11 Mac 2009

Pakej Ransangan Ekonomi Najib, Hutang Negara Meningkat

Orang yang dilaporkan akan mengambil alih Perdana Menteri pada penghujung bulan ini tidak banyak berbicara mengenai falsafah ekonominya. Namun pengumuman pakej RM60 billion untuk merangsang ekonomi negara, menjelaskan satu hal: Najib Razak bukan seorang pembaharu sistem pasaran bebas.

Najib, yang sekarang ini Timbalan Perdana Menteri, menyifatkan pakej yang dibentangkan semalam sebagai “yang belum pernah berlaku di dalam sejarah negara.”

Untuk perbelanjaan secara kasarnya 9 peratus dari Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) untuk tahun 2008 untuk tempoh 2 tahun, bukan sesuatu yang ditokok-tambah. Malaysia akan meningkatkan hutang untuk menampung keperluan tersebut. Defisit fiskal kini diramalkan mencecah paras 7.6 peratus dari KDNK, meningkat dari 4.8 peratus.

Malaysia mengikut jejak-langkah dasar fiskal negara-negara Amerika, Australia dan Japan, namun ia bukan satu langkah yang bijak.

Pembentukan “ransangan” dari kesemua perbelanjaan ini dijangkakan begitu terhad. Kebanyakan wang akan dibelanjakan ke atas jaminan pinjaman, prasarana dan pengembangan sektor awam, berbanding dengan potongan cukai yang mampu menjanakan ransangan pertumbuhan yang produktif.

Syarikat pelaburan negara, Khazanah, misalnya, akan diperuntukkan RM10 billion. Projek pertanian terpilih dan syarikat automatif negara juga menerima bahagian peruntukan masing-masing. Kerajaan sendiri akan mengambil 63,000 kakitangan untuk mengisi kekosongan jawatan dan sebagai pegawai kontrak di pelbagai agensi Kerajaan.

Kesemuanya ini merupakan perulangan berkesan terhadap polisi-polisi usang, yang-terbaik-dari-kerajaan. Ia merupakan keterbalikan daripada apa yang sebenarnya diperlukan oleh Malaysia, iaitu untuk meninggalkan pemikiran tersebut dan beralih kepada iklim perniagaan yang menggalakan pelaburan persendirian dan keusahawananan. Kerajaan meramal KDNK akan menguncup 1 peratus tahun ini.

Pengembangan fiskal semalam juga merupakan satu risiko politik untuk Najib dan juga partinya. Pengundi Malaysia, yang sudah bosan dengan politik perkauman amalan BN dan pertumbuhan ekonomi yang lembab, telah menyerahkan lebih kurang satu pertiga kerusi parlimen tahun lalu kepada parti pembangkang dan kejayaan di dalam dua pilihanraya kecil selepasnya.

Jika pakej Najib ini tidak berkesan, para pengundi akan memprotesnya pada pilihanraya yang akan datang.

Terjemahan dari The Wall Street Journal oleh Greenboc.

_____________________________________________

Berikut intipati pakej rangsangan kedua:

# Pembeli rumah diberikan pelepasan cukai bagi faedah yang dibayar untuk pinjaman perumahan sehingga RM10,000 setahun selama 3 tahun;

# Tambahan RM200 juta bagi membina Rumah Mesra Rakyat untuk golongan berpendapatan rendah;

# Dana RM1.6 bilion untuk menggalakkan pelaburan;

# RM200 juta untuk membaiki dan menyenggara longkang dan jalan;

# RM150 juta untuk menjalankan kerja-kerja pengubahsuaian, menyelenggara dan membaik pulih rumah kebajikan, balai dan kuarters bomba serta tandas awam di masjid, surau dan kawasan pelancongan;

# Kerajaan akan menerbitkan Bon Simpanan Kerajaan berasaskan syariah berjumlah RM5 bilion tahun ini;

# RM1.95 bilion untuk membina dan menambah baik kemudahan 752 sekolah, terutamanya di kawasan luar bandar serta Sabah dan Sarawak, di mana RM300 juta akan digunakan untuk menambah baik kemudahan sekolah agama bantuan kerajaan, sekolah jenis kebangsaan (SJK) Cina dan SJK Tamil dan sekolah mubaligh;

# RM230 juta diperutukkan untuk meningkatkan kemudahan asas terutamanya bekalan elektrik dan air di kawasan luar bandar terutamanya di Sabah dan Sarawak;

# RM350 juta peruntukkan untuk pembinaan jalan luar bandar;

# Subsidi RM674 juta untuk mengelak kenaikan harga barangan keperluan seperti gula, roti dan tepung; *

# RM480 juta untuk menampung kenaikan kadar tol; *

# Kerajaan juga akan menyediakan peruntukan RM500 juta untuk Program enyenggaraan Infrastruktur Awam (PIA) dan Projek Infrastruktur Asas (PIAS) dengan dengan memberi tumpuan kepada Sabah dan Sarawak;

# RM1.2 bilion diperuntukkan untuk menyediakan infrastruktur dan
meningkatkan aktiviti ekonomi di Sabah dan Sarawak;

# RM300 juta untuk program mikro kredit tanpa cagaran di bawah AgroBank bagi embantu petani dan peniaga berasaskan pertanian di luar bandar serta RM50 juta untuk program di bawah Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (Tekun);

# Tabung Kebajikan Nelayan sebanyak RM2 juta akan diwujudkan dan diuruskan oleh Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia;

# RM20 juta akan disediakan untuk meningkatkan kemudahan pusat penjagaan harian warga tua, memantapkan pengurusan rumah perlindungan wanita dan menambah kemudahan pusat asuhan kanak-kanak;

# Kerajaan mencadangkan pengecualian cukai yang diberi ke atas bayaran pampasan kehilangan pekerjaan sebanyak RM6,000 sekarang dinaikkan kepada RM10,000 bagi setiap tahun genap perkhidmatan;

# Kerajaan mewujudkan skim Jaminan Modal Kerja berjumlah RM5
bilion untuk membiayai modal kerja syarikat yang mempunyai dana pemegang ekuiti di bawah RM20 juta;

# Kerajaan akan wujudkan Institusi Jaminan Kewangan dengan modal berbayar permulaan RM1 bilion, bagi menyediakan penambahan kredit kepada syarikat yang bercadang mendapatkan pembiayaan pasaran bon. Dijangkakan bon-bon berjumlah RM15 bilion akan diwujudkan menerusi kemudahan berkenaan;

# Terbitan hak oleh syarikat tersenarai tidak lagi perlu kelulusan
Suruhanjaya Sekuriti;

# Bagi menggalakkan pengambilalihan dan penggabungan, Kod untuk tujuan itu tidak lagi terpakai kepada Syarikat Sendirian Berhad;

# Hanya Suruhanjaya Sekuriti perlu dimaklumkan mengenai sebarang pindaan mengenai terma dan syarat terbitan bon dan sukuk;

# Bon boleh tukar dikecualikan daripada keperluan penarafan mandatori;

# Status penduduk tetap boleh dipertimbang sebagai warga asing yang memiliki set bersih tinggi dan membawa masuk lebih AS$2 juta pelaburan atau penabungan di Malaysia, sebagai usaha untuk membawa memasuk indvidu beraset besar dan
berkemahiran tinggi;

# Golongan profesional berkemahiran tinggi juga boleh dipertimbangkan untuk diberi status yang sama;

# Berkuatkuasa 1 Feb, pembayaran levi bagi Kumpulan Wang Pembangunan Sumber Manusia (HRDF) akan dikecualikan selama enam bulan untuk majikan industri tekstil, elektrik dan elektronik;

# Berkuatkuasa 1 April, kadar pembayaran levi akan dikurangkan kepada 0.5 peratus daripada satu peratus bagi semua majikan untuk tempoh dua tahun;

# Tambahan RM200 juta kepada Dana Pembangunan Automotif;

# Kerajaan akan membantu skim pelupusan kereta Proton dan Perodua, dengan diskaun RM5,000 akan diberikan kepada pemilik kereta sebarang jenama kereta yang ingin melupuskan kereta mereka yang berusia 10 tahun untuk membeli kereta baru Proton dan Perodua;

# Malaysia Airports Holdings Bhd akan membina dan mengendalikan lapangan terbang syarikat penerbangan tambang murah (LCCT) baru di Lapangan Terbang Antarabangsa KL pada anggaran kos RM2 bilion;

# RM250 juta untuk memperluaskan Lapangan Terbang Pulau Pinang;

# Rebat 50 peratus ke atas caj pendaratan akan diberikan kepada semua syarikat penerbangan yang mempunyai operasi di negara bagi tempoh dua tahun mulai 1 April;

# Untuk pelaburan antara 10 Mac, 2009 dan 31 Dis, 2010, kerajaan mencadangkan perbelanjaan loji dan jentera diberikan Elaun Modal Dipercepatkan, yang boleh dituntut dalam tempoh dua tahun;

# Bagi membantu syarikat yang terjejas akibat kesan krisis ekonomi, kerajaan mencadangkan kerugian tahun semasa syarikat dibenarkan dibawa ke tahun sebelumnya. Ini bagi membantu aliran tunai syarikat berbanding layanan cukai sedia ada. Jumlah kerugian yang dibenarkan sehingga RM100,000 setahun yang terpakai bagi tempoh taksiran 2009 dan 2010;

# Paras threshold untuk levi keuntungan luar biasa ke atas sawit akan dinaikkan kepada RM2,500 satu tan untuk Semenanjung Malaysia dan RM3,000 untuk Sabah dan Sarawak.

