Selepas Datin Maimon, Afdlin Shauki sertai Umno
KUALA LUMPUR, Jan 4: Selepas menghiburkan rakyat Malaysia dengan watak Datin Maimon, yang seolah-olah terselit dengan pelbagai mesej tersirat, pelawak terkenal Afdlin Shauki, bersama rakannya Harun Salim Bachik tiba-tiba mengumumkan menyertai Umno.
Gambar: Afdlin Shauki sebagai Datin Maimun dalam Maharaja Lawak Mega
Dua anggota kumpulan Boboi, yang menjadi naib juara dalam program Maharaja Lawak Mega (MLM) dikatakan telah menyerahkan borang keahlian Umno semalam.
Keputusan sekadar mendapat tempat kedua dalam pertandingan dikira amat mengejutkan para peminat Boboi kerana persembahan Afdlin dan Harun dalam peringkat final MLM sebagai Datin Maimon dan hantu minyak cukup menghiburkan.
Sebagai Datin Maimon, Shauki cukup mencuit hati penonton dengan gaya rambut besar dan lenggok menawan sambil menyelitkan lawak-lawak seperti cincin berlian dan beg tangan jenama mewah termasuk poco-poco dan senam aerobik.
Bukan itu sahaja, Shauki turut menghiburkan penonton dengan lawak air zamzam dan peluru yang baru dibawa pulang dari Mekah beserta lagu ‘Ghost Buster’ yang ditukar liriknya untuk membasmi orang minyak yang dilakonkan oleh Harun.
Kepada para peminat politik, sudah tentu perkataan-perkataan dan aksi-aksi yang digunakan Shauki lebih melucukan kerana minda mereka akan terbayangkan seseorang meskipun Shauki tidak berniat atau menyedari lakonannya akan mempunyai kesan sedemikian.
Dengan penyertaannya ke dalam Umno, diharap Afdlin akan terus menyumbang ke dunia hiburan tanah air tanpa sebarang sekatan dan halangan terhadap usaha murninya untuk memajukan industri seni negara.
Selamat maju jaya buat Afdlin dan Harun! -HD
Ulasan GB
Rakyat berpersepsi ini kes "cari makan" dan kena tekan sampai kena sain borang sertai UMNO, tak begitukah Afdlin Shauki & Harun Salim Bachik?

Lucu! Bik Mama jadi bahan lawak Afdlin Shauki!
Sebelum ini dalam episod Maharaja Lawak Mega 2011 yang sudah, pelawak terkenal tanah air, Afdlin Shauki pernah mencuit hati dengan gaya ala Rosmah Mansor sedang bersenam. Dalam rancangan siaran langsung pertandingan akhir Maharaja Lawak Mega 2011, malam tadi Adflin Shauki nampaknya mengutuk Bik Mama secara terus dan “All Out” tiada tapis-tapis lagi.
Beliau dengan gaya rambut serta lenggok Bik Mama, malam tadi menyelitkan lawak cincin berlian dan beg tangan jenama mewah termasuk poco-poco dan senam aerobik.
Bukan itu saja, malah beliau turut mencuit hati penonton dengan lawak air zamzam dan peluru yang baru dibawa pulang dari Mekah. Di bawah ini rakaman video antara babak-babak yang jelas memerli Bik Mama. -wowberita
Ulasan GB
Rakyat berpersepsi ini kes "cari makan" dan kena tekan sampai kena sain borang sertai UMNO, tak begitukah Afdlin Shauki & Harun Salim Bachik?
6 ulasan:
dapat hidayah masuk umporna masa tgh berlakon tu hehehehehe
Pasai hang kaitkan segmen lawak hang dengan Big Mama, maka hang kenalah terima bahana dia.
Hang kan taktau yg Big Mama ni ada s/b PDRM dia sendiri. Bila kena ugut aja lepaih rancangan MLM malam tu.. Esok tu hang terpaksalah beradap dengan s/b Big Mama. Mau tak mau pasai nak bersihkan imej Umporno Big Mama, hang kenalah pilih istihar jadi ahli UMNO... Nasib kau laa Labu Labi.....
masa buat lawak tu, afdhin buat dgn iklas tanpa paksaan sesapa. maka mesej itu paling ikhlas sindir penyamun negara yg dah semakin gemuk tu.
masa masuk umno depan tv, itu tentu tak ikhlas tapi demi survival seni, afdhlin terpaksa masuk umno.
takpe kita faham. masuk je umno dan terus buat lawak sindir mereka.
tapi MENGUNDI TETAP PANGKAH PAKATAN RAKYAT.
bagitau artis2 lain mcm tu ok bro.
apa umno nak bagi je, suruh daftar, berlebih2 kan je sokong depan tv.
belakang ludah je umno ni. eeh ludah? ni panglima perang umno sigemuk hitam tu la punya idea...hahaha
muka afdlin shauki bila dimakeup jadi gitu sebijik rupa bik mama hahahaha
Macam kena ugut je...
Kalau tak join umno kena ban. gam. no business.
tak rasa gitu ke? sampai dua2 org serentak join umno.
nasib baik la najib x confius which one bik mama...rasenye watak afdlin as a big mama lg seksi dpd bik mama..hahhaha...
Catat Ulasan