5 Nov 2011

[Dedah] UMNO Dalang Perobohan Rumah Penduduk Pantai Jerejak P.Pinang

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng menyatakan pemimpin Umno adalah dalang di sebalik perobohan rumah penduduk kampung di Pantai Jerjak, Bayan Lepas.

Guan Eng pada sidang Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang menegaskan, kerajaan negeri setakat ini tidak pernah merobohkan sebarang rumah tanpa memberikan pampasan yang sewajarnya.

Kenyataan ini sekaligus menafikan fitnah pihak pembangkang Pulau Pinang dan tindakan mereka yang sering memfitnah kerajaan Pulau Pinang sebagai anti-Melayu.

"Saya selalu difitnah anti-Islam oleh Umno dan anti-bukan Islam oleh Gerakan kerana menambah peruntukkan kepada majlis agama. Dengan ini, yang anti sebenarnya di sini tidak lain tidak bukan Umno sendiri.

"Tindakan ini tidak memberikan apa-apa kepada rakyat termasuk orang Melayu sendiri malah menunjukkan keangkuhan umno sendiri dalam usaha menangani isu kemiskinan.

"Kerajaan Pakatan Rakyat berpendapat, tindakan tersebut tidak wajar dilakukan oleh sesebuah parti yang dipimpin oleh pemimpin Umno terutamanya rumah yang diroboh dihuni oleh mereka yang berumur 70 tahun.

"Kerajaan negeri akan cuba membantu mangsa dan tidak membenarkan sebarang permohonan syarikat pembangunan pemaju sehingga mangsa tidak diberikan sebarang pampasan yang sewajarnya dan ini prinsip perjuangan Pakatan Rakyat," katanya.

Ujar beliau, selama ini pihak kerajaan negeri akan berunding dengan semua pihak terutamanya pemaju sebelum membuat apa-apa keputusan terutamanya membabitkan perobohan mana-mana kawasan.

"Kita selalu berusaha untuk berunding. Biasanya pemaju sedia berunding seperti yang disebutkan tadi. Hanya mereka yang mempunyai kuasa sahaja tidak ingin berunding iaitu khususnya yang ada kuasa tidak lain tidak bukan yang menjadi pemimpin Umno. Itulah yang mereka rakus, angkuh dan tidak mahu berunding.

"Selalu kerajaan negeri dipersalahkan. Selalu saya sendiri yang kena. Semuanya tiada kaitan dengan kerajaan negeri dan kita lihat yang akhirnya buat perobohan adalah seorang pemimpin. Kita lihat di sini, yang roboh rumah kampung melayu adalah UMNO dan bukanlah kerajaan negeri,
" katanya.

Beliau percaya, rakyat Pulau Pinang akan tahu siapa yang sebenarnya merobohkan kampung Melayu adalah pemaju Umno sendiri. -tvsnews

Pemaju Roboh Rumah Pusaka

INILAH rumah pusaka Ghazali Ibrahim di Kampung Sungai Nibong Kechil,
George Town sebelum dirobohkan.

GEORGE TOWN – Gara-gara gagal mendapat persetujuan, enam beradik terpaksa berputih mata apabila rumah pusaka milik keluarga yang berusia 80 tahun di Kampung Sungai Nibong Kechil dekat Jalan Tun Dr. Awang di sini diroboh pemaju semalam.

Operasi meroboh dijalankan berikutan notis pengusiran yang dikeluarkan oleh Mahkamah Majistret Balik Pulau ke atas penghuni rumah tersebut ketika ini, Ghazali Ibrahim, 63, pada 14 Oktober lalu.

Rumah tersebut terpaksa dirobohkan kerana tanah tersebut kini diambil alih oleh Koperasi Tunas Muda Berhad untuk memajukan projek perumahan.

Rumah Ghazali paling akhir dirobohkan kerana rumah penghuni lain yang dibina di atas tanah yang sama sudah dirobohkan beberapa bulan lalu.

Peguam Koperasi Tunas Muda Berhad, Syamsul Jamil berkata, tindakan mengusir penghuni dan meroboh rumah tersebut sepatutnya berkuat kuasa Ogos lalu tetapi ditangguhkan atas budi bicara pihak mahkamah dan pemaju.

Menurut beliau, pemilik rumah tersebut pernah ditawarkan pampasan sebagaimana ditetapkan oleh mahkamah tetapi ditolak.

RUMAH pusaka Ghazali dirobohkan dengan jentolak dalam masa yang singkat.

Kosmo! difahamkan pemaju menawarkan pampasan berjumlah RM42,000 kepada Ghazali.

“Operasi hari ini (semalam) adalah mengikut perintah mahkamah dan tindakan meroboh terpaksa diteruskan,” kata Syamsul kepada pemberita di sini semalam.

