Perlu perubahan menyeluruh, bukan hanya dakwat kekal
PETALING JAYA, 3 Jan: Biarpun kerajaan mengumumkan dakwat kekal akan digunakan pada pilihan raya umum (PRU) ke-13 nanti, namun Pakatan Rakyat berpendapat ianya masih tidak boleh menjamin proses pilihan raya bersih dan telus.
Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, pilihan raya yang adil memerlukan prubahan secara menyeluruh bukan sahaja kepada penggunaan dakwat kekal.
Ianya termasuk pembersihan daftar pemilih, kebebasan media, undi pos serta pengurusan pilihan raya secara keseluruhannya.
"...perlu kepada pembersihan pilihan raya secara menyeluruh bukan hanya kepada penggunaan dakwat kekal sahaja.
"Ia meliputi pembersihan daftar pemilih, kebebasan media, pengurusan pilihan yang cekap dan juga termasuk undi pos. Jika ini tidak dilakukan perubahan maka sistem pilihanraya di negara ini tidak akan bersih," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat di Ibu Pejabat PKR di Tropicana di sini.
Turut bersama pada sidang media itu Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, Penasihat DAP Lim Kit Siang serta Presiden PKR Datin Sri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Masih curiga
Sementara itu Anwar mendakwa, Pakatan Rakyat masih curiga dengan janji pembaharuan pilihan raya oleh kerajaan khususnya dalam perkara berkaitan daftar pemilih.
Ini kerana terdapat perubahan pada saat akhir terhadap senarai pengundi yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
"Kita menggesa senarai pengundi dibersihkan. Kita masih curiga dengan proses sekarang kerana berlaku perubahan pada daftar pemilih di saat akhir," katanya.
Dalam pada itu juga Anwar turut memaklumkan Konvensyen Pakatan Rakyat kali ke-3 akan berlangsung di Alor Setar, Kedah pada 13 dan 14 Januari ini.
Konvensyen kali ini katanya memilih tema 'Bersihkan Malaysia'.
Ulasan GB
Bagi GB, penggunaan dakwat kekal tidak bermakna apa-apa JIKA daftar pemilih yang ada belum dibersihkan terlebih dahulu.
Terdapat banyak aduan mengenai penambahan luarbiasa bilangan pengundi yang dkesani terutama di kawasan-kawasan pilihanraya di negeri yang dikuasai Pakatan Rakyat.
Justeru itu, prioriti sepatutnya diberikan kepada pembersihan daftar pemilih sepertimana yang dituntut oleh rakyat lewat BERSIH 2.0.

3 ulasan:
Tipu jangan tak tipu. Tipu menjadi makanan UMNO/BN.
jgn sokong jika dakwat hitam saja di perkenalkan...dftar pemilih dia xbersihkan kita turun lg keBERSIH3..kami akan turun utk tuntut PRU13 demi rakyat malaysia.....
Depan TV cakap berdegar-degar, bila time PRU penakut hampas utk laksanakan secara adil.
Bayangkan tempoh kempen selama 8-10, jika di Sabah atau Sarawak, apa yg akan mampu PR lakukan?
Media arus perdana langsung tak bagi peluang utk PR terangkan dasarnya kpd rakyat...
Jika dakwat kekal dilaksanakan tapi daftar pemilih berpuluh ribu nama 'hantu' yg meragukan apa gunanya...
Cuma aku yakin dgn janji Allah S.W.T, akan sampai jua ketika kezaliman itu akan hancur akhirnya...
Catat Ulasan