# RM200 juta untuk menaik taraf infrastruktur di tempat tumpuan pelancong;

# Dana pelaburan Khazanah Nasional akan dinaikkan sebanyak RM10 bilion, dan akan dilaburkan dalam tempoh dua tahun dengan memberi keutamaan kepada aktiviti pelaburan domestik yang mempunyai kesan dan mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan;

# RM100 juta untuk membina jejantas dan laluan berbumbung antara bangunan terutaanya di kawasan Setitiga Emas, Kuala Lumpur;

# Kerajaan akan sedia dana berjumlah RM2 bilion bagi membantu pelaksanaan projek menerusi Inisiatif Kewangan Swasta dan usaha sama awam-swasta. Firma swasta akan dipelawa untuk membida bagi memperoleh dana itu;

# Kerajaan bercadang menambah jumlah biasiswa untuk kemasukan ke universiti swasta tempatan;

# Syarikat berkaitan kerajaan akan mendirikan 10 sekolah swasta yang bukan bertujuan membuat keuntungan;

# Sektor perkhidmatan akan diliberalisasikan lagi bagi menarik lebih banyak pelaburan, membawa masuk lebih ramai profesional serta teknologi, selain mengukuhkan daya saingnya;

# Jawatankuasa Pelaburan Asing akan mengguna pakai pendekatan lebih liberal ke arah membawa perubahan positif dan menyediakan persekitaran yang lebih mesra pelabur dalam usaha menarik lebih banyak pelaburan, termasuk pelaburan langsung asing;

# televisyen Malaysia (RTM) diperuntukkan RM20 juta bagi melaksana beberapa projek untuk membangunkan industri muzik tempatan;

# Semua pemerolehan kerajaan akan dibuat menerusi tender terbuka atau tender terhad, kecuali dalam kes-kes khusus.


Pak Lah Perlu Tangguhkan Peralihan Kuasa Kepada Najib

Pendedahan dibuat media luar negara mengenai hubungan Timbalan Perdana Menteri Dato Seri Najib Razak dengan model Mongolia, Altantuya yang mati dibunuh dengan kejam di Malaysia menyebabkan banyak pihak mempertikaikan kredibiliti Najib yang bakal menjadi PM dan kes ini sekaligus mencemarkan imej negara di mata dunia.

Ramai berpendapat Dato Seri Abdullah perlu menilai semula peralihan kuasa kerana Najib bukan orang selayaknya menjadi orang nombor satu negara.

Naib Presdien PAS, Ustadz Ahmad Awang menyatakan dengan pendedahan tersebut adalah paling wajar Najib perlu meletakkan jawatannya sebagai TPM sehingga dibuat pendedahan tersebut dibersihkan.

Setiausaha Agung PAS, Dato Kamaruddin Jaafar pula menyatakan perkara ini sudah tentu merupaka isu yang amat besar yang mesti Najib dan negara selesaikan untuk adanya peralihan kuasa di dalam negara ini.

Bendahari PAS, Dr Hatta Ramli menjelaskan bahawa sekalipun tanpa pendedahan kes Altantuya oleh akhbar Perancis berkenaan, Najib tidak layak untuk menjadi PM dan pendedahan ini menambahkan lagi keyakinan kita memerlukan PM asalkan bukan Dato Seri Najib.

Dato Abu Bakar Chik, AJK PAS Pusat menggesa Dato Seri Abdullah mengambil tanggungjawab perkara ini dan bukan oleh pegawai bawahannya, jika rakyat benarkan juga orang sebegini tanpa Najib dibicarakan maka rakyat sendiri yang akan mengikut pemimpin sepertimana yang dijelaskan oleh Al-Quran yang mafhumnya "kami nak masuk neraka kerana mengikut orang yang kami ikut".

Seorang lagi AJK PAS Pusat Ustaz Idris Ahmad berharap Pak Lah dapat menangguhkan dahulu peralihan kuasa kepada Najib dan Najib perlu menjawab serta mempunyai bukti kukuh untuk membuktikan dakwaan demikian tidak benar.

Ketua Pengarah Strategik PKR, YB Saifuddin Nasution pula memberitahu hal tersebut telah dibangkitkan di dalam Dewan Rakyat pada minggu lalu tetapi tidak mendapat jawapan yang konkrit diberikan. Beliau menambah akhbar yang menyiarkan hal tersebut yang dilakukan secara "investigative reporting" dan oleh kerana itu perkara tersebut tak sepatutnya dibiarkan begitu sahaja kerana ia menjejaskan imej negara.


Anwar Kemuka Gagasan Ekonomi Pakatan Rakyat

Pada 8 Mac lalu, di dalam Pidato Kebangsaan yang disampaikan sempena Ulngtahun Pertama Pakatan Rakyat di MBSA SHah Alam, Datuk Seri Anwar telah mengutarakan gagasan ekonomi yang menjadi agenda Pakatan Rakyat. Berikut ialah petikannya:

Negara sekarang berhadapan dengan cabaran yang sugguh getir. Kita insaf dengan keadaan ekonomi yang menguncup dan kesan buruknya buat rakyat khususnya kalangan miskin. Pendekatan lama yang menangguk atau menggeruk di atas keperitan hidup rakyat miskin harus berubah. Pemerintah tidak wajar sekadar membantu meredakan sedikit beban rakyat tetapi tidak melepaskan mereka dari putaran ganas kemiskinan; supaya mereka mampu berdikari.

Cara yang diamalkan selama ini dengan memberikan bantuan kecil untuk mengekalkan kebergantungan "dependency syndrome" untuk tujuan politik murahan perlu ditamatkan. Pendekatan arus berubah kepada pinjaman kecil atau kredit mikroumpamanya buat masyarakat Melayu, bumiputera dan rakyat miskin lainnya. Kita perlu melakukan anjakan dalam dasar pembangunan desa dan pendekatan baru dalam menangani kemiskinan bandar.

Dasar membela rakyat termiskin dan terpinggir (affirmative action) bukanlah untuk menjadikan mereka khadam terhormat tetapi harus menjurus ke arah membebaskan mereka dari kebergantungan. Maka sungguh mengelirukan manakala kita diminta bersyukur dengan limpahan projek kecil tetapi dipadam kenyataan bahawa kos sara hidup dan jumlah pengangguran dijangka mencecah 400 ribu orang. Pertumbuhan ekonomi tidak terkesan di akhir tahun 2008. Ekspot januari 2009 mencatat kejatuhan paling teruk sepanjang 28 tahun (menguncup 32% berbanding tahun sebelumnya).

Kita kini harus menangani krisis ekonomi yang paling dahsyat dalam sejarah bangsa kita. Tetapi kita juga berdepan dengan rasuah, krisis undang-undang dan masalah hubungan kaum yang meruncing.

Segala krisis ini hanya boleh diselesaikan melalui agenda ekonomi yang mampu menggembeling seluruh kekuatan rakyat. Menangani kemelut ekonomi yang kian parah menuntut anjakan dari dasar lmbap yang tidak diyakini pelabur dan rakyat. Segala ransangan dana tidak akan berbekas tanpa perubahan sistem percukaian, perundangan dan pengagihan adil.

Justeru itu harus waspada dengan percubaan penguasa dengan menggunakan muslihat baru, memohon diredakan penggeseran politik dengan menumpukan kepada isu kegawatan ekonomi walhasil isu ekonomi tidak mungkin terlepas dari isu perencanaan ekonomi, ketelusan dan pertanggungjawaban.

Ini diperkukuhkan dengan perbicaraan yang dikaitkan dengan peralihan pimpinan negara. Peralihan malah tambah mencemaskan kerana terperangkap dengan dasar usang yang mencengkam kebebasan dan urusan ekonomi yang menjurus kepada rasuah dan penyelewengan.

Perhatikan saja hubungkait permasalahan ekonomi dengan pengurusan negara. Beban rakyat bertambah akibat kebocoran atau ketirisan - kos air, letrik dan tol meningkat. Ini juga berpunca akibat kecurangan dan perjanjian memihak kepada pemodal dan membebankan rakyat samada konsesi tol lebuhraya atau janakuasa bebas (IPP).


Selangor Negeri Pertama Isytihar Asset Secara Online

Kerajaan Selangor akan menjadi negeri pertama yang akan melakukan perisytiharan aset Menteri Besar dan para exconya secara talian di dalam laman web rasmi kerajaan negeri beberapa hari lagi.

Langkah tersebut sebagai menyahut titah Sultan Selangor sewaktu merasmikan sidang penggal kedua Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini, baginda bertitah pengisytiharan aset tersebut dibuat bagi melaksanakan dasar pentadbiran baik yang dipromosikan dalam konsep kompeten, kebertanggungjawaban dan ketelusan.

Kerajaan negeri Selangor pimpinan bekas Menteri Besar dan anggota Exconya tidak mengisytiharkan aset masing-masing.

Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim berkata, pihaknya tidak menemui apa-apa perisytiharan harta dibuat oleh bekas Menter Besar, Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo dan barisan Excony.

Sultan Sharafuddin Idris Shah telah bertitah, “Pada masa hadapan, beta menaruh keyakinan kerajaan negeri akan melaksanakan secepat mungkin pengisytiharan aset semua ahli majlis mesyuarat kerajaan negeri dalam usaha meletakkan Selangor di hadapan daripada aspek pelaksanaan tadbir urus yang baik."

