemumin, Pengkalan Chepa dekat sini, semalam.

Kerajaan negeri Kelantan kata beliau, memberi hadiah kepada rakyat yang cemerlang dalam apa jua bidang sebagai rangsangan.

“Mereka yang berbakat dan cemerlang ini perlu menunjukkan contoh baik, bebas salah laku sosial dan pengaruh dadah kerana dadah boleh memusnahkan kehidupan,” katanya.

Khairul Fahmi yang mesra dikenali sebagai Apex berkata, beliau menyerahkan soal jodoh kepada Allah SWT dan tidak mahu terlalu memikirkannya.

“Soal jodoh ni kena tengok 'rezeki' la, kalau tahun ni (kahwin) maka tahun ni la, kalau tahun depan atau tiga tahun lagi pun saya terima,” katanya.

Sementara itu, bapa Apex, Che Mat Hussin, 59, ketika ditemui berkata, dia menyerahkan soal perkahwinan sepenuhnya kepada penjaga gol Kelantan itu.

Katanya, Apex mungkin mahu menumpukan perhatian kepada karier terlebih dauhulu.

“Saya sedia menerima siapa saja wanita pilihan dia, yang penting ialah matlamatnya dalam bidang sukan tidak terganggu kerana dia masih muda,” katanya.

Apex yang menerima anugerah Pemain Muda Terbaik dan Penjaga Gol Terbaik pada Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 100Plus-FAM 2011 November lalu tersenarai bersama Fadhli Shas dan Safee Sali dalam kesebelasan terbaik Asia pilihan laman web terkenal dunia, Goal.Com. -SH

Bekalan Air Di Parlimen Pekan Tidak Mencukupi

Najib gagal atasi bekalan air UMP Pekan

KUALA LUMPUR, 4 Jan: Beberapa informasi yang diterima daripada mahasiswa Universiti Malaysia Pahang (UMP) berkaitan isu utama mereka kini iaitu masalah bekalan air yang tidak mencukupi di Pekan.

“Masalah ini berlarutan adalah berpunca daripada tekanan air yang rendah,” kata Presiden Majlis Perwakilan Mahasiswa Nasional (MPMN), Mohd Syahid Mohd Zaini.

Katanya, akibat daripada itu, mahasiswa UMP Kampus Pekan yang mempunyai kapasiti pelajar sekitar 2,000 orang terpaksa berkongsi sumber air yang sama daripada tangki yang berada di Kuala Pahang yang turut sama disalurkan kepada masyarakat sekitar.

Menurutnya, setelah beberapa kali siri perbincangan antara pimpinan mahasiswa UMP bersama pihak pentadbiran dan pihak Jabatan Bekalan Air (JBA) di sana, pihak JBA memaklumkan bahawa kemungkinan pihak mereka akan memperuntukkan saluran air yang baik untuk keperluan asas bekalan air di UMP.

Banyak persoalan timbul berkaitan isu itu dalam kalangan mahasiswa dan barisan pentadbiran mahupun rakyat setempat.

Persoalannya, kata beliau mengapakah projek pembinaan UMP yang kini telah pun menempatkan mahasiswa di sana dalam keadaan tidak lengkap dengan keperluan asas seperti bekalan air.

“Katanya, mengapa kawasan Perdana Menteri boleh jadi seperti itu sedangkan beliau merupakan ahli parlimen Pekan.

“Adakah beliau tidak turun padang dan tidak ambil tahu permasalahan mahasiswa di UMP yang kian parah?

“Di mana duit peruntukan yang disalurkan untuk membina saluran air di UMP tersebut sedangkan dalam meluluskan sesuatu projek pastinya perkara asas seperti bekalan air ini seharusnya telah di atasi dengan baik,” katanya.

Katanya, apa yang mahasiswa inginkan sekarang ialah kecaknaan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak agar segera turun kawasan dan atasi permasalahan air itu dengan segera.

