5 Nov 2011

Penoreh Menderita, Harga Getah Terus Jatuh

Pasaran getah Malaysia dijangka terus jatuh minggu depan berikutan permintaan yang lembap dan situasi tidak menentu ekonomi global.

Seorang peniaga berkata permintaan dijangka perlahan ekoran berita yang pembuat kereta Jepun akan terus menggantung kilang-kilangnya di Thailand kerana kekurangan alat ganti.

Banjir telah menular keseluruhan 64 daripada 77 wilayah Thailand dan menenggelami tujuh estet perindustrian di mana Honda dan pembuat bahagian auto mempunyai kilang.

Sementara itu, para peniaga berkata musim hujan di kebanyakan Negara pengeluar getah tidak akan menjejaskan bekalan kerana pelabuhan Qingdao China mempunyai simpanan stok yang tinggi iaitu kira-kira 180,000 tonne metrik.

Para pembeli dijangka terus kekal tidak memasuki pasaran dengan menjangkakan kelemahan yang seterusnya dalam harga komoditi itu, kata mereka.

Minggu ini, harga fizikal rasmi Lembaga Getah Malaysia untuk gred tayar SMR 20 merosot 94.0 sen kepada 1,137.0 sen sekilogram sementara susu getah pukal turun 35.0 sen kepada 758.5 sen sekilogram.

Harga penutup tidak rasmi untuk SMR 20 berkurangan 89.5 sen kepada 1,136.5 sen sekilogram sementara susu getah pukal susut 37.0 sen kepada 757.5 sen sekilogram.

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

hek ele... taim naik tak beringat-ingat... tunggu je la... nanti mesti naik balik.. ngengada...

Tanpa Nama berkata...

Motong tetap motong. Pak cik simpan buat stok. Naik nanti pakcik tolak lah... Stok tiga tahun pun gotah tak susut kualiti.

Tanpa Nama berkata...

Ada pasang turun, klu masa harga naik beringat & syukur, masa harga turun tak le tensen giler insyaAllah.

Tanpa Nama berkata...

Sokong lagi UMNO.Akhirnya nanti akan makan biji getah.