Titah baginda lagi, pengisytiharan aset itu sewajarnya boleh dicapai orang ramai secara dalam talian.

Dalam ucapan hampir dua jam itu, Sultan Selangor turut berharap beberapa isu berbangkit di negeri itu – antaranya penstrukturan semula aset dan bekalan air, pembersihan Sungai Klang, sistem pengangkutan awam, peningkatan jenayah dan pemilikan tanah orang Asli – dapat diselesaikan segera.

Mengulas keselamatan di negeri itu, Sultan Sharafuddin bertitah, jumlah anggota polis perlu ditambah bagi mengimbangi nisbah penduduk di negeri itu.

Pihak berkuasa tempatan (PBT) juga disarankan mengkaji penubuhan polis bantuan bagi menyokong usaha membeteras jenayah oleh polis yang menurut baginda mengalami kekurangan pegawai.

“Di samping itu, beta turut menyarankan skim gaji dan upah polis dikaji semula, seiring dengan pengorbanan dan sumbangan mereka yang berkhidmat untuk negara kita yang dicintai,” titah baginda.

Mengulas mutu alam sekitar di negeri itu, baginda bertitah, sudah sampai masanya kerajaan negeri memikirkan secara serius pembersihan Sungai Klang secara menyeluruh.

“Ini mungkin memakan masa sepuluh hingga 20 tahun, seperti mana pembersihan sungai yang pernah dijalankan di seluruh dunia,” titah tuanku.

Berhubung penstrukturan semula air di negeri itu yang menyaksikan ketegangan terbuka antara kerajaan dengan syarikat konsesi, baginda bertitah:

“Beta faham industri air ini teramat kompleks dan melibatkan banyak analisis kewangan. Oleh itu, beta berharap harga yang ditawarkan oleh kerajaan kepada syarikat-syarikat konsesi air berpatutan dan sesuai bagi memudahkan rundingan.”

Sultan Sharafuddin juga menyeru semua pihak menghormati sepenuhnya Perlembagaan Persekutuan, undang-undang tubuh kerajaan Selangor dan undang-undang negara dengan tidak menafsirkannya sesuka hati.

“Kita perlu sentiasa mengangkat martabat Perlembagaan Persekutuan, undang-undang tubuh kerajaan Selangor dan undang-undang negara ke tahap tertinggi mengatasi segala kepentingan peribadi dan politik masing-masing,” titah baginda.

Sidang DUN akan berlangsung selama seminggu sehingga 17 Mac ini.


PAS Johor Desak Laporan SPRM Terhadap Syed Hamid

PAS Johor hari ini telah mendesak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memberikan perkembangan semasa terhadap aduan berhubung dua laporan yang telah diserahkan kepada BPR sebelum ini.

Yang Pertama ialah dakwaan untuk merasuah calon PAS di dalam pilihanraya umum2004 dan yang kedua berhubung dakwaan Syed Hamid yang dituduh membeli undi ahli UMNO bagi mengekalkan jawatan Ketua UMNO Bahagian yang disandangnya.

Ketua Penerangan PAS Johor, Mazlan Aliman, juga meminta SPRM mengambil tindakan keatas mereka yang terlibat jika terbukti hal tersebut dilakukan.

"SPRM mestilah efektif dan bukan hanya bercakap sahaja," katanya kepada wartawan di dalam satu sidang media di luar pejabat SPRM Johot, dan berkata tidak sepatutnya wujud pendakwaan terpilih.

Mazlan, yang juga Ahli Jawatankuasa PAS Pusat berkata PAS kecewa setelah laporan dibuat kepada BPR, tiada sebarang tindakan menyusul selepasnya.

Beliau merujuk kepada penahanan dua orang oleh BPR pada 16 Mac 2004 di Felda Sungau Sayong kerana cuba merasuah Sanip Ithnin, calon PAS untuk kerusi dewan undangan negeri Pasir Raja, supaya menarik diri dari pencalonan di dalam pilihanraya umum ke 11 lalu.

Pada 6 Nov 2008, Yang Dipertua PAS Kota Tinggi Kamaldin Tahir telah membuat laporan kepada BPR Johor tentang dokumen yang mendakwa berlaku gejala politik wang termasuk oleh Syed Hamid yang juga Ketua Umno Bahagian Kota Tinggi. Dokumen tersebut telah diberikan kepadanya oleh tujuh orang ahli UMNO dari Bahagian Kota Tinggi yang menyatakan mereka telah menerima seumlah wang bagi menyokong Syed Hamid mempertahan kerusi Ketua bahagian UMNO Kota Tinggi.

Syed Hamid telah menerima tentangan sengit dari pencabarnya bekas Naib Ketua Bahagian tersebut Daing A. Malik bin Daing A. Rahman. Beberapa insiden pergaduhan berlaku dan lima laporan polis telah dibuat mengenai peristiwa pergaduhan di mesyuarat beberapa cawangan Umno dalam Bahagian Kota Tinggi.


10 Mac 2009

Najib Perlu Ikhlas Ajak Pembangkang Fokus Ekonomi

Timbalan Perdana Menteri Dato Seri Najib Tun razak mengajak "kerajaan dan pembangkang memberi fokus kepada ekonomi dan rakyat."

"Kita sudah mula kedengaran suara rakyat yang mahu kerajaan dan pembangkang untuk mengutamakan usaha memulihkan semula ekonomi negara dalam keadaan kegawatan ekonomi global dan mengetepikan kemelut politik.

"Saya sendiri menerima saranan ini dengan hati yang terbuka," kata beliau ketika membentangkan Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2009) di Dewan Rakyat petang tadi.

"Timbalan Perdana Menteri berkata "kita perlu peka kepada saranan rakyat yang semakin lantang dan kerap diutarakan supaya kerajaan dan pembangkang memberi fokus kepada ekonomi dan rakyat."

"Saya menyeru semua pihak termasuk rakan-rakan sama ada di sebelah sini dan di sebelah sana serta setiap lapisan masyarakat agar berganding bahu dan berusaha gigih untuk mengembalikan ekonomi negara ke landasan pertumbuhan yang lebih kukuh serta mapan," kata beliau yang juga Menteri Kewangan.

Beberapa orang pemimpin pembangkang menyatakan bahawa Najib perlu jujur dan ikhlas dengan seruannya itu.

Ini kerana beliaulah yang bertanggungjawab yang menimbulkan kemelut politik yang berlaku di Perak.

"Najib perlu berani mengakui bahawa beliau merupakan orang yang telah menjadikan negeri Perak huru-hara dan perlu merafak sembah Sultan Perak memohon supaya DUN dibubarkan dan pilihanraya di adakan semula," kata seorang pemimpin PAS hari ini mengulas kenyataan Najib yang meminta semua pihak memberi fokus kepada masalah kegawatan ekonomi.

"Bagaimana mungkin selepas beliau merampas negeri orang kemudian meniup wisel untuk menamatkan permainan dan kemudian mengajak untuk berbaik-baik untuk mengalihkan pandangan kepada isu ekonomi?" tambahnya lagi.

Najib telah mengisytiharkan pembentukan Kerajaan BN setelah beliau didakwa berjaya menculik dan menyogok beberapa orang ADUN PKR dan DAP untuk melompat sebagai ahli Bebas yang menyokong BN awal bulan lalu.

Kesan daripada rampasan kuasa itu negeri Perak telah berada di dalam keadaan huru-hara sehingga hari ini dengan diperburukkan oleh penolakan pihak Istana untuk membubarkan DUN dan mengadakan pilihanraya semula bagi mendapat semula keputusan dan mandat rakyat tentang kerajaan yang dipilih oleh rakyat, bukan ditentukan oleh cara yang lain daripada apa yang telah ditetapkan oleh Perlembagaan.

"Ini negara demokrasi, kedaulatan Undang-undang perlulah dipelihara, jika institusi raja sesuka hati mendengar kata-kata pihak tertentu sahaja, lain kali tak payah ada pilihanraya. Sultan lantik saja kerajaan mana yang baginda mahu untuk mentadbir negeri. Bolehkah begitu?" kata seorang rakyat Perak yang kecewa dengan senario politik yang berlaku di negerinya yang menjelaskan terdapa pihak yang terang-terangan membelakangkan Perlembagaan Negara.

Najib seelumnya telah membentangkan budget tambahan untuk tempoh dua tahun bagi menghadapi kemelut ekonomi semasa berjumlah 60 Billion.

Pada awalnya Malaysian Insider meramalkan 50 Billion sementara beberapa pihak lain menganggarkan 10 Billion sahaja.

Ketika membentangkan pakej rangsangan itu, yang kedua seumpamanya dalam tempoh lima bulan, Najib berkata, pakej untuk tempoh dua tahun itu mengandungi empat teras iaitu:

- mengurangkan pengangguran dan menambah peluang pekerjaan

- meringankan beban rakyat terutama golongan mudah terjejas

- membantu sektor swasta menghadapi krisis dan

- membina keupayaan masa depan

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim, Menteri Besar Selangor didalam ulasannya menyatakan bahawa kebimbangan utama "kebocoran" yang berlaku di dalam aliran ekonomi disamping sistem penyampaian dan pengagihan kontrak dilakukan.