“Seiring dengan slogan ‘Rakyat didahulukan pencapaian diutamakan’ yang sering beliau laungkan, maka mahasiswa mohon untuk laungan tersebut diterjemahkan dalam bentuk tindakan segera oleh beliau,” katanya.

beliau berkata, isu bekalan air yang bermasalah itu bukan hanya membelenggu dalam kalangan mahasiswa sahaja namun di peringkat rakyat setempat juga sengsara dengan kekurangan keperluan asas tersebut. -HD

Laporan sebelum ini
klik untuk baca





Pelajar Malaysia Maut Kemalangan Jalanraya Di New Jersey

Seorang pelajar Malaysia terbunuh dan empat yang lain cedera dalam kemalangan sebuah kereta di New Jersey, demikian menurut akhbar The Republic, yang berpejabat di Columbus, Indiana, Amerika Syarikat.

Laporan itu mengesahkan bahawa pelajar yang terbunuh dalam kemalangan Isnin lepas di laluan Interstate 78 itu, menuntut di Ohio State University, tetapi namanya belum disiarkan.

Pelajar kedua berada dalam keadaan kritikal dan tiga yang lain dilaporkan dalam keadaan stabil. Kesemua mereka berusia antara 19 dan 21 tahun.

Laporan itu menyatakan kemalangan itu berlaku pada kira-kira 4 petang (waktu tempatan) bila Chevrolet Equinox terbabas keluar jalan dan melanggar pokok dan tiang lampu. Polis berkata pemandu keletihan.

Sementara itu, Wisma Putra ketika dihubungi berkata pihaknya akan menghubungi Kedutaan Malaysia di AS untuk mendapatkan butir-butir lanjut. — BERNAMA

Dua Beradik Yang Dikurung & Dirantai Diserahkan Kepada Bapa Saudara

Butterworth – Dua beradik malang yang dikurung dan dirantai kaki oleh bapa mereka di Taman Mawar, Raja Uda dekat sini diserahkan untuk dijaga oleh bapa saudara mereka semalam.

Gambar: TERSENYUM...Munawar bersama dua anak saudaranya selepas menerima hak penjagaan sementara di Mahkamah Majistret Butterworth semalam.

Hak penjagaan sementara itu dikeluarkan oleh Majistret Mohd. Zamir Suhaimee selepas mendapat permohonan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Seberang Perai Utara (SPU).

Timbalan Pegawai JKM SPU, Syed Mohd. Abdul Ghani Syed Ali berkata, permohonan dikemukakan selepas bapa saudara kanak-kanak itu, Munawar Tan Abdullah, 48, menyatakan kesediaan menjaga dua beradik itu.

“Mahkamah bersetuju memberikan perintah hak jagaan sementara selama sebulan kepada Munawar bermula hari ini (semalam),” kata beliau ketika ditemui di mahkamah semalam.

Sementara itu, Munawar Tan ketika ditemui berkata, dia bersedia untuk menjaga anak saudaranya sementara menunggu keputusan mahkamah sama ada adiknya yang juga bapa kepada dua beradik itu akan dibebaskan atau didakwa di mahkamah.

Beliau juga percaya adiknya tidak sengaja melakukan perkara itu (merantai kedua-dua anaknya) kerana dia merupakan seorang bapa yang penyayang. -kosmo

Laporan sebelum ini
klik untuk baca




Afdlin Shauki Sertai UMNO Selepas Lakon Jadi Datin Maimon

Selepas Datin Maimon, Afdlin Shauki sertai Umno

KUALA LUMPUR, Jan 4: Selepas menghiburkan rakyat Malaysia dengan watak Datin Maimon, yang seolah-olah terselit dengan pelbagai mesej tersirat, pelawak terkenal Afdlin Shauki, bersama rakannya Harun Salim Bachik tiba-tiba mengumumkan menyertai Umno.

Gambar: Afdlin Shauki sebagai Datin Maimun dalam Maharaja Lawak Mega

Dua anggota kumpulan Boboi, yang menjadi naib juara dalam program Maharaja Lawak Mega (MLM) dikatakan telah menyerahkan borang keahlian Umno semalam.

Keputusan sekadar mendapat tempat kedua dalam pertandingan dikira amat mengejutkan para peminat Boboi kerana persembahan Afdlin dan Harun dalam peringkat final MLM sebagai Datin Maimon dan hantu minyak cukup menghiburkan.

Sebagai Datin Maimon, Shauki cukup mencuit hati penonton dengan gaya rambut besar dan lenggok menawan sambil menyelitkan lawak-lawak seperti cincin berlian dan beg tangan jenama mewah termasuk poco-poco dan senam aerobik.

