7 Apr 2012

[Video] Apakah PERKASA Diberi Lesen Cetuskan Huru-Hara Dimana-mana?

Ahli Perkasa ganggu majlis dirasmi Anwar

ALOR SETAR - Majlis perasmian pusat komuniti PKR di Jalan Putra di sini, yang disempurnakan oleh Ketua Umumnya Datuk Seri Anwar Ibrahim, dicemari insiden provokasi dan perang mulut membabitkan lebih 100 ahli Perkasa.

Ahli-ahli Perkasa yang berarak dari Masjid Zahir tiba di hadapan Plaza Sentosa, bersebelahan dengan pusat itu pada 5.30 petang walaupun Ketua Pembangkang belum kelihatan ketika itu.

Kekecohan tercetus apabila berlaku adegan tolak-menolak antara dua pihak dan kedengaran kata-kata 'Anwar Yahudi', yang disambut dengan laungan reformasi oleh lebih 200 penyokong PKR.

Penyokong-penyokong Perkasa beredar kira-kira 15 minit kemudian sebelum ketibaan anggota FRU. Anwar pula tiba sekitar 6 petang selepas keadaan reda. -SH

Peniaga hampir kena pukul di program PKR Alor Setar

Sekumpulan 50 orang, yang memakai baju-T hitam yang bertulis perkataan 'Perkasa', mengganggu program PKR di Alor Setar hari ini.

Mereka tiba kira-kira jam 5 petang dan cuba masuk ke dalam orang ramai yang berkumpul untuk menyaksikan pelancaran pusat komuniti PKR Alor Setar di tengah-tengah bandar tersebut.

Ketua Pembangkang yang juga ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadualkan berucap pada kira-kira jam 5.30 petang.

Apabila kekecohan bermula, pengunjung Sentosa Mall di situ bergegas keluar untuk melihat apa yang sedang berlaku.

Beberapa individu terperangkap dalam keadaan kelam kabut di situ apabila penyokong PKR mula menolak keluar kumpulan tersebut.

Seorang peniaga dari pusat membeli-belah tersebut yang berada di tengah-tengah orang ramai berkata, dia hampir terkena pukulan di kepalanya dengan sebatang kayu sepanjang 0.6m.

Ray Ching, 28 (kiri) berkata apabila dia cuba untuk menghalang beberapa lelaki mara ke dalam orang ramai, seorang lelaki yang memakai baju-T bertulis 'Perkasa' mengangkat kayu hendak memukulnya.

Bagaimanapun, katanya, pukulan itu tidak mengenai kepalanya kerana dia sempat menyekatnya dan menolak lelaki itu dengan tangannya.

Ray - peniaga telefon bimbit - memberitahu Malaysiakini bahawa dia memarahinya lelaki itu dan menyuruhnya beredar dari situ, dan lelaki menjerit balik perkataan 'babi'.
-mk




Ulasan GB

Banyak insiden terutama di program Pakatan Rakyat ahli-ahli PERKASA ini mencetuskan keadaan huru-hara.

Di Pulau Pinang Ketua Menteri sendiri diancam oleh PERKASA.

PERKASA juga memainkan isu perkauman, agama dan bangsa untuk menjadi jaguh dan juara.

Selama ini pihak berkuasa membiarkan dan berdiam diri terhadap mereka. Maka naik tocanglah PERKASA.

Kalau begitu, bagus!
Lagi cepat UMNO-BN akan bungkus.

10 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Lagak PERKOSA macam Israel.Semua program orang dia nak kacau.Perasan yang dia kuat sangat.Di belakangnya UMNGOK APCO.Tu yang gila babi sangat.Macam tu la ISRAEL.Kuat kerana dokongan AMERIKA natullah.Nak kata ANWAR ANJING YAHUDI. Macam mana MAHDHIR dan NAJIB yang jelas Bersengkongkol dengan Yahudi Natullah.KO orang ni....memang gila babi.

Tanpa Nama berkata...

Semakin menyampah nengok PERKASA...tau lah perkasa jangan jadi perkosa...semua orang bukan UMNO buat semua salah dan tak betul dan perlu di perkosa.Kalau terror jadi Mujahiddin kat Palestin atau Afghanistan.

ehem berkata...

Itu sbb dia bagi Ang Paw warna putih masa raya cina dulu. Bagus gak Umno guna Perkasa & Pekida ni. Cepat skit bungkusny BN ni.

Tanpa Nama berkata...

Xpe..kt tunggu PRU13 ni n make sure PR ambil alih putrajaya..pastu sume puak2 perkasa ni diam la

ehem berkata...

Bila nk bgi AngPaw lgi ni??...
Bagus gak Umno guna Pekida & Perkasa ni. Cepat skit bungkusny BN noo.. Depa ingat rakyat M'sia ni tak sentitip kot pd keganasan..
Rakyat perhati wooo....

Tanpa Nama berkata...

Menyampah tengok lagak PERKASAM tu, kata nak berjuang untuk orang melayu, tapi malulah saya banyak hurahara timbul diantara orang2 melayu adalah disebabkan PERKASAM. Ada majlis PR mesti ada PERKASAM. Taule bila lepas PRU 13 nanti betul2 jadi PERKASAM.

Tanpa Nama berkata...

perkasa cuma berani dengan orang melayu jer..
dengan keling/cina.....kecut

MNazri berkata...

Samseng taik kucing!

Tanpa Nama berkata...

Pekasam dan Pekida ni ujud dengan sokongan serta bantuan UMNO.Boleh dikatakan sebagai anak syarikat UMNO.Biarkan depa membuat huru-hara kerana ini akan mempercepatkan proses kehancuran UMNO.Lagi banyak dan selalu depa buat kacau - lagi ramai orang benci UMNO dan sokongan ABU meningkat.Ini yang Brahim Katak tak faham.

Tanpa Nama berkata...

Sabar la saudara. Cuba saudara lihat betul2 ahli Pakkasa ni siapa ? Mereka bukan orang yang berpelajaran tinggi pun..... Kat kampung saya, ahlinya yang sembahyangnya Jumaat sahaja, muka garang, kaki kedai kopi, cakap pandai.... abuk tarak !