5 Nov 2011

Isu PPSMI: Mahathir "Berperang" Dengan Muhyiddin


PPSMI: Saya telah bincang dengan PM, kata Muhyiddin

Timbalan Perdana Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini berkata beliau telah berbincang dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung keputusan untuk memansuhkan dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI).

Muhyiddin, yang merupakan Menteri Pelajaran, berkata keputusan pemansuhan PPSMI yang diambil sebelum ini merupakan keputusan Kabinet yang dipengerusikan perdana menteri.

"Saya telah berbincang dengan perdana menteri (mengenai polemik PPSMI) sebelum beliau berangkat ke Mekah.

"Saya tidak ada kuasa (memansuhkan PPSMI). Keputusan juga tidak dibuat oleh Kementerian Pelajaran sahaja, lebih-lebih lagi ia satu polemik dan banyak pihak terlibat," katanya dalam satu sidang media di Putrajaya hari ini.

Muhyiddin diminta mengulas kenyataan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini bahawa Perdana Menteri boleh mengubah Muhyiddin berhubung pemansuhan PPSMI.

Dr Mahathir telah memperkenalkan PPSMI pada tahun 2003.

Sementara itu, Muhyiddin berkata Perdana Menteri turut mengemukakan pandangan-pandangan untuk memperkasakan pengajaran dan pembelajaran bahasa Inggeris.

"Beliau (perdana menteri) bertanya sama ada kandungan Kesusasteraan Inggeris dimasukkan lebih daripada apa yang ada sekarang," katanya.

Mengenai kenyataan Tun Mahathir yang berharap rakyat tidak marah berikutan keputusan pemansuhan PPSMi dan terus menyokong Barisan Nasional (BN), Muhyiddin berkata: "Saya pun berharap begitu".

Beliau berkata ibu bapa tidak perlu risau kerana anak-anak yang terlibat dalam PPSMI tidak terjejas dan tiada apa-apa yang tergendala berikutan peralihan penggunaan bahasa dan ia tidak membangkitkan masalah kepada rakyat.

"Saya fikir Tun (Mahathir) pun faham. Dia penyokong kuat BN. Kita buat keputusan bukan kerana kita suka-suka membuat keputusan tetapi saya percaya rakyat sedia terima (keputusan), terutamanya ibu bapa di mana lebih 5.3 juta pelajar terlibat dalam sistem sekarang," katanya. - Bernama


Dr M berkata Najib masih boleh selamatkan PPSMI

LANGKAWI, 4 Nov — Tun Dr Mahathir Mohamad berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak masih boleh menghalang timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin daripada memansuhkan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI), dasar yang diperkenalkan oleh pentadbirannya.

Dr Mahathir, yang masih dilihat sebagai pemimpin yang berpengaruh dalam Umno selepas berkhidmat sebagai perdana menteri selama 22 tahun berkata, Najib boleh berbuat demikian demi negara.

Beliau berkata demikian di sini hari ini.

Semalam, Muhyiddin berkata keputusan kerajaan memansuhkan dasar PPSMI muktamad.

Mengulas desakan beberapa pihak termasuk Persatuan Ibu Bapa Untuk Pendidikan Malaysia (PAGE), Muhyiddin berkata, tidak akan diadakan sebarang perbincangan lagi memandangkan kerajaan sudah pun memutuskan bagi memansuhkan dasar itu pada 2009.

“Ia sudah pun diputuskan oleh Kabinet pada 2009 selepas dibincangkan di banyak peringakt, telah diluluskan di Parlimen, malah disokong oleh pembangkang. Tiada reaksi negatif ketika itu. Saya tidak tahu mengapa ia dibawa kembali,” kata beliau lagi.

“Kemungkinan mereka (pihak yang mendesak) sudah ketinggalan zaman,” kata beliau sambil menegaskan kerajaan tidak akan tunduk kepada desakan satu kumpulan kecil.

