4 Jan 2012

Dibelasah Sampai Mati Kerana Bermesra Dengan Isteri Orang

Padah keluar dengan isteri rakan baik

JOHOR BAHRU: Padah keluar dengan isteri kenalan baik, seorang lelaki maut dibelasah dan ditikam suami kepada wanita terbabit menggunakan objek tajam di sebuah pasar raya di Plentong di sini, malam kelmarin.

Dalam kejadian jam 9.30 malam itu, mangsa, Sarmin Arsad, 40, dikatakan baru selesai membeli-belah bersama wanita berusia lingkungan 30-an terbabit.

Difahamkan, suspek yang terserempak dengan isterinya bersama Sarmin di perkarangan tempat letak kenderaan pasar raya berkenaan terkejut melihat gelagat dan aksi mereka ketika berjalan bersama.

Suspek yang berang menyaksikan perkara itu terus menyerang mangsa dan menghamburkan kata-kata kesat sebelum nekad menyerang serta menikam Sarmin.

Akibat panik dengan tindakannya sendiri, suspek melarikan diri manakala Sarmin dibawa ke Hospital Sultan Ismail (HSI) Johor Bahru untuk rawatan.

Sarmin bagaimanapun disahkan mati sejurus tiba di HSI.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Roslan Zainuddin berkata, mangsa mati ketika dalam perjalanan ke HSI akibat pendarahan teruk selepas dibelasah dan ditikam di dada sebelah kiri menggunakan objek tajam.

“Suspek yang berusia 41 tahun melarikan diri sejurus kejadian namun kami berjaya menahannya beberapa jam selepas itu. Dia kini direman untuk siasatan lanjut.

“Mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik HSI untuk bedah siasat dan kejadian terbabit mencetuskan suasana panik di kalangan pelanggan pasar raya berkenaan,” katanya.

Menurut Roslan, pihaknya masih menyiasat motif sebenar kejadian dan orang ramai mempunyai maklumat berkaitan kes diminta tampil membantu siasatan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. -hm


Kekasih gelap mati dibelasah

Suami berang terserempak isteri bermesra dengan rakan sendiri

JOHOR BAHRU: Berang selepas mengesyaki isterinya berlaku curang dengan mengadakan hubungan sulit dengan rakannya sendiri, seorang suami membelasah lelaki berkenaan hingga mati dalam kejadian di pinggir bandar raya ini, malam kelmarin.

Kejadian berlaku di tempat letak kenderaan sebuah pasar raya dekat Plentong di sini, kira-kira jam 9.30 malam sejurus suami berusia 41 tahun itu terserempak isterinya bersama mangsa yang berusia 39 tahun. Melihat kemesraan isterinya dengan lelaki itu, suaminya dipercayai gagal mengawal kemarahannya lalu bersemuka dan menyerang dengan memukul serta menikam mangsa hingga rebah berlumuran darah.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Roslan Zainuddin yang enggan mendedahkan punca kejadian, berkata mangsa meninggal dunia ketika dihantar untuk rawatan di Hospital Sultan Ismail (HSI).

“Mangsa disahkan mati akibat pendarahan teruk terkena tikaman senjata tajam yang digunakan suspek dalam serangan itu. Suspek cuba melarikan diri selepas kejadian itu, tetapi berjaya ditahan polis untuk membantu siasatan yang sedang dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

“Polis sedang menjalankan siasatan rapi bagi mengenal pasti motif dan punca pembunuhan. Mayat mangsa dibedah siasat oleh Jabatan Forensik HSI sebelum diserahkan kepada warisnya untuk pengebumian,” katanya semalam.

Tinjauan mendapati keluarga termasuk isteri mangsa yang masih terkejut dengan kejadian berada di Jabatan Forensik HSI untuk menuntut mayat suaminya.

Beberapa saudara terdekat wanita terbabit memaklumkan suri rumah itu masih terkejut dan sedang bersedih dengan tragedi itu dan enggan bertemu media. -BH


Ulasan GB

Yang anehnya, si perempuan, tahu sudah menjadi isteri orang kenapa masih tergamak bermain kayu tiga sama suami?

12 ulasan:

Zakiyah Zainon berkata...

mungkin terserempak di sana..
mungkin dia bermain kayu tiga...
errrmm...

MAHAGURU58 berkata...

Assalamualaikum tuan,

Kita sekarang ini memang berada di Akhirul Zaman dimana maksiat bermaharajalela tetapi pemerintah yang kononnya mengaku Muslim tidak berani menegakkan Syariah Allahu Ta'ala!

Sebab itulah ramai dikalangan umat Islam di negara kita berani berzina dan berlaku songsang sebab mereka tahu hukuman sivil tak akan menjejaskan diri mereka sangat?

Sistem Kehakiman Syariah Malaysia hanya bagaikan melepas batuk di tangga.

Tak ade benda pun!

Apakah sang suami itu salah membunuh laki laki yang berhubungan sulit dengan isterinya?

Itu dah nasib dia tak tikam isteri dia yang curang sekali!

Ikut Syariah dah halal darah perempuan itu!

Tanpa Nama berkata...

Kalau faham al Quran & sunnah insyaAllah boleh selesai cara baik.

Contoh:

Peranan suami apa? Bagaimana?

Isteri pula bagaimana?

Kalau ada perselisihan, bagaimana menyelesaikannya?

Semua ada, malah kalu tak sefahaman pun Allah kata, cerailah. Cara2 nak bercerai pun Allah ada sebut.

Rajin2 le attend majlis ilmu, baca bahan2 baik2, SOLUSI ke, ANIS ke, ASUH ke, murah aje, daripada beli rokok atau Mangga, URTV misalnya, atau bergaul dgn org2 jauh dgn Allah.

Aku tujukan khas tulisanku di atas utk diriku sendiri.

Ya Allah, jadikan kami umatMu yang suka mencari ilmu yang manfaat & mengamalkan. Bantulah kami ya Allah.

Tanpa Nama berkata...

ORANG YG BERMAIN KAYU TIGA... WAJAR DIBELASAH DNGAN TIGA KAYU

Tanpa Nama berkata...

mana ada main kayu tiga bebb. tu cemburu buta namanya.

Tanpa Nama berkata...

dah depan mata pn nk ckp cemburu buta lg kew...dh thu awak 2 bini org mintak la izin dlu gan laki awak...x la member 2 terkejut beruk ble jumpe cm kat shooping komplek 2.....sape nk disalahkan ??????

Tanpa Nama berkata...

kalau bini aku mcm tu pun aku taboh sampai lunyai

Tanpa Nama berkata...

Bila dah jadi begini, yang kesiannya anak2 la (kalau ada anak). Mcm mana diorang nak berhadapan dgn masyarakat?

mat berkata...

Harga yang masyarakat kena bayar daripada ledakan FB !!

cumie berkata...

Hampa semua cakap pandai saja. Dah tak kena atas kepala hampa boleh la cakap, cuba Tuhan bagi kena kat hampa. Baru hampa tau............

mengai tang titi berkata...

sokong cumi (macam besa dengaq ja ayat tu)

Tanpa Nama berkata...

kalau wanita memiliki kudrat seperti lelaki, lagi ramai yang mati.