Sementara Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng menyifatkan apa yang diumumkan tidaklah begitu memberangskan kerana ia cuma memperbaiki keadaan kadar pertumbuhan dari -0.1% kepada +0.1%. Keadaan "best case scenario" ialah 0.1% masih belum mampu untuk mengatasi kemelesetan ekonomi.


Harapan Rakyat Untuk Perubahan

PERUBAHAN. Apa itu perubahan? Semua orang suka bercakap tentang perubahan. Daripada menteri hinggalah kepada rakyat. Tidak kira Umno mahupun DAP- semuanya mahu dilihat membawa perubahan. Agenda perubahan merupakan senjata paling ampuh dalam politik- terutamanya di Malaysia.

Rakan perubahan ialah HARAPAN. Harapan wujud apabila perubahan dijanjikan. Harapan juga boleh musnah apabila janji perubahan tidak dikotakan. Apabila harapan telah musnah, pasti ada pihak yang akan dihukum.

Keputusan PRU 12 telah membuktikannya. Orang ramai telah menghukum Barisan Nasional kerana gagal membawa perubahan yang dijanjikan.

Tetapi pada masa yang sama, harapan baru juga boleh muncul. Harapan baru datang apabila harapan lama telah terkubur. Dalam hal ini, Pakatan Rakyat dilihat sebagai harapan baru dalam meneruskan agenda perubahan di 5 buah negeri. Pakatan Rakyat juga dilihat mampu mendesak Barisan Nasional untuk membawa perubahan dari segi pengurusan kerajaan dan ekonomi di peringkat Pusat.

Berbalik kepada perubahan. Apabila ada pihak yang membawa perubahan, pasti akan ada pihak yang cuba menghalang atau mengkritik. Ini perkara biasa dalam kehidupan.

Untuk kita memahami perkara ini tidak susah. Sila perhatikan isu pemberian tanah di Perak. Bagaimana kerajaan Pakatan telah melakukan perubahan dengan memberikan geran tanah kepada penduduk kampung. Perkara ini adalah selari dengan harapan orang ramai di Perak. Tetapi usaha ini telah dimanipulasikan serta dihalang oleh kerajaan pusat Barisan Nasional.

Dalam isu air di Selangor, bagaimana kerajaan pusat sekali lagi cuba untuk mengsabotaj usaha kerajaan Pakatan dalam mengambil alih syarikat pembekal air. Langkah ini telah menghalang kerajaan negeri dalam melakukan perubahan untuk meringankan beban rakyat.

Begitu juga di Pulau Pinang dalam isu Jambatan Kedua. Semua pihak faham jambatan kedua ini penting dalam pertumbuhan ekonomi zon utara- lebih-lebih lagi Pulau Pinang. Tetapi apa yang berlaku selepas kerajaan negeri bertukar tangan, kerajaan pusat telah melewatkan malah ada cubaan untuk membatalkan projek ini.

Ini merupakan beberapa contoh perubahan yang cuba dihalang daripada dilaksanakan.

Perubahan juga masih boleh dilaksanakan walaupun sudah terlewat. Lewat tidak bermakna tidak boleh berlaku. Kerana di akhirnya orang ramai ingin melihat perubahan itu dilaksanakan, Dan inilah yang berlaku di peringkat pusat.

Kita ambil contoh bagaimana kerajaan Barisan Nasional telah membuat pindaan terhadap Akta Universiti Kolej Universiti (AUKU). Perubahan ini telah membenarkan mahasiswa di negara untuk lebih bebas berpolitik dan bersuara. Langkah ini adalah selari dengan perubahan yang dituntut oleh orang ramai setelah sekian lama.

Kerajaan Pusat juga telah melakukan satu lagi perubahan- walaupun sudah terlewat. Pendedahan perjanjian konsesi tol telah membuktikan kerajaan Barisan Nasional mendengar harapan rakyat yang mahukan kerajaan lebih telus. Harapan orang ramai ini memang sudah lama didengari. Walaupun baru sekarang kerajaan bersetuju membuat perubahan, ia tetap memberi petunjuk bahawa perubahan telah berlaku.

Ini merupakan contoh perubahan yang berlaku walaupun mengambil masa dan terlewat.

Setahun selepas 8 Mac 2008, harapan orang ramai masih menggunung. Harapan menggunung ini timbul kerana perubahan yang dilakukan baik Barisan Nasional mahupun Pakatan Rakyat masih belum cukup baik.

Dan harapan ini juga akan musnah sekiranya perubahan yang dijanjikan kedua belah pihak tidak dilaksanakan.

Setahun berlalu, empat tahun masih ada untuk perubahan dilaksanakan.

Mohd Fakhruradzi Tajuddin
Malaysian Insider

SIAPA MB BONEKA - NIZAR ATAU ZAMBRY?

Perak sebuah negeri dengan 2 Menteri Besar. Seorang tulen seorang boneka.

Yang tulen ialah yang datang bersesuaian dengan Kerajaan yang dipilih oleh rakyat mengikut peraturan yang terkandung di dalam Undung-undang tubuh negeri Perak. manakala yang boneka ialah yang didatangkan dari tempat bernama Antah Berantah yang kerajaannya ditegakkan bukan dengan pilihan rakyat tetapi dimasyurkan selepas satu rampasan kuasa paling jijik di abad ini.

Tidak terlalu sukar untuk mengetahui yang mana tulen dan yang boneka. Ujian penentuan boleh dilakukan dengan melangkah semula ke gelanggang rakyat untuk kedua-dua kerajaan. Yang benar dan yang tulen tentu berani berhadapan dengan rakyat sementara yang palsu/boneka ialah yang kecut, yang takut dan yang kalut untuk kembali ke gelanggang rakyat.

Zambry boneka siapa? Boneka kepada dalang yang merampas kuasa. Boneka kepada yang memasyurkannya secara tiba-tiba. Boneka kepada kepalsuan yang bermaharajalela.

Biasanya si boneka sama seperti orang gila. Orang gila tak pernah mengaku dia gila sebaliknya menuduh orang lain yang gila. Begitulah si boneka. Dia tidak akan mengaku dia boneka. Dia akan tuduh orang lain sebagai boneka untuk memasuk bakul kemudian cuba mengangkat martabatnya sendiri mendabik dada "akulah yang berkuasa" sedang dunia sedang memperhatikan gelagatnya. Tapi sampai bila?

Sampai dia terkencing sendiri di dalam bakul kerana cuba melonjak-lonjak untuk mengangkat bakul yang sedang didudukinya.

Atau sampai si dalang itu didedahkan peranan jahatnya. Perkara jahat tak boleh tersimpan lama. Bangkai gajah tiada nyiru boleh menutupnya. Lambat-laun pasti akan terbongkar jua. Mana dia mahu lari agaknya?

Atau hidayah turun ke pihak Istana supaya melihat suasana rakyat dengan mata kepala. Jika tidak maka menjadi kenyataanlah nanti titah Sultan Perak sendiri yang pernah berkata : takhta boleh berpindah ke muzium dari Istana apabila takhta berlaku zalim aniaya kepada rakyatnya.

Tidakkah malu memakai pakaian yang bukan untuknya walaupun mendapat titah di raja paling istimewa?

Sepatutnya dia berkata: "Ampun Tuanku, pakaian kebesaran berpermata MB ini bukan untuk patik, kerana tiadalah layak untuk patik menyarungnya. Nanti patik dihina oleh sekalian rakyat tatkala bersua mereka kerana sekalipun Tuanku yang diberikan kuasa memperkenannya namun tanpa restu rakyat, apalah ertinya!"

..

Zambry dan BN Perak Tetap Hancur!


Dilaporkan 5,000 orang menghadiri sambutan 1 tahun Pakatan Rakyat di Perak malam tadi yang diadakan di Dewan Tow Boo Keong.

Kebanyakan pemimpin tertinggi Pakatan rakyat perak hadir termasuklah MB yang sah Nizar dan Lim Kit Siang.

Tetapi yang menjadi tumpuan malam tadi tidak lain ialah YB Speaker V.Sivakumar, seorang yang telah memperkenalkan kepada negara ini tentang Pokok Demokrasi setelah memulakan persidangan tergempar dewan undanga negeri Perak di bawah pokok sena pada 3 Mac 2009. Masing-masing menghargai sumbangan Sivakumar, dengan para hadirin di dalam dalam semua berdiri hormat dan memberikan tepukan gemuruh.

Sepanjang malam itu, ucapan-ucapan berkisar pada tema yang serupa: tuntutan ke arah pilihanraya, kisah Najib yang merupakan dalang kepada mereka yang melompat dan mengapa beliau tidak boleh menjadi PM. Sentimen yang melanda sepanjang malam selama ialah, sekurang-kurang mereka yang hadir, tetap inginkan Pakatan Rakyat berkuasa di negeri Perak. Ia dapat dikesani tatkala mereka memberikan respons kepada ucapan-ucapan yang dibuat samada oleh pemimpin DAP, Keadilan atau PAS.

..

ALTANTUYA, PONTIANAK & POLITIK PERAK

Orang Melayu yang masih percayakan hantu, meskipun sudah menjadi ketua parti yang kaya raya dan memegang jawatan politik yang menguntungkan, tidak teragak-agak untuk membuat kesimpulan bahawa apa yang berlaku di Perak sekarang adalah angkara Altantuya, yang kini sudah menjadi pontianak. Menurut kepercayaan orang Melayu, pontianak dapat dihidupkan kembali untuk menjadi perempuan cantik dengan mencabut paku di tengkuknya. Masalahnya sekarang, orang yang akan mencabut paku itu belum tentu menjadi pilihan Altantuya, kerana sudah serek ditipu semasa hidupnya.

