7 Jun 2015

Dah Tekejut Pulak Ketua Dewan Ulamak PAS, U-Turn Hampir Pasti...


Ulama terkejut Guan Eng alu-alukan wakil PAS letak jawatan

Dewan Ulama PAS terkejut dengan respons Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng yang mengalu-alukan peletakan jawatan wakil parti Islam itu dalam kerajaan negeri susulan usul tergempar memutuskan hubungan dengan DAP yang diterima muktamar hari ini.

Ketuanya Datuk Mahfodz Mohamed berkata, usul itu pada asalnya diluluskan tanpa bahas pada muktamar itu bagi mengurangkan kesan buruk yang mungkin dihadapi kerajaan Pakatan Rakyat (PR) di Selangor.

"Dia (Lim) cepat sangatlah, bergopoh buat keputusan itu, sedangkan keputusan PAS belum muktamad lagi.

"Saya tak jangka (perkara ini) kerana yang kita risau sebelum ini ialah di Selangor. Sebab, kalau Selangor tak ada (PAS), ia goncang sedikit.

"Tetapi tiba-tiba, Lim pula respons, sedangkan dia yang mula serang PAS," katanya sewaktu ditemui wartawan selepas Muktamar Tahunan PAS ke-61 ditangguhkan hari ini.

Mahfodz berkata, Dewan Ulama dari awal lagi tahu yang usul tergempar itu tidak akan dimuktamadkan walaupun ia diterima muktamar hari ini.

"Masa kita buat keputusan itu dulu, bukan nak suruh putus serta-merta. Kita nak suruh rujuk pada Majlis Syura," katanya merujuk usul yang dibawa sayap parti itu ketika muktamarnya pada Rabu.

Sementara itu, seorang lagi ahli Dewan Ulama PAS, Nasrudin Hassan yang sebelum ini berikrar 'melutut' dan 'menyiku' DAP, juga mengelak mengulas kesan usul tergempar itu.

"Keputusan muktamar ini diserahkan kepada Majlis Syura dan kita tunggu keputusannya," katanya.

Hari ini, bekas timbalan presiden PAS Mohamad Sabu mengumumkan beliau akan meletakkan semua jawatannya dalam kerajaan negeri Pulau Pinang sebagai tanda patuh kepada keputusan ulama.

Beliau akan meletak jawatan sebagai ahli lembaga pengarah Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang dan Penang International Halal Hub. –TMI


PAS tanggung akibat usul putus hubungan dengan DAP

PAS sekarang faham yang “anda tidak boleh minta cerai tapi masih hendak tinggal di rumah yang sama", kata seorang pemerhati ketika parti Islam itu kini merasa kesannya akibat daripada niat mereka berpatah arang dengan DAP.

Pemimpin PAS Selangor khususnya, bertungkus-lumus memberi amaran kepada pucuk pimpinan parti agar tidak meneruskan usul untuk memutuskan hubungan dengan DAP, yang diluluskan muktamar parti itu tanpa bahas, menimbulkan kemarahan beberapa perwakilan.

Akibat daripada usul itu mula dirasai apabila Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng berkata beliau sedia menerima peletakan jawatan wakil PAS dalam kerajaan negeri dan agensinya dengan segera tanpa sebarang soalan.

Lim yang juga setiausaha agung DAP berkata, beliau percaya mereka "tiada pilihan lain kecuali meletakkan jawatan" selepas usul itu diluluskan kerana "suatu yang tidak dapat dipertahankan daripada segi politik" bagi mereka untuk kekal dalam kerajaan negeri Pulau Pinang yang diketuainya.

Pemimpin PAS kemudiannya dengan segera cuba memperbetulkan keadaan.

Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali berkata, usul itu walaupun diterima pakai, bukan satu keputusan muktamad dan masih perlu diputuskan oleh Majlis Syura Ulama dan Jawatankuasa PAS Pusat.

Tetapi, pemimpin PAS Selangor bimbang jika parti itu meneruskan hasrat Dewan Ulama yang konservatif melaksanakan usul itu, kerajaan negeri akan jatuh.

PAS mempunyai 15 daripada 43 kerusi Pakatan Rakyat (PR) dalam Dewan Undangan Negeri yang mempunyai 56 kerusi itu dan 3 wakil rakyat yang menjadi exco kerajaan negeri.

Apa yang terjadi merupakan isyarat tidak baik bagaimana barisan kepimpinan konservatif yang baharu mahu menguruskan PAS dan bagaimana ia berfungsi dalam pakatan pembangkang PR.

Isyarat pertama akibat retorik parti itu ialah apabila bekas timbalan presidennya, Mohamad Sabu berkata beliau akan melepaskan semua jawatan dalam kerajaan Pulau Pinang.

Beliau juga menyindir kepimpinan parti dan usul menolak DAP itu, mengatakan PAS pasti boleh hidup sendiri.

Pengumuman itu dibuatnya sebaik muktamar di Kuala Selangor itu menyedari kenyataan dibuat Lim semalam mengenai wakil PAS dalam kerajaan negeri itu.

Selepas ucapan Mohamad, pemimpin PAS Selangor Sallehin Mukhyi membuat ucapan yang penuh perasaan bagaimana parti itu selama ini bekerjasama rapat dengan DAP dan PKR dalam kerajaan negeri, yang digambarkan sebagai model pentadbiran PR di Malaysia satu hari nanti.

Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Iskandar Abdul Samad, juga bersungguh-sungguh meyakinkan media selepas muktamar itu yang mereka di Selangor akan bekerja seperti biasa dan PAS tidak berhasrat meninggalkan pentadbiran negeri.

"Usul itu bukan pendirian muktamad PAS. Saya tahu kepimpinan kita adil dan akan mendengar semua pandangan dan saya akan memberitahu mereka bagaimana baiknya kerjasama dalam kerajaan negeri Selangor," katanya yang baru dipilih sebagai naib presiden itu.

Usul untuk memutuskan hubungan dengan DAP itu diluluskan sayap ulama parti pada Rabu. Ia sebagai tindak balas kepada keputusan DAP pada Mac memutuskan hubungan dengan presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan menentang hudud di bawah Enakmen Syariah Kelantan.

Usul itu kemudiannya diluluskan tanpa bahas pada muktamar utama, satu keputusan yang dibuat pemimpin kanan tetapi dikritik hebat perwakilan.

Ini kerana ia memberi gambaran semua ahli PAS di akar umbi juga bersetuju dengannya.

Sesetengah ulama yang bersetuju dengan usul itu dan cenderung berperang dengan DAP bungkam apabila ditanya mengenai implikasinya, terutama berhubung kenyataan kerajaan negeri Pulau Pinang itu.

"Saya serahkan kepada Majlis Syura untuk memutuskannya," kata Nasrudin Hassan, pemimpin Dewan Ulama, ketika ditemui pemberita selepas muktamar itu.