Bukan itu sahaja, Shauki turut menghiburkan penonton dengan lawak air zamzam dan peluru yang baru dibawa pulang dari Mekah beserta lagu ‘Ghost Buster’ yang ditukar liriknya untuk membasmi orang minyak yang dilakonkan oleh Harun.

Kepada para peminat politik, sudah tentu perkataan-perkataan dan aksi-aksi yang digunakan Shauki lebih melucukan kerana minda mereka akan terbayangkan seseorang meskipun Shauki tidak berniat atau menyedari lakonannya akan mempunyai kesan sedemikian.

Dengan penyertaannya ke dalam Umno, diharap Afdlin akan terus menyumbang ke dunia hiburan tanah air tanpa sebarang sekatan dan halangan terhadap usaha murninya untuk memajukan industri seni negara.

Selamat maju jaya buat Afdlin dan Harun! -HD

Lucu! Bik Mama jadi bahan lawak Afdlin Shauki!

Sebelum ini dalam episod Maharaja Lawak Mega 2011 yang sudah, pelawak terkenal tanah air, Afdlin Shauki pernah mencuit hati dengan gaya ala Rosmah Mansor sedang bersenam. Dalam rancangan siaran langsung pertandingan akhir Maharaja Lawak Mega 2011, malam tadi Adflin Shauki nampaknya mengutuk Bik Mama secara terus dan “All Out” tiada tapis-tapis lagi.

Beliau dengan gaya rambut serta lenggok Bik Mama, malam tadi menyelitkan lawak cincin berlian dan beg tangan jenama mewah termasuk poco-poco dan senam aerobik.

Bukan itu saja, malah beliau turut mencuit hati penonton dengan lawak air zamzam dan peluru yang baru dibawa pulang dari Mekah. Di bawah ini rakaman video antara babak-babak yang jelas memerli Bik Mama. -wowberita




Ulasan GB

Rakyat berpersepsi ini kes "cari makan" dan kena tekan sampai kena sain borang sertai UMNO, tak begitukah Afdlin Shauki & Harun Salim Bachik?


Dibelasah Sampai Mati Kerana Bermesra Dengan Isteri Orang

Padah keluar dengan isteri rakan baik

JOHOR BAHRU: Padah keluar dengan isteri kenalan baik, seorang lelaki maut dibelasah dan ditikam suami kepada wanita terbabit menggunakan objek tajam di sebuah pasar raya di Plentong di sini, malam kelmarin.

Dalam kejadian jam 9.30 malam itu, mangsa, Sarmin Arsad, 40, dikatakan baru selesai membeli-belah bersama wanita berusia lingkungan 30-an terbabit.

Difahamkan, suspek yang terserempak dengan isterinya bersama Sarmin di perkarangan tempat letak kenderaan pasar raya berkenaan terkejut melihat gelagat dan aksi mereka ketika berjalan bersama.

Suspek yang berang menyaksikan perkara itu terus menyerang mangsa dan menghamburkan kata-kata kesat sebelum nekad menyerang serta menikam Sarmin.

Akibat panik dengan tindakannya sendiri, suspek melarikan diri manakala Sarmin dibawa ke Hospital Sultan Ismail (HSI) Johor Bahru untuk rawatan.

Sarmin bagaimanapun disahkan mati sejurus tiba di HSI.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Roslan Zainuddin berkata, mangsa mati ketika dalam perjalanan ke HSI akibat pendarahan teruk selepas dibelasah dan ditikam di dada sebelah kiri menggunakan objek tajam.

“Suspek yang berusia 41 tahun melarikan diri sejurus kejadian namun kami berjaya menahannya beberapa jam selepas itu. Dia kini direman untuk siasatan lanjut.

“Mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik HSI untuk bedah siasat dan kejadian terbabit mencetuskan suasana panik di kalangan pelanggan pasar raya berkenaan,” katanya.