Maka kata bomoh-bomoh Melayu yang memang pandai menjampi walaupun dia tahu jampi itu tidak menghasilkan apa-apa, negeri Perak yang kini sudah menjadi pontianak dalam politik Malaysia boleh diselamatkan jika paku yang ditanam di tengkuknya dicabut oleh orang yang berbuat angkara. Kata ahli politik pula, tak perlu cabut apa-apa paku pun, cukup dengan membubarkan DUN Perak dan biarkan hantu-hantu yang berkeliaran di Perak membuat pilihan sendiri siapa yang mereka mahu jadikan ketua mereka. Kata ahli politik lagi, masalah ini terjadi kerana para pengundi hantu di Perak diikat kaki tangannya dalam PRU 12, Mac 2008, oleh itu tidak boleh mengundi untuk tuan-tuan mereka yang memang memelihara mereka dengan baik selama ini.

Dalam peristiwa pelik yang menimpa Altantuya, rakyat Malaysia diminta dengan rayuan yang amat sedih oleh pontianak Altantuya supaya beliau diberitahu apakah sebabnya dia dibunuh dan diletupkan. Mengapa berahsia sangat tentang dirinya yang malang itu, padahal dia orang luar yang datang ke Malaysia mencari tuah, tidak patut dibunuh dan diletupkan? Dia hanya menjadi kekasih orang yang disayanginya. Sekarang baru dia tahu orang yang disayanginya itu sebenarnya tidak sayangkan dia, maka dibunuh tapi ceritanya terus jadi semakin panjang.

Maka kata Altantuya, aku sumpah negeri Perak menjadi pontianak seperti aku kerana orang yang merampasnya tidak pun mencintai negeri itu, tapi dibuat kerja jahat itu kerana tamakkan kuasa semata-mata. Maka berkawan baiklah dua jenis pontianak ini dan kedua-duanya membingungkan orang Melayu, sudah tak tahu apa nak buat lagi apabila jampi bomoh tidak berkesan langsung. Hanya satu cara saja boleh diselesaikan, cabut paku di tengkuk pontianak Perak supaya Siti Perak yang cantik, secantik Altantuya itu, dibenarkan memilih sendiri kekasihnya, bukan lagi ditentukan oleh peraturan perlembagaan hantu-hantu politik.

Tetapi khalifah kepada segala hantu tidak setuju, kerana menurutnya dia punya kuasa mutlak untuk menjadikan seseorang itu pontianak atau tidak. Akibatnya Siti Perak yang tersiksa terus mengilai dengan suara nyaring, siang malam, tak kira waktu lagi, boleh didengar dari barat ke timur, dari utara ke selatan di seluruh dunia. Bukan saja mengilai-ngilai seperti perempuan gila, tetapi kini sudah mendedahkan dirinya tidur di bawah pokok rendang untuk ditonton kecantikannya di seluruh dunia. Telanjang bulat, tak mahu pakai apa-apa lagi. Sudah marah betul nampaknya. Makin gila bomoh-bomoh politik menjampi, sampai dibawa ke teratak Hakim Bistari di pinggir Sungai Perak untuk disiumankan kembali. Tidak berjaya juga. Tidak ada undang-undang atau apa-apa peraturan sekalipun yang boleh mententeramkan pontianak Siti Perak yang sedang menangis terisak-isak di riba pontianak Altantuya.

Celaru betul dibuatnya bila hantu-hantu buat pasal. Kata penganalisis politik yang bijak bistari, kini hantu-hantu pun mempunyai daulat, tidak boleh diderhakai, mesti diberi salut cara hantu berdaulat, “Minta lalu Datuk Hantu, cucu datuk nak lalu pergi cari emas dalam hutan Perak. Bolehkah Datuk?” Walaupun hantu tidak pernah menjawab apa juga permintaan, orang Melayu yang cerdik terus saja meredah hutan mencuri emas dan lain-lain galian berharga. Pontianak Altantuya dan pontianak Siti Perak yang melihat kerakusan anak cucu hantu itu, berasa serabut perut nak muntah melihat kelakuan rakus mereka berkelahi sesama sendiri berebut tanah hutan yang belum tentu ada bijih emas.

Maka merayulah pontianak Altantuya sambil menangis tersedu-sedu, “Ampunkan hamba Puteri Siti Perak. Sembah hamba sembah derhaka. Hamba tak mahu lagi duduk di Malaysia. Tolonglah cabutkan paku di tengkuk hamba kerana hamba nak jadi manusia yang sempurna balik. Sekurang-kurangnya hamba boleh mencari kekasih baru di tempat lain pula …” Pontianak Siti Perak pun menangis terisak-isak sambil bertitah dengan suara lemak merdu penuh daulat yang syahdu, “Aku tak boleh buat apa-apa. Mana aku tahu kamu cakap benar nak tinggalkan Malaysia?

Sekiranya kamu terus gilakan kendak kamu, aku hendak diletak di mana? Walaupun aku pontianak, aku ada maruah macam kamu juga. Tapi kendak kita tak ada maruah. Bukan saja kamu diletupkan, rekod kamu datang ke mari pun dihapuskan. Sebenarnya kamu tidak ada di sini. Kamu tak wujud pun. Tak ada rekod langsung. Pontianak pun ada rekod, tapi tidak kamu sebagai Altantuya. Baiklah kamu tak usah jadi manusia lagi. Sia-sia dan menyusahkan. Tapi kalau kamu berkeras juga masih ingin jadi manusia yang akan terus dirogol, duduklah di Pahang, negerinya besar tebal pula hutannya.

Orang-orang kaya dan bangsawannya sukakan perempuan cantik seperti kamu, jadi kamu tak perlu takut tak dapat pelanggan. Tapi aku mau kasi ingat, ada di antara orang kaya-kaya mereka yang badannya berbau busuk, memang busuk sungguh-sungguh. Tanyalah pontianak Noritta dari Perlis siapa di antara orang kaya yang berbau busuk itu. … Sekarang mari kita usik kendak kita yang jahat perangai itu …” Kata nenek tua yang sukakan cerita-cerita hantu, cerita dua orang pontianak itu benar-benar memberi keinsafan dan peringatan kepada manusia. Orang baik-baik tidak semestinya tidak boleh jadi pembunuh atau perogol.

Kalau boleh hantu yang cantik-cantik pun hendak mereka rogol juga supaya puas nafsu jahat mereka. Hatta kata nenek tersebutlah asal usul kerajaan hantu di Palembang zaman dulu kala. Maka datanglah perlente Keling ke Palembang, mencari negeri untuk dibuat negara. Maka bertemu dengan penghulu Melayu yang bernama Demang Lebar Daun yang sangat lebar daun telinganya, menandakan kecerdikannya. Maka disembah oleh Melayu akan perlente Keling itu, seperti kisahnya dalam Hikayat Sejarah Melayu. Maka dia sudah naik berahi melihat anak-anak dara Melayu yang berkemban, tak tahan lagi nafsu Kelingnya, seperti Tun Ali gilakan Tun Kudu adik Tun Perak walaupun ketika itu jadi bini raja, hingga diceraikan sultan supaya puak Keling berdamai dengan puak Melayu zaman Melaka.

Lalu dirogolnya semua sekali 39 orang anak-anak dara pertuanan Melayu melalui perkahwinan segera (instant marriage). Esok hari dia cerai, membuat Melayu jadi takut kepada daulat perlente Keling itu. Maka setelah habis 39 anak dara, dia pun tak sabar lagi hendakkan yang satu itu, anak dara Demang Lebar Daun sendiri. Maka dapatlah perlente Keling itu gadis Melayu yang cantik. Bukan itu saja, kini perlente Keling itu dinobatkan menjadi Yang di Pertuan bagi semua orang Melayu, disembah diminta ampun walaupun tidak berdosa. Kata nenek, itulah asal mula sejarah pontianak di negeri Melayu.

Maka dibangunkan sebuah kota besar bernama Pontianak di negeri hutan belantara. Siapa-siapa yang tidak percaya adalah derhaka. Maka nenek pun menyembah dengan tertibnya kepada hantu-hantu itu. Kami anak-anak muda cucu-cicit nenek bertepuk, lucu melihat lakonan nenek itu. “Sembah!,” herdik nenek. Kami yang muda-muda itu lari bertempiaran sambil tertawa sampai tersembur air liur. Ketika itulah kami dengar hilai tertawa pontianak Altantuya dan Siti Perak lucu melihat kelakuan biadab kami tidak mahu menyembah mereka. Gila betul dunia politik ini. He he he, tertawa Pak Dharma. Tak pasti siapa yang kata “Gila betul dunia politik ini”. Pak Dharma atau pontianak? He he he. (6/3/2009)

Mohd Affandi Hassan
Suara Prima
(* Mohd Affandi Hassan sasterawan dan pengkritik sastera Melayu tersohor. Beliau juga pesara PTD yang pernah berkhidmat sebagai pegawai tinggi dalam beberapa kementerian)

9 Mac 2009

Undi SMS - 100% Kata GMP Tidak Diperalatkan

Sekali ini 100% responden Edisi 7 menyatakan Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP) tidak diperalatkan oleh pihak tertentu sepertimana yang didakwa oleh Menteri Pelajaran dan lain-lain pemimpin UMNO.