Nasrudin pada Jumaat membuat ucapan berapi-api tentang bagaimana usul itu merupakan "satu tamparan di muka" untuk DAP.

Mereka yang lain terkejut dengan kenyataan Lim.

Ketua Dewan Ulama Datuk Mahfodz Mohamad mengecam ketua menteri Pulau Pinang itu kerana terburu-buru menjangkakan wakil PAS dalam kerajaan negeri akan meletak jawatan.

Tetapi, pemimpin DAP Selangor Charles Santiago membidas mereka, mengatakan kepimpinan baharu PAS sebenarnya tidak berfikir masak-masak apabila memaksa muktamar itu menerima usul itu.

"Itu bukan caranya menguruskan hubungan, dan kini ia menyerang mereka kembali," katanya, sambil menambah, ia isyarat bagaimana golongan konservatif mahu menguruskan parti itu.

"Jika ini yang mereka mahu, maka semua ahli PAS perlu meletakkan jawatan masing-masing di Selangor. Anda tidak boleh nak bolot semua,” katanya.
-TMI


ULASAN GB

Isk, dah buat terkejut pulak Ketua Dewan Ulamak, Dato Mahfodz Mohamed terhadap respons Ketua Menteri Pulau Pinang susulan usul tergempar memutuskan hubungan dengan DAP yang diterima muktamar.

Mula-mula bukan main tegas lagi beliau menyatakan bahawa "usul putus berkeanaan membutikan PAS bukan kuda tunggangan DAP." Mursyidul Am PAS yang baru, Dr. Haron Din pun sebelumnya menyatakan, tahaluf siyasi dengan DAP seperti tiada kebaikan (maslahah)...


Bila Ketua Menteri Pulau Pinang beri respons, masing-masing kelam kabut pula buat kenyataan bahawa keputusan itu belum muktamad lagi.

Di dalam ucapannya juga, Ketua Dewan Ulamak ada menyatakan keputusan memutuskan hubungan kerjasama dengan DAP adalah permasalahn "hukum". Oleh itu ia akan dibincangkan oleh Majlis Syura.

Sedangkan yang membawa usul berkenaan ialah Mokhtar Senik, Ketua Dewan Ulama PAS Pahang dan disokng oleh Nor Azli Musa, Ketua Penerangan Dewan Ulama Pas Perak.

Takkan kedua-dua "ulamak" berkenaan tak tahu bab hukum sehingga terpaksa ianya dimesyuaratkan semula mengenai hukumnya oleh Majlis Syura?


Tindakan Ketua Menteri Pulau Pinang adalah berdasarkan bahawa usul berkenaan telah diluluskan tanpa bahas oleh Muktamar. Di dalam apa-apa parti sekalipun di negara ini, "keputusan muktamar" itu adalah "keputusan yang tertinggi" bagi sesebuah parti politik. Malah kewujudan Majlis Syura Ulama itu juga boleh dihapuskan dengan keputusan Muktamar.

Malah jika dirujukkan kepada ROS pun, ROS akan menyatakan keputusan Muktamar atau Mesyuarat Agung adalah kata putus bagi setiap perbalahan di dalam pertubuhan. Itu sebab mengapa, apabila terdapat pertubuhan yang terlibat dengan perbalakan, ROS akan mengarahkan diadakan mesyuarat agong semula.

Kewujudan Majlis Syura hanya untuk menampakkan PAS sebagai sebuah "gerakan Islam". ROS hanya mengesahkan PAS sebagai sebuah pertubuhan politik bukan sebagai sebuah gerakan Islam. ROS adalah Registrar Of Sociiety, bukan Registrar Of Islamic Movement. Dari sudut pertubuhan, keputusan muktamar itulah yang paling tinggi dan itulah yang dinyatakan di dalam Perlembagaan PAS Fasal 7.


Maka itu tindakan Ketua Menteri Pulau Pinang itu adalah betul dari perspektif sedemikian, demikian juga pengumuman perletakkan jawatan Mohd Sabu dengan kerajaan negeri Pulau Pinang.

Kemudian Datok Mahfodz Mohamed menyatakan bahawa: "Saya tak jangka (perkara ini) kerana yang kita risau sebelum ini ialah di Selangor. Sebab, kalau Selangor tak ada (PAS), ia goncang sedikit."

Ini membuktikan bahawa tak timbul persoalan hukum. Yang ada ialah kepentingan "cari makan". Bimbang pula keadaan di Selangor jika putuskan hubungan dengan DAP kerana dengan penerimaan usul berkenaan, mereka yang memegang jawatan di dalam kerajaan negeri Selangor pun akan terpaksa patuh keputusan muktamar.

Kita akan dapat menjangkakan bahawa Majlis Syura dan AJK PAS Pusat akan melakukan U-TURN untuk membatalkan usul muktamar berkenaan bagi menyelamatkan kedudukan ahli-ahli PAS yang kini memegang pelbagai jawatan di dalam kerajaan negeri Pulau Pinang dan Selangor. Bukan soal hukum tapi soal syuru...

Inilah akibatnya bila ulamak-ulamak yang tidak profesyenal berada di dalam PAS dan golongan profesyenal di dalam bab undang-undang disisihkan malah diejekkan dalam muktamar oleh perwakilan. Yang ada ulama-ulama yang buta perlembagaan dan buta undang-undang. Ia petanda bala dan malapetaka bakal menimpa PAS. Jika sebelum ini banyak kes yang menang di mahkamah yang melibatkan PAS dan pemimpinnya termasuk kes Presiden PAS sendiri, kerana adanya profesyenal undang-undnag di dalam PAS. Maka selepas ini dapat dijangkakan ramai pula yang akan tewas di mahkamah dan masuk penjara bila profesyenal disisihkan. Yang ada dalam PAS kini ialah tukang fitnah, tukang jerit, tukang ejek, tukang ketawa dan tukang caci yang otaknya mereng, juga sama seperti pejuang-pejuang rasis seangkatan PEKIDA, Jaringan Melayu Rani Kulop, PERKASA dan seumpamanya.

Kita sama-sama tunggu dan lihat kesudahannya nanti.



