7 Apr 2012

Ditawar Jawatan, Ajak Jumpa PM Agar Tinggalkan Pas

Shah Alam: Bukan sahaja ditawarkan jawatan sebagai Timbalan Motivator dalam sebuah badan bukan kerajaan (NGO), bahkan turut dipelawa berjumpa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Tawaran ini diterima Rabu lalu oleh bekas Ketua Umno Cawangan Kampung Melaka, Osman Shamsuddin dari dua individu yang mendakwa wakil kepada Setiausaha Sulit Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Jasman Anuar.

Menurut Osman yang juga merupakan bekas Ketua Kampung Melaka di Tanjung Karang memberitahu tidak mengenali secara dekat kedua-dua individu terbabit tetapi memberitahu salah seorang itu bernama Mazlan dan pemandunya.

“Cuma dia beritahu, mereka dihantar oleh Jasman, Setiausaha Umno Bahagian Tanjung Karang”, katanya kepada Media Selangorku.

Osman juga memberitahu, bahawa beliau akan dibawa berjumpa PM untuk mengadakan satu rundingan yang tidak diketahui tujuan sebenarnya.

Mereka mendakwa dari sebauah NGO dan minta saya supaya tinggalkan perjuangan PAS.

“Sebagai ganjarannya saya akan dilantik sebagai Timbalan Motivator dalam NGO mereka, tapi saya terlupa pula nak tanya NGO apa,”
terangnya.

Bercerita lanjut, Osman memberitahu beliau sudah lama diekori dan dihubungi melalui telefon tetapi selalunya beliau tidak menjawab panggilan berkenaan.

“Hari ini sahaja dah dekat enam kali telefon saya dan dia ada nyatakan saya akan dibawa berjumpa PM dalam masa terdekat untuk ‘rundingan’ lanjut.

“Apa yang dimaksudkan dengan rundingan itu, tidaklah pula saya tahu rundingan macamana dimaksudkan,” ujar beliau lagi.

Bagaimanapun Osman menegaskan setelah meninggalkan Umno selama kira-kira satu tahun tiga bulan, beliau tidak mungkin beliau kembali ke pangkuan Umno semula.

“Kampung ini sayalah yang teroka, nama Kampung Melaka ini pun saya yang beri dan Umno cawangan kampung ini antara yang terawal di Tanjung Karang.

“Tetapi saya takkan kembali kepada Umno sebab pemimpin Umno sekarang semakin angkuh, sombong, sebab itu lah saya keluar.

“Saya maksudkan ialah Ketua Umno Bahagian ini sendiri, (Datuk Seri) Noh Omar.

“Bila dah jadi menteri penuh, dah jauh berubah, sombong dengan orang kampung

“Tambah pula bila saya kenangkan pengorbanan saya semasa dalam Umno dahulu langsung tak hargai,”
ujarnya lagi. -selangorku

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Dulu-dulu UMNO memang okay..! Tapi bila dah lama berkuasa, cacing pun dah naik kemata. Bagus lah sdr dah sedar, yang lain-lain tu macam mana? Ingat sebelum terliwat.dek UMNO.!!..Lupakan slogan 'DULU...KINI..SELAMANYA...' Dah tak boleh pakai dah..hancusss..!! ubah slogan kepada ABU..pulak..!

Tanpa Nama berkata...

Tuan telah membuat pilihan yang bijak.Semoga Allah merahmati Tuan.Saya dulu bersama ANWAR dalam ABIM.Tapi bila ANWAR masuk UMNO....saya pun melangkah masuk gelanggang PAS.Setelah Anwar diterajang keluar dari UMNO saya tak pula bermusuhan dengan Anwar.Malah saya menyokong halatuju perjuangannya sekarang ASAL BUKAN UMNO ( ABU ).Begitulah....apabila kita berada bersama -sama orang yang memperjuangkan ISLAM maka kita mesti beristiqomah sehingga akhir hayat.Genggam bara api biar sampai jadi arang.jangan disebabkan habuan dunia yang sedikit...kita tinggalkan perjuangan Islam yang telah kita sertainya.(DAS, Ipoh).

amboi berkata...

Alhamduilah. Baguslah jika berpendirian tegas begitu. Kita peru sama-sama berjuang menuntut pembebasan diri dari cengkaman kezaliman pemerintah yang ada, mengkhianati amanah rakyat.

Tanpa Nama berkata...

cerdik la sikit.lain kali rakam perbualan telefon tu.hp sume dah canggih2.tapi tak manfaatkan.kalau boleh biar masa rundingan dgn PM tu rakam.

Tanpa Nama berkata...

respon pada komen Anon 12:23 AM;

Pendpat 1: Masa tu tak ingat nak aktifkan recorder...lg pun risau gak, takut di syaki..

Pendapat 2: Hp dia cikai jer, N 3310... hnya utk call dan bc sms..

Pendapat 3: Ni lgkh pertama nak dapat perhatian utk senarai calon PRU akan dtg...