Semalam, Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, perhimpunan membantah pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) jelas didalangi pembangkang berdasarkan penyertaan beberapa pemimpin mereka pada demontrasi jalanan.

Pandangan yang serupa dikongsi oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan.

Sedangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sendiri telah mengakui adanya desakan yang kuat daripada rakyat khususnya orang Melayu yang sedang memberi perhatian terhadap perkara terbabit.

Kehadiran ahli dan pemimpin pembangkang adalah kebetulan kami rakyat Malaysia yang akan menyokong apa juga perjuangan untuk mendaulatkan bahasa tanpa mengira siapa membawanya.

Ini di nyatakan dengan tegas pula oleh Pengerusi GMP Datuk Dr Hassan Ahmad yang berkata apa yang berlaku pada perhimpunan membantah PPSMI Sabtu lepas adalah di luar bidang kuasa GMP dan "GMP menganggap mereka yang datang adalah untuk menyatakan sokongan mereka".

Timbalan Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin menyerlahkan sikap hipokritnya apabila menyatakan kononnya "...kita tak sampai mengambil tindakan untuk berdemonstrasi untuk berarak ke Istana Negara menaikkan semangat dan emosi.." Sekarang kita lihat gambar selanjutnya siapa yang berdemo ini:

Sedangkan inilah manusianya yang bertempik di luar sidang parlimen dan di jalanan kononnya Pemuda tak boleh buat apa-apa dengan kebangkitan mereka berhimpun yang menentang ucapan ahli parlimen Gelugor, Karpal Singh malah mengugut: "Kami mahu mengingatkan Karpal bahawa bukan Pemuda Umno yang main-main.." dengan ucapan-ucapan retorika untuk menaikkan semangat pemudanya yang layu.

Hanya dengan ucapan Karpal berani nak berdemo, tetapi dalam soal dasar bahasa pelbagai alasan diberikan.

Perjuangan sang Menantu itu sebenarnya tak lebih perjuangan taik kucing. Kokoknya berderai-derai ekor pula bergelumang taik. Kalau UMNO buat demonstrasi tak apa, kalau orang lain buat tak boleh, itu salah, itu menaikkan emosi dan sebagainya. Perjuangan yang menumpukan perkara picisan sedangkan dalam masa yang sama berdiam diri terhadap soal-soal dasar.

Datuk Hassan Ahmad berkata:

"Tiada dalang di sebalik apa yang berlaku, kami bukan wayang kulit yang dimainkan oleh tukang cerita...yang datang (berhimpun) sebagai penyokong, saya tak mahu dikatakan boneka, ia seperti menghina (saya),"

Kehadiran rakyat dari parti pembangkang adalah satu kebetulan yang merasakan diri mereka juga adalah rakyat Malaysia yang menentang perlaksanaan PPSMI.

Sebagai buktinya hampir kesemua mereka yang hadir memakai baju berwarna putih, kecuali Unit Amal yang mengawal keadaan menggunakan uniform biasa yang mereka gunakan. Tiada perbezaan parti sewaktu perhimpunan itu.




Strategi Untuk Mencapai Kemenangan Dalam PRK

Setelah saya menyempurnakan ulasan untuk ketiga-tiga kerusi yang akan dipilihanraya kecilkan pada 7 April 2009 nanti, maka kita akan meninjau tentang apa yang perlu Pakatan Rakyat lakukan untuk memenangi kerusi-kerusi ini berdasarkan senario terkini.

Di dalam konteks yang ada pada hari ini, saya suka mencadangkan strategi kelima daripada 36 strategi Seni Peperangan (Art Of War) Sun Tzu yang yang terkenal. Strategi No. 5 berbunyi:-

Saat sebuah negara mengalami konflik dalaman, ketika terjangkit penyakit dan kelaparan, ketika korupsi dan kejahatan merajalela, maka ia tidak akan mampu menghadapi ancaman dari luar. Inilah waktunya untuk menyerang.

Namun sebelum digunakan strategi Sun Tzu itu tulisan-tulisan di bawah ini perlu dibaca terlebih dahulu untuk memahami senario setempat lantaran tidak semua strategi boleh diproklamirkan secara terbuka begini.

1) Siapa yang bakal terlentang di Bukit Gantang
2) Yang meracau dan yang mengingau di Bukit Selambau
3) Perisai Berkecai Di Batang Ai - Pastikan BN Bersepai

Strategi ke 5 Sun Tsu itu dijalankan serentak strategi Rasulullah di dalam sirah Nabawiyah, dimana kita akan dapati bagaimana Rasulullah saw mengatur stategi dengan bermesyuarah dengan para sahabatnya.

Ketika hendak berhijrah ke Madinah, beliau kumpulkan sahabat-sahabat utama untuk bermusyawarah guna membicarakan strategi penting perjalanan hijrah. Hasilnya adalah pembahagian tugas dari masing-masing sahabat, misalnya Ali bertugas tidur di tempat tidur Nabi saw untuk mengelabui orang-orang kafir yang mengepung rumah Nabi.

Sementara Abu Bakar ditugaskan untuk mengatur perjalanan dan persembunyian Nabi di Gua Tsur selama tiga hari, termasuk mempersiapkan logistik dan sumber informasi.

Adapun Umar bin Khattab mendapat tugas mengalihkan pandangan orang-orang kafir seolah-olah Nabi telah berangkat ke Madinah, begitulah seterusnya strategi hijrah dimusyawarahkan oleh Nabi dengan para sahabatnya sehingga perjalanan hijrah ke Madinah bisa berjalan dengan baik.

Disamping itu, pada saat hendak berperang, beliau juga bermusyawarah dalam mengatur strategi perang sehingga para sahabat bisa menyampaikan usul dan saran, bahkan bila usul dan saran itu memang bagus, hal itu bisa menjadi keputusan yang disepakati, itulah yang terjadi pada perang khandak atau perang ahzab. Perang ini menggunakan parit sebagai strateginya di atas usul seorang sahabat yang lebih "junior", Salman Al Farisi, maka digalilah parit sedalam kaki kuda dan selebar lompatannya.

Perang Khandak adalah satu-satunya peperangan di mana Nabi Muhammad menang berperang tanpa berlakunya pertarungan, dan tidak ada seorang pun ahli pasukannya terkorban. Itulah juga kali terakhir penduduk Quraiy Mekah berani memerangi beliau.

Muslihat, atau strategi, adalah unsur terpenting dalam peperangan. Ini lebih benar apabila kita berada pada pihak yang lebih kecil dan lebih lemah berbanding pihak-pihak yang hendak ditawan.

Tugas-tugas mengatur strategi, baik strategi perang ketenteraan, perang politik, mahupun perang bisnes, memerlukan kepintaran dan kebijaksanaan yang luar biasa.

Individu yang memegang jawatan tertinggi dalam angkatan tentera, ataupun dalam organisasi politik, ataupun dalam syarikat, belum tentu memiliki kepintaran dan kemahiran mengatur strategi.

Adalah sangat berbahaya bagi kepentingan-kepentingan besar apabila tugas-tugas memimpin dikelirukan dengan tugas mengatur strategi. Fenonema ini berlaku apabila anggota jawatankuasa bersikap mereka adalah orang-orang yang paling pintar mengatur strategi perang.

Pepatah Melayu ada mengatakan: "Pelanduk ditembak, gajah yang mati." Maksudnya, masalah kecil yang diperangi tetapi kepentingan besar yang terpukul teruk. Dalam istilah lain, "Menang bertarung, kalang berperang."

Saya utarakan hal di atas kerana saya terasa kurang selesa membaca berita ini:-


Sepastinya ia timbul kerana strategi anak muda yang mengasah parang di depan pintu.

Jikalah idea Salman Al-Farisi diketahui terlebih awal oleh pihak Quraisy Mekah sepastinya musuh telah mengatur cara lain untuk menyerang.

Itu sebabnya penting menyimpan rahsia juga. Apa tahlagi jika dilihat strategi itu diasaskan kepada maklumat yang salah kerana kumpulan bawah 40 tahun hanya membentuk 30% jumlah pengundi di Batang Ai. (Baca semula di sini)

Kita baru tiba di Strategi ke 5 tetapi mungkin sahabat kita sudh beralih ke Strategi ke 6 : Berpura-pura untuk menyerang dari timur dan kemudian menyeranglah dari barat.

Pepatah Melayu ada mengatakan: "Pelanduk ditembak, gajah yang mati." Maksudnya, masalah kecil yang diperangi tetapi kepentingan besar yang terpukul teruk. Dalam istilah lain, "Menang bertarung, kalah berperang."

Akibat daripada kegagalan berstrategilah PR tewas untuk merealisasikan 'projek 16 September ke Putrajaya' sebaliknya Perak pula yang direbut musuh. Lepas ini kita tak tahu negeri mana yang bakal jatuh pula jika kita masih di takuk ini.

Gagal untuk merancang, kita merancang untuk kegagalan!

Perisai Berkecai Di Batang Ai - Pastikan BN Bersepai!