64 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Ingat GB tak perasan isu ini.. good job! Hehe.. lawak rasanya lihat buat keputusan politik tapi gagal baca senario politik. Saya dahulu takhasus dalam hadis masa belajar di UIA, kita tahu bidang kita dan tahu dalam hal yg bukan keahlian kita kena serah pada ahlinya.Bukan kerana kita bidang agama kita boleh kata semua kita tahu dan segala gerak langkah kita betul. Nauzubillah hi min zalik

Ini sangat jelas nyata sperti yang ditunjukkan nabi S.A.W dalam hadis sahih:

Telah menceritakan kepada kami Abu Bakr bin Abu Syaibah dan ‘Amru An Naqid seluruhnya dari Al Aswad bin ‘Amir; Abu Bakr berkata; Telah menceritakan kepada kami Aswad bin ‘Amir; Telah menceritakan kepada kami Hammad bin Salamah dari Hisyam bin ‘Urwah dari Bapaknya dari ‘Aisyah dan dari Tsabit dari Anas bahwa Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam pernah melewati suatu kaum yang sedang mengawinkan pohon kurma lalu beliau bersabda: “Sekiranya mereka tidak melakukannya, kurma itu akan (tetap) baik”. Tapi setelah itu, ternyata kurma tersebut tumbuh dalam keadaan rusak. Hingga suatu saat Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam melewati mereka lagi dan melihat hal itu beliau bertanya: ‘Ada apa dengan pohon kurma kalian? Mereka menjawab; Bukankah anda telah mengatakan hal ini dan hal itu? Beliau lalu bersabda: ‘Kalian lebih mengetahui urusan dunia kalian’ (HR Muslim 4358)

mohd shahran berkata...

mahathir kata umno da lama tak bagi orang cerdik untuk masuk umno, menyebabkan umno dipenuhi orang yang kurang cerdik. sekutu umno juga sekarang meniru abang besarnya umno, syarat baru untuk menjadi perwakilan, ajk mana mana dewan dalam pas perlu lebih tolol dari presiden sebab presiden da sedia ada tolol

Tanpa Nama berkata...

Kelam kabut akhirnya...saya sudah menjangkakan implikasi usul dupp ini...dan amat malang lagi apabila permintaan perwakilan rembau dan selangor serta marang sendiri agar usul ini dibincang tetapi tidak diterima. Maknanya keputusan menerima tanpa bahas ialah perlu laksanakanlah. MSU pun ahlinya lebih drp separuh ialah ajk dupp. Takkan nak bua uturn pula bila kesannya sudah nampak...lagi pun jawatan itu apalah sangat...habuan dunia shaja...

Belum sempat meraikan kemenangan kumpulan 'chai' dah berhadapan kemelut baru ...

Lim Guan Eng tidak perlu dipertikai bila mengalu-alukan perletakan jawatan politik ahli pas dlm pentadbiran pp...takkan pas piula nak campur tangan urusan pentadbiran kerajaan pp.

Tanpa Nama berkata...

Inilah susah jadinya bila xfakih dlm pelembagaan Malaysia...yg fakih di tohmahkan n dibuang dgn cai oleh macai2

asri adnan berkata...

cakap ikut sedap mulut tanpa berfikir panjang maka terimalah akibatnya, lagi pun PAS sudah cukup kuat tidak mengapa, tak yah bising.

Tanpa Nama berkata...

Itulah org kata...terlajak perahu boleh diundur, terlajak muktamad buat usul buruk padahnya...kalau nak bodek tuan presiden pun agak agaklah...lain kali nak buat usul pikir dulu implikasinya...ni gaya mcm pikir dgn kepala lutut dan kepala siku...geng2 professional semua dihalaunya...skrg terimalah padahnya...lepas ni pasti u-turn balik mcm yg tuan presiden pernah ajarkan...huhuhuuu...

saffron rice berkata...

Orang melayu Islam yg cekal menjadi peminta sedekah dari kaum cina DAP
Di bumi melayu Tanah melayu ,,,, fikir kan

Tanpa Nama berkata...

As salam..

Untuk menegakkan undang-undang Islam secara menyeluruh di dalam Malaysia kita perlukan kuasa.Untuk dapatkan kuasa kita kena berpakat.Wadah yang kita perjuangkan ialah atas platform PR krn Umno terlalu byk kudis dan barah didalamnya.Sejarah telah membuktikan PAS tidak ke mana jika sendirian.
Dan sejarah telah mengajar kita yang BN memang tak boleh dipercayai.
Kalaulah TGNA masih hidup...

Malaysiabaru berkata...

Ularrmak yang mengajar kami berzina

Mohon cerai dgn Dap tapi masih mahu duduk sebumbung sehingga pru14

Maka berzinalah Iskandar samad dan eluzabeth yg membawa murka rakyat

Inilah strategi sesat ularrmak pas yg baru sehari naik pangkat dlm pas

Apa lagi mungkar yg ularmak mahu ajar kami?!

Tanpa Nama berkata...

Kan dah kena tampar balik! Pipi mana pulak kena tampar ? Kena terkena kat tampar kat otak ? Bergegar otak sampai tetiba nak ubah keputusan, Tak mungkin kena pala kot sbb serban likit tebai jd kusyen. Kor kot lepas tampar tu punyalah kuat terjatuh atas jln terkoyak poket kat jubah tu beterabur duit dlm poket. Baru teringat pas ni poket dah tak leh pakai nak tadah habuan. Ehh? Ada lagi poket poket kat jubah tu.. boleh tadah dari habuan baru. Rasanaya buat buat terkejut je kot ? Apapun kalau ada maruah bolelah fikir dgn waras ye. Kalau muka tak mau...jgn matlamat menghalalkan cara. Janji masyukkkk.

Tanpa Nama berkata...

ini lah ulama bangang. ulamak tak ada ilmu. ilmu gila jawatan.

kalau pas tu haprak, letaklah semua jawatan

keluar lah pakatan.

biar ada PRK di selangor. kita tengok hadi awang jadi pengarah pilihanraya.

berapa kerusi menang

mungkin dgn siku lutut masarudin boleh bagi pas menang di sgor.

tak guna punya ulamak haprak

Tanpa Nama berkata...



Inilah kualiti Presiden parti kita. Fikir pakai kepala lutut

Tanpa Nama berkata...

Haha lawak betul.kenapa keputusan tak konsisten wahai Ketua DUPP?ingat berani sgt.haha.DUPP patut dibubar dan dibuat pelantikan semula dgn memilih ahli2 yg berwibawa dan cerdik.DUPP inilah yg mengeluarkan cai semasa pemilihan.salah guna kuasa dan menang secara hina terus mendapat balasannya.

Tanpa Nama berkata...

Episod lawak dari ulama' awas jangan dibawa ke pertandingan Raja Lawak. Nanti orang lain tak boleh cari makan.

Tanpa Nama berkata...

Puak ni suka tikam belakang...Semua mentaliti cetek termasuklah yg menyokong puak puak ni semasa pencalonan. Jgn tunggu sampai PRU. Tak sanggup aku dikhianati mereka yg dunggu ni. Mentaliti mereka tak setaraf dengan kita. Mentaliti mereka setakat di masjid jer. Ilmu akhirat bukan main hebat, ilmu dunia papa kedana...Bikin malu orang Islam je perangai mereka ni. Jgn buang masa dgn mereka ni.