Menurut Roslan, pihaknya masih menyiasat motif sebenar kejadian dan orang ramai mempunyai maklumat berkaitan kes diminta tampil membantu siasatan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. -hm


Kekasih gelap mati dibelasah

Suami berang terserempak isteri bermesra dengan rakan sendiri

JOHOR BAHRU: Berang selepas mengesyaki isterinya berlaku curang dengan mengadakan hubungan sulit dengan rakannya sendiri, seorang suami membelasah lelaki berkenaan hingga mati dalam kejadian di pinggir bandar raya ini, malam kelmarin.

Kejadian berlaku di tempat letak kenderaan sebuah pasar raya dekat Plentong di sini, kira-kira jam 9.30 malam sejurus suami berusia 41 tahun itu terserempak isterinya bersama mangsa yang berusia 39 tahun. Melihat kemesraan isterinya dengan lelaki itu, suaminya dipercayai gagal mengawal kemarahannya lalu bersemuka dan menyerang dengan memukul serta menikam mangsa hingga rebah berlumuran darah.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Roslan Zainuddin yang enggan mendedahkan punca kejadian, berkata mangsa meninggal dunia ketika dihantar untuk rawatan di Hospital Sultan Ismail (HSI).

“Mangsa disahkan mati akibat pendarahan teruk terkena tikaman senjata tajam yang digunakan suspek dalam serangan itu. Suspek cuba melarikan diri selepas kejadian itu, tetapi berjaya ditahan polis untuk membantu siasatan yang sedang dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

“Polis sedang menjalankan siasatan rapi bagi mengenal pasti motif dan punca pembunuhan. Mayat mangsa dibedah siasat oleh Jabatan Forensik HSI sebelum diserahkan kepada warisnya untuk pengebumian,” katanya semalam.

Tinjauan mendapati keluarga termasuk isteri mangsa yang masih terkejut dengan kejadian berada di Jabatan Forensik HSI untuk menuntut mayat suaminya.

Beberapa saudara terdekat wanita terbabit memaklumkan suri rumah itu masih terkejut dan sedang bersedih dengan tragedi itu dan enggan bertemu media. -BH


Ulasan GB

Yang anehnya, si perempuan, tahu sudah menjadi isteri orang kenapa masih tergamak bermain kayu tiga sama suami?

Ibu Nur Amalina Sangkal Pendedahan Blog Mengenai Anaknya. - Ulasan GB

Johor Bahru: Pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2005, Nur Amalina Che Bakri terus cemerlang dalam pengajian perubatan di Universiti Edinburgh apabila meraih banyak pengiktirafan universitinya selain beberapa kajiannya diterbitkan dalam jurnal institusi pengajian tinggi di United Kingdom (UK).

SABARIAH menunjukkan laman blog yang dipercayai menyiarkan laporan fitnah terhadap anaknya di SMK Taman Johor Jaya 2, semalam. Nur Amalina didakwa masih jadi pelajar cemerlang di universiti.

Malah pelajar yang mendapat 17A SPM itu, kini menjalani latihan amali di sebuah pusat perubatan terkemuka di UK, dan dijangka menamatkan pengajian pada Mei ini.

Ibunya, Sabariah Hassan berkata, setiap hasil kerja anaknya dipuji pensyarah dan rakan sekelasnya malah Nur Amalina kini sedang bertungkus-lumus menyiapkan sebuah buku perubatan.

“Oleh itu, isu kegagalan dalam pengajian tidak timbul seperti dakwaan pihak tertentu,” katanya kepada pemberita di sini semalam.

Beliau memanggil sidang media bagi memberi penjelasan berhubung laporan beberapa blog mendakwa Nur Amalina kini menjalani gaya hidup bebas dan liar selain gagal dalam pengajian dan sudah kembali ke tanah air secara senyap.

Sabariah berkata, beliau kesal dengan laporan blog itu yang melemparkan pelbagai tohmahan termasuk menyiarkan gambar peribadi anak tunggalnya berusia 23 tahun itu yang kini sedang menamatkan pengajian tahun akhir.

Beliau yang juga Penolong Kanan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Taman Johor Jaya 2, berkata gambar yang disiarkan blog terbabit dipercayai dicuri dari laman sosial Facebook Nur Amalina.

“Pakaian yang dipakai Amalina dibeli saya sendiri, manakala gambar terbabit dirakam ketika kami bersama melancong ke Paris untuk bercuti pada Ogos 2009.

