Kuala Lumpur: Lapan penumpang bas komersil cedera ringan setelah kenderaan yang mereka naiki itu hilang kawalan lalu terbabas berhampiran lampu isyarat di Jalan Tun Sambanthan, Brickfields di sini, Sabtu.
Bas Sri Indah yang dalam perjalanan dari Kajang ke Pasar Seni di sini dikatakan hilang kawalan dalam kejadian kira-kira 8.10 pagi sebelum melanggar tiang lampu isyarat dan konkrit jejambat berdekatan.
Impak kemalangan itu mengakibatkan bahagian hadapan bas berkenaan remuk dan lapan penumpang, lima wanita dan tiga lelaki cedera ringan.
Ketua Trafik Kuala Lumpur ACP Rusli Mohd Noor ketika dihubungi Bernama hari ini berkata polis dimaklumkan mengenai kemalangan itu pada kira-kira 8.15 pagi dan segera berada di tempat kejadian bagi mengawal lalu lintas.
Katanya pemandu bas berkenaan yang berusia 54 tahun tidak mengalami kecederaan dan telah diambil keterangan bagi membantu siasatan kes di bawah Seksyen 47 Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Lapan penumpang yang cedera dirawat sebagai pesakit luar di Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM). - BERNAMA

Tiada ulasan:
Catat Ulasan