Kecik-kecik tak nak mampus, dah besar menyusahkan orang jer...Banyak benda lain lg penting drp mereka. Kita maju ke depan. Tinggalkan si luncai dgn labu nya....Semoga kita kan berjaya. Allahu Akbar!!!

Tanpa Nama berkata...

Tak apa.. biarkan dorang belajar berpolitik dari kesilapan kesilapan mereka.. baru masuk dah berlagak kuat.. kuat la ngko sekarang.. tu laa.. bongkak sangat.. takbur sangat.. tak sabar tengok calon pas d semua kerusi.. taksabar tengik parti yg kononya mempunyai ahli berjuta menang pru14..

Tanpa Nama berkata...

Tahniah kump CHAI, pro ularmak dah blajar chai dr umno, lepas ni dah letak jawatan fulus tak ada pi CHAI no ekoq..

Tanpa Nama berkata...

Salam. Dulu2 ramai ahli2 PAS adalah orang2 kampung yang miskin dan "katak bawah tempurung". Kini ahli2 PAS terdiri dari pelbagai lapisan masyarakat.
Dunia semakin maju, begitu juga Malaysia. Minda rakyat terbuka luas, pengetahuan rakyat bertambah dan banyak maklumat dan rahsia terbocor dek media maya.
Aku nampak...PAS sekarang terdiri dari "PEMIMPIN FASIK" yang tidak boleh dijadikan saksi dalam pembicaraan kerana kata2 mereka tidak tetap. Sekali NAK, sekali TAKNAK, Sekali BOLEH, Sekali TAK BOLEH, Sekali Halal, Sekali HARAM.
Sebaik2 pemimpim adalah orang yang ALIM dalam ugama tapi kalau tak ALIM pun biarlah boleh menerima nasihat ULAMAK. Tak semestinya pemimpin itu seorang ULAMAK. Kalau ULAMAK jadi pemimpin, tak salah. Tapi biarlah boleh menerima nasihat mengenai pimpinannya.

Aku sokong penuh CARA KEPIMPINAN LGE. Cekap. Cuma aku tak sokong anutan LGE. Aku sokong penuh anutan HH cuma aku tak sokong CARA KEPIMPINAN HH, Lembab, Tak konsisten dan mungkir janji

Tanpa Nama berkata...

Dlu slogan pas ganti umno..skg pas da jadi umno..pas parti u turn..sama dgn tuang presideng kaki flip flop...da xde leadership quality dlm saf kepimpinan baru pas...semua kaki kipas tuang presideng ats dasar wala'..ularmak lah konon..bullshit gila...skg amik korang ubat atas usul dibuat dgn kepala lutut dan siku..aku nk tgk pemimpin pas yg pegang jwatan dlm krajaan negeri pp berani x letak jawatan..klu x ltk sah mmg xde maruah...apa pun salute hormat pada abg mat sabu..tindakan lu bukti lu pemimpin bermaruah..!!!

Tanpa Nama berkata...

Wakakakakak... terkejut la pulak... ngko ngantuk ker time muktamar? Khayal pil? Baru sedar? Kuat juga penampar dap sampai hilang bengang korang.. WAKAKAKAK... MAHARAJALAWAK MEGA LA KORANG NI... P BASUH MUKA... ALAHAI... ANAK BUAH DAH TERPAKSA LETAK JAWATAN.. NAK STAY.. MALU NGAN DAP.. ANAK BINI NAK MAKAN APA LEPAS NI..

Tanpa Nama berkata...

Satu ulasan yang cukup mantap dari GB.
Orang Pas bantai Pas. Padan muka Pas.
Kali ini Pas bukan lagi nak buat U-Turn,
tapi terpaksa buat korner baring.
Itu pun kalau Pas muka tak tau malu.
Iyalah, Pas mana tau malu.
Kah... kah... kah... kah... kah...
Mat Sabu dah tunjukkan jalan.
Apa lagi Pas, bersedialah untuk
meletakkan jawatan beramai-ramai.
Berjalanlah sendiri tanpa Dap dan Pkr.
Jika join BN/UMNO, Pas akan disumpah.
Tidak di sangka-sangka,
begini rupanya wajah Islam dalam Pas.

pak maun berkata...

Setuju

Anti Fitnah berkata...

Apa yang dicarut oleh saffron rice ni? Hang bukan sahaja tidak menambahbaiki taraf intelektual (minda) Melayu malahan hang lagi nampak bahalol, tolol dan bodoh piang.
Bumi ini milik Allah swt dan bukan milik Melayu. Dulu namanya ialah semenanjung Tanah Melayu tapi kini dah jadi Malaysia. Ianya macam Bank Bumiputera Malaysia, kini mana pergi BBMB? Yang tinggal hanya CIMB. Siapa yang ubah tu? Cina jugakah? Jangan main sentimen perkauman bila berbicara tentang Islam. Islam tu bukan Melayu punya. Hang ni pasti dok dalam Malaysia sahaja kot. Tu yang nampak tidak cerdik dan nak nak berlagak cerdik.
Siapa peminta sedekah? Siapa yang jadikan Melayu tu peminta sedekah? Awat yang selama ni Bukan Melayu yang memerintahkah? Fikirkan kata hang. Hang yang kena belajar berfikir.
DAP dah kata depa hanya nak putus hubungan dengan Presiden yang pada anggapan depa, selalu mengkhianati PR. Depa bukannya nak putus hubungan dengan PAS. Tapi masalahnya bila beri peluang pada orang TOLOL, BARUA, BODOH, BINGUNG, ... untuk membuat tafsiran, maka lain jadinya. Kononnya nak mengampu BOSS, tersilap mengampu la tu.
Ketua Dewan Ulama berkata LGE gopoh atau hang yang tak erti. Bila dah lafaz cerai, awat hangpa LGE tu gila talakkah atau hangpa yang gila talak? LGE nak bercerai dengan bini tua dan bukan semua bini. Ini bini muda pulak buat hal, jadi LGE cerai semua sekali. Tiba-tiba bini muda terkejut sebab nafkah dah tak diberi ..... Fikir-fikirlah saudara.

Tanpa Nama berkata...

Kita asemua naik pening dengan tidakan kebanyakan peminpin ualamk Pas dalam berkta2.mereka seolah2 ikut nafsu setan bla bercakap ,ikut sedap mulut je,sekarang bial ada tindakan yang kena batang hidung dah mula cakap putar alam ,setul2 ikut Hj presideng dia yang selalu corner terlingkup.Diminta sekiranya peminpin Pas yang ada maruah diri sila letak jawatan dalam kerajaan di Selangor dan P Pinanag ,malu kita dengan DAP berbangsa cina tapi ada maruah diri.apa yang ada dalam otak disebalik serban besar dan jubah .Tetapi adalah elok Pas mendapat semua golonganya mneraju Pas dan tidak ada seorang pun peminpin Profesioanl lagi.tunggu dan lihat hasilnya.