Sementara itu, adik Ghazali, Abd. Laziz, 61, berkata, dia kecewa kerana semua adik-beradik gagal mempertahankan rumah tersebut.

“Sekiranya abang saya (Ghazali) berbincang secara baik dengan pemaju, sudah tentu kami mendapat hak masing-masing (pampasan) yang setimpal.

“Sikap dia yang enggan berbincang dengan kami adik-beradik menjadikan masalah ini bertambah rumit sedangkan pemaju ada menawarkan sejumlah pampasan kepada pemilik rumah yang tanah mereka diambil,” jelasnya.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Jerejak, Sim Tze Tzin memberitahu, pihaknya berharap pemilik tanah dan pemaju masih dapat mempertimbangkan pampasan yang setimpal kepada keluarga tersebut. -kosmo



Ulasan GB

Siasatan terhadap latarbelakang pemaju iaitu Koperasi Tunas Muda Berhad yang bertindak merobohkan rumah di Georgetown tersebut untuk memajukan projek perumahan menunjukkan ia sebuah koperasi yang telah diasaskan di dalam tahun 1963 oleh beberapa pemimpin tempatan dengan sokongan UMNO Tanjung Ara.




5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

memang betul tak lama lagi kan=mpung sungai nibong besar pula..bulan disembar ni,,,bulan merobohkan rumah2

Amuraria berkata...

SEJAK LEBIH 50 TAHUN UMNGO@APCO-BN LAHANAT PERINTAH BANYAK KAWASAN MELAYU DI PENANG LINGKOP ! TAPI KINI MACAM BABI DOK MENYALAK NAK PERTAHANKAN 'KETUANAN' DAN HAK-HAK MELAYU KONON ! MASA DEPA PERINTAH PUNYA PULUN SAPU DAN SAUK APA SAJA PROJEK DISAMPING MENYAMUN SEGALA TENDER,KONTRAK JUGA 'LOBANG-LOBANG' BUAT DUIT SESAMA KRONI UMNO TAPI LUPA PERTAHAN KAUM MELAYU ,HANYA KINI DOK SALAK NAK TUNJUK JAGUH KAT KM PENANG BERBANGSA CINA YANG SANGGUP MASUK JAIL PASAI RAHIM TAMBI BESAR PUNYA GELOJOH ! INILAH JASA-JASA PARTI PALING DAJJAL UMNO@APCO-BN TERHADAP MELAYU DAN ISLAM YANG DI HEBOH SANGAT !

Amuraria berkata...

LEBIH 50 TAHUN UMNO@APCO-BN PERINTAH PULAU PINANG TAPI BANYAK KAWASAN & KAMPUNG-KAMPUNG MELAYU YANG LINGKOP ,TANPA MALU MACAM BABI MENYALAK KONON PERTAHAN HAK DAN KETUANAN MELAYU SEBALIKNYA DAJJAL BESAR MENYAUK,MENGAUT DAN MENYELEWENG APA SAJA YANG DAPAT SESAMA KRONI UMNO@APCO ! DARI PROJEK,TENDER DAN SEGALA APA SAJA YANG BOLEH BUAT DUIT DISAPU MACAM TIADA ESOK SESAMA GEROMBOLAN PERASUAH UMNO@APCO TAPI MENUDUH ORANG LAIN PERKAUMAN HINGGA KM PP YANG BERBANGSA CINA YANG SANGGUP MASUK JAIL PASAI RAHIM TAMBI'BESAR' PUNYA GELOJOH PUN DITUDUH MACAM-MACAM ! DEMI MAU KUASA YG DAH HILANG APA SAJA JADI ,MATLAMAT MENGHALAL CARA BAGI UMNGOK@UMPORNO@APCO PARTI AEUS JAHILIAH ! ALLAHU AKHBAR !

ketuananCukong berkata...

teringat tanah surau yang dibina di rawang yang mahu diroboh oleh syarikat swasta,,umno menjadi juara mempertahankan tanah surau tersebut,siap ajak geng2 pukida,perkasa dan pemuda umno buat demo,kononnya nak pertahankan agama dan kwasan melayu,kerajaan negeri masa tu mengambil tindakan menyiasat dulu tentang pemilikan tanah tersebut,,rupa-rupanya pada tahun 2006 tanah tersebut telah diserahkan kepada syarikat swasta oleh kerajaan negeri tahun tu.siapa dia??kalo bukan Umno lahanat!!dibawah si toyol jawa tu...lahanat umno,,demi menipu org kampung dan org2 felda johor(totok umno) yang dunggu,,,mereka ssanggup buat apa sahaja.TV3 dan utusan memainkan isu tersebut tanpa penjelasan MB khalid Ibrahim,,,

Rais Al Attas berkata...

Selagi orang Melayu undi UMNO maka nasib orang Melayu akan tertindas