10 Mac 2009

Najib Perlu Ikhlas Ajak Pembangkang Fokus Ekonomi

Timbalan Perdana Menteri Dato Seri Najib Tun razak mengajak "kerajaan dan pembangkang memberi fokus kepada ekonomi dan rakyat."

"Kita sudah mula kedengaran suara rakyat yang mahu kerajaan dan pembangkang untuk mengutamakan usaha memulihkan semula ekonomi negara dalam keadaan kegawatan ekonomi global dan mengetepikan kemelut politik.

"Saya sendiri menerima saranan ini dengan hati yang terbuka," kata beliau ketika membentangkan Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2009) di Dewan Rakyat petang tadi.

"Timbalan Perdana Menteri berkata "kita perlu peka kepada saranan rakyat yang semakin lantang dan kerap diutarakan supaya kerajaan dan pembangkang memberi fokus kepada ekonomi dan rakyat."

"Saya menyeru semua pihak termasuk rakan-rakan sama ada di sebelah sini dan di sebelah sana serta setiap lapisan masyarakat agar berganding bahu dan berusaha gigih untuk mengembalikan ekonomi negara ke landasan pertumbuhan yang lebih kukuh serta mapan," kata beliau yang juga Menteri Kewangan.

Beberapa orang pemimpin pembangkang menyatakan bahawa Najib perlu jujur dan ikhlas dengan seruannya itu.

Ini kerana beliaulah yang bertanggungjawab yang menimbulkan kemelut politik yang berlaku di Perak.

"Najib perlu berani mengakui bahawa beliau merupakan orang yang telah menjadikan negeri Perak huru-hara dan perlu merafak sembah Sultan Perak memohon supaya DUN dibubarkan dan pilihanraya di adakan semula," kata seorang pemimpin PAS hari ini mengulas kenyataan Najib yang meminta semua pihak memberi fokus kepada masalah kegawatan ekonomi.

"Bagaimana mungkin selepas beliau merampas negeri orang kemudian meniup wisel untuk menamatkan permainan dan kemudian mengajak untuk berbaik-baik untuk mengalihkan pandangan kepada isu ekonomi?" tambahnya lagi.

Najib telah mengisytiharkan pembentukan Kerajaan BN setelah beliau didakwa berjaya menculik dan menyogok beberapa orang ADUN PKR dan DAP untuk melompat sebagai ahli Bebas yang menyokong BN awal bulan lalu.

Kesan daripada rampasan kuasa itu negeri Perak telah berada di dalam keadaan huru-hara sehingga hari ini dengan diperburukkan oleh penolakan pihak Istana untuk membubarkan DUN dan mengadakan pilihanraya semula bagi mendapat semula keputusan dan mandat rakyat tentang kerajaan yang dipilih oleh rakyat, bukan ditentukan oleh cara yang lain daripada apa yang telah ditetapkan oleh Perlembagaan.

"Ini negara demokrasi, kedaulatan Undang-undang perlulah dipelihara, jika institusi raja sesuka hati mendengar kata-kata pihak tertentu sahaja, lain kali tak payah ada pilihanraya. Sultan lantik saja kerajaan mana yang baginda mahu untuk mentadbir negeri. Bolehkah begitu?" kata seorang rakyat Perak yang kecewa dengan senario politik yang berlaku di negerinya yang menjelaskan terdapa pihak yang terang-terangan membelakangkan Perlembagaan Negara.

Najib seelumnya telah membentangkan budget tambahan untuk tempoh dua tahun bagi menghadapi kemelut ekonomi semasa berjumlah 60 Billion.

Pada awalnya Malaysian Insider meramalkan 50 Billion sementara beberapa pihak lain menganggarkan 10 Billion sahaja.

Ketika membentangkan pakej rangsangan itu, yang kedua seumpamanya dalam tempoh lima bulan, Najib berkata, pakej untuk tempoh dua tahun itu mengandungi empat teras iaitu:

- mengurangkan pengangguran dan menambah peluang pekerjaan

- meringankan beban rakyat terutama golongan mudah terjejas

- membantu sektor swasta menghadapi krisis dan

- membina keupayaan masa depan

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim, Menteri Besar Selangor didalam ulasannya menyatakan bahawa kebimbangan utama "kebocoran" yang berlaku di dalam aliran ekonomi disamping sistem penyampaian dan pengagihan kontrak dilakukan.

Sementara Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng menyifatkan apa yang diumumkan tidaklah begitu memberangskan kerana ia cuma memperbaiki keadaan kadar pertumbuhan dari -0.1% kepada +0.1%. Keadaan "best case scenario" ialah 0.1% masih belum mampu untuk mengatasi kemelesetan ekonomi.


1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Ini contoh klasik pemimpin UMNO.Seolah-olah apa bencana yang telah dilakukan tidak pernah terjadi.Sudah jadi budaya nak kata apa.Tapi pada orang yang berfikir memang melucukan. Mengapa fasal ekonomi baru sensitif kepada desakan rakyat.Mengapa majoriti suruh bubar DUN Perak UMNO tentang? Mengapa ratusan ribuan rakyat berdemonstrasi dan menyeru supaya mansuhkan pengajaran dan pembelajaran Matematik dan Sains dalam Bahasa Inggeris tidak diindahkan? Saya yakin semasa dia bercakap tu tengah high kut.