PRU13: Nik Aziz tolak hasrat Hadi
KOTA BHARU - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak bersetuju dengan keputusan Presiden parti, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang mahu berundur daripada bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
Abdul Hadi, menurut beliau, seorang manusia yang berbakat untuk memimpin, lebih-lebih lagi dalam perjuangan Islam.
"Penjawat awam ada had masa untuk bersara tapi pimpinan parti tiada had masa, boleh berkhidmat sampai mati," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Dalam pertemuan dengan Sinar Harian di Kuala Terengganu kelmarin, Abdul Hadi membayangkan kemungkinan tidak akan bertanding dalam PRU13, yang dijangka akan diadakan dalam waktu terdekat.
Menurutnya, keputusan itu dibuat berdasarkan kepada khidmatnya yang disifatkan sudah terlalu lama menyandang jawatan sebagai Yang Berhormat.
“Sudah lebih 30 tahun saya bergelar Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) iaitu bermula pada 1982 dan sudah berbelas tahun sebagai Ahli Parlimen,” katanya.
Abdul Hadi berkata, sekiranya tidak bertanding mana-mana kerusi, beliau boleh bergerak ke seluruh negara untuk memantapkan parti.
Bagaimanapun, Adun Rhu dan Ahli Parlimen Marang ini menawarkan bertanding satu kerusi sahaja sekiranya dipilih sebagai calon dalam PRU13.
Abdul Hadi mengetuai Pas sejak 2002 dan beliau mempertahankan jawatan presiden tanpa cabaran pada pemilihan Jun lalu. -SH
KOTA BHARU - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak bersetuju dengan keputusan Presiden parti, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang mahu berundur daripada bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
Abdul Hadi, menurut beliau, seorang manusia yang berbakat untuk memimpin, lebih-lebih lagi dalam perjuangan Islam.
"Penjawat awam ada had masa untuk bersara tapi pimpinan parti tiada had masa, boleh berkhidmat sampai mati," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Dalam pertemuan dengan Sinar Harian di Kuala Terengganu kelmarin, Abdul Hadi membayangkan kemungkinan tidak akan bertanding dalam PRU13, yang dijangka akan diadakan dalam waktu terdekat.
Menurutnya, keputusan itu dibuat berdasarkan kepada khidmatnya yang disifatkan sudah terlalu lama menyandang jawatan sebagai Yang Berhormat.
“Sudah lebih 30 tahun saya bergelar Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) iaitu bermula pada 1982 dan sudah berbelas tahun sebagai Ahli Parlimen,” katanya.
Abdul Hadi berkata, sekiranya tidak bertanding mana-mana kerusi, beliau boleh bergerak ke seluruh negara untuk memantapkan parti.
Bagaimanapun, Adun Rhu dan Ahli Parlimen Marang ini menawarkan bertanding satu kerusi sahaja sekiranya dipilih sebagai calon dalam PRU13.
Abdul Hadi mengetuai Pas sejak 2002 dan beliau mempertahankan jawatan presiden tanpa cabaran pada pemilihan Jun lalu. -SH
Anwar: Hadi aset penting buat Pakatan
KUALA LUMPUR, 29 Jan — Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini meminta Datuk Seri Abdul Hadi Awang supaya mengubah pendiriannya untuk menarik diri daripada bertanding dalam pilihan raya akan datang yang mana Pakatan Rakyat (PR) yakin mereka mampu untuk memenangi.
Presiden PAS itu menyatakan pendiriannya untuk menarik diri daripada Pilihan Raya Umum Ke-13 semalam, dan menyatakan beliau memberikan peluang kepada generasi pelapis untuk membentuk parti itu.
“Saya harapkan Ustaz Hadi (gambar) akan menarik balik keputusannya itu kerana khidmatnya amat diperlukan.
“Beliau penting buat PAS dan juga Pakatan Rakyat,” jelas ketua pembangkang itu kepada The Malaysian Insider dalam khidmat mesej teks yang dihantar oleh setiausaha akhbarnya.
Pemimpin PKR itu turut menambah, beliau akan berjumpa Hadi “dalam masa terdekat” bagi memastikan Ahli Parlimen Marang itu “kekal mengetuai kepimpinan PR.”
Abdul Hadi menjelaskan, beliau ingin berundur kerana telah menjadi wakil rakyat lebih 30 tahun walaupun rakan — rakan PR beliau termasuk, Mursyidul Am, Nik Aziz Nik Mat, Anwar dan Lim Kit Siang termasuk Karpal Singh turut berada dalam parti untuk jangka masa yang lama.
Umno membuat penjelasan bahawa pengumuman Hadi itu menunjukkan terdapatnya krisis dalaman parti Islam tersebut.
“Situasi itu akan memberi kesan besar terhadap Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, kerana beliau yang sepatutnya membuat keputusan sedemikian selepas menjadi Menteri Besar Kelantan untuk tempoh masa yang terlalu lama.
“Keputusan ini berkemungkinan disebabkan konflik dalaman PAS, termasuk pemecatan Datuk Hasan Ali,” jelas Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Awang Adek Hussin memetik laporan Bernama Online.
Bekas exco Selangor, Hasan disingkirkan daripada parti selepas menggesa penyojong pembangkang agar tidak terlibat dalam perhimpunan menyojong pembebasan Anwar atas kes liwat.
Bekas Ketua PAS Selangor itu juga berulang kali menuduh parti berkenaan terpesong daripada landasan sebenar parti.
