Peguam Anwar keluar dewan, hina mahkamah
PETALING JAYA: Mahkamah Rayuan Syariah Kuala Lumpur hari ini membenarkan pendengaran hujah permohonan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan dua yang lain untuk menghalang rayuan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenepikan kes qazaf.
Tiga panel hakim yang diketuai Datuk Zohdi Toha berkata kebenaran tidak diperlukan oleh pemohon iaitu Jamil Khir, Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) Datuk Che Mat Che Ali, dan Ketua Pendakwa Syarie Wilayah Persekutuan Shamsuddin Hussain untuk mengemukakan permohonan mengenepikan rayuan Anwar.
Pemohon diwakili oleh tiga peguam iaitu Roslizam Rahim, Abdul Halim Bahari dan Mohd Ridzuan Ramli.
Berikutan itu, peguam Anwar Kamar Ainiah Kamaruzzaman, Dorina Abdullah, Dr Mohd Rafie Shafie dan Datuk Mohamad Burok yang tidak berpuas hati membantah keputusan tersebut sebelum bertindak enggan meneruskan prosiding dan keluar mahkamah.
Tidak relevan
Kamar Ainiah berkata adalah tidak relevan kerana hakim sepatutnya perlu mendengar permohonan Jamil Khir terlebih dahulu dan membuat keputusan sama ada membenarkan atau tidak sebelum mendengar hujah daripada peguam untuk mengetepikan rayuan Anwar.
Katanya, keputusan itu dianggap seperti satu penyalahgunaan kuasa oleh pemohon dan pihaknya akan membuat permohonan untuk menyemak semula keputusan hakim.
Sementara itu, peguam Roslizam akan memfailkan notis tunjuk sebab mengikut seksyen 229 Akta Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1998 mencadangkan supaya peguam Anwar dikenakan tindakan ‘menghina mahkamah’ kerana enggan meneruskan prosiding dan keluar daripada mahkamah.
Pada 14 April tahun lalu, Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur membenarkan bantahan awal Jamil Khir membatalkan permohonan Anwar yang mahu bekas pembantu peribadinya Mohd Saiful Bukhari Azlan didakwa mengikut kes qazaf. -FMT
Ulasan GB
Terlalu jelas hakim-hakim Mahkamah Syariah "tunduk" kepada pihak Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan dua yang lain untuk menghalang rayuan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenepikan kes qazaf.
Tiba-tiba tiga panel hakim yang diketuai Datuk Zohdi Toha berkata kebenaran tidak diperlukan oleh pemohon.
Rakyat melihat ttu sudah cukup untuk menghina sistem keadilan dan kehakiman.
Kita suka untuk mengingatkan para hakim bahawa At-Tirmidzi meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda:
“Hakim itu ada tiga kategori. Satu kategori hakim masuk syurga, manakala dua kategori hakim lagi masuk neraka. Hakim yang berilmu pengetahuan dan kemudian mengadili (kes) dengan keilmuannya maka dia masuk syurga. Manakala hakim yang mengadili tanpa ilmu (tentang kes yang diadilinya) maka dia masuk neraka. Begitu juga hakim jahil yang mengadili kes berteraskan kejahilannya maka dia juga masuk neraka.” At-Tirmidzi: 1244

Qazaf Anwar: Peguam bantah hakim, keluar mahkamah
Peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim bertindak keluar daripada Mahkamah Rayuan Syariah Kuala Lumpur, hari ini kerana tidak berpuas hati dengan keputusan Hakim Datuk Zohdi Toha.
Ini kerana hakim berkenaan memberi kebenaran kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan dua lagi untuk mendengar permohonan mengetepikan rayuan Anwar berhubung kes qazaf.
Peguam Kamar Ainiah Kamaruzzaman berkata tidak dapat menerima keputusan kerana berpendapat hakim perlu mendengar permohonan kebenaran terlebih dahulu dan memutuskannya sebelum mendengar hujah daripada peguam menteri sebelum mengetepi rayuan tersebut.
