11 Okt 2011

Bob Lokman Ditahan Oleh JAIS. Apa Pula Pendirian Hassan Putu-Mayung?

Pelawak, pengacara dan penulis lirik terkenal Bob Lokman ditahan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) malam tadi, dipercayai atas alasan menyampaikan ceramah agama tanpa tauliah.

Bob dikatakan ditahan ketika menyampaikan tazkirah di sebuah surau di Hulu Langat dan dibawa ke balai polis berdekatan.

Beliau ketika dihubungi Malaysiakini mengesahkan penahanannya semalam bagaimanapun enggan mengulas lanjut pada masa ini.

Sebarang maklumat lanjut, katanya, boleh dirujuk kepada seorang pemimpin Pemuda PAS.

Sementara itu, seorang pemimpin kanan dewan itu memberitahu Malaysiakini, Bob, Pengarah Pilihan Raya Pemuda PAS Mohd Sany Hamzan dan nazir surau berkenaan diminta memberi keterangan kepada JAIS pada jam 10 pagi nanti.

Setakat ini belum jelas sama ada mereka juga turut ditahan bersama Bob semalam.

Bob semalam difahamkan mencerita pengalamannya sewaktu bergelumang dengan kegiatan seni kepada hadirin surau itu malam tadi.

Usaha Malaysiakini mendapatkan reaksi JAIS setakat ini belum berhasil. -mk

Ulasan GB

Penahanan Bob Lokman, seorang artis yang bertukar menjadi seorang pendakwah dan menyertai PAS, mungkin mengejutkan beberapa pihak.

Tetapi tidak mengejutkan bagi mereka yang mengikuti JAIS yang sentiasa bertindak mengikut telunjuk UMNO untuk memberikan tekanan kepada PAS/Pakatan Rakyat Selangor.

Tindakan JAIS sentiasa saja mendapat restu daripada Exco Kerajaan Negeri Selangor, Datuk Dr. Hassan Ali, sekalipun pemimpin PAS Pusat telah terpaksa berhadapan dengan satu saman dari UMNO Selangor yang ada kaitan dengan JAIS.

Hassan Ali yang dicurigai sebelum ini telah membuat kenyataan bahawa di dalam hatinya cuma ada PAS. Namun tindakan-tindakannya luarannya dilihat oleh kebanyakan pihak sebagai talibarut UMNO apabila bertindak tidak sehaluan dengan pimpinan PAS Pusat.

Beliau sebelum ini menafikan ada membuat pertemuan dengan pimpinan UMNO, kerana katanya yang bertemu dengan pimpinan UMNO itu bukan Hassan Ali tetapi mungkin Hassan Putu-Mayung.

Di dalam kes serbuan JAIS ke atas gereja Methodist Damansara Utama, Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah menyatakan tindakan JAIS menyerbu gereja di Petaling Jaya Ogos lalu adalah betul, tidak menyalahi undang-undang negeri serta selaras dengan Enakmen Tatacara Jenayah Syariah (Selangor) 1995 dan Enakmen Ugama Bukan Islam Selangor 1988. Itu titah Sultan berdasarkan laporan yang dikemukakan JAIS sendiri, bukan keputusan sebarang mahkamah. Ia bererti juga, JAIS sendiri yang melihat tindakannya betul.

Sekalipun baginda bertitah ada cubaan memesongkan akidah umat Islam yang dibuktikan dalam hasil siasatan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) terhadap Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) pada 3 Ogos lalu, namun bukti yang diperolehi tidak mencukupi untuk diambil tindakan undang-undang. JAIS melihat tindakannya betul, tetapi bukti-bukti tidak mencukupi untuk mendakwa pihak terbabit. Dengan sendirinya, dakwaan yang betul itu tidak dapat dipertahankan kerana kekurangan bukti. Misalnya hendak menuduh orang mencuri, tetapi tiada bukti mencukupi, maka tidak dibolehkan lagi membuat pertuduhan tersebut kerana pertuduhan itu sudah menjadi tidak sah.