Abdul Hadi juga menyatakan sekiranya beliau tidak akan bertanding untuk mana-mana kerusi, beliau akan bergerak bebas ke seluruh negara untuk berkempen.
Anwar turut melakukan perkara yang sama dalam kempen ketika Pilihan Raya 2008, ekoran beliau tidak dibenarkan bertanding atas dakwaan menyalahgunakan kuasa.
Namun begitu, kehadiran bekas Timbalan Perdana Menteri itu merupakan kunci utama pembangkang menewaskan penguasaan dua per tiga Barisan Nasional di Parlimen dan menguasai lima negeri. -TMI
Lim Kit Siang: Sumbangan Hadi Amat Di Perlukan
SHAH ALAM 29 JAN : Penasihat DAP, Lim Kit Siang berharap Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak menarik diri dari menyertai PRU13 akan datang kerana sumbangan beliau amat diperlukan bagi memastikan usaha Pakatan Rakyat menguasai Putrajaya.
Lim berkata kepimpinan Pakatan Rakyat dalam memenuhi desakan rakyat yang ingin melihat perubahan tampok pemerintan negara amat memerlukan pemimpin veteran PAS itu.
"Pakatan Rakyat memerlukan sumbangan Hadi pada PRU-13 akan datang supaya dapat merealisasikan cita-cita mengambil alih Putrajaya,"katanya ketika dihubungi TVSelangor.
Mengimbau kembali tsunami politik yang melanda negara pada 2008 lalu, Kit Siang berkata kejayaan gagasan Pakatan Rakyat itu seharusnya diteruskan lagi untuk membawa harapan baru kepada rakyat Malaysia.
"Oleh sebab itu, kejayaan yang bakal kita (Pakatan Rakyat) kecapi pada PRU-13 ini memerlukan sumbangan semua parti dengan barisan kepimpinan yang hebat seperti Tuan Guru Hadi Awang,"jelasnya.
Abdul Hadi menyatakan hasratnya untuk berundur dari PAS dalam satu wawancara ekslusif yang disiarkan di Sinar Harian semalam.
Abdul Hadi menjelaskan pengundurannya itu berdasarkan khidmatnya yang disifatkan sudah terlalu lama menyandang jawatan sebagai yang berhormat.
Dalam perkembangan sama, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim turut berpendapat bahawa gagasan Pakatan Rakyat memerlukan sumbangan Abdul Hadi dan ia bukan suatu yang mudah untuk melepaskan pemimpin seperti Abdul Hadi daripada tidak bertanding dalam pilihan raya umum akan datang.
Memetik laporan sebuah portal berita, Anwar berkata, beliau akan bertemu dengan Abdul Hadi bagi menggesa veteran PAS itu terus bertanding dalam pilihan raya umum akan datang dalam masa segera.
"Saya berharap Ustaz Hadi menarik balik hasrat tersebut kerana beliau penting buat PAS dan Pakatan Rakyat," katanya. -tvsnews
6 ulasan:
Aku tabik pada pandangan Haji hadi untuk memberi ruang kepada barisan pelapis menjadi wakil rakyat .
Beliau juga komited untuk PAS walaupun tanpa jawatan Ahli Parlimen atau DUN.
Tak macam Nik Aziz . Jauh macam langit dengan bumi . Pandangan Nik Aziz , jawatan Ahli Parlimen dan ADUN tu jawatan untuk dipegang sampai mati
Patutlah dah 22 tahun jadi MB , dah keluar masuk hospital dan dah bertongkat dah pun masih nak jadi wakil rakyat. Nak jadi wakil rakyat sampai mati rupanya.
walau tak ada jawatan pun perjuangan memantapkan parti akan diteruskan, itu lah komited pada islam namanya, sampai mati pun berjuang islam apa masalahnya, itu yang tuhan suka....nak mati islam ka nak mati kapir ni....?
salam...
aku dah baca thread dalam blog tt berkenaan isu ini...
dia nampaknya semakin menunjukkan belangnya...
dia serang ustaz azizan hari tu ibaratnya pukul anak sindir menantu je...
wallaahu a'lam bissawaab.
Ko tau ke alasan TGNA ckp camtu?dia xmau kalo dia undur diri pastu Kelantan ditadbir balik oleh pemerintah yg fasik dan membawa kembali benda yg fasik masuk dlm Kelantan,dia nk kna mengadap dan menjawab ngan Allah S.W.T. kenapa dia undur diri walhal nyawa masih lg dikurniakan-Nya.paham?
Hormati keputusan Tuan Guru. Kanalpasti apa pasai dia tak mau bertanding. Dia cuma tak mau bertanding BUKAN dia nak keluag PAS atau masuk UMNONONO....ada pasai la tu. Pak Din rasa dia nak berjuang dengan lebih aktif tanpa dipengaruhi oleh kedudukan sebagai Wakil Rakyat kot !
Diambang nak PRU ke13 ni,kenyataan Hadi Awang tak mau bertanding,membawa banyak implikasi.Walau pun jastifikasinya murni dan jujur tapi boleh digunakan oleh musuh untuk menembak Pakatan Rakyat dan PAS.Kalau betul-betul tak mau bertanding lagi,tak perlu buat kenyataan akhbar.Senyap-senyap maklumkan aje pada PAS Pusat dan Majlis Syura Ulamak.Dalam suasana sekarang "cakap betul pun salah,cakap salah lagi salah" - ada baiknya diam dan senyap.
Catat Ulasan