30 Jan 2012

Harga Gula Dunia Turun, Tambahan Subsidi Gula Sebenarnya Untuk Apa?

Subsidi gula: Rakyat diperbodohkan, kata Pua

DAP membidas kerajaan pimpinan BN kerana cuba memperbodohkan orang ramai dengan membuat dakwaan bahawa subsidi gula dinaikkan kerana harga dunia yang meningkat sedangkan hakikatnya harga gula di seluruh dunia turun sejak enam bulan yang lalu.

"Oleh yang demikian, dengan mengekalkan harga gula pada RM2.30, kerajaan sebenarnya telah memberi subsidi yang kurang, dan bukannya subsidi tambahan, seperti yang dengan bangganya didakwa oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri lsmail Sabri Yaakob.

"Apakah lsmail Sabri cuba untuk menipu rakyat dengan mendakwa kononnya Malaysia telah meningkat lagi subsidi gula kerana harga bahan itu di seluruh dunia telah meningkat walaupun hakikatnya adalah sebaliknya?" kata setiausaha publisiti DAP Tony Puah dalam satu kenyataan.

Beliau merujuk laporan akhbar Jumaat lalu, di mana menteri berkenaan mendakwa bahawa kerajaan menanggung subsidi yang kian meningkat iaitu daripada 20 sen kepada 54 sen sekilogram gula bagi mengekalkan harga pada RM2.30.

Dalam laporan akhbar The Star itu, Ismail Sabri memuji kerajaan kerana mampu mengekalkan harga gula walaupun pada hakikatnya bahawa "harga gula global terus melambung".

Dalam menyangkal dakwaan itu, Pua berkata apa yang sangat menarik ialah harga gula global dalam tempoh enam bulan yang lalu sejak kenaikan harga terakhir pada bulan Mei 2011 sebenarnya telah turun dengan ketara dan tidak melambung. -mk

Ulasan GB

GB dapat merasakan seperti ada sesuatu yang lain di belakang pengumuman subsidi gula tersebut.

Nak membenarkan tokeh gula menaikkan harga seperti yang dijanjikan tidak boleh dilaksanakan kini kerana pilihanraya semakin hampir. Kerajaan tahu rakyat akan mendidih marah.

Sementelah pula, dana pilihanraya untuk UMNO BN perlu dicari.

Bodohkan rakyat dengan menyatakan harga gula dunia meningkat dan kononnya kerajaan terpaksa "tambah subsidi".



11 ulasan:

Amuraria berkata...

TAK PENIPU & KELENTONG KALU BUKAN UMNO-BN PUNYA MENTERI ! LAMA DAH MELAYU TAK LUPA SELAMANYA !

Tanpa Nama berkata...

ini ler tanda-2 pilihanraya semakin hampir.
duit nie nak guna untuk gula-gulakan rakyat.

-lagi tanya ker-

-mamat songkok tinggi-
.....jln kebun

Tanpa Nama berkata...

Ingat masih dalam tahun 50an dan rakyat dapat ditipu dengan senang-senang.

Bukan dia satu orang saja yang tipu, hampir semua menteri dan ajen-ajen BN selalu tipu rakyat. Hanya rakyat bangang saja percaya kata-kata pemimpin BN dan terus sokong BN.

Tanpa Nama berkata...

Ismail Sabri Yaakob salah seorang menteri yang tak berguna kepada rakyat.

Tanpa Nama berkata...

menteri tak berguna dan langsung tak boleh diharap, yang dia tau jaga temolok kaum keluarga jer rakyat lantakle

Tanpa Nama berkata...

ini lah mknusia biawak...jgn lah tipu kami...mmg pengkianat bangsa dan negara betul......xhabis2 nak nyusah kan rakyat...biawak punya pemerintahan

Tanpa Nama berkata...

aku dah lama geram dgn menteri sekor ni. cuba ko dekat sini aku nak sepak ko

hairan berkata...

anonymous jangan sepak2 orang lain... kita jangan jadi mcm manusia2 umno yang sesuka hati nak meludah, caci-maki, pukul, mencarutkan orang lain... hendak ke kita jadi mcm tuh??

Tentu malukan mengaku pejuang ISLAM tapi mentaliti dan tabiat mengalahkan orang kafir

fikir2kan lah...

pada sapa2 yang tak mampu melawan tuh kita lawan dengan 'DOA'... mudah2an lebih beradab dan mujarab.

Tanpa Nama berkata...

BN TIPU RAKYAT BERI WANG RM500 TAPI GUNA NAMA UMNO, TAPI SEBENARNYA WANG RAKYAT

Tanpa Nama berkata...

Makcik, pakcik di Felda menganggap BN nih seperti HERO lah supaya harga gula dikekalkan RM2.30, hehe satu sen pun tarak subsidi kalu ikut harga gula dunia, Malaysia hanya bayar RM 1.65 sekilo kurang lebih macam tu...sudahlah UMNGO sudahlah nak tipu rakyat, sekarang maklumat boleh diperolehi di hujung jari je.

Tanpa Nama berkata...

polis gila!