“Sebenarnya, gambar yang disiarkan itu gambar lama yang bersifat peribadi.

Saya mengenali setiap rakannya yang turut berada dalam gambar itu,” katanya.

Sabariah berkata, Amalina ada menghubunginya melalui panggilan video ‘Skype’ kelmarin berhubung penyebaran gambarnya yang dituduh seksi itu dalam laman blog.

“Dia ketawa ketika menceritakan perkara itu kerana sudah lali dengan tohmahan sebegini. Ini bukan kali pertama kejadian seumpama itu berlaku. Mungkin ada orang cemburu dengan kejayaan anak saya selama ini,” katanya. -BH

Ulasan GB

Pertama, GB mengucapkan terima kasih kepada ibu Nur Amalina yang telah memberikan respons sekalipun menafikan berita yang tersiar di dalam blog ini semalam mengenai kisah anaknya yang sebelum ini telah tersiar dan tersebar di ruang maya ini tentang "perubahan" yang berlaku kepada anaknya.

Apa yang tersiar di blog GB semalam, seperti yang GB tuliskan semalam dihujung catatan dalam bentuk kredit, ia adalah petikan dari blog wikimalay.

Apa yang tertulis di situ iaitu Nur Amalina mungkin benar atau tidak, maka sebab itu tajuk yang GB gunakan adalah dalam bentuk soal "Benarkah Nur Amalina Che Bakri Pelajar 17A1 Jadi Begini?"

Amalina dikatakan telah gagal di UK dan telah pulang ke Malaysia secara senyap..namun, berita ini masih belum sahih..namun, berita kegagalannya banyak berpuca daripada kejutan budaya dan hidupnya di UK yang SOSIAL...


Tetapi gambar/foto/imej yang tersiar itu tetap benar dan sahih. Tiada penafian malah dibenarkan oleh pengakuan ibunya sendiri bahawa ibunya sendiri yang membelikan pakaian itu .

Kedua, lawatan ke facebook Nur Amalina mendapat facebooknya telah ditutup/deactivated.

Ketiga, Gambar-gambar yang tersiar dan tersebar di internet sememangnya dipetik dari laman facebook Nur Amelina sendiri. GB ingin menyangkal dakwaan menyatakan ia dicuri. Kerana di internet, apabila seseorang itu menyiarkan gambar/foto/imej, maka ia adalah untuk tatapan dan perkongsian kepada umum hatta sebarang gambar peribadi sekalipun. Pengajarannya di sini ialah jika anda tidak mahu gambar/foto/imej diambil orang, maka tidak sewajarnya ianya dipaparkan difacebook.

Di internet tiada siapa yang boleh mendakwa "itu hak aku" kerana jika ia hak anda semata-mata, mengapa ianya didedahkan kepada orangramai?

Di era teknologi internet yang semakin berkembang, apa-apa maklumat yang terdapat di internet adalah DISIFATKAN DAN DIANDAIKAN "PERCUMA" KECUALI ada klausa yang menyatakan maklumat itu dilindungi oleh undang-undang (pattern rights). Itu pun "cap dagangan" itu perlu didaftarkan, bukan sekadar tulis "©hakcipta terpelihara". Itu tak membawa apa-apa makna.

Seperti yang GB telah nyatakan sebelum ini:

Pertama saya ingin menyatakan bahawa pendedahan berkenaan tidak ada unsur "malafide" atau berniat jahat.

Ia dilakukan sebagai pengajaran kepada semua umat Islam di dalam negara dan di luarnegara, bahawa anda tidak boleh bersikap sedemikian - sikap yang dilarang dalam agama.

Jika kita tidak mahu diaibkan, kita tidak sepatutnya melakukan perkara-perkara yang boleh mengaibkan.

Kita tidak boleh mengumpat, apatah lagi memfitnah, TETAPI bukti bergambar yang tersebar luas seperti di atas, maka yang kita minta ialah KEBENARAN itu dijelaskan.


