Shah Alam, 13 OKT : Pakar Perlembagaan Malaysia Prof Dr Abdul Aziz Bari berkata beliau hanya mempersoal titah seorang Raja Melayu dan bukan menghina institusi Raja-Raja Melayu seperti yang didakwa media pro-Umno.
Pensyarah Universiti Islam Antarabangsa itu berkata Perlembangan memberinya hak untuk membincang titah tersebut dan mereka yang mengkritiknya sebenarnya tidak faham undang-undang.
"Saya tak kata pertikai Tuanku, tak ada. Saya tak kata dia tak ada kuasa. Saya kata kuasa tu memang ada, saya tak pertikaikan. Tiba soal kewajaran, soal keadilan dalam isu ni macam mana. Itu saja."
"Iyalah yang dakwa menghina itu dia. Kalau dia faham peruntukan perlembagaan itu dia tak kata begitu. Dia orang sudah melabel kita macam tu, saya nak buat macam mana."
Dr Aziz berkata demikian ketika dihubungi TV Selangor apabila diminta mengulas langkah beberapa Ahli Parlimen BN yang mendesak supaya tindakan tegas diambil ke atasnya ekoran rencananya semalam yang disiarkan di portal Malaysiakini yang berjudul "Tidak Salah Kritik Raja-raja".
Aziz dengan tegas menyatakan bahawa beliau tidak mempertikaikan kuasa ketua agama. Apa yang diperkatakan ialah kewajaran sesuatu tindakan itu dari segi undang-undang dan Perlembagaan.
"Saya dah kata, saya tak pertikaikan kuasa ketua agama. Saya cuma sebut soalnya adakah kewajarannya ada. Itu boleh. Kalau tengok akta hasutan pun jelas. Kalau kita setakat mencuba nak memperbaiki, nak improve kata orang apa salahnya."
Beliau kecewa kata-katanya telah dipusing oleh pihak-pihak tertentu bagi tujuan politik.
‘Orang ni dah twist sentence.... Itu yang sedihnya. Kalau orang yang macam Zulkifli Nordin yang pernah jadi peguam fikir macam itu. Apa jadinya. Ini nak mengapi-api, nak menghasut namanya. Nak memanaskan keadaan yang tak panas."
Dr Aziz memuji sikap terbuka seorang Putera Diraja Negeri Sembilan Tunku Zain Al Abidin Tuanku Muhriz.
Tunku Zain dalam kenyataan kepada portal berita Malaysia Kini hari ini antara lain berkata, titah diraja boleh dibincangkan oleh ahli akademik dan media, selagi ia tidak mendatangkan kemudaratan yang sebenar.
Tambah Dr Aziz, beliau memberi komen sedemikian kerana kes siasatan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) terhadap gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) membabitkan sensitiviti agama lain.
Di dalam titahnya Isnin lalu, Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berkata tindakan JAIS menepati skop undang-undang agensi itu.
Sebelum ini, siasatan JAIS terhadap DUMC atas dakwaan ia cuba berdakwah kepada orang Islam dikecam oleh ahli politik Pakatan Rakyat dan NGO.
"Satu lagi yang kita kena faham ialah soal ini dia melibatkan soal agama lain. Jadi dalam soal itu kita kena tengok jugak. Kalau dah sampai kedudukan agama lain terancam dalam soal ini dalam kedudukan soal gerejanya diceroboh, macam mana. Dan bukti tak ada."
Beliau berpendapat jika tidak cukup bukti lebih baik kes sedemikian ditutup kasar, jangan dipanjang-panjangkan kerana ia mempunyai impilasi negatif.
"Saya kata macam ini, kalau bukti tak ada tutup saja. Tutup buku. Apa pulak bukti tak ada masih lagi kita seolah-olah melihat orang-orang ini beralah. Macam mana. Itu yang saya kata mana ada dalam dunia ini undang -undang kata macam tu. Kalau tak ada bukt , tutup buku, itu saja. Tang mana lagi kita nak cuba seolah-olah nak menunjukkan orang ini masih bersalah walaupun tak ada bukti. Itu yang saya katakan."
Menyentuh tindakan Ahli-ahli Parlimen mencabar beliau menyertai politik, Prof Dr Aziz dalam ketawa berkata bahawa dia tidak berminat menyertai politik dan mencabar ahli politik yang mencabarnya agar menjadi golongan akademik sepertinya.