Kini isu Bob Lokman pula yang ditahan menyampaikan tazkirah kerana perbuatan dianggap SALAH oleh pihak JAIS. Hairan. Baginda sultan semalam menitahkan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan JAIS memantau rapi dan mengambil tindakan sewajarnya ke atas penyebaran agama Kristian, bukannya tazkirah yang bertujuan memantapkan aqidah umat Islam. Lagipun Bob Lokman bukannya memberi ceramah politik, pun beliau bukan seorang pemimpin parti politik sepertimana telah dikenakan dakwaan kepada Khalid Samad.

Bagaimana agaknya pendirian Hassan Putu-Mayung di dalam hal ini? Sokong juga JAIS?

p/s Tentang gelaran "hassan putu-mayung", bukan gelaran dari GB, itu adalah gelaran dari Hassan Ali sendiri terhadap seorang lagi "hassan" yang membawa gagasan Unity Government. Siapa "hassan putu mayung" itu? Anda sendiri sudah mengetahuinya.

Ingat: Whatever you give, you get back! kenyet



10 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

orang tabligh tu takda tauliah gak tapi boleh pulak buat ceramah agama (bayan) kat surau & masjid di seluruh Malaysia ni... takda hal pun. Tapi penyokong PAS mestilah kena tahan...


AzMiR

Tanpa Nama berkata...

:salam..
bro..hassan ali bukan begitu...banyak perkara berada diluar bidang kuasa beliau...tu, Hj Marzuki tu yg patut kita highlight.

Tanpa Nama berkata...

Selayaknya Selangor digelarkan negeri bebas konsert berbagai artis dari dalam dan luar negara. Lebih rela rakyat terus dalam dunia kesesatan.. Neraka menanti...

Tanpa Nama berkata...

anon 1:48

kami di S'ngor cukup kenal Hassan Ali.

Beliau berkata "PAS dihatinya" sbb beliau telah tersepit, agar beliau tidak tercicir dipilih semula sebagai calon PAS. UMNO x kan hingin mahu mencalonkan / mengundi Hassan Ali.

Beliau sebagai exco agama x dpt nak mengawal tindakan JAIS yang digunakan UMNO sebagai platform untuk menumbangkan kerajaan PR di Selangor, sebaliknya sentiasa mempertahankan tindakan JAIS itu.

Tanpa Nama berkata...

Nak menyampaikan dakwah takutkan tuhan ka raja?

Islam pun mengajar kita, kalau seseorang itu waema raja sendiripun yang menghalang kerja2 amal agama allah patut di tentang.

Mengarut betul JAIS ni.

Sikit2 guna nama RAJA, sikit2 guna nama SULTAN. Kenapa? RAJA/SULTAN tu TUHAN ke?

JANGAN SAMPAI KERANA DUNGUNYA JAIS NI SAMPAI ORANG MENYAMPAH PADA RAJA/SULTAN

Tanpa Nama berkata...

x de salahnya nak bagi peringatan (tazkirah) janji jangan menggunakan ayat al-quran. sbb kita bukan ahlinya dan takut tersalah guna.

aku pasti bob lokman hanya menceritakan pengalaman beliau dan mengajak orang kembali ke pangkal jalan. kalau itu pun salah, aku tak tahu lah apa yang ada dalam benak fikiran orang2 JAIS nie.

Tanpa Nama berkata...

Terus terang aku katakan aku org luar Selangor, mmg tak tau ttg pergolakan antara JAIS dgn PAS tu agak serios berpandukan pada laporan2 berita2 GB.

Yg aku faham, diberitakan masjid2 di Sngor skrg kabarnya menjadi/hidup dgn prog2 agama & jemaah pun semakin ramai, & aku selalu juga ikut guru aku buat kelas di masjid2 dlm Sngor, kbnyakan masjid2 tu lebih ramai ustaz2 PAS maknanya Hasan Ali main peranan juga le dlm prog imarahkan masjid tu? Skrg ni progm Raudah TV9 selalu buat kat masjid2 Sngor, aku nampak mcm ok aje ...

Pada pendapat aku, Hasan Ali ni serba salah, dia tau org2 UMNo nak kacau ...klu x sambut, masjid tak meriah ... dia sambut juga kot wlu hatinya menjerit2 benci UMNO yg tak abis2 kacau daun ni.