Bukan saja GB, ramai yang terkilan dengan pendedahan gambar/foto/imej yang dilakukan sendiri oleh Nur Amelina lewat facebooknya. Mengapa Nur Amelina berbuat demikian? Apatah lagi gambar profilnya untuk memperkenalkan diri adalah sekeping foto beliau berpakaian tanpa bertudung berposing berpelukan dengan seorang lelaki Mat Salleh? Apakah penjelasan terhadap hal tersebut? Malah jawapan terakhir Nur Amelina sendiri, beliau lansung tidak menafikan sebaliknya menyatakan: "I don't care what people say about me as I wear my pain everyday."



Didapati bahawa gambar/foto/imej tersebut dan kesemua imej yang tersiar di facebooknya adalah asli, tidak menggunakan photoshop. Dan ibu Nur Amelina membuat pengakuan:

“Pakaian yang dipakai Amalina dibeli saya sendiri, manakala gambar terbabit dirakam ketika kami bersama melancong ke Paris untuk bercuti pada Ogos 2009.

“Sebenarnya, gambar yang disiarkan itu gambar lama yang bersifat peribadi.


Jika betul demikian, maka adalah tidak wajar ianya dipertontonkan di khalayak ramai di facebook.

Jadi tidak perlu menuduh ia sebagai "fitnah" kerana fitnah merujuk kepada mengadakan sesuatu yang tidak ada atau tidak berlaku sedangkan apa yang berlaku ialah gambar/foto/imej itu adalah BENAR.

Perbuatan salah tetap salah walau cuba dibela dengan apa cara sekalipun. Itu hukum kebenaran.

Kepada semua, anggaplah apa yang berlaku sebagai satu pengajaran.


Laporan sebelum ini
klik untuk baca





Ibu Mertua Safwan Bangga Ada Menantu Yang Berani Perjuangkan Hak

Saya bangga ada anak menantu yang begitu

KUALA LUMPUR, 3 Jan: "Saya bangga ada anak dan menantu yang sebegini dan saya harap ramai lagi mahasiswa yang akan bangkit untuk memperjuangkan yang hak."

Gambar: Puan Mariam ketika bercakap kepada para pemberita

Demikian kata Puan Mariam Abdul Rashid, ibu mertua kepada Muhammad Safwan Anang, mahasiswa yang mendakwa dibelasah teruk oleh anggota polis ketika insiden demonstrasi di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) baru-baru ini.

Puan Mariam berkata demikian ketika ditemui wartawan selepas melawat menantunya Safwan yang baru keluar dari hospital.

Ketika bercakap kepada media, Safwan berkata, dia ditumbuk sekali di bahagian muka dan ditendang dengan lutut oleh anggota polis.

Kejadian itu berlaku apabila beliau cuba membebaskan rakannya yang sedang diheret oleh polis di malam tahun baru 2012 di Univerisiti Perguruan Sultan Idris.

"Bangga..." kata Puan Mariam sambil tersenyum kepada wartawan yang bertanya kepada beliau tentang Safwan yang terpaksa diusung ke hospital selepas dipukul.

"Dia menantulah dan anak saya juga seorang aktivis pelajar," kata Puan Mariam.

"Bangga..sebab mereka sangat berani untuk memperjuangkan yang hak dan juga untuk membela nasib yang lain.

"Walaupun kita rasa agak sedih dengan kejadian yang berlaku....menyebabkan kecederaan dan sebagainya.

"Kita sangat kesal dengan tindakan polis terhadap mahasiswa yang sepatutnya diberikan kebebasan untuk menyuarakan pandangan mereka tetapi sebaliknya berlaku begitu...itu sahaja," kata Puan Mariam.

Namun Puan Mariam sekali lagi menyambung dengan berkata, "Saya bangga ada anak dan menantu yang begitu....." -HD



[Video] Apa Erti Dakwat Kekal Jika Daftar Pemilih Tidak Dibersihkan?

Perlu perubahan menyeluruh, bukan hanya dakwat kekal

PETALING JAYA, 3 Jan: Biarpun kerajaan mengumumkan dakwat kekal akan digunakan pada pilihan raya umum (PRU) ke-13 nanti, namun Pakatan Rakyat berpendapat ianya masih tidak boleh menjamin proses pilihan raya bersih dan telus.

Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, pilihan raya yang adil memerlukan prubahan secara menyeluruh bukan sahaja kepada penggunaan dakwat kekal.

