Hukuman jalin cinta terlarang
SUNGAI PETANI: Akibat menjalin hubungan terlarang dengan isteri orang, seorang lelaki menerima padah apabila kedua-dua kaki dan tangannya hampir putus ditetak dengan parang oleh sekumpulan lelaki dalam pergaduhan di depan rumah kekasih mangsa di Jalan Kuala Ketil, dekat sini, kelmarin.
Kejadian berlaku jam 2 pagi apabila mangsa yang berusia 30-an dan sudah berkahwin datang ke rumah kekasihnya itu untuk bersemuka dengan suami wanita berkenaan yang berusia 30-an bagi menjelaskan hubungannya dengan isteri lelaki terbabit.
Sebelum ini, mangsa didakwa menjalin hubungan sulit dengan isteri lelaki terbabit sehingga menimbulkan syak dan kemarahan suami wanita itu.
Berikutan itu, mangsa mengambil keputusan nekad untuk bertemu suami wanita berkenaan dan pertemuan itu dihadiri isteri lelaki itu sebagai saksi.
Sumber berkata, pertemuan yang berlangsung di luar rumah lelaki berkenaan bertukar tegang apabila berlaku pertikaman lidah antara mereka berdua sebelum disertai beberapa lelaki lain dipercayai rakan suami wanita itu. -hm

Dibelasah cintai isteri orang
KUCHING: Gara-gara dituduh mempunyai hubungan sulit dengan isteri orang, seorang ahli perniagaan menanggung azab apabila dia bukan saja dibelasah 18 lelaki, malah wang tunai serta kenderaan dinaiki turut dilarikan dalam kejadian di sebuah kedai kopi di Padungan, kelmarin.
Dalam kejadian itu, mangsa berusia 46 tahun dari Taman Malihah menemui ketiga-tiga suspek di kedai berkenaan untuk berbincang pada jam 12.40 tengah hari.
Difahamkan, pertemuan itu antara lain membincangkan dakwaan suspek yang menuduh mangsa mengadakan hubungan sulit dengan isteri seorang daripada mereka namun mangsa menyangkalnya.
Menurut sumber, mangsa mengenali seorang daripada suspek sebelum ketiga-tiga menyerang dan membelasahnya.
“Keadaan berlaku begitu pantas apabila mangsa gagal mengelak sebelum dibelasah. Ketiga-tiga suspek, bagaimanapun tidak berpuas hati sebaliknya memanggil 15 lagi rakan untuk membelasah mangsa kali kedua.
“Kumpulan terbabit meninggalkan mangsa kesakitan akibat cedera di muka dan badan sebelum melarikan kenderaan serta dompetnya,” katanya.
Kata sumber, susulan itu, mangsa membuat laporan polis pada hari kejadian.
“Bertindak atas laporan mangsa, polis melancarkan gerakan sebelum menahan tiga lelaki.
“Ketiga-tiga suspek masing-masing berusia 34 hingga 53 tahun ditahan pada hari kejadian dan kini disoal siasat,” katanya.
Sementara itu, jurucakap polis ketika dihubungi mengesahkan pihaknya menerima laporan penahanan itu dan siasatan masih dijalankan.
6 ulasan:
kalau nak sgt pompuan lain...ramai lg anak dara, janda yg boleh dijadikan isteri tambahan yg halal..lepaskan nafsu kat situ dan ambik tjawab sebagai suami yg elok.
Yang hat Bini ni pulak pasai apa dok kona laki ? Dah tak mau kat laki hang, bagitau elok2, buat pemrosesan cara elok di mahkamah saqyah. Habih eddah ha hang manikah la dengan lelaki pujaan hang tu. NAK BUAT PAHALA LALUILAH JALAN TAK BERDOSA.
tepuk sebelah tangan takkan berbunyi
KIRA OK LAH TU.....
SEBENARNYA DIA NAK SANGAT TANGAN DIA KENA POTONG....
SEBAB TU DIA BUAT HAL YANG SANGAT TIDAK MASUK AKAL ITU...
Abu..........jangan mengata orang sangat. Awak belum tau lagi macam mana jika ujian itu Allah turunkan kepada awak. Entah2 awak lagi kacau......
anak2 dara byk kat msia ni dah kena ambik kat warga asing spt mat bangla, myanmar, lombok dan awang hitam sbb org kita byk yg dok cari bini org, jadi penagih, mat rempit dsbnya.....
Catat Ulasan