Universiti tempatan tidak pernah sertai ranking Times
KUALA LUMPUR – Universiti di negara ini tidak pernah menyertai sistem ranking yang dikelolakan The Times Higher Education World University Ranking (Times).
Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, ini kerana universiti tempatan yang diangkat menjadi universiti penyelidikan pada 2007, belum matang untuk memenuhi standard 62.5 peratus penyelidikan yang ditetapkan Times.
“Kita tahu kalau kita masukkan juga kita tidak akan masuk dalam ranking 400 sebab kita masih baru dan perlu tunggu sehingga penyelidikan itu benar-benar matang,” katanya pada sidang media selepas Anugerah Akademik Negara 2009/2010, di sini hari ini.
Mohamed Khaled mengulas mengenai tiada universiti tempatan tersenarai antara 400 universiti terbaik dunia, yang dikeluarkan Times pada Jumaat lepas yang menyenaraikan California Institute of Technology di tempat pertama diikuti Universiti Harvard dan Universiti Oxford.
Mengulas lanjut, Mohamed Khaled berkata, institusi tempatan memerlukan masa antara enam hingga tujuh tahun sebelum menimbang kemungkinan menyertai ranking itu. – Bernama
Ulasan GB
Betul-betul jawapan seorang menteri cap ayam. Atau wartawan BERNAMA cuba buat tajuk untuk harumkan sampah.
Kenyataan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin kononnya universiti di negara ini tidak pernah menyertai sistem ranking yang dikelolakan Times adalah mengelirukan.
Untuk tersenarai di dalam 400 universiti terbaik dunia, bukannya kena memohon, tetapi adalah universiti pilihan berdasarkan krtieria dan ketetapan piawaian yang telah ditetapkan oleh pihak pengelola iaitu The Times Higher Education World University Ranking (Times).
Hakikatnya, jawapan sepatutnya bukan kita tidak pernah menyertai sistem ranking berkenaan, tetapi tidak layak untuk menyertainya.
Letak jawatan lah Khaled Nordin. Anda yang sebenarnya yang tidak layak untuk menjadi menteri pengajian tinggi. Kegagalan universiti-universiti Malaysia untuk disenaraikan kerana menteirnya asyik berpolitik dan menumpukan banyak perhatian untuk menyekat aktiviti-aktiviti pelajar IPT supaya menjadi pak turut dan penyokong BN semata-mata.

Malaysia terkeluar dari senarai 400 universiti terbaik
Tiada universiti di Malaysia yang berjaya disenaraikan dalam majalah Times Higher Education (THE) yang memuatkan nama 400 universiti terbaik di dunia.
Sehubungan itu, supremo DAP Lim Kit Siang berkata adalah sia-sia bagi kerajaan yang begitu bangga dengan prestasi Malaysia dalam ranking dunia QS 200 World University 2011/12.
Penarafan QS itu telah meletakkan Universiti Malaya di tangga 167, - naik 40 tempat berbanding tahun 2010.
Empat universiti Malaysia lain yang disenaraikan oleh QS - Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Universiti Teknologi Malaysia (UiTM) - semuanya mencatatkan kemerosotan.
Menurut ranking THE, sepuluh universiti terbaik di dunia diduduki oleh California Institute Technology, Harvard dan Stanford (2), Oxford (3), Princeton (5) Cambridge (6), Institut Teknologi Massachusetts (7), Imperial College London (8), Chicago (9) dan Berkeley (10).
Bagi jiran serantau, enam universiti di Hong Kong dan dua dari Singapura berjaya disenaraikan.
Universiti Mahidol di Thailand juga berjaya disenaraikan tetapi dalam kategori 351-400.
Naib Canselor Universiti Malaya (UM) Profesor Datuk Ghauth Jasmon pernah dilaporkan sebagai berkata bahawa universiti tempatan perlu membelanjakan sekurang-kurangnya RM200 juta dalam penyelidikan sebelum mampu diangkat sebagai antara universiti terkemuka di dunia. -mk
Ulasan GB
Betul-betul jawapan seorang menteri cap ayam. Atau wartawan BERNAMA cuba buat tajuk untuk harumkan sampah.
Kenyataan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin kononnya universiti di negara ini tidak pernah menyertai sistem ranking yang dikelolakan Times adalah mengelirukan.
Untuk tersenarai di dalam 400 universiti terbaik dunia, bukannya kena memohon, tetapi adalah universiti pilihan berdasarkan krtieria dan ketetapan piawaian yang telah ditetapkan oleh pihak pengelola iaitu The Times Higher Education World University Ranking (Times).
Hakikatnya, jawapan sepatutnya bukan kita tidak pernah menyertai sistem ranking berkenaan, tetapi tidak layak untuk menyertainya.
Letak jawatan lah Khaled Nordin. Anda yang sebenarnya yang tidak layak untuk menjadi menteri pengajian tinggi. Kegagalan universiti-universiti Malaysia untuk disenaraikan kerana menteirnya asyik berpolitik dan menumpukan banyak perhatian untuk menyekat aktiviti-aktiviti pelajar IPT supaya menjadi pak turut dan penyokong BN semata-mata.
4 ulasan:
Asas universiti terbaik adalah penyelidikan. Tapi, macam mana nak buat penyelidikan kalau pensyarah dibebankan dengan tugas2 lain semata2 untuk memenuhi kehendak VC yang kaki ampu? Adakah perkara ni berlaku di US, UK, Jepun dan China?
berbangga aku kerana anak aku belajar dgn belanja sendiri di Alexandria University (Termasuk ranking 400 dunia). Kalau mcm nilah disyorkan agar semua university di malaysia ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan memerintah (free of charge).
Jom pakat mohon tempat di Alexandria University
jgn la nak membodohkn org wahai khaled nordin..camni punya mentaliti mmg x ke mana la u kita
Catat Ulasan