Tanpa Nama berkata...

Kita asemua naik pening dengan tidakan kebanyakan peminpin ualamk Pas dalam berkta2.mereka seolah2 ikut nafsu setan bla bercakap ,ikut sedap mulut je,sekarang bial ada tindakan yang kena batang hidung dah mula cakap putar alam ,setul2 ikut Hj presideng dia yang selalu corner terlingkup.Diminta sekiranya peminpin Pas yang ada maruah diri sila letak jawatan dalam kerajaan di Selangor dan P Pinanag ,malu kita dengan DAP berbangsa cina tapi ada maruah diri.apa yang ada dalam otak disebalik serban besar dan jubah .Tetapi adalah elok Pas mendapat semua golonganya mneraju Pas dan tidak ada seorang pun peminpin Profesioanl lagi.tunggu dan lihat hasilnya.

Tanpa Nama berkata...

Masyaallah nampak gaya puak2 ularrmak ni dah mula nak buat double u turn.Kerana pangkat dan pitis puak2 ni sanggup jelir lidah panjang untuk JILAT JUBOR Lim Guan Eng{DAP} Ha haaaaaaaaa uek tuii.Nauzubillah.Bravo Abe Mat Wira Sejati

Tanpa Nama berkata...

Baru dgn guan eng sorang dah kelamkabut pas ,blm kit siang bersuara.itulah akibat fikir pakai lutut dan siku

Tanpa Nama berkata...

Baru balik dari kebun... bila dah selesai mesin rumput.. banyak pula tunggul2 lama.. kalau nak berucap depan tunggul kayu datang la p kebun aku.. sebelum aku nak cangkul bagi rata..

sb dehlawi berkata...

terbaik lah ulasan gb. memang pas dah jadi macam taik, najis

Tanpa Nama berkata...



Klu lah parti DAP atau PKR buat "FITNAH" mcm pilkuda tuu kpd calon PAS bgmnkah agaknya respon Hadi & walaon2nya itu?

DAN

Klu lah Wan Azizah buat "FITNAH" trhdp Hadi bhw dia bnar2 jls tak LAYAK dan tlh gagal diTrngganu & Kedah...sprt mana Wan Azizah tlh di"FITNAH" oleh Hadi tanpa melihat kpd MERIT yg Wan Azizah miliki,, bgmn kah gelagat Hadi & walaon2nya itu agak2nya??

DAN

DAN

Klu lah Anwar LKS LGE & Wan Azizah jenis PONTENG U-Turn putar BELIT dolak dalik & buat FITNAH mcm Hadi dah buat..agak2nya lah apa yg Hadi & walaon2nya itu akan buat???


Kita..

Kita wajib takleh tertipu hanya dgn kata2-gaya-pakaian-SORBAN dsbnya..

Kita patut insaf sdlm7nya adakah putar BELIT U-Turn khianat FITNAH itu mrupakan "akhlak-AKIDAH" RasuluLLAH?

Klu itu bukan & BUKAN "akhlak-AKIDAH" RasuluLLAH jd itu akhlak siapa??

Itu AKIDAH siapa???

ITU

ITU...akhlak?

ITU....AKIDAH??

ITU akhlak AKIDAH sape camtu???


Hadi boleh mintak tolong Yusof Al-Qardhawi tolong sahkan..bukankah PUTAR-dolak-DALIK-khianat-FITNAH itu mrupakan akhlak-AKIDAH "Yahudi-Harbi" laknatuLLAH????



GB..

Arinal haqqa-HAQQAN...amiinn

Omar Daud berkata...

ALLAH NAK TUNJUK PADA RAKYAT MALAYSIA, HIKMAH KEKALAHAN PRO-RAKYAT.

1.Ulamak-Ulamak yg berada dalam PAS(chai) tak boleh dirujuk oleh orang-orang islam Di Malaysia.
a/ sistem Orginisasi dalam PAS(chai) itu akan melahirkan Ulamak yg KORUP.
DUPP:-Jabatan di mana hanya gulungan so called Ulamak sahaja/.. tiada check dan balance
MSU: Pun sama seperti di atas"
b/ kedua-dua:Department ada kuasa VETO-SAPA2 Tak boleh pertikai,buat silap boleh u-turn, tapi jika nak betulkan dipangil jebon,golongan aku buat keputusan MERAPU tiada tindakan.So apa yg membimbangkan kita ianya terjadi.KEDUA-DUA sistem UMPAMA SISTEM NAZI HITLER(HITLER perjuangan kebangsaan)i.Dewan: SS adalah peminpin yg dekat dgn president pembuat perlembagaan ii/Gestapo-peringkat operasi:merisik,mefitnah ,kerja2 spy,utk menghancurkan kawan2 yg tak sebati dgn Hitler.(Mengamalkan Matlamat menghalalkan cara)CUMA BEZANYA ULAMAK(CHAI) (MENGUNAKAN UGAMA UNTUK DAPAT PENGARUH) DAN MANAKALA HITLER MENGUNAKAN BANGSA SEBAGAI PENGARUH..PERSAMAANYA IALAH:METALAMAT MENGHALALKAN CARA..tak lebih dari itu.wassalam

Tanpa Nama berkata...

Geng ulamak paschai ni perasan lebih...mentang mentang ilmu agama tinggi dia ingat semua serba serbi dia pandai...
lepas ni jgn lagi nak mintak tolong geng2 profesional...padan muka...

Tanpa Nama berkata...

Tak terkata kebodohan yang melampau lampau puak ularmak nih...woi ularmak, ingat sikit dengan kepala otak, jangan ingat dengan kepala siku atau kepala lutut, engkau tu orang yang di anggap fakih dalam agama, beri contoh tauladan yang baik, jangan jadi dajal.

Tanpa Nama berkata...

Maaf tn saffron rice. Sy bkn ahli pas ttp setiap kali nk mengundi pun sy istiharah. Klu nak buat keputusan apa2 pun kta perlu istiharah. Bukan bermakna tinggi ilmu islam kita x perlu lagi istiharah dlm buat keputusan. Inikan pula keputusan yg melibatkn pencaturan nasib rakyat malaysia yg mahukan keadiln x kiralah mrk tu melayu ke cina ke india ke sbb islam tu adil. Ttp apa yg berlaku ulamak2 pulak yg mendtgkn fitnah terhdp islam. Mgpa sy kata begitu? Kerana org bkn islam dah pndg serong kpd islam krn yg membuat keputusan x bijaksana itu kumpulan yg dikatakn ulamak. Sy sbg rakyat jelata memang tdk redho sekiranya islam diperlakukn begitu. Bkn sng rasulullah saw nk pikat hati non muslim.. inikn pula kita. Berakhlak mulialah spy mrk terpikat mcm rasulullah saw dan terkini mcm tgna yg kita kasihi. Bkn memburukkn lg keadaan.