Menteri Besar, Datuk Nik Aziz Nik Mat ialah satu-satunya pemimpin yang berani menyatakan “penggali itu penggali” apabila beliau melabelkan istilah “Bumiputra” tidak adil bagi kaum lain dan diskriminasi ke atas rakyat Malaysia. Tetapi bagi kami kaum Dayak, bumiputra hanyalah sebuah perkataan khayalan, aplikasinya (atau tidak) menjadikan kami masyarakat Dayak sebagai golongan yang tewas di dalam pembangunan, peluang perniagaan, kontrak dan tender, peluang pendidikan, penerimaan masuk atau peluang kenaikan pangkat di dalam perkhidmatan awam.

Di dalam terminologi politik, kaum Dayak bersama dengan orang Malayu, Kadazandusuns dan lain-lain peribumi dihimpunkan sebagai kaum Bumiputra. Apakah ertinya di sini dimana tatkala UMNO memerlukan sokongan kami untuk menguatkan polisi “ketuanan Melayu” kaum Dayak diiktiraf sebagai Bumiputra untuk menunjukkan “Kueh Merdeka” (ertinya peluang ekonomi, hak-hak dan keistimewaan) dibahagi-bahagikan untuk mencerminkan bahagian yang lebih besar untuk Bumiputra (Malayu, Dayak, Kadazandusun, dll) dan sebagai Bumiputra hak kami dikatakan termasuk sekali di dalam istilah itu.

Sedangkan di dalam perlaksanaan sebenar "polisi Bumiputra” kaum Dayak telah dipinggirkan atau tidak dipertimbangkan untuk kesekalian keistimewaan, hak dan peluang ekonomu; pada hakikatnya kaum Dayak secara rasmi tergelar sebagai “lain-lain”. Dan sebagai “lain-lain” apa yang kami dapat? Malah Artikel 153 Perlembagaan Persekutuan tidak mampu melindungi kami. Apa yang nyata, kaum pendatang asing mendapat layanan lebih baik dari kami.

Saya teringat seorang rakan yang kini seorang ahli majlis tertinggi Parti Rakyat Sarawak (PRS) mengadu permohonannya untuk mendapat satu perniagaan ditolak kerana beliau bukan bumiputra. Bayangkan seorang pemohon dari kaum Iban Dayak untuk satu peluang perniagaan tidak dipertimbangkan dengan alasan beliau bukan Bumiputra. Itu baru satu kes dari sekalian yang lain.

Istilah “Bumiputra” dan “bukan-Bumiputra” pertama kali digunakan apabila kerajaan memperkenalkan Dasar Ekonomi Baru (NEP) akibat rusuhan perkauaman pada peristiwa 13 Mei 1969 yang berlaku di Semenanjung. Itu kira-kira 30 tahun dulu.

Kemudian, ekoran satu mesyuarat khas bersama dengan Perdana Menteri waktu itu Dr. Mahathir Mohamad dengan pemimpin Dayak seperti Tan Sri Leo Moggie dari Parti Bansa Dayak Sarawak (PBDS) yang sudah menjadi arwah dan NGO Dayak bersama-sama pemimpin kaum Kadazandusun seperti Tan Sri Bernard Dompok dari UPKO, Sabah pada tahun 2000, telah dipersetujui kerajaan Persekutuan akan memberikan perhatian khusus kepada rakyat Sarawak dan Sabah dalam bentuk peruntukan kewangan dan peluang perniagaan.

Dan berbangkit dari mesyuarat itu diputuskan pembentukan Dewan Perniagaan dan Industri Dayak (DCCI) dan Dewan Perniagaan dan Industri Kadazandusun(KCCI) untuk melihat keperluan dan kepentingan kaum masyarakat Dayak dan Kadazandusun. Sejak itu satu istilah baru diterbitkan, minoriti Bumiputra, yang merujuk kepada kaum Dayak dan Kadazandusuns. Dari sudut perundangannya, istilah itu tidak wujud samasekali.

Perbahasan semasa mengenai hak istimewa “Bumiputra” telah dibangkitkan oleh pemimpin pembangkang, Dr. Boo Cheng Hau di Dewan Undangan Negeri Johor minggu lalu apabila beliau menyamakan “bumiputralism” satu bentuk polisi apartheid yang dialami oleh kaum kulit hitam Afrika.

Nik Aziz melabelkan (bumiputralism) sebagai perkauman dan mahu ianya dihentikan, sementara Menteri Penerangan, Ahmad Shabery Cheek berkata Pembagkang tidak fahama pengertian dan sejarah istilah itu.

Menjadi bertambah jelas kepada kita bahawa kita selama ini dibuaikan dengan kepercayaan yang sebagai Bumiputra kita berhak menikmati hak-hak keistimewaan. Betapa bodoh kita diperlakukan sejak 30 tahun untuk terus memilih kerajaan BN? Isu ini sepatutnya menjadi isu yang perlu diketengahkan di pilihanraya kecil Batang Ai.

Nota: Tulisan di atas adalah terjemahan bebas oleh GB terhadap tulisan yang tersiar di "The Broken Shield". Untuk makluman penulisnya, GB ingin menambah dan menjelaskan sedikit bahawa peluang-peluang perniagaan atau apa juga hak keistimewaan yang dimaksudkan oleh Kerajaan bukanlah kepada kaum bumiputera, tetapi sebaliknya adalah untuk UMNOputra.

Kaum Melayu yang menyokong PAS dan PKR telah lama terpinggir. Malah kerajaan di bawah Pakatan Rakyat sentiasa menerima tekanan dalam bentuk sekatan peruntukan pembangunan sehingga wujud kes dimana royalti minyak kerajaan PAS di Terengganu satu ketika dirampas dan dirompak sebagai menghukum rakyat Terengganu kerana mengundi PAS.

Yang bertanggungjawab melakukannya ialah UMNO yang kononnya memperjuangkan nasib kaum Melayu.

Peluang perniagaan, peluang tender, peluang itu dan ini tidak pernah dapat dinikmati jika diketahui seseorang itu ahli pembangkang walaupun berbangsa Melayu.

Bayangkan saja dewan-dewan masyarakat tidak pernah dapat digunakan untuk pembangkang untuk sebarang program dengan wujudnya Yang Dipertua Majlis-majlis tempatan yang bermentalitikan UMNO.

Kalau nak diaturkan satu persatu kezaliman UMNO-BN terhadap Pakatan Rakyat terlalu banyak untuk ditulis di sini, yang diatas hanya sekelumit dari segunung kezaliman yang lain.

Kami telah lama menolak UMNO-BN, justeru itu kita meminta juga kaum Dayak di Sarawak akan melakukan perkara yang sama di dalam pilihanraya yang akan datang untuk kita mencipta satu perubahan.

Yang Meracau dan Yang Mengingau Di Bukit Selambau

Dilaporkan oleh harakahdaily ada usaha untuk menaja calon Bebas di Bukit Selambau menjelang penamaan calon yang bakal berlansung sehari selepas Perhimpunan Agung UMNO.

Dalam pilihanraya umum 8 Mac tahun lalu, V Arumugam yang bertanding atas tiket bebas menang dengan majoriti 2,362 undi.Beliau mendapat 13,225 undi, menewaskan calon Barisan Nasional (BN) dari MIC, S Krishnan yang mendapat 10,863 undi. Manakala kertas pencalonan calon PKR, Saiful Izham Ramli ditolak atas sebab-sebab teknikal.

DUN N25 Bt Selambau merangkumi Pekan Bukit Selambau hingga ke Taman Ria Jaya dengan komposisi kaum 50% melayu,30% India dan 20% Cina secara kasarnya. Terdapat juga pengundi Siam di sekitar perkampungan Bt Selambau yang mana kita ketahui pengundi Siam ini adalah pengundi tegar BN.

Dengan berdasarkan maklumat ringkas di atas, GB diminta oleh seorang pemimpin PR untuk membuat sedikit ulasan mengenainya setelah dilaporkan terdapat beberapa calon Bebas telah mengisytiharkan diri untuk bertanding terutama dari masyarakat India.

Jika demikian halnya kita mungkin tidak akan dapat melihat lagi pertandingan 2 penjuru seperti yang berlaku di dalam pilihanraya umum yang lalu. Di Bukit Selambau, Pakatan Rakyat telah menyerahkan kepada Parti Keadilan Rakyat (PKR) untuk bertanding.

PKR kini sedang menyaring dan menyenarai pendek beberapa nama untuk diletakkan calonnya yang kini terdapat sekurang-kurangnya ada 18 orang (mungkin lebih) yang menawar diri untuk bertanding di atas tiket PKR.

Oleh kerana pengundi keturunan India membentuk peratus yang agak tinggi (30%) maka BN juga dilaporkan mengketengahkan calon dari MIC untuk bertanding.

Berdasarkan senario politik yang sedia ada, JIKA pertandingan 2 penjuru berlaku, tugas PR agak mudah untuk mengulangi kemenangan 8 Mac 2008.

Namun 7 April 2009, keadaan sedemikian mungkin tidak berlaku. Di antara dua ekstrem itu, kini terdengar berita muncul calon-calon Bebas yang menawarkan diri untuk bertanding, ada yang berdiri sendiri dan ada yang ditaja oleh pihak tertentu - dengan tujuan untuk memecahkan undi di situ.

Petikan berita di sebelah ini menjelaskan kenapa MIC suka jika ada ramai calon bebas.

