Dungun Terengganu – Tindakan seorang janda melewati usia lebih separuh abad yang kerap kali membawa pulang teman lelaki untuk memadu asmara di rumahnya pada waktu tengah malam membawa padah apabila perbuatan sumbang itu berjaya dihidu pasukan rondaan kampung.
Dalam kejadian terbaru awal pagi kelmarin, perbuatan sumbang wanita yang sudah memiliki cucu itu terbongkar setelah dia ditahan sepasukan anggota Skim Rondaan Sukarela (SRS) dan ahli Helang Recreation Club (HRC) ketika berada berdua-duaan di rumah milik janda tersebut.
Difahamkan ketika serbuan dilakukan bersama pegawai penguat kuasa syariah itu, anak wanita terbabit dikatakan keluar rumah dan kesempatan itu digunakannya untuk membawa pulang teman lelaki yang mempunyai jarak usia yang jauh berbeza dengannya.
Wanita berusia 55 tahun bersama teman lelakinya, 33, berasal dari Ketengah Jaya itu difahamkan pernah ditahan sebelum ini oleh penguat kuasa syariah kerana berkelakuan tidak sopan pada waktu lewat malam di pantai berdekatan.
Mereka akan menghadapi pendakwaan mengikut Seksyen 31 (a) (b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Takzir Negeri Terengganu 2001, dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan denda maksimum RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali. -SH

8 ulasan:
Aduhh... Indahnya donia..
NENEK TU SEDANG TARBIAH LELAKI TU ')
Ha..alhamdulillah guna pun takzir..syukur..tak sia-sia dapat terengganu sekejap :)
awas bagi mereka yg minum KOPI JANTAN
dan KOPI JANDA hhehh..dosa berkhalwat
dan bermaksiat..bertaubatlah..ya ALLAH ampuni dosaku,keluarga anak isteri ibubapaku dan sekalian umat islam.lindungi kami dr kejahatan nafsu fitnah manusia dan godaan syaitan hingga akhir hayat kami,AMIN
maka begitu lah malaysia kita yg tercinta...
wak kang
Mlysia bolehhhhhh beb
Negara Islam Yang Tidak Menurut Undang2 Islam Dari Al Quran Dan Hadis Biasanya Akan Hancur....
Terutama Umat Islam Itu Sendiri....
Maksiat ramai dilakukan oleh umat islam...kerana Syaitan sentiasa cuba menghasut Umat Islam untuk ke Neraka Jahannam...Astahgfirullah hulazim...
Taubatlah Wahai Para Pemimpin...Sahut lah Seruan Alah Dan Rasul...Jangn Diubah suaikan Islam Malaysia kononnya untuk
mengimbangi Masyarakat Majmuk......Buang Alasan itu kerna ia amat Merosakkan Umat Islam Khas Bangsa Melayu...Allahuakbar..Tutuplah Aurat Isterimu dan anak2 perempuan mu...Wahai Pemimpin..Bertambah Cantik Dan Indah Wajah Mereka Di Sisi Allah SW....Insafff Dan Taubattttlahhh...
nenek buaya tuh,,
Catat Ulasan