Tanpa Nama berkata...

Comel doh muka golongan ularmak.....
Lebih baik PAS di NGO kan dan aktifkan partai politik baru yg bebas ular mak............

Tanpa Nama berkata...

Maaf, Bukan nak ikut akhlak perwakilan tapi nak buat perwakilan sedar dan insaf.

Oleh itu booooo ... pada perwakilan cai !

maae berkata...

Sekarang anda nampak apa Pas perjuangkan ? Baik Ulama, Pro UG juga konon pihak progresif (konon professional) ?

Tidak lain kekayaan dan kepentingan diri !

Ahlul Pas berpecah. Guan Eng berjaya dan terus untung kerana tiada lagi parasit lagi dalam kerajaan negeri nya. Mat Sabu, seperti biasa, hanya orang suruhan dan tiada aspirasi yang ahlul Pas inginkan di perjuangkan. Adakah cukup Guan Eng mengabui dengan sedekah dan sedikit sumbangan kepada Imam-Imam masjid ? Terjerit-jerit takbir menunjukkan kejahilan ?

Islam minta sedekah di P.Pinang. Islam di singkirkan PKR dari Selangor juga, cuma tidak agresif tetapi secara halus. Wujud nya Sultan Selangor, sedikit hormat mereka, namun oktoberfest dan seumpama nya tetap juga di lancarkan berjaya. Ok anda kata berbilang kaum, tetapi anda pura-pura tidak tahu maksud tujuan... Anda yang menyokong pemerintah membawa rebah nya Islam !

Kerana Bangsa, Agama dan Negara. Ini ahlul Pas mesti pegang ! Jika tidak, kopiah, serban dan purdah anda akan di larang sepenuh nya dalam negara milik sendiri! Unik nya Pas bukan ?

Anda semua mahu ? Berfikirlah, berilmu lah dan berstrategi lah seperti Nabi Muhammad SAW itu amat di tuntut !! Bukan memfitnah, berlaku mungkar terhadap saudara sendiri (Islam) tidak tahu membeza musuh, munafik dan kafirun harbi yang tidak pernah inginkan Islam !

Amal makruf nahi munkar - Itu baru Pas For All ! IQRA' !!!

( nota : aku kesian bila Melayu dan Islam itu tidak bijak mengisi kemahuan diri, tuntutan Allah SWT dan menegakkan Sunnah. Berjamaah. Melestarikan Islam agar 'tiada paksaan beragama' itu selaras hati-hati yang mati itu boleh bercahaya memeluk Islam dengan rela, kesedaran hati sendiri, di bantu hidayah Allah. Ini lah dakwah dalam politik sambil menjaga kuat haq-hak Nya.

Ritchie Blackmore berkata...

Yang penting bg pas ialah keredhaan...keredhaan...
keredhaan...

Tanpa Nama berkata...

akibat merasa macam cerdik lalu gelar diri ulamak konon macam sendiri lebih pandai, tengok orang lah itu sebab Allah firman Aku tak jadi kan manusia ni sebangsa saja. Tuhan jadikan manusia ni punya kelebihan masing-masing lah. Tinggal manusia ini memilih mana yang benar mana yang palsu.Setakat harapkan serban melilit belum tentu...

Tanpa Nama berkata...

Kalau takder sapa2 nak daftarkan PASMA sebagai parti politik baru, aku sendiri akan daftarkan. Pro-tem Committee :-

Presiden : Aku sendiri (3 bulan jer aku nak pegang)
Timb. Presiden : GB
Naib-naib Presiden : Kita lantik ler sapa2 dulu.

Pastu, kita join & perkukuhkan PR. Lepas tu, sapa2 nak join , kita ambik geng2 yang keciwa dengan PAS ni. Buat Muktamar pertama, aku nak letak jawatan terus. Kasi yang lagi cerdik dari aku pimpin PASMA..

Apapun, cadangan ini batal kalau PASMA skarang dah bersedia nak tubuhkan Parti baru.

Tanpa Nama berkata...

Aku memang tak harapkan ulamak ni pandai memerentah. Buat kebajikan boleh lah, guna atau ilmu yang bernas sorrylah memang tak aku harapkan LANGSUNG@tak boleh harap.

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum, WAHAI ULAMAK....
APAKAH DIBOLEHKAN KEPADA MEREKA YANG BERCERAI UNTUK DUDUK SERUMAH?
(DR.G)

Tanpa Nama berkata...

The Three Jebons. Bola dari Mokhtar Senim dihantar kepada Nor Azli. Nor Azli bawa ke hadapan dan pas ke belakang kepada M Mahfodz. M Mahfodz terus meluru ke belakang dan tendang. Goalllllllllllllll. Ops sendiri punya gawang daa.

Dynamic Hijrah berkata...

Bukti sudah jelas ulamak PAS hanya gedebe acah2 je...cakap guna kepala lutut..lulusan agama dlm PAS ni semua ulamak ka?Mat Sabu amat arif dgn keputusan suku mssak ulamak gedebe PAS maka beliau buat keputusan bermaruah utk letak semua jawatan dlm kerajaan p.pinang...tahniah Mat Sabu walaupun anda bukan ulamak!!!

Tanpa Nama berkata...

Bro gb...khabarnye tghh, nik abduh, muhyidin dan beberapa menteri bersama2 di sabah...ade crrite menarik ke..

otoote berkata...

Takbirrrrrr!!!!!
Lom sampai rumah lg para sheikh msksom ni....dsh tekejut beghok......
lain kali istikhoroh la dulu lom bukak mulut....guna la ilmu aqal tu elok2...jgn emosi lebih dok jack nak hadi calon pru gila dunio
ptuiiii
p/s korang pi celup mesir 4 taun...tak layak gelar ulama....jgn dok koya

Ridd berkata...

Kalau betul pemimpin2 PAS berpegang pada prisip lepaskan jawatan di Selangor Dan Pulau Pinang. Janngan cakap tak serupa bikin. Orang Melayu tak kisah kalau PAS ada ke atau tidak. Parti politik bukan melebihkan AGAMA tapi agenda yang paling utama adalah Rakyat dan Ekonomi Negara.

PAS ada presiden pun diam bila disoal tidak mampu menjawap "semua kata tak tahu" kalau tak tahu jangan jadi Tuan Presiden. Sejarah dalam parti politik ada Presiden tapi tahu apa2.

Ingat lah ahli2 PAS semua. Kerana Amanat Tn. Presiden kamulah laki bini bercerai berai, dan Masjid ada 2 imam dan sekarang PAS bercerai berai pulak.

