5 Nov 2011

[Hairan] Najib Perlu Diberikan Kawalan Keselamatan Di Mekah?

Agak mengejutkan apabila PM, DS Mohd Najib Tun Razak terpaksa diberikan kawalan keselamatan sewaktu menunaikan hajinya di Mekah.

Ia memberikan pelbagai persepsi yang menghairankan seolah-olah Mekah sudah menjadi tempat yang tidak selamat dan kedua sudah ada "kasta" di dalam Islam yang membezakan seorang pemimpin negara dengan rakyat terbanyak, sekaligus mencemarkan ibadah haji yang sepatutnya menyamaratakan semua manusia tanpa mengira pangkat, kedudukan, harta dan sumpamanya.

Berikut dipetik dari blog Tinta Hijau Dari Kaki Bukit:

Presiden Iran Mahmud Ahmadinejad :





Perdana Menteri Malaysia Najib Tun Razak :







Presiden Iran :

Beliau juga dikawal oleh tentera Arab Saudi tapi tidaklah sampai 23 pengawal tentera yang berpegangan tangan seperti Najib.Beliau lebih bebas bergerak bersama jamaah haji serata dunia.

Inilah falsafah haji sebenar, tiada kaya, meskin, hamba, bangsawan, orang putih atau hitam, mereka semua tiada beza disisi Allah...

Perdana Menteri Malaysia :

Ketika Najib dan Rosmah mengerjakan ibadah haji. Seramai 23 orang askar Arab Saudi diperlukan untuk mengepong mereka bagi memastikan tiada jemaah haji lain yang dapat datang menghampiri dan berasak-asak dengan mereka.

Fadhilat ditinggalkan, hanya kerja haji yang dibuat. Antara tujuan mengerjakan ibadah haji adalah merasai pengorbanan, keperitan, kesusahan para anbiya' terdahulu dengan tidak membezakan pangkat, darjat, kuasa, harta dan sebagainya.

Kesimpulan :

biarpun berisiko tinggi diapa-apakan oleh musuhnya, Presiden Iran ini hanya menerima kawalan keselamatan minimum semasa menunaikan haji. .Itu Presiden Iran, orang yang banyak musuh di dunia ini.

Apa hal pula dengan Najib yang sudah tentunya tidak bermusuh dengan AS atau Israel? Namun, apabila melihat puluhan pasukan keselamatan Saudi mengawalnya sambil berpegangan tangan, 1Malaysia (kecuali pencacai) berasa pelik dan hairan.


8 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Najib berbaik-baik dengan AS tetapi bermusuh dengan umat Islamm itu sebabnya beliau perlu diberi kawalan ketat walaupun diMasjidil Haram dan dibulan yg diharamkan berperang.

Kerana disana kesemuanya umat Islam dan sudah semestinya ancaman lebih berisiko tinggi.

Mereka ka Makkah bukan untuk mencari Mabrur akan tetapi untuk mencari publisiti... maka berhasillah apa yang dihajatkan.

Tanpa Nama berkata...

Ingat tak dulu N ajib pergi ke Perak menaiki bas untuk bersama rakyat untuk menimba kesusahan rakyat...tapi bila bab mengerja haji tak bersama Jemaah sebagaimana mengkehendaki jemaah nya dalam keadaan sama rata tiada di pisahkan olih darjat.

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum tuan,
Untuk menyatakan bahawa Najib pergi untuk Haji Mabrur bukan lah kita yg menentukan. Najib sendiri pun tak tahu. Allah yang menentukan. Allah izinkan dia ke sana. Kita?
Satu lagi tentang perbandingan dengan Presiden Iran. Kenapa hanya dengan gambar Presiden Iran sahaja. Kenapa tak ada gambar pemimpin negara Islam yang lain. Saya hanya melihat gambar dengan perasaan bahawa ini adalah layanan yang diberikan oleh pemimpin Arab Saudi kepada tetamu Allah, seorang pemimpin dari Malaysia. Itu saja lah rasanya.

Tanpa Nama berkata...

nanti dia masuk kubur pun ada yg eskot dia laa....mungkar & nangkir hahaha..

Tanpa Nama berkata...

walaupun korang tak sokong UMNO, BN & Najib tapi dalam kes ni korang kena faham bahawa Najib & rombongan nya menunaikan haji atas jemputan khas raja saudi. bila dah jadi jemputan VVIP mestilah dpt layanan macam tu.

sekalipun korang anti BN, UMNO & Najib kalau nak belasah tu kena cari fakta dulu. kalau tak sama la penyokong PR dengan perangai pencacai UMBO/BN..

sekarang ni media BN dah dok menyalak kata orang PR buat fitnah - pasal penyokong PR main belasah je tanpa fakta yg jelas.

AzMiR

Tanpa Nama berkata...

Terima kasih atas penerangan dari Anon 12.00pm- penasihat agama Najib.

Tanpa Nama berkata...

pasti najib dapat haji sekuriti bab lain tu aku serahkan pada tuhan

Tanpa Nama berkata...

Kita menunaikan Haji sebagai tetamu Allah, biarpun duniawi dijemput sesiapa.. Bukankah ibadah haji itu mengajar & melambangkan tiada perbezaan sesama manusia?