Sabtu lalu, Muhyiddin berkata, keputusan kerajaan untuk memperkenalkan dasar Memartabat Bahasa Melayu dan Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI) dan memansuhkan PPSMI harus dihormati dan diterima baik semua pihak.

Beliau dijangka mengumumkan perkembangan penting berkaitan dasar itu petang ini.

PAGE sebelum ini mendesak kerajaan agar mengekalkan PPSMI dengan mendakwa bahawa ramai kalangan ibu bapa mahu supaya PPSMI terus dikekalkan atau memberi pilihan kepada ibu bapa yang masih mahu mengekalkan pembelajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris bagi anak-anak mereka.

PAGE juga menyerahkan memorandum kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di Putrajaya kelmarin.

Muhyiddin juga percaya dasar MBMMBI yang dilaksanakan mulai tahun ini bagi murid Tahun 1 melalui pengajaran dan pembelajaran sains dan matematik dalam bahasa Melayu itu akan membuahkan hasil dalam tempoh beberapa tahun akan datang. -TMI


8 ulasan:

MAT (Mohd Fatihah Abdullah) berkata...

Kita tgk siapa yg menang, yg pasti jln tgh akan diambil utk memuaskn hati ke2 pihak, yg pasti md sekolah yg tanggung, buatlah keputusan bijak demi anak kita

Tanpa Nama berkata...

Mcm2 hal, bilakah masalah bahasa kita nak selesai

Tanpa Nama berkata...

kesan sumpah n doa org yg dizalimi.tika ppsmi ni hendak dlaksanakan tiada langsung bincang dn menerima pandangan ramai.aku x lupa tindakan BODOH menteri pelajrn hishamuddin wajibkan sekolah tika banjir besar johor.bila ditanya ppsmi jgn jadi pembangkang dn macam-macam lagi.guru yg berkursus lain,kahwin dn masalah kematian n menunaikan haji dihalang tinggalkn kursus ppsmi yg GILLA ini

Tanpa Nama berkata...

kalau kita hendak mencari bokti bahawa u.m.n.o mewarisi pemerintah penjajah british salah satu darinya ppsmi oleh itu mereka u.m.n.o tidak merasakan bahawa broitish pernah menjajah tanah air kita malah u.m.n.o menganggap orang yang menentang penjajah sebagai penganas sebagaimana anggapan u.m.n.o terhadap almarhum pejuang mat indra.

Tanpa Nama berkata...

Guru-gurulah jadi mangsa dikudakan oleh pemimpin UMNO untuk terus berkuasa. Cikgu-cikgupun kira bengap juga dalam isu nih. Yes boss tak brtempat. BN itu akidah mereka agaknye. Undi guru terhadap BN itu juga saham kehancuran bahasa melayu di tangan mereka.

Tanpa Nama berkata...

Mahathir Kutty ni dah nyanyok.Dulu bila dia mau kuat-kuasakan PPSMI,dia buat sendiri,tanpa tanya orang.Sekarang dia mau minta kerajaan buat kutipan suara pulak.Kalau dulu dia buat kutipan suara sebelum lancarkan PPSMI,sudah pasti PPSMI tidak akan terlaksana.Sebenarnya Mahathir Kutty ni boleh dihadapkan kemahkamah kerana melanggar Perlembagaan.

Tanpa Nama berkata...

Apa tunggu lg,hapuskan terus ppsmi

qaseh bonda berkata...

Kalau dah cerdik tu tak payah nak bergantung pd ppsmi. Makin bodo lagi ada. Dah melayu kita ni melayu je laa..banyak jalan lagi nak celek orang puteh. Celek bahasa Arab ada hampa nak kisah sedangkan bahasa Arab bahasa syurga.

Macam jugak anugerah skrin yang pakai ipad nak umum pemenang je pong!! Tak ke malu dok terkiai2...mat saleh pun tak ke lapaq nak guna ipad tuk umum grammy awards.

I don't speak stupid english to stupid people. Budak2 pun nganga tengok cikgu2 poyo!!