Tanpa Nama berkata...

Allah Maha adil Maha Agong lagi bijaksana jika kamu berjuang kerana Dia pasti Dia akan bersama kamu tetapi jika jika dunia yang kamu cari sesungguhnya tipudaya kamu itu adalah tipudaya syaitan..

Tanpa Nama berkata...

Boleh kalau dalam edah. Haha... Ni perceraian dgn DAP edah brp bulan haaaa?

Tanpa Nama berkata...

Kalau aku jadi LGE, aku halau terus, serahkan surat pecat dari jawatan 24 jam, bodoh melampau2, keputusan muktamar sangat merugikan Islam yg mane Dap memberi peruntukan yg sngat banyak, sekarang apa kau dapat? mintalah dari umno, kata nak bersama umno, bila tengok gambar TGHH bersama TPM diSabah nampak sangat Pas dikudakan oleh umno, selamat diperkudakan

Tanpa Nama berkata...



.

Memang sah ulama chai dan perwakilan tidak berada dalam wudhu. Wudhu bukan saja menenangkan orang yang marah malah menenangkan orang semasa berfikir. Malah dah jadi mayat pun berwudhu.

Kekeliruan dalam Kekeliruan.
Dalam 'Kekeliruan dalam Kekeliruan' itu pun ada kekeliruan jugak.
Hello ini baru hal dunia belum hal rahsia Tuhan. Macamana nak memimpin umat Islam?

Ulama ni pun satu, tak payah lah nak cakap serang-menyerang punya hal. Selepas muktamar sepatutnya bukan cakap pasal siapa serang dulu sebab semua dah buat keputusan siapa Presiden, siapa AJK dan semua perwakilan terima untuk putuskan hubungan dengan DAP. Nampak gaya macam tegas nak ke depan eh eh berapi landasan sebab tiba-tiba tarik brek tren yang sedang laju. Perwakilan dalam tren pun terkejut !

Sepatutnya untuk mengurangkan kesan buruk pada PAS (ulang kesan buruk pada PAS) lah isu putus hubungan dengan DAP di bahas bukan di lulus tanpa balas. Muktamar boleh bahas secara tertutup. Dan yang memburukkan bukan usul tapi keputusan samada di buat oleh MSU atau muktamar.Nak usul nak bahas berhari-hari pun lantak lah sebab keputusan memutuskan hubungan DAP memang membawa keburukan.

Alasan usul di luluskan tanpa bahas untuk mengurangkan kesan buruk se olah-olah isu tersebut tidak ada kesan buruknya pada PAS tetapi pada PKR dan DAP. Sekarang apa cerita??

Ini apa pulak maksud 'tidak akan dimuktamadkan walaupun ia diterima muktamar hari ini'. Memang pening ni. Dah lah tak di bahas boleh di terima. Dah lah di terima tak boleh di muktamadkan. Dah pusing-pusing situ nak rujuk kepada MSU. Kalau ikut kita boleh bahas lah sebab isu belum di bawa ke MSU. Orang nak buat keputusan rujuk dulu, bukan dah buat keputusan lepas tu rujuk. Aduh pening lah, pening.

LGE tak gopoh. Keputusan tersebut secara automatik di ikuti dengan perletakan jawatan wakil PAS dalam kerajaan negeri. Macamana ahli PAS kena terima usul DUPP macam tu lah LGE kena terima perletakkan jawatan wakil PAS dalam kerajaan negeri.

Di dunia ini pun ulama ada gred. Selain gred UMNO dan PAS, dalam PAS pun ada gred. Satu gred Dewan dan satu lagi gred Majlis. Tapi kita tenguk dua-dua sama. Dewan untuk buat Majlis. Majlis buat di Dewan.

Kepada Allah kita kembalikan.

IbnAbdHalim berkata...

Setuju 100% dgn admin. Dah nampak geng ulamak tak boleh urus parti kerana jahil politik dan buta perlembagaan.

Tanpa Nama berkata...

Usul berbaur provokasi dan penuh kebencian.kalaupun nk buat usul buatlah dengan berhemah contohnya usul mengkaji semula hubungan dgn dap.ini tak nak berpatah arang terus.mpknya depa ni kenalah pujuk abg mat untuk berdamai dgn dap.abg mat lah jugak.kat sini lah kita boleh nmpk kbnran perjuangan pasma yg dituduh mcm2 tu

Tanpa Nama berkata...

Assalamulaikum Semua,

Ayat yg paling cantik dan tepat sekarang ini untuk AJK pemilihan baru ini ialah
"Baru padan muka" Ambik engkau sekarang siapa kena siku?
Hari tu dah kata muktamad utk putus hubungan dengan DAP. Aiikkk..tetiba hari ini nak bincang pada majlis Syura? Kerana nila setitik seperti Nasrudin Hassan, bercakap guna lutut. Apa punya mankuk hayun duk ada dalam AJK PAS nie.
Kita orang Pro, kadang2 kita boleh menilai orang melalui cara cakap, gelagat dan body language, sebab itu kita awal2 lagi dah nampak akan kepincangan2 yg akan berlaku dalam PAS ini.Sama-sama lah kita tunggu "Maharaja Lawak" yang akan mengemudi bahtera parti ini nanti.

Lebai Burger.

amar asyraf berkata...

Senang rupanya nak prcahkan pr ni....tahniah smya ustaz ulamak....pru14...deposit pun hilang....undi individu shj....pas no more...

amar asyraf berkata...

Senang ropanya nak kucar kacirkan pr ni....pm dan tun gelak je tengok...berjaya juga kata mrk utk kelam kabutkan pr....awatlah lebai lebai tu labun sangap....

Tanpa Nama berkata...

bang Mat pemimpin bijak, ajar golongan UG tu dgn letak jawatan dlm kerajaan Penang.

usul tk kerjasama dgn DAP tiada bantahan. siapa berani bantah? tk wala, nk masuk neraka ke? tp bukan bermakna semua ahli PAS setuju.

kita kalau org dh tunjuk tknk kawan kita, memanglah kita cepat2 tunjuk respon, kita ada maruah, ingt kita nk terhegeh2 pujuk PAS jgnlah mcm tu jgnla mcm tu.. i masih syg u. poraah lah.

pemimpin PAS memalukan org islam dan melayu saja.

ckp dolak dalih.

bila ramai penyokong2 sendiri pun kritik pemimpin PAS dan mengutuk ulamak, itu bukan tanda mereka tk hormat islam dn ulamak, itu tanda ulamak telah dihina oleh Allah kerana perbuatan mereka ada yg bercanggah.

percanggahan pertama diri sendiri yg tahu, adakah berbaik dgn umno itu betul2 ikhlas kerana Allah atas dasar islam dan melayu atau dlm lapisan ke tujuh hati kecil memang ada kepentingan duniawi yg didambakan.

dan Allah akan hina kamu walaupun mulut kamu menyebab agama saja sedang hati kamu ada penyelewengan.

ini bukan tuduh tp ada bau2 bacangnya.

jika tidak benar pastikan ia tidak berlaku, jika benar bertaubat lah sebelum kamu lebih hina dpd haiwan kerana berkiblatkan perut tawaran umno.

