5 Jan 2012

Pakatan Rakyat Diramal Menang Besar Dalam PRU Jika Anwar Dipenjara

PR sudah ada bakal pengganti jika Anwar dipenjara

KUALA LUMPUR: Ketua pembangkang Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim, semalam berkata Pakatan Rakyat (PR) telah memutuskan penggantinya yang bakal mengetuai pakatan pembangkang itu jika beliau didapati bersalah dan dihukum penjara dalam kes liwat keduanya yang akan diputuskan oleh Mahkamah Tinggi, di sini, minggu depan.

Keputusan mahkamah itu dibuat menjelang satu pilihan raya umum ke-13 negara itu yang dijadualkan diadakan tahun ini.

Datuk Seri Anwar, bagaimanapun, tidak menamakan pengganti beliau itu dalam satu wawancara dengan agensi berita Bloomberg News, semalam.

'Kami sudah menyiapkan persediaan asas bagi sebuah manifesto bagi Pakatan Rakyat dan kami kini sedang dalam tahap-tahap akhir,' kata beliau semasa diwawancara oleh Bloomberg.

'Kami telah memutuskan perihal kepimpinan semasa pilihan raya atau selepas pilihan raya nanti jika saya dipenjarakan,' tambahnya.

Datuk Seri Anwar berkata ia merupakan sebahagian daripada rancangan luar jangka PR jika beliau diputuskan menjalani hukuman penjara sekali lagi.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur akan memberi keputusannya berhubungan perbicaraan kes liwat kedua yang membabitkan Datuk Seri Anwar, Isnin ini.

Beliau boleh menghadapi hukuman penjara sehingga 20 tahun jika didapati bersalah meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan, di sebuah kondominium mewah di Bukit Damansara, pada Jun 2008.

Kelmarin, pihak kepimpinan PR juga berkata ia telah bersiap sedia jika Datuk Seri Anwar diputuskan masuk penjara minggu depan.

'Pihak kepimpinan Pakatan, bukan sahaja saya dan (Datuk Seri Wan) Azizah (Wan Ismail) malah juga Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Encik Lim Kit Siang telah membincangkan beberapa senario... jika saya dipenjara, terbabit dalam kemalangan atau ditembak, kami sudah bersedia membincangkan pelbagai kemungkinan, senario satu, dua, tiga,' kata Datuk Seri Anwar kepada wartawan, kelmarin.

Seorang pengamat yang dipetik Bloomberg dalam laporannya semalam, berkata parti-parti PR akan meraih manfaat di kotak undi jika Datuk Seri Anwar didapati bersalah.

'Peralihan segera mungkin berlaku ke arah beliau (Datuk Seri Anwar) dan partinya,' kata Encik Ibrahim Suffian, seorang pengamat politik dari Merdeka Center for Opinion Research, yang berpangkalan di Kuala Lumpur.


'Jika Najib (Datuk Seri Najib Tun Razak) mengambil masa beberapa bulan sebelum mengadakan pilihan raya, ia akan membuka ruang timbulnya kelemahan dalam pakatan pembangkang dan apa-apa sahaja perbezaan pandangan boleh dieksploitasi (pihaknya),' tambahnya. -- Agensi.

Pakatan bersedia hadapi keputusan liwat Anwar minggu depan

PETALING JAYA, 3 Jan — Pemimpin Pakatan Rakyat hari ini berkata bersedia akan kemungkinan Datuk Seri Anwar Ibrahim disabitkan dengan tuduhan liwat yang akan diputuskan pada 9 Januari ini, menambah rancangan baru akan dilaksanakan jika ia berlaku.

“Kepimpinan Pakatan Rakyat bukan sahaja saya dan (Datuk Seri Dr Wan) Azizah (Wan Ismail) tetapi Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Lim Kit Siang telah membincangkan perkara ini... Jika saya dipenjarakan, terlibat dalam kemalangan atau ditembak, kami bersedia, perbincangkan pelbagai kemungkinan, satu, dua atau tiga senario,” katanya kepada pemberita.

Timbalan Presiden PKR Azmin Ali berkata senario itu merujuk kepada kemungkinan Mahkamah Tinggi akan mensabit kesalahan, membebaskan Anwar, sabitkan dengan jaminan atau sabitan tanpa jaminan.

Tetapi pemimpin Pakatan Rakyat enggan mengulas sama ada ia bermaksud Anwar akan digantikan dengan pemimpin lain sekiranya dipenjarakan.

“Jangan risau pasal perkara ini...kami tahu apa yang perlu dilakukan. Mengapa anda bimbang,” kata Anwar (gambar) kepada pemberita sambil tersenyum.

