Masih ingatkah kisah ‘bunyi aneh dan menakutkan’ dari langit yang kedengaran di Kota Samarahan, Sarawak pada 11 dan 12 Januari lalu?
Ia mendapat perhatian antarabangsa apabila artikel mengenainya yang disiarkan di The Borneo Post telah dibincangkan secara hangat di dalam internet di seluruh dunia.
Lebih menggemparkan, bunyi yang sama juga sebelum itu dikatakan kedengaran di beberapa buah kawasan di dunia.
Malah ada pihak yang mula mengaitkannya dengan petanda awal kiamat.
Misteri mengenainya bagaimanapun bakal terjawab minggu depan apabila pasukan khas dari Agensi Angkasa Negara (AAN) selesai melakukan penyiasatan mereka.
Namun siasatan awal mendapati, ia mungkin hanyalah bunyi yang terhasil daripada mesin dari sebuah kilang kelapa sawit yang terletak di kawasan tersebut.
Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Innovasi, Datuk Fadhillah Yusuf berkata, setakat ini pasukan yang ditubuhkan khas untuk menyiasat aduan berkenaan sedang bekerja keras untuk menyiapkan laporan mereka.
” Kita akan memeriksa frekuensi yang dihasilkan oleh mesin kelapa sawit itu sebelum dapat mengesahkan sama ia berpunca daripada alat tersebut atau sebaliknya,” katanya.
The Borneo Post tempoh hari melaporkan satu bunyi aneh telah kedengaran di Kampung Meranek, Kota Samarahan.
Tidak lama selepas bunyi itu kedengaran, satu kejadian gempa bumi kuat (7.3 skala Richter) berlaku di Sumatera, Indonesia.
Bagaimanapun masih tidak dapat dipastikan sejauh mana kaitannya antara bunyi aneh itu dan kejadian gempa bumi tersebut.
Selain daripada kejadian gempa bumi di Sumatera itu, ada juga teori yang mengaitkan bunyi aneh itu dengan sebuah program yang dikenali sebagai High Frequency Active Auroral Research Programme (HAARP)
HAARP adalah program penyelidikan berkaitan ionosfera dan dinaungi sepenuh oleh US Air Force, US Navy, University of Alaska dan Defense Advanced Research Projects Agency(DARPA).
DARPA adalah sebuah agensi yang ditubuhkan oleh kerajaan Amerika Syarikat untuk membina pelbagai senjata berteknologi tinggi untuk kegunaan ketenteraan Amerika Syarikat. – Oleh SYAHRIL A. KADIR (mynewshub)
Laporan sebelum ini
klik untuk baca

8 ulasan:
Biasala, pihak berkuasa akan menafikan apa-apa yang pelik sekiranya ia benar berlaku. Denial Syndrome, untuk kepentingannya.
Kalau tak masakan FBI ada X-File.
Setuju dengan komen di atas...kita tidak pernah mengambil sesuatu peristiwa,kejadian,bencana sebagai satu pengajaran...seperti biasa bila berlaku ribut,banjir besar,tsunami dan macam-macam lagi segera dinyatakan bencana alam dengan pelbagai faktor saintifik. hakikat peringatan daripada Allah Taala cuba dinafikan....bertaubatlah segera....nak tgu bila lagi...????
di negara luar yg kluar bunyi yg sama pun dr kilang kelapa sawit gak ker
boleh percaya ke ?
Kalau lah dari kilang kelapa sawit, kenapa pulak sebelum ini bunyi aneh itu tak pernah didengar sedang kilang kelapa sawit telah beroperasi lama. Bagai mana pula kilang kelapa sawit di kebanyakan tempat di Malaysia ini. Tak pun ada bunyi seperti di Samarahan tu. JELAS TAK APA YANG SAYA KATAKAN.
pihak berwajib di negara ni mcm nak sembunyikan fakta sebenar.
Bagi alasan mcm budak sekolah yang dapat spm gred 3.
Tak kisah la itu bunyi apa pun. Buat la kajian dan tolong sahkan akan bunyi apa sebenarnya itu, biag kita semua tak tettanya-tanya takut nanti jadi khurafat ka tahyul ka, macam2 la...... kan TV la banyak dok saji cite2 macam tu, tetapi semua mau ingat bahawa dunia sudah makin akhir zaman.....
DAN INI LAH KELEBIHAN ORANG MELAYU.... MEREKA SUKA DENGAN BENDA-BENDA PELIK MACAM NI...
ORANG MELAYU SUKA TENGOK CERITA HANTU,TAPI TAKUT PADA HANTU....
Catat Ulasan