Tanpa Nama berkata...

nampak sgt bahawa kepimpinan PAS ni rupanya hanya berjuang ikut emosi dan semangat semata2. tkde sifat tawadhuk, rendah diri, berfikir, berpijak pada bumi yg nyata.

berckp jarang guna akal, ckp retorik mcmlah PAS tu parti ultraman yg ada superpower. muhasabah diri dan bersikap terbuka jauh sekali. sudah juga mula bibit2 khawarij sebb merasakan hanya mereka saja yg betul, org lain semua tk islam, liberal lah, dll.

ingat, jika hadi jadi PM(jauh panggang, tapi kot2 lah), maka iran akan diberi layanan istimewa dan syiah akan dibiarkan berkembang di malaysia. ketika itu maka senanglah dajal bertopeng syiah menguasai negara ini.

cuba bykkan hadi berbaik2 dgn umno, berbaik dgn iran syiah tp memusuhi PR sendiri.

kalau PR kalah kerana berdepan secara gentleman dgn PAS lebih baik dpd kalah dikhianati PAS yg masih bercinta dlm gelap dgn umno.

jaga2 PR selangor dpd tgn2 ghaib umno, barua2 ghaib umno yg berselindung disebalik serban jubah di selangor.

rakyat bukan bodoh, rakyat bukan semua ahli PAS maka tkde sebb nk wala' mengkhinzir buta kepada seorg manusia tk maksum berjawatan presiden PAS dan kuncu2 nya.

diantara rakyat dan pemimpin PAS, rakyat adalah tuan, bukan pemimpin PAS yg tuan kecuali roh hitam umno memang sudah menguasai pemimpin PAS dan roh jahat ini gagal dihalau dgn air jampi mursyidul am PAS.

Anak Poksoh berkata...

ingatkan ulamak ni orang yang berilmu rupa2nya tak lah cerdik sangat.

Tanpa Nama berkata...

Kenapa tiada usul mengutuk campur tangan DUPP dalam pemilihan baru2 ni?DUPP terang2 berkempen untuk calon2 tertentu dan senarai nama telah diupload pd website DUPP.DUPP sepatutnya berkecuali biar perwakilan yg menentukan calon pilihan masing2.bukankah ini adalah penyalahgunaan kuasa dan Ketua DUPP sepatutnya secara terhormat meletakkan jawatan.Kalau perkara ini berterusan apa gunanya ada pemilihan bila keputusan sudah ditetapkan.

Tanpa Nama berkata...

Setuju .Pas lepaskan jawatan dinegeri pakatan.dah lama jadi duri dlm daging.
Gunting dlm lipatan
Ke tiada an TGNA & DSAI.
Pasti tiada guna PR selamatkan Pas.
Selamani 2 tokoh diatas bersama pemimpin Pas yg tersingkir dlm muktamar yg meyakinkan Rakyat .sebagai Rakyat Kita ,
Biarkan Pas bersatu dgn umno .baru Kita kenal Ulamak tahap mana .....
Rakyat tak bodoh le Pas

Tanpa Nama berkata...

Bagus..selalu sangat u-turn, orang tidak akan percaya parti PAS. Peraan HEBAT sangat! ha..rasa kan ! Apa makna nya? Itu nama giler jawatan perasan ulama tapi jadian, giler harta!..

Tanpa Nama berkata...

Pas dah kembali semula ....pas telah kembali semula ke zaman retro...Kadang kadang aku cukup heran macamana pas tidak melihat pada realiti sosiopolitik negara kita.Pada aku yg tak reti ini...perkembangan manusia dan ketamadunan itu adalah selari dengan garis fitrah manusia dan cabaran zaman itu..dengan itu kitalah sepatutnya mencari garis pertemuannya disini..sedangkan ilmu itu pun sentiasa berkembang..jika ilmu itu tertakluk pada sesuatu zaman maka sudah tentulah tiada apa pun yg berkembang pada dunia hari ini..Pendekatan pas yg membuang kesemua orang yg selama ini memperjuangkan parti pas ini oleh kerana krisis pendekatan perjuangan adalah satu perkara yg tidak matang,kerana mereka yg lama berjuang ini telah nampak akan perlunya mengikut garis fitrah ini.Sebab itulah Allah memperturunkan ilmu kepada manusia ini..Ilmu yang ada mengikut Alquran yg benar benar difahami serta ilmu manusia ini yg mengikut perkembangan jua mengikut tuntutan Alquran..justeru itulah kalau zaman dulu orang arab menaiki unta bagi mengerjakan fardhu haji..tetapi hari ini mereka akan menaiki kapal terbang..itulah fitrah zaman..Konsep begini harus di fahamkan betul betul kerana bila di sekat perkembangan fitrah itu,keadaan akan menjadi semakin merbahaya dan akan membawa perpecahan yang sangat hebat..Sepatutnya pas terlebih dahulu mencari kekuatan dan mencari pendekatan yg lebih kepada penyatuan dan bukanlah membina tembok pemisah bagi mereka yg tidak faham akan islam itu...kalau pas hanya menumpukan kepada ego lantaran tindak tanduk dap..maka pas juga dilihat sama saja dengan dap...PERJUANGAN YANG BERLANDAS KEPADA MARAH DAN DENDAM ITU HANYALAH PERJUANGAN BUTA..SEBAB ITULAH BUTA POLITIK ITU LEBIH DASYAT DARI BUTA MATA..KALAU BUTA MATA ITU TIDAK MEMBUTAKAN HATI,MANAKALA KALAU BUTA POLITIK,SEKALIGUS HATI ITU AKAN MENJADI BUTA SETERUSNYA KESANNYA BOLEH MENYEBABKAN PERPECAHAN DAN MEMPUNYAI KESAN YG BURUK PADA SEMUA ORANG..

Tanpa Nama berkata...

Dulu kecoh suasana politik kata orang sebab mendiang Karpal Singh, Almahhum Tuan Guru Nik Aziz dan DSAI. Dua sudah meninggal dunia dan satu dipenjarakan. Malaysia tak aman juga. Jadi sekarang kalau nak aman kena ketepikan 2 orang lagi iaitu PM Najib dan Presiden PAS. Rasanya 2 ni takde aman sikit kot. Walau apa pun itu terpulang kepada taik-taik yang mereka tinggalkan untuk kerja pembersihan oleh orang-orang baru!!