"Nak mencabar saya berhenti pasal apa. Kenapa saya harus berhenti. Saya tak minat poltik. Saya bukan nak kedudukan dia. Kalau dia rasa nak lawan saya masuk ke sinilah, cuba jadi ahli akademik. Apa pulak saya lawan dia. Bila masa saya nak lawan dia. Apa pula timbul soalan berhenti politik masuk bertanding. Ini apa ceritanya."

11 ulasan:
Bravo aziz bari, i salute you bro
libas aziz libas.
mereka tu mana tau undang2.
yang mereka tau undang2 sidiq ulam raja.
undang2 tarak guna otak.
undang2 patalon, komisin 25%.
- raja gopal.
itulah psl, puak2 umno ni mana tau sgt psl perlembagaan..tau pot pet pot pet je...tp habuk pon tarak...
New entry:
Free Download Klip 3GP, Ganas Gerun Dan Ghairah!
Adakah Ini Rupa iPhone 5
Ketua agama tu ada tauliah ke? Lagi satu nak tanya dia ketua agama apa? Nak panggil apa? Tok guru ke atau tok guru nanak?
(Tak ada kena mengena dengan yang hidup atau yang dah mati terutama kavita singh)
PROF.AZIZ BARI dan PROF.HASSAN HAYASTANI,profesor terbaik dari segi akademik dan logik di malaysia!!!plg terbaek...bukan PROFESOR KANGKUNG dari UNIVERSITI UMNO...
Syabas, namamu antara salah sorang yg akan dikenang setelah pemergianmu beberapa kurun nanti InsayAllah .. macam nama Hang Nadim (wlu mungkin lagenda, sekurang2nya cerita dulu2 mmg dah menunjukkan kbnyakan raja ni tak boleh terima pandangan cerdik.. )
Tolong le sapa2 bukukan pandangan2 Dr Aziz ni & beberapa yg lain sepertinya. Klu kena penjara ke, atau tindakan undang2 ke, lagi thrill ye Dr!
tahniah prof Aziz.....berkata benarlah walaupun pahit....yg benar tetap benar....jgn jadi zul nordin munafik dr kulim....dan jgn jadi prof kangkung ank kelin yg jadi kaki bodek umno....kebenaran hanya drp Allah bukan drp raja atau hamba...
ade ke ajk geng2 tu jd ahli akademik..bile mase la geng2 tu pndi berpikir?kalo pndi berpikir, xmsk umno dh..bdk2 yg lum akil baligh je minat ngan umno ni...
Prof Dr Aziz ini perlunya dicalunkan Ahli Parlimen dari PR ini dan bersama-sama di PutraJaya selepas PRU13 nanti
Salam Prof Aziz,
AKU sokong Prof 100%. Orang UMNO mana yang tahu undang-undang? Tak kiralah undang-undang itu hak dunia maupun akhirat? Undang-undang Dunia pun depa dok langgar? Undang-undang Allah swt depa takut nak aktakan. Betul cakap Khatib Jumaat Hari ini, BERANI kerana BENAR, TAKUT kerana SALAH. Yang BENAR tetap akan BENAR. Yang PALSU tetap akan jadi PALSU.
Awat Tindakan dan Titah Sultan Melayu tak boleh dipertikai walaupun tak seiring dengan kehendak agama (keadilan)? Awat yang Perintah Allah swt hangpa dok langgar, dok menghina, dok peleceh? tak pa. Bukankah Sultan melayu juga hamba Allah swt? Siapakah yang harus dimuliakan? Dalam Islam, 10 tolak 1 sama dengan SIFAR. Orang UMNO dok perasan 10 tolak 1 sama dengan 9. Bodoh punya dajal berupa manusia.
Teruskan usahamu, PROF. AKU sokong Prof. AKU lelbih suka kalau Prof bertindak Nuetral agar manafaat banyak pada rakyat Malaysia. Insyaallah.
Prof.Aziz Bari ni pakar undang-undang Perlembagaan sekadar tegur titah Sultan.Kenapa puak UMNO tak belasah Mahathir Kutty tatkala dia hapuskan kekebalan Raja-Raja Melayu? Hari ini Raja-Raja Melayu sudah kehilangan "kuasa" akibat perbuatan UMNO.Perkataan "nasihat" adalah sekadar bahasa berbunga aje tetapi cara praktiknya "mesti ikut".Jangan buka cerita lain tatkala membincangkan "kuasa" Raja-Raja Melayu,buka cerita ini dulu.Daulat atau tidak,inilah asasnya.
Catat Ulasan