Keputusan kes liwat Anwar akan diketahui pada Isnin ini, tuduhan yang telah dinafikan sekeras-kerasnya dengan mengatakan ia satu rancangan untuk memusnahkan kerjaya politiknya.

Ketua pembangkang itu tidak ambil peduli tentang dakwaan beliau mengadakan lawatan ke luar negara semata-mata untuk mendapatkan sokongan dan simpati.

“Ia bukan hanya tentang 9 Januari, ia juga tentang skandal Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC) dan kenaikan kos hiduo,” katanya.

Anwar juga mengesahkan laporan The Malaysian Insider bahawa konvensyen Pakatan Rakyat yang akan diadakan pada 13 Januari hingga 14 Januari di Alor Setar, Kedah dan ia akan memberi fokus kepada manifesto parti perikatan itu.

Beliau berkata tema konvensyen itu adalah “Bersihkan Malaysia” dan akan memberi fokus kepad isu-isu yang melibatkan perkhidmatan awam, federalisme dan berkenaan mahasiswa dan beliau.

“Pakatan Rakyat mengecam sikap kerajaan BN terhadap perjuangan mahasiswa untuk memansuhkan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU),” kata Anwar merujuk kepada penahanan 17 aktivis mahasiswa semasa demonstrasi aman di Universiti Perguruan Sultan Idris pada pagi Ahad lalu.

Beliau turut mengumumkan cadangan Pakatan Rakyat kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bahawa saluran televisyen bebas perlu diwujudkan untuk mengeluarkan laporan yang adil semasa pilihan raya umum.

Anwar berkata saluran itu perlu diuruskan oleh SPR dan ia patut membenarkan liputan yang sama antara Pakatan Rakyat dan BN. -TMI


Ulasan GB

Sebelum ini GB sudah membuat ulasan. Petikan:

Tetapi pada pandangan GB jika Anwar dipenjarakan, ia akan menyebabkan simpati dan kebangkitan rakyat, sepertimana yang berlaku di dalam PRU10 tahun 1999. Bererti UMNO akan habis jugak. Malah lebih dasyat jika Anwar tidak dipenjarakan.

Sifirnya: Anwar dipenjarakan atau tidak, UMNO tetap lingkup.

Bezanya ialah jika Anwar dipenjarakan, UMNO akan lingkup dengan lebih parah dan lebih dasyat jika Anwar tidak dipenjarakan FULLSTOP


Laporan sebelum ini
klik untuk baca



5 ulasan:

Amuraria berkata...

DIPENJARA ATAU BEBAS NO PROBLEM TAPI APA PUN UMNO MESTI DI NYAHKAN ,ASAL BUKAN UMNO BERSEDIALH RAKYAT MARHAEN MALAYSIA UNTUK PILIH SELAIN UMNO-BN DI PRU-13 INSYALLAH !

Tanpa Nama berkata...

Jom kita turun ke Jln Duta KL pada 901 ini. Kita turun bukan kerana Anwar, kita turun pasai mau pastikan adakah Umporno akan memperkosakan Undang2 Malaysia lagi..
Rakyat yg bangang saja yg sokong Umporno, tak kiralah samada depani Professor ka, Dr ka, Lawyer ka ntah apa2 lagi. Penyokong Umporno dah memang dibangang pun.
Rakyat yang celik dan berakai sempurna bole nampak kalau dakwaan kpd Anwar kisah benar, tentu dah lama Anwar cabut macam Raja Petra mankuk ayun.

Umno celaka yg tak kenai neraka ni memang patut disumpah sepanjang wirid biaq dilaknat Allah secepat mungkin. Jom Turuuuuuuunnnn....
Kalau diikut panehnya perasaan dah lama dah kita bertempor, masalahnya kalau itu terjadi, inila yg Najib dan menteri Umporno suka. Umporno macam BABI....

Tanpa Nama berkata...

Org umnoo ni mudah lupa . tunggulah p/raya 13 ni

Tanpa Nama berkata...

Lawan tetap lawan. DSAI wa tabik sama lu... Lu rela berkorban demi negara. Pejuang kebebasan suara rakyat. Suara rakyat suara keramat. Kuasa rakyat tak boleh disekat. Hidup Pakatan Rakyat.

PRU-13 bila mau istihar. Apa-apa PM kasi wa angkat. Tapi undi wa sendiri punya. Lu ada fahamka...?

Tanpa Nama berkata...

Kuasa rakyat kuasa keramat, jom undi Pakatan Rakyat, kasi jatuh UMNO/BN laknat, kerajaan baru perlu dinobat.