Yang berdiri sendiri mengharapkan setidak-tidaknya akan memperolehi habuan tinggi apabila dibeli di saat-saat akhir dengan membuat pengumuman menyokong calon tertentu selepas itu. Yang memecahkan undi pula menunggu habuan dari penaja jika hasrat mereka memecahkan undi benar-benar menjadi kenyataan.

Bagaimana kedudukan PR?

Di dalam PRU12 yang lalu, Arumugam mendapat sokongan solid dari masyarakat keturunan India. Dilaporkan 80-90% masyarakat India memberikan undinya kepada Arumugam.

Dengan andaian undi kaum Melayu dan Cina tidak berubah, jika berlaku pertandingan 2 penjuru semula, maka calon PKR (jika ia berketurunan India) masih mampu mengulangi sejarah gemilang Arumugam yang menang dengan majoriti 2,362 undi di dalam PRU12 yang lalu. Namun dengan adanya calon Bebas (dari keturunan India) maka undi dari masyarakat India ini pastinya sedikit sebanyak akan berpecah. Jika calon Bebas itu dari kalangan mereka yang popular pula, maka peluang untuk PR menang akan turut terjejas dan PR boleh kecundang lantarannya.

Saja saya meletakkan faktor ceteris paribus di situ supaya kita melihat dari perspektif "worst case scenario" untuk mengelakkan gejala "terlalu konfiden" menyusup di dalam jiwa.

Teori calon bebas akan mendapat penajaan dari musuh PR tidak dapat ditolak jika merujuk kepada senario di atas. 30% pula bukan satu angka yang kecil untuk diabaikan. Justeru, tugas PKR menjadi lebih kritikal di dalam mengketengahkan calon yang tepat. Rujukan dan intaian pandangan dari masyarakat kaum India dari segenap lapisan di Bukit Selambau perlu dilakukan sebelum pengumuman dibuat untuk mengelakkan protes terhadap calon yang dipilih.

Namun tidak semuanya negatif. Sekalipun di dalam politik, tidak mungkin kita mampu memenuhkan kehendak semua pihak, namun pemilihan calon yang tepat seperti yang dilakukan di dalam pilihanraya kecil Kuala Terengganu mampu mengurangkan ketegangan dan mententeramkan keadaan yang akhirnya menjulang kemenangan.

Siapa Yang Bakal Terlentang Di Bukit Gantang?

Menuju ke Bukit Gantang, di mana satu pilihanraya kecil akan diadakan di tengah-tengah kemelut krisis politik yang sedang melanda Perak, jalannya agak mudah - terima kasih kepada Lebuhraya Utara Selatan.

Senario politik telah menjadikan jalan-jalan ke hadapan lebih rencah, termasuklah untuk Barisan Nasional dengan strategi kempen 3M nya yang konvensional money, machinery dan media (wang, jentera dan media).

Dan tugas yang lebih sukar ialah untuk memenangi hati dan minda 24,396 pengundi di Changkat Jering, yang dimenangi oleh bekas wakil Parti Keadilan Rakyat-melompat-bebas, Mohd Osman Jailu.

Lompatan Osman dan dua yang lain (yang menjadi mesra-BN) telah menimbulkan satu krisis perlembagaan yang kini menunggu keputusan di mahkamah, dan ramai menyatakan yang Bukit Gantang bakal menjadi referendum samada rakyat menerima atau tidak rampasan kuasa yang berlaku di Perak.

Kain rentang yang mengutuk Osman muncul di beberapa lokasi strategik, termasuklah di Pusat Operasi Pas di Air Kuning.

Satu kain rentang di simpang tiga di Trong merupakan satu tempelakan yang serius yang membayangkan Osman telah dibeli oleh BN.

Kawasan yang didominasikan oleh pengundi Melayu, yang merupakan 63.5 peratus dari jumlah pengundi Bukit Gantang yang seramai 54,894 orang telah berpecah di dalam pilihanraya umum yang lalu dan, berdasarkan perkembangan mutakhir, beberapa andaian menyatakan Pakatan Rakyat akan memperolehi undi simpati dan justeru itu akan memberi kelebihan kepadanya.

Fokus Umno, mengikut Timbalan Ketua Bahagian UMNO Bukit Gantang Kamarulail Sulaiman, ialah untuk memenangi sebahagian daripada 16,000 penyokong pembangkang dan memujuk semula 17,000 ahli UMNO yang mengundi untuk memberikan kemenangan kepada Pas tahun lalu.

"Kami telah bertemu dengan para pengundi dan cuba untuk mendapatkan undi orang muda sejak itu," katanya.

Pengundi Cina, yang membentuk 26 peratus, dikatakan kecewa dengan rampasan kuasa yang dilakukan ke atas kerajaan negeri Pakatan yang telah memperkenalkan polisi yang popular dengan mereka seperti pemberian tanah untuk perkampungan baru.

Terdapat juga isu-isu tempatan yang melibatkan kaum Cina, yang bertumpu kepada Kuala Sepetang dan Simpang dan kerana faktor ini, seorang peniaga Loh Swee Eng menyatakan, seorang penduduk tempatan perlu menjadi wakil mereka.

"Kita perlukan seorang wakil rakyat yang sentiasa ada untuk menolong menyelesaikan masalah dan menjaga kebajikan rakyat. Dalam ertikata lain, seseorang yang tidak berat sebelah malah mampu untuk masuk ke dalam rumah ibadat kita," katanya.

Loh, 49, yang juga merupakan Pengerusi SRJK(C) Sin Min menyatakan 11 sekolah Cina di dalam parlimen ini memerlukan kemudahan yang lebih baik.

Komuniti nelayan Kuala Sangga, dan sebuah pulau dengan 300 penduduk inginkan prasarana yang lebih sempurna.

"Kita dapat jetti baru beberpa tahun lalu namun masih terpaksa bergantung kepada air hujan untuk bekalan minuman dan generator untuk sumber eletrik," kata Beh Joo Siang, 45, seorang nelayan di pulau tersebut, yang terletak kira-kira 20-minit menaiki bot dari Kuala Sepetang.

Oleh kerana undi Melayu akan berpecah, undi kaum Cina akan menjadi perhatian kerana ia bakal dilihat sebagai memainkan peranan penentu di dalam pilihanraya kecil nanti.

Gerakan, nampaknya merupakan parti yang memancing semula sokongan masyarakat Cina yang telah hilang. Ketua Wanitanya, yang merupakan timbalan menteri penerangan dan bekas ahli Parlimen Bukit Gantang Datuk Tan Lian Ho, belum lagi mengenepikan parlimennya itu, meneruskan khidmatnya di pejabat barunya di bangunan Wisma Gerakan setelah kerusi itu jatuh ke tangan Pas. Tan kini ialah ahli Parlimen Grik.

Daripada 3 kerusi DUN yang ada di dalam parlimen Bukit Gantang ini, Kuala Sepetang merupakan kawasan yang mengandungi pengundi Cina paling ramai iaitu 32 peratus, diikuti Changkat Jering (26 peratus) dan Trong (20 peratus).

Isu paling utama di kalangan masyarakat India yang membentuk 9 peratus atau 5,783 pengundi, menurut Ketua MIC Bukit Gantang, Y. Kanaiah, ialah penahanan berterusan pemimpin Hindraf tanpa perbicaraan.

Menjelaskan rasional terhadap penahanan itu bukanlah satu perkara yang mudah kerana kaum India, yang secara tradionalnya adalah penyokong BN, telah menolak BN di dalam pilihanraya umum yang lalu kerana menyokong isu-isu yang ditimbulkan oleh Hindraf.

"Ketua parti, termasuk Datuk Seri S. Samy Vellu, sedang cuba untuk menjelaskan alasan yang menasabah yang menyebabkan penahanan itu kepada komuniti ," jelas Kanaiah yang berumur 68 tahun.

Bukit Gantang merupakan kubu kuat BN sehinggalah tahun lepas, yang menurut pemimpin UMNO tempatan, kekalahan kepada pembangkang adalah kerana perpecahan dalaman, termasuklah apa yang dikatakan pemilihan bendahari Umno Datuk Abdul Azim Zabidi, yang menjadi calon payung terjun di situ.

"Kita telah dijanjikan berpuluh tahun yang kita akan mendapat calon tempatan. Sekarang masanya untuk memenuhi janji itu," kata bekas Ketua Bahagian UMNO Bukit Gantang Datuk Ahmad Mansor.

Terlalu banyak politiking dalaman dan keupayaan untuk mengambil kesempatan daripada tsunami politik yang berlaku di seluruh negara waktu itu, Osman menjadi ahli dewan undangan negeri Changkat Jering tanpa perlu bekerja keras untuk memenangi kerusi tersebut. Beliau dilaporkan membelanjakan cuma RM2,000 wang poketnya untuk perbelanjaan kempennya.

Bukit Gantang dimenangi oleh Roslan Shaharum dari Pas yang meninggal dunia pada Feb 9, yang memberi laluan untuk satu pilihanraya kecil diadakan.

Hari penamaan calon dan mengundi masih jauh dan terdapat banyak masa untuk kedua-dua pihak BN dan Pakatan Rakyat untuk memancing undi.

Bukit Gantang, yang muncul di tengah-tengah kemelut politik Perak yang melibatkan istana, akan menyaksikan satu pertandingan sengit berbanding dengan pilihanraya kecil Bukit Selambau dan Batang Ai yang berlansung pada hari yang sama.


New Straits Times (7 Mac 2009)
news@nst.com.my
terjemahan bebas: Greenboc