Ianya termasuk pembersihan daftar pemilih, kebebasan media, undi pos serta pengurusan pilihan raya secara keseluruhannya.

"...perlu kepada pembersihan pilihan raya secara menyeluruh bukan hanya kepada penggunaan dakwat kekal sahaja.

"Ia meliputi pembersihan daftar pemilih, kebebasan media, pengurusan pilihan yang cekap dan juga termasuk undi pos. Jika ini tidak dilakukan perubahan maka sistem pilihanraya di negara ini tidak akan bersih," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat di Ibu Pejabat PKR di Tropicana di sini.

Turut bersama pada sidang media itu Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, Penasihat DAP Lim Kit Siang serta Presiden PKR Datin Sri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Masih curiga

Sementara itu Anwar mendakwa, Pakatan Rakyat masih curiga dengan janji pembaharuan pilihan raya oleh kerajaan khususnya dalam perkara berkaitan daftar pemilih.

Ini kerana terdapat perubahan pada saat akhir terhadap senarai pengundi yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

"Kita menggesa senarai pengundi dibersihkan. Kita masih curiga dengan proses sekarang kerana berlaku perubahan pada daftar pemilih di saat akhir," katanya.

Dalam pada itu juga Anwar turut memaklumkan Konvensyen Pakatan Rakyat kali ke-3 akan berlangsung di Alor Setar, Kedah pada 13 dan 14 Januari ini.

Konvensyen kali ini katanya memilih tema 'Bersihkan Malaysia'.



Ulasan GB

Bagi GB, penggunaan dakwat kekal tidak bermakna apa-apa JIKA daftar pemilih yang ada belum dibersihkan terlebih dahulu.

Terdapat banyak aduan mengenai penambahan luarbiasa bilangan pengundi yang dkesani terutama di kawasan-kawasan pilihanraya di negeri yang dikuasai Pakatan Rakyat.

Justeru itu, prioriti sepatutnya diberikan kepada pembersihan daftar pemilih sepertimana yang dituntut oleh rakyat lewat BERSIH 2.0.

3 Jan 2012

Wanita UMNO Dapat Ceramah Khas Dari Auntie BERS✔H [kemaskini dgn video]

Sekumpulan Wanita Umno mendapat ‘ceramah khas’ dari Annie Ooi Siew Lan atau nama popularnya, ‘Untie Bersih’ di depan Balai Polis Dang Wangi hari ini.

Annie bertindak demikian secara spontan semasa kumpulan Wanita Umno itu tiba di balai tersebut untuk membuat laporan polis berhubung himpunan menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim, pada 9 Januari ini.

“Untuk apa kamu ada di sini? Kamu perjuangkan siapa? Kamu sepatutnya memperjuangkan mahasiswa yang di pukul (di UPSI) itu dan jangan bersubahat dengan mereka yang membuat ganas terhadap mahasiswa yang hanya berhimpun secara aman,” kata Annie.

Nasihat beliau itu bagaimanapun disambut Wanita Umno terbabit dengan menyatakan ‘mana ada mahasiswa di pukul, tidak ada, tidak ada’.

Manakala seseorang menyampuk dengan berkata ‘tengok videolah, video ada, ada bukti. Jangan jadi lembu’.

Ceramah ringkas Annie beberapa minit itu bagaimanapun tamat selepas wartawan mengerumuni beliau bersama kumpulan Wanita Umno terbabit.

Ketika ditemui wartawan, Annie bagaimanapun terkejut apabila diberitahu wanita Umno itu datang kerana mahu membuat laporan polis terhadap himpunan menyokong Anwar pada 9 Januari ini.

“Kes anak muda dipukul jauh lebih penting dari buat report itu. Sebagai wanita, mereka (Wanita Umno itu) sepatutnya memperjuangkan anak muda dan bukannya bersubahat dengan kerajaan sekarang yang berterusan menyekat kebebasan rakyat yang hanya berhimpun secara aman bagi menyuarakan pendapat,” tegasnya yang juga bekas guru.

Annie mula dikenali selepas beliau terlibat dalam himpunan Bersih di Kuala Lumpur pada 9 Julai lalu.

