3 Jan 2012

Dari Kulai Ke Pahang, Kena Cekup Berkhalwat Pula Di Ampang

Tiket bas habis alasan khalwat

AMPANG - Tindakan seorang penuntut institut pengajian tinggi (IPT) menyewa sebuah bilik hotel murah untuk memadu asmara dengan teman lelakinya membawa padah apabila bilik penginapan mereka diserbu anggota penguat kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dan Pegawai Masjid Al-Azim, Pandan Indah, awal pagi semalam.

Pegawai Masjid Al-Azim, Ahmad Nawi Osman berkata, gadis dari Kulai, Johor itu menyewa bilik hotel berkenaan untuk bertemu teman lelakinya.

“Gadis berkenaan memberi alasan kehabisan tiket bas ekspres untuk pulang ke IPT di Pahang, lalu menyewa bilik hotel itu,” katanya.

Ahmad Nawi berkata, pihaknya mendapati gadis berusia 21 tahun itu hanya membalut tubuhnya dengan tuala, manakala pasangannya yang berusia 33 tahun itu memakai seluar pendek tanpa baju.

“Gadis itu mengenali pasangannya enam bulan lalu melalui laman sosial. Lelaki berkenaan bekerja sebagai kerani di sebuah syarikat swasta,”
katanya.

Beliau berkata, turut ditahan kerana berkhalwat adalah sepasang kekasih warga Indonesia. Wanita yang berusia 37 tahun itu bekerja sebagai pembantu rumah, manakala pasangan­nya berusia 33 tahun, seorang kontraktor.

“Wanita berkenaan telah berkahwin dan mempunyai seorang anak berusia sembilan tahun yang tinggal bersama suaminya di Indonesia, manakala pasangannya itu masih bujang,” katanya.

Operasi dijalankan mengikut Seksyen 29, Enakmen Jenayah Syariah Jais 1995. Jika sabit kesalahan, boleh didenda RM3,000 atau penjara dua tahun atau kedua-dua sekali,” katanya. -SH

5 ulasan:

ila manzui berkata...

Heran sungguh kome nie, sekarang ni kan banyak kes tangkap khalwat kat hotel2 bajet, kenape tak sewa hotel 3 - 4 bintang, gerenti selamat punye. Selamat dari manusia yang bernama penguatkuasa lee...Dosa tetap dosa.
Ade kome dengar penguatkuasa tangkap pasangan kat hotel mahal ? Tak ade punye. Korban le seratus dua, janji selamat. Ini nak buat maksiat tapi sayang duit, dah kena tangkap, kena denda pulak haa ribu pulak tu, dapat malu lagi... eh eh.
Kesimpulannya jangan buat maksiat, simpan duit buat kahwin yang halal. Moga Allah membahagiakan kita semua.

Tanpa Nama berkata...

Alang-alang nak buat maksiat...berkampung lah kat hotel 4,5 bintang ker dlm 2,3 ari......insyaallah x der orang kacau.....Pancutlah banyak2 kat ctuu....bodoh tull.....otak kambing....

kampong lad berkata...

O you who have believed, do not enter houses other than your own houses until you ascertain welcome and greet their inhabitants. That is best for you; perhaps you will be reminded.
(surat an-nur ayat 27)

And if you do not find anyone therein, do not enter them until permission has been given you. And if it is said to you, "Go back," then go back; it is purer for you. And Allah is Knowing of what you do. (surat an-nur ayat 28)

bilik hotel adalah hak mutlak penyewa. apa fatwa ulamak2 mengenai ayat2 diatas?

Tanpa Nama berkata...

Di rumah sendiri pun kalau ada perbuatan khalwat, ia tetap boleh diperiksa oleh pihak berkuasa untuk membasmi maksiat walaupun rumah sendiri hak mutlak tuannya/pemilik.

kampong lad berkata...

ayat mana & surat mana yg mewajibkan pihak berkuasa berbuat demikian? perbuatan khalwatitu apa? apakah menulis dlm blog2, surat2khabar & lain2 platfom utk tujuan fitnah, menjatuhkan maruah seseorang & sbgnya bukan perbuatan maksiat? apa tindakan pihak berkuasa? perbuatan dlm tajuk ini antara pelaku dgn allah swt. ini tidak bermakna kita setuju atau 'condone'