Bukan dia aje, k/tangan kerajaan yg dulu di bwah BN pun sukar nak suaikan diri dgn kjaan baru, esp bos2. Depa tau UMNO kacau, depa serba salah. Kan sahabat2 Nabi masa era awal Islam, ada yg kuat, berani mcm Sy Abu Bakar, Bilal... & ada yg Nabi suruh bersabar mcm Amar b Yassar & bebrapa org. Wlu Hasan Ali pemimpin, kena faham le situasi dia, nak banding dgn sahabat Nabi 100% mmg le x leh.

Aku andaikan wlu Msia ni org Islam dah lama tinggal, tapi dgn situasi skrg Islam tu mcm baru (sbb lama dibutakan UMNO),sbb tu berapa ramai yg betul2 faham quran & hadis?
(Ini aku faham drp ceramah sorang ustaz di BTN ..dia pun benci UMNO tau, jgn ingat BTN ni smua tali barut UMNO)

Betulkan aku klu aku salah ..

Yg benar2 tau hati seseorg hanya Allah. Nak tau dia belot ke tak, tengok PRU nanti. Jgn marah aku, sbb aku pun ada hak utk suarakan pendapat ... D Nik Aziz pun tak tau hati Berahim Ali, sbb tu bole tanding atas tiket PAS

agak2 komen aku ni ko siarkan ke tak GB?

ikonsiber berkata...

Di hari akhirat ketika masing-masing sudah berada di padang Yaumil Mahsyar..., agak-agaknya para pegawai JAIS ni....akan dakwa bahawa mereka mengikut titah..... Ketua agama....dan ketua agama.....akan .....maka berlakulah saling tunding menunding jari....kesudahannya kesemuanya akan dihumbankan ke dalam Neraka....Nauzubillah......

abdul basit berkata...

Hassan Ali bukan maksum.. saya doakan Allah ampunkan kesilapannya.. perangai orang PAS yang tidak boleh menerima perbezaan pendapat, suka menghukum dan melabel, dan menginginkan kejayaan dalam masa yang cepat.. kegagalan PAS mengubah peraturan-peraturan tidak adil JAIS, menghentikan penjualan arak di kawasan majoriti muslim, serta menunaikan janji-janji kepada pengundi Muslim di Selangor dibebankan ke bahu Hassan Ali seorang sebagai kambing hitam.. semasa saya mula menyokong PAS tahun 1996 dulu sewaktu saya tinggal di Klang, saya disogokkan dengan kata-kata naqib saya bahawa "Hari ini PAS menang, besok kita tutup kilang Carlsberg di Shah Alam".. hatta menjelang PRU 2008 pon kata-kata masih popular di ceramah-ceramah PAS.. tapi sekarang apa jadi? semuanya salah Hassan Ali? ustaz2 dan naqib2 yang sama juga yang dahulu begitu bersemangat membangkitkan kemarahan umat tentang isu Azhar Mansur, gereja UPM, Melaka lebih banyak gereja dari masjid, dan macam-macam lagi, tapi sekarang mereka membisu membiarkan Hassan Ali terkontang-kanting seorang..

syah alam berkata...

abdul basit, jgn ler ko nak mengarut,

dulu masa mula2 menang pru 2008, hassan ali siap kumpul semua yb2 PAS jumpa khir toyo. sebab nak wujudkan kerajaan perpaduan diantara umno-pas.
dia bercita2 nak jadi mb. tiu saja sebenarnya matlamatnya.

begitu juga tindakan2nya yg sehaluan dgn jais dan umno di selangor.

kesemuanya dilihat mencabar dan memburukkan kepimpinan Pakatan Rakyat Khalid Ibrahim.

Tapi muka tak tahu malu, sama perangai dengan geng UG mereka seperti Iskandar Samad dan Roslan SMS, terima dan x tolak pula jawatan dari kerajaan PR Selangor.

PRU akan datang, jgn harap Hassan Ali blh menang. Dia ingat orang UMNO akan undi dia, piiiraahh....