Beliau hadir di balai itu bagi memberi sokongan moral terhadap mahasiswa yang membuat laporan polis akibat dikasari dalam insiden yang berlaku di UPSI, baru-baru ini. -kd



Dua Beranak Parah Diragut Di Dungun

Rajawali – Seorang guru taska terpaksa bertarung nyawa ketika cuba mematahkan cubaan seorang penjenayah yang cuba menyentap beg tangan miliknya yang diletakkan di dalam bakul motosikal.

Kejadian kira-kira jam 2.30 petang itu dipercayai berlaku ketika guru taska terbabit, Norita Omar, 37, bersama anaknya, Najmi Aiman, 5 dalam perjalanan pulang ke rumahnya dekat Pelandang selepas pulang dari sebuah klinik di bandar Dungun.

Sebaik melepasi sebuah jambatan di kawasan yang agak jauh dari penempatan penduduk itu, Norita yang menunggang motosikal dikatakan secara tiba-tiba didatangi seorang lelaki tidak dikenali bermotosikal dari arah belakang, lalu bertindak menyentap beg tangan miliknya yang diletakkan di dalam bakul motosikal bersama anak lelakinya.

Motosikal yang ditunggang guru Taska Afzan Pulau Serai itu hilang kawalan menyebabkan ia berpusing beberapa kali sebelum terbabas.


Tragedi itu difahamkan sempat disaksikan seorang pemandu sebuah kereta Perodua Kembara lalu bertindak mengejar suspek berkenaan.

Sebaik menyedari tindakannya disaksikan orang ramai, suspek dikatakan telah meninggalkan motosikalnya dan berjaya melarikan diri ke kawasan perumahan berdekatan.

Dia dihantar ke Hospital Dungun oleh orang awam untuk rawatan lanjut.

Menurut mangsa yang sempat ditemui Sinar Harian ketika ingin menaiki ambulans berkata, ketika kejadian dia dalam perjalanan pulang dari Klinik Rakyat ke Pelandang Pulau Serai kerana menghantar anaknya yang demam.

Katanya, kejadian itu berlaku begitu pantas, namun dia bersyukur kerana kedua-duanya selamat.

Mangsa yang mengalami kecederaan pada bahagian muka, lengan dan paha manakala anaknya cedera parah di kepala kemudiannya dihantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah Kuala Terengganu untuk rawatan lanjut. -SH

Dari Kulai Ke Pahang, Kena Cekup Berkhalwat Pula Di Ampang

Tiket bas habis alasan khalwat

AMPANG - Tindakan seorang penuntut institut pengajian tinggi (IPT) menyewa sebuah bilik hotel murah untuk memadu asmara dengan teman lelakinya membawa padah apabila bilik penginapan mereka diserbu anggota penguat kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dan Pegawai Masjid Al-Azim, Pandan Indah, awal pagi semalam.

Pegawai Masjid Al-Azim, Ahmad Nawi Osman berkata, gadis dari Kulai, Johor itu menyewa bilik hotel berkenaan untuk bertemu teman lelakinya.

“Gadis berkenaan memberi alasan kehabisan tiket bas ekspres untuk pulang ke IPT di Pahang, lalu menyewa bilik hotel itu,” katanya.

Ahmad Nawi berkata, pihaknya mendapati gadis berusia 21 tahun itu hanya membalut tubuhnya dengan tuala, manakala pasangannya yang berusia 33 tahun itu memakai seluar pendek tanpa baju.

“Gadis itu mengenali pasangannya enam bulan lalu melalui laman sosial. Lelaki berkenaan bekerja sebagai kerani di sebuah syarikat swasta,”
katanya.

Beliau berkata, turut ditahan kerana berkhalwat adalah sepasang kekasih warga Indonesia. Wanita yang berusia 37 tahun itu bekerja sebagai pembantu rumah, manakala pasangan­nya berusia 33 tahun, seorang kontraktor.

“Wanita berkenaan telah berkahwin dan mempunyai seorang anak berusia sembilan tahun yang tinggal bersama suaminya di Indonesia, manakala pasangannya itu masih bujang,” katanya.

Operasi dijalankan mengikut Seksyen 29, Enakmen Jenayah Syariah Jais 1995. Jika sabit kesalahan, boleh didenda RM3,000 atau penjara dua tahun atau kedua-dua sekali,” katanya. -SH