Beliau bersama-sama tiga lagi peguam, mengemaskan fail-fail mereka dan bertindak terus keluar daripada mahkamah bersama-sama Presiden PKR Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail dan penyokongnya.
"Kami tidak boleh mengambil bahagian (prosiding), ia terang-terang satu penyalahgunaan kuasa oleh pihak pemohon.
"Jadi kami terpaksa untuk keluar. Kami akan mengambil tindakan susulan iaitu menyemak keputusan kehakiman," kata Kamar Ainiah kepada pemberita di luar mahkamah.
Menurutnya lagi, permohonan kebenaran untuk mendengar permohonan untuk mengetepikan notis rayuan Anwar adalah dipohon sendiri oleh barisan peguam pemohon.
"Sepatutnya perkara itu diselesaikan (terlebih) dahulu, tetapi mahkamah memutuskan mohon kebenaran tidak relevan. Walhal, (ianya) permohonan mereka (untuk) mohon kebenaran," katanya sambil menambah tindakan mereka keluar sebagai tanda menghormati prosedur mahkamah.
Selain Kamar Ainiah, Anwar diwakili Dorina Abdullah, Dr Mohd Rafie Shafie dan Mohamad Burok. Manakala pemohon diwakili tiga peguam iaitu Roslizam Rahim, Abdul Halim Bahari dan Mohd Ridzuan Ramli.
Notis hina mahkamah
Hakim Datuk Zohdi Toha bersama dua lagi hakim rayuan - Datuk Aidi Moktar dan Datuk Hussin Harun - memutuskan demikian selepas meneliti surat cara permohonan dan mendengar hujah kedua-dua pihak selepas mahkamah ditangguhkan selama setengah jam.
Selepas mendengar keputusan tersebut, Kamar Ainiah bangun membantah keputusan itu dan menegaskan akan membuat semakan kehakiman. Kemudian mereka bertindak keluar mahkamah.
Sebelum peguam responden itu keluar mahkamah, Roslizam - ketua barisan peguam pemohon - lantas bangun dan mendakwa tindakan Kamar Ainiah itu dianggapnya menghina mahkamah kerana hakim membenar prosiding diteruskan.
Bahkan Roslizam meminta Kamar Ainiah menarik balik kenyataannya bahawa peguam pemohon "boleh mengambil duit zakat". Bagaimanapun Kamar Ainiah menarik balik kenyataan beliau itu.
Penarikan itu dibuat selepas hakim mahu merekodkan kenyataannya itu sebab ianya dibuatnya dalam mahkamah sambil desakan yang dibuat oleh Roslizam
Ditemui pemberita selepas prosiding, Roslizam berkata pihaknya akan memfailkan notis tunjuk mengikut seksyen 229 Akta Tatacara Mal 1998 dengan sebab tindakan mereka itu didakwa "menghina mahkamah".
"Notis (yang menyatakan bahawa) kenapa mereka tidak boleh dikenakan tindakan menghina mahkamah," kata Roslizam.
Katanya, responden hari ini membangkitkan isu baru, sedangkan sewaktu peringkat mana-mana pengurusan kes, perkara tersebut tidak dibangkitkan pada waktu tersebut.
Anwar pada 23 April tahun lalu memfailkan notis rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur berikutan keputusan mahkamah membenarkan bantahan awal Jamil untuk membatal permohonan Anwar supaya Mohd Saiful Bukhari Azlan didakwa mengikut qazaf.
Sepatutnya hakim perlu mendengar permohonan Jamil Khir terlebih dahulu dan membuat keputusan sama ada membenarkan atau tidak sebelum mendengar hujah daripada peguam untuk mengetepikan rayuan Anwar.
Anwar pada Ogos tahun lalu juga mengemukakan permohonan di Mahkamah Rayuan Syariah Kuala Lumpur bagi melucutkan peguam yang mewakili Jabatan Hal Ehwal Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dalam samannya terhadap jabatan itu. -mk
Ulasan GB
Terlalu jelas hakim-hakim Mahkamah Syariah "tunduk" kepada pihak Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan dua yang lain untuk menghalang rayuan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenepikan kes qazaf.
Tiba-tiba tiga panel hakim yang diketuai Datuk Zohdi Toha berkata kebenaran tidak diperlukan oleh pemohon.
Rakyat melihat ttu sudah cukup untuk menghina sistem keadilan dan kehakiman.
Kita suka untuk mengingatkan para hakim bahawa At-Tirmidzi meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda:
“Hakim itu ada tiga kategori. Satu kategori hakim masuk syurga, manakala dua kategori hakim lagi masuk neraka. Hakim yang berilmu pengetahuan dan kemudian mengadili (kes) dengan keilmuannya maka dia masuk syurga. Manakala hakim yang mengadili tanpa ilmu (tentang kes yang diadilinya) maka dia masuk neraka. Begitu juga hakim jahil yang mengadili kes berteraskan kejahilannya maka dia juga masuk neraka.” At-Tirmidzi: 1244
8 ulasan:
Selagi UMNO BN berkuasa, baik Hakim Mahkamah Sivil atau Syariah sama saja. Kedua-duanya tak mengenal erti dosa
ini hakim2 yang tak takut esok dekat akhirat dia kena timbang..sbb dia tak percaya perkara tu wujud akan datang..sbb masa kecik dulu tak sekolah....agama kot
Nak tergelak tengok prosiding mahkamah kangaroo MALAYSIA.
Hina mahkamah boleh dikenakan tindakan. Hina hukum Allah swt tak pa. Rupanya di Malaysia yang kononnya negara Islam (Che Det yang cakap) mendahulukan mahkamah dari Allah swt.
Yang lebih memalukan ialah yang menghina Islam tu ialah orang "ISLAM". Betulkah depa ni orang Islam atau depa ni Melayu saja?
Duit zakat pun depa sapu. Ini mesti Melayu. Kalau Islam, depa wajib tahu yang depa tu tak layak. Mana Brahem Katak?
Untuk siapa saja yang tahu dia berdosa jika dia melakukan sesuatu kemungkaran maka jika dia kembali bertaubat maka itu milik Allah untuk kita berserah...
Tapi jika dia melakukan dosa tapi tidak mahu mengaku malah membuat auta supaya orang mempercayai yang dia tidak melakukannya maka ia adalah seorang yang mempersendakan hukum Allah dan bagi yang mereka menyokong dan mengalakkan penipuan dalam menyembunyikan kebenaran maka ianya tetap bersama dengan manusia yang munafik itu....
Hukum Allah adalah ketentuan keatas manusia yang mahu menerimanya atau yang sengaja mahu berdolak dalih.....maka kepada Allah kita berserah.
Wahai anak toha... bertaubatlah kamu selagi ada masa.... jangan sampai nanti kamu tak sempat.... ataupun kamu memang suka kena sumpah LAKNAT... wal fulus fid dunia wal mamfus fil akhirah.
KAmi, rakyat malaysia ingatkan Mahkamah Syariah boleh dipercayai dan bergantung sepenuhnya kepada hakim2 Syariah yang bijaksana lagi tawadhuk. Rupa2nya inilah hakim2 yang yang telah dimaksudkan oleh rasullah yang akan berlaku diakhir zaman. Tidakkah mereka rasa takut dan ngeri akan azab allah yang akan menimpa kpd hakim2 yang memandang dunia lebih dari kehidupan ukhrawi dan mengharapkan habuan duniawi yang tidak kekal abadi,
Pak2 hakim tu layak dibersihkan dengan air sungai Gombak + air sungai Kelang.
hehehe
macam2 ada